dosa kering dengan decit2 yang tak sedap didengar.
Sunday, March 28, 2010
Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2010 Part 2
dosa kering dengan decit2 yang tak sedap didengar.
Friday, March 26, 2010
Novel Terbaru di Pasaran
Most of this books dah ada kat pesta buku :) kot2 la ada yg nak pegi book hunting esok! ;)
Matahari Cerah Lagi
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Idea
Harga : RM21.90
"hangat dan dingin bersatu di hati tatkala wajahmu melayari ruang mindaku"
Sinopsis :
Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.
Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar
secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?
Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap
mendambakan cinta... Suha.
Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.
Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.
Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.
------------------
Megalomania 3
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : CESB
Harga : RM21.90
"aku tetap bangkit berdiri walaupun tersungkur berkali-kali"
Telah aku tinggalkan memori bersamamu. Memori indah yang tidak akan berulang kesekian kalinya. Walaupun dibelit duka, diselit sembilu aku harus teruskan
hidup bersama dia. Cukuplah sampai di sini rindu ini. Namun, cahaya yang diharap apabila bersamanya hanyalah suram bak malam tanpa bintang. Aku tidak beerti
baginya, Abang Farhan…. Jika kau menderita di sana, aku terseksa di sini.
Diseksa zahir dan batin tanpa belas oleh dia kerana dendam yang tiada berkesudahan. Siapakah yang bersalah? Aku yang terpaksa memilih atau takdir yang
memisahkan kita, Abang Farhan? Sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir.
---------------Aku Yang Terluka
Penulis : Wannie Nordin
Penerbit : CESB
Harga : RM39.90
"bagiku penantian itu bukan satu penyeksaan"
Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai... sesungguhnya aku adalah seseorang yang begitu bodoh untuk memahami dan
menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah... diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan.
---------------
Percaya ada cinta
Penulis: Ryana Adrina
Harga: RM18.00
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-513-2
Sinopsis: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.
Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya.
Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!
Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.
Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?
-----------Segalanya Kuterima
Penulis : ROSA NUR IMANI
Harga :RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-22-8
Halaman : 528 hlm
Tarikh Terbit: 15 Mac 2010
Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidak pernah menyukai ataupun menyayangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar hanya kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zara mahupun Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul?
---------------Seribu Rindu Untukmu
Penulis : SHAHRIAH ABDULLAH
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-27-3
~656 hlm
Tarikh Terbit: 31 Mac 2010
Sinopsis:
Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun
Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk
mengejar atau belajar apa itu erti cinta.
Dengan kecantikan yang dia miliki umpama diri seperti seorang 'Super Model' yang menjadi cemuhan dan cemburu dari rakan sekuliahnya. Maya terpinggir namun dia
masih ada teman sejati bernama Zura yang lincah genit dan menggoda.
Bermula dengan gurauan akhirnya Maya bersetuju menyahut cabaran Zura agar dia menulis kisah cinta tentang dirinya sendiri. Maya menyahut cabaran itu walaupun jauh di sudut hati bimbang dan risau sedangkan dirinya tidak pernah sekali pun bercinta dan tahu bagaimana rasanya bercinta.
------------
Castle Cinta Deaday
Penulis : INDAH HAIRANI
Harga : RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-24-2
Halaman :496
Sipnosis:
Sejak kecil Hidayah mengalami krisis menilai identiti. Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala.
Krisis kemelut berlanjutan hingga kepada soal hati dan perasaan. Imran Hadi seorang yang berkarisma, tenang dan berkaliber. Dia senang dengan lelaki ini. Raziq pula lelaki ego dan sombong hinggakan mereka sering bertelingkah. Namun jika Raziq tiada, Hidayah akan berasa rindu. Siapakah sebenarnya yang berada di
hati Hidayah?
------
Wednesday, March 24, 2010
Sudi Jadi Cintaku
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Marwati Wahab |
Penulis: Marwati Wahab
a.k.a Aleya Aneesa
Terbitan : Fajar Pakeer
Mini Novela
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789833880997
119 mukasurat
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90
Kisah pendek yg manis. Bagi yg suka kisah jiwang, tentu akan tersenyum simpul bila baca kisah ini. Farihah ni berkawan baik dgn Harith. Tindakan abg kesayangan dia, Fahrin, memaksa dia berbaik dgn Hafsham dan mencadangkan agar mereka berkahwin membuatkan Farihah berani melamar Harith. Dia lebih rela berkahwin dgn Harith daripada Hafsham yg gatai semacam tu.
