Monday, May 31, 2010

Dendam Pencinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ann Aishah
Dendam Pencinta
Penulis: Ann Aishah
Terbitan PTS Publications
Harga: RM 26 / RM 29
ISBN-13: 978-983-3892-29-7
Cetakan pertama 2009
Jumlah Muka Surat : 592


Bila aku baca catatan penulis di permulaan buku ni aku mcm tertanya2 ni penulis bukan melayu ke? cara penulisan penulis ini tidak langsung menunjukkan dia adalah bukan melayu. kagum kagum...


cerita ini tentang dendam yg dijadikan baja untuk pepohon cinta plastik tetapi rindu dan kasih yg mekar berbunga. huiyo.


Aliff menyimpan dendam pada Anding dan keturunannya. Anding telah menghancur lumatkan hati kakak kembar kesayangan Aliff setelah sebuah kemalangan jalan raya yg meragut memori dan kesihatan kakaknya. Murni, adik kesayangan Anding menjadi sasaran Aliff utk melepaskan dendam agar kesakitan yg dirasainya turut dirasai Anding dan Murni.


Murni terlalu baik untuk dilukai. Jeratnya mengena apabila cinta palsunya bersahut walaupun mengambil masa bertahun-tahun mengacah umpan. Perkenalan dgn keluarga Murni mengaut simpati dari Aliff dan setelah melihat keadaan Anding yg tempang, Aliff tidak dapat menahan diri dari merasa kasihan. Dia cuba memekarkan dendam di hati. Pinangannya diterima walaupun Murni agak berat hati kerana dia masih lagi belajar. Beban kemiskinan yg ditanggung keluarga Murni semakin menghilang dgn