Harith terkejut dgn lamaran tu dan serta merta menolak. Tindakan itu telah menjatuhkan air muka Farihah yg bertindak mengelak dari bertemu dgn Harith selepas kejadian itu. Harith cuba mewujudkan situasi kemesraan mereka seperti sebelum lamaran itu disuarakan padanya tetapi Farihah sudah bukan Farihah yg dulu. Dia sudah betul2 malu utk berhadapan dgn Harith.
Farihah bersetuju utk mengenali Hafsham dgn lebih rapat demi utk menyenangkan hati abg kesayangannya. Tindakan itu pulak membuatkan Harith sedar yg dia sebenarnya cemburu kalau Farihah rapat dengan lelaki lain. Dia nak dapatkan FArihah balik dan nak terima lamaran Farihah tempoh hari, tapi nak lagi ker Farihah kat dia? Fahrin tersenyum gembira bila rancangan liciknya nampak berjaya :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yg tinggal utknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yg Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sygnya hanya sbg sahabat.
Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yg merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith sedar yg dia mahukan Farihah utk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!
Tapi Farihah... adakah masih mengharapkannya?
Bebunga Kasih
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Hani Fazuha |
Penulis: Hani Fazuha
isbn:9789831244623
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
502 mukasurat
"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yg sunyi"
Kisah ini membawa tema yg berat melalui watak utamanya, Dya. Perjalanan cerita yg ada tarikan tersendiri tetapi endingnya terasa agak mendadak untuk Zarif dan Dya. Tapi yg penting happy ending :) Dya layak mendapat kebahagiaan setelah segala derita yg ditempuhi sepanjang hidupnya.
Dya menjadi mangsa nafsu abgnya sejak berusia 10 tahun. Kepulangan abgnya dari luarnegara ketika dia berusia 15 tahun membuat dia terpaksa melalui perkara yg sama. Mendera perasaannya.
Zarif pulak budak kat sekolah yg sering menyakitkan hatinya. Ayahnya percaya dia bkn anak kandungnya dan percaya dia adalah anak yg dilahirkan setelah isterinya diperkosa perompak. Mungkin atas dasar itu Abg Ari menodainya byk kali sehingga nafsu menguasai akal, sampai dia ajak adik dia lari ke luar negara & berkahwin.
Kejadian dia menampar Zarif yg mulut celupar tu telah menyebabkan dia dibuang keluarga dan dihantar menetap dgn neneknya.
Peristiwa hitam dalam hidupnya tidak pula menjadikan dia takut utk didekati lelaki spt Syamir ketika di kolej. Malah lebih tegas mempertahankan diri berbanding apabila berdepan dgn Ari. Dgn Zarif lagi la, dia jadi macam singa garangnya.
Ketika memasuki alam pekerjaan Dya mesra dgn bossnya, En. Nasri yg baik dan sentiasa sedia mendengar keluhan masalahnya. Tapi kemudian Dya kena serang ngan bini en. Nasri.
Perkenalan dgn Aunty Rina membuat dia terasa spt ada adik, tambah2 pula Haleena dan Haleeni tu manja (walaupun dah besar panjang). Dapat dihidu yg mereka cuba mengenenkannya dgn Abg diorang yg akan pulang dari Australia.
Ketika kuar dgn syamir dia terserempak abg iparnya Helmi yg mesra dgn seorg wanita. Syamir pulak berani memperkenalkan dia sbg bakal isteri. Helmi tu terus gi report kat bapa Dya sbb Helmi tu sepupu kepada isteri Syamir. Siapapun tak percayakan Dya bila dia menceritakan kecurangan Helmi. Dia dianggap cuba menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan org lain.
Perkara itu menyebabkan Dya diseret balik kampung dan dikurung. Dia pernah cuba melarikan diri, namun tertangkap dek Helmi. Banggala si Helmi tu citer kat pak mentua dia tentang ketangkasan dia menangkap Dya yg cuba lari dari kampung. Lepas dikurung semula tu Dya terus ditunangkan. KEbetulan pulak bakal ibu mertuanya adalah Aunty Rina.
Dya menghubungi tunangnya utk memujuk agar memutuskan pertunangan, tapi akhirnya dia yg jadi sakit hati sbb mamat tu tak nak, dia nak ikut cakap mak dia.
Pertemuan kali pertama dgn bakal suaminya di rumah Aunty Rina membuatkan Dya pitam sebab lelaki itu adalah Zarif! Budak setan yg suka menaikkan darahnya. Zarif pulak sangat seronok dengan bakal isteri yg cantik tapi garang pilihan ibunya. Malam tu Dya tidur ditemani mimpi ngeri sbb lagi 3 bulan dia bakal menjadi isteri Zarif. Sanggup dia balik kg dan minta pertunangan diputuskan tapi akhirnya dia yg dpt pelempang bapak dia. Abg Ari pulak makin cemburu kerana Dya akan menjadi milik lelaki lain. Akhirnya Dya berkahwin juga dengan Zarif. Zarif menganggap itu sebagai peluang utk dia menebus kesalahan lalu. Dya bimbang menunggu masa rahsia hitam hidupnya bakal terbongkar walaupun Abg Ari sudah berkahwin.
Bagi aku penerimaan Zarif di akhir cerita agak kurang believable kerana penerangan Dya agak terhad. Terlalu banyak yang boleh Zarif persoalkan tambah2 Dya mengandung angkara Ari. Mungkin Zarif terlalu rasa bersalah atas kenakalan masa lalu dan memang betul2 jatuh cinta pada Dya.
apa2pun, penulis ini masih membawa kisah kahwin paksa dalam karya keduanya ini. Kalau yang mencari karya pertama novelis ini, tajuknya adalah Mengukir Bahagia yang menarik perhatian ramai pembaca novel :) Semoga karya baru penulis ni akan terus memeriahkan lagi dunia novel malaysia.
sure fine whatever
sinopsis/blurb:
Dya dinodai oleh abgnya dlm usia yg masih mentah. Namun dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sbg anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mndung bila dia terluka lagi. En. Nasri yg dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. harapan yg disandarkan kepada syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yg pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya segunung kebaikan yg Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?
Anjung Warisan
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Salina Ibrahim |
Penulis: Salina Ibrahim
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2002
isbn: 983-893-477-1
RM15.90
289 mukasurat
"Benarkah tiap persoalan berakhir dengan jawapan."
Kisah seorg gadis muda, Hani, yg nekad mempertahankan warisan keturunannya. Dia rela terdampar di kawasan perkampungan walaupun dia dibesarkan dalam hiruk pikuk kota. Dia merasakan tanggungjawabnya utk menghidupkan Anjung Warisan tinggalan Raja Lastari.
Raja Lastari wanita cekal yg kecewa dengan ketamakan suami. Walau pertumpahan darah berlaku, dia tetap mempertahankan Anjung Warisan dari terlepas ke tangan pengkhianat. Semangat cekal itu seperti menyambung aliran dalam nadi Hani.
Memegang title guru telah membawanya kembali menghidupkan Anjung Warisan yg kian suram. Bersama Megat Zikri dia berazam memberi nafas baru pada Anjung Warisan yg dianggap sbg beban oleh ayahandanya.
Fadhli yg disangka tulang belakang syarikat ayahandanya rupanya membuat onar di dalam diam. Fadhli tu nampak macam ikhlas menunggu Hani membuka hati buatnya, namun respond Fadhli selepas cintanya ditolak oleh Hani membuatkan sisi gelapnya mula tersingkap. Baguih gak, ada la chance Megat Zikri ngorat. ;) Kalau tak, mesti dia frust tengok Hani bertunang ngan org lain.
sinopsis / blurb:
Kembali ke Ranah Siantan, menggamit rindu zaman kanak-kanak... Di sini ada nostalgia silam yang menuntut pengorbanan. Di celah-celah rindu yg terbiar... tiba-tiba antara kita hilang titik persamaan, dan jurang kian menjauh.
Bukan tidak lelah melayan perasaan bersalah... namun dia harus memikir ke hadapan, bukan menoleh ke belakang. Kerana yg berlalu, biarkanlah berlalu...
Soalnya Hati
| Rating: | ★★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Nurul Syahida |
Penulis: Nurul Syahida
RM15.90
9789833669226
terbitan Buku Prima
339 mukasurat
Akhirnya dapat jugak buku ni :) tema persahabatan yg dibawa dalam kisah ini menarik. Watak utama, Zulaikha adalah seorg gadis yg pernah merampas kekasih sahabat baiknya. Sepanjang melungsuri kisah ini, kita akan lebih mengenali pekerti sebenar Zulaikha. Dia sebenarnya tertipu dgn kata-kata manis Faizal.
Semasa hampir2 bertunang dengan Nurain, Faizal meluahkan perasaannya pada sahabat baik Nurain, iaitu Zulaikha. Zulaikha menyangka perasaan Faizal ikhlas tetapi sebenarnya Faizal buat macam tu supaya dia tak jadi bertunang dan dia mahu Nurain yg memutuskan perhubungan mereka. Peristiwa itu telah menyebabkan Zulaikha kehilangan sahabat yg amat dikasihinya. Nurain terus berpindah mengikut keluarga.
Zulaikha meneruskan hidup dengan a new circle of friends. Salah satu kelas telah menemukan dia dengan Amar Sufian. Jejaka yg kompleks dan sentiasa mahu menyakitkan hati orang lain. Sufian suka membina suasana yg tegang bersama sesiapa juga, termasuklah partnernya, Zulaikha. Zulaikha pada mulanya sakit hati dengan Amar Sufian namun lama kelamaan dia berjaya membaca rentak Sufian dan mereka menjadi sahabat yang pelik tapi serasi.
Sufian sedar hanya Zulaikha yg dapat membaca sikapnya dan sebab itulah dia selesa bersahabat dgn Zul. Sukahati ja Sufian tu panggil dia Zul, tapi Zulaikha saja panggil sufian Su, sampai ramai org ingat Su tu pompuan.
Sufian cuba menarik perhatian bapanya dengan memblasah Faizal. Dia sebenarnya tak ada sebab nak blasah sapa2, so disebabkan Zul pernah menyuarakan keinginan utk memblasah Faizal, Sufian terus menjadikan impian itu kenyataan. Sufian dibuang universiti dan Zulaikha terkejut dgn hasrat Sufian utk ke Afganistan.
Mereka terpisah. Yusrizal muncul dalam hidup Zulaikha. Lelaki yg memilihnya bukan kerana kecantikan tetapi kerana kebijaksanaannya. Namun, alam pekerjaan menjadikan Yusrizal seorg yg sangat sibuk dan kerap menghampakan Zulaikha. Entah berapa kali mereka putus tapi kemudian kembali bersama.
Sufian muncul semula dan mereka mudah menjalin persahabatan semula. Sufian ditunangkan dengan pilihan keluarga dan Zulaikha terkejut dan gembira kerana tunangan Sufian adalah Nurain, sahabatnya dulu. Mereka kembali menjalin persahabatan tanpa dendam. Lagipun Faizal tupun dah kawin ngan org lain.
Persahabatan kali ini membawa perasaan lain pada Sufian. Dia tidak rasa seperti itu apabila bersama Nurain. Zul lebih memahami dirinya berbanding Nurain. Dia memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Zul. Situasi ini seperti meletakkan Zulaikha dalam zon yang sama seperti dulu, Faizal-Nurain dan kini dia jadi org ketiga pula di antara Sufian-Nurain. Sanggupkah dia mengulangi keputusan yang sama seperti dulu? Di suatu sudut, Yusrizal setia menanti, namun Zulaikha takkan la tak serik2 lagi dengan Yusrizal yg selalu mungkir janji sampai Sufian yg terpaksa rela menyamar ganti tempat dia semasa nak jumpa keluarga Zulaikha di hari raya.
Ending mereka adalah satu permulaan yg manis apabila mereka dipertemukan semula di tempat yang kali pertama segala-galanya bermula antara mereka.
Aku kurang puas hati dengan situasi Nurain-Zulaikha. Walaupun tiada sengketa antara mereka, tiada scene yg betul2 meleraikan persoalan di antara mereka.
sinopsis / blurb:
Sahabat umpama bintang di langit yg mampu bersinar menerangi kehidupan. Zulaikha dan Nurain adalah teman karib sejak dari sekolah rendah hingga menengah dan seterusnya memasuki universiti yang sama. Janji dan ikrar mereka sama, sentiasa bersama dan jujur seadanya.
Namun Zulaikha telah melakukan kesilapan besar dan meretakkan hubungan persahabatan yg telah terjalin. Faizal jejaka yg dicintai Nurain telah dirampas oleh Zulaikha dan kini dia telah kehilangan Nurain atas kecurangannya itu. Nurain telah berpindah ke universiti lain.
Kehadiran jejaka bernama Amar Sufian dlm hidup Zulaikha telah mengembalikan semangatnya yg hampir pudar walaupun sikap jejaka itu kurang disenangi. Sedikit demi sedikit mereka mula menjadi teman rapat yg memahami kekurangan masing2.
Tiba-tiba Amar Sufian menghilangkan diri dan sekali lagi Zulaikha dilanda kesepian. Puas sudah dia berusaha menjejaki jejaka itu tetapi gagal dikesan. Pertemuan Zulaikha dgn Mohd Yusrizal Rivera telah mengubah hidup Zulaikha kembali bersinar. Namun kehadiran Yusrizal tidak mampu merubah hati Zulaikha terhadap Amar Sufian.
Beberapa tahun berlalu, Amar Sufian muncul mencari cinta Zulaikha yg dirinduinya. Pada masa yg sama Nurain muncul kembali tanpa rasa dendam terhadap Zulaikha. Zulaikha berasa gembira dan berjanji tidak akan mengkhianati persahbatan lagi. Tetapi janji itu sekali lagi memaksa Zulaikha berkorban kasih.
Dapatkah Zulaikha menempuhinya? Bak kata bidalan Melayu, diluah mati emak, ditelan mati bapa. antara sahabat dan kekasih, Zulaikha dilema memilih antara dua.
Cinta Jati Klasik
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Samsiah Mohd Nor |
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Cetakan Pertama 2003
Terbitan Khalysa Publishing
RM29.90
9789834971424
823 mukasurat
Bagi tahap pembaca macam aku ni, kisah ini dalam kategori heavy dan penyampaian penulis pun dalam nada serius dan sesekali bersastera. Terasa seperti membaca naskhah 80-an dan bukannya tahun 2000. Memang berat, mungkin seberat novel yg setebal lebih 800 muka surat ni :)
Kisah Kasmira sebenarnya bermula sejak sebelum kelahirannya. Dia dari keluarga terbilang di kampung. Suatu kejadian mengaibkan dalam keluarga telah membuangkan ayahnya entah ke mana. Ibunya kecewa dgn keluarga yg tidak percayakan kebenaran, lalu membawa diri keluar dari rumah pusaka. Ibu yg diharap datang memujuk tidak muncul sehinggalah anaknya Kasmira, yg lahir tanpa pengetahuan suaminya, sudah besar panjang dan sudah bekerja.
Andak Basirah meneruskan hidup di rumah pusaka bersama ibu yg semakin tua, seolah-olah tiada apa yg berlaku dan Karimah (ibu Kasmira) yang bersalah kerana menjauhkan diri. Aku tak sangka rahsia itu terlalu aib dan semuanya berpunca dari Andak sendiri. Hipokritnya wanita itu. Segala kesalahan anak beranaknya dirahsiakan dan keburukan Karimah dan Kasmira digembar gemburkan. Anak2nya berbulan tak balik rumah, Kasmira yg selalu menjengah disuruh balik lagi kerap. Susah la jadi org yg selalu nampak salah orang lain saja. Patutla Karimah jadi keras hati sehingga tak pedulikan lagi ibu dan andak di rumah pusaka.
Taufik menjadi penawar duka Karimah apabila Taufik berkenankan Kasmira. Karimah sayangkan Taufik yg bakal menjadi menantunya. Namun ibu Taufik ada memendam perasaan dendam pada Karimah yg dikatakan merampas Kamal darinya. Taufik tersepit antara kehendak seorg ibu dan seorg kekasih. Lalu dia memilih kasih ibu dan Kasmira dilepaskan tanpa penerangan yg tepat.
Perpisahan itu menjadikan Kasmira lebih kuat dan nekad. Tawaran Pak Mus telah membawa dia ke Indonesia dan meluaskan perniagaan. Kalau dulu dia bekerja sepenuh masa dan berniaga barang2 kraf hutan secara sampingan, sekarang dia menambah perniagaan perabot pulak. Dia menyuburkan sumber rezeki sahabatnya Nordin, jejaka yg setia bekerja di kampung dan menjaga ibunya, Jarah dan juga menjengah2 ibu Kasmira. Urusan kerja itu kemudian menjadi urusan hati apabila dia semakin mengenali Zaroff.
Nordin memang sorg yg setia. Hatinya dari kecil sudah terpaut pada Noriah tetapi Noriah sudah bebas bergaul di kota. Anak tunang yg dikandung terpaksa diusung dgn rasa malu. Andak sendiri takmau terimanya. Apabila tunangnya datang utk bertanggungjawab, dia sudah tidak mahu menerima kerana tak terbayang hidupnya bersama lelaki yg sanggup memusnahkan masa depan seorg gadis. Lalu Noriah sendiri yg melamar Nordin. Nordin dan Jarah menerima dgn hati yg terbuka. Sepatutnya Jarah yg menolak menantu yg sudah ditebuk tupai tapi sebaliknya yg terjadi, Noriah ditolak ibu sendiri dan kini menumpang kasih ibu Nordin dan ibu saudaranya, Karimah yg selama ini dianggap mereng. Mesti termakan cerita ibunya, Andak Basirah tu.
Bukan tiada anak Andak yg baik. Razak tu sangat prihatin dan bapa yg penyayang. Namun isteri pilihan andak tu yang membuat onar sehingga bercerai berai. Dayuslah Razak kalau isteri curang tidak dilepaskan. Dpt husband mithali yg baik giler macam tu si Dilah tu boleh curang dengan lelaki lain, suami org pulak tu. Adusss.
Kehadiran Pak Mus utk merapatkan hubungan Zaroff dengan ibu Kasmirah telah membuka semula rahsia yg telah lama terpendam. Mustafa Kamal itulah Pak Mus dan dia jugalah Kamal. Bapa kepada Kasmira. Balasan Allah pada anak sulung Basirah telah menginsafkan dia. Merayu-rayu dia agar Karimah kembali ke rumah pusaka utk mengampunkan dosa Rahman. Tetapi Karimah tu terlalu degil, sedegil nenek, sedegil Kasmira, sedegil Noriah. Lalu tinggallah mereka dengan kedegilan masing2. Salah seorg dari mereka mesti membuang ego dan mengalah. Akhirnya Nenek Zaharah mengalah, Karimah dijejak dan rupa2nya Karimah masih menunggu ibunya itu datang memujuk, bukannya orang lain. Semudah itu segala2nya terlerai. Pertemuan Karimah dgn ibunya, nenek Zaharah tu memang sangat2 hiba dan menyentuh perasaan. Tangkap nangis beb.
Perkahwinan Zaroff dgn Kasmira memang membahagiakan. Majlis gilang gemilang mereka telah menyatukan sebuah keluarga yg hampir musnah. Lega aku bila Kasmira tak pilih Taufik walaupun mak dia sudah mintak maaf. Tapi cerita diorang selepas kahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata tu jadi derita lah pulak. adui... Walaupun cerita sudah ditutup, watak Kasmira masih berharap, so membuat aku rasa cerita ini belum ada akhirnya.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Kasmira...
Dirinya terperangkap dalam lipatan sejarah silam dan permainan masa lampau. bukan dia yg bermain, malangnya dia yg terjerat. Justeru silam, masa depannya menjadi linglung. Mampukah dia mengembalikan kegemilangan yg pernah menjadi milik keluarga atau masa akan merubahnya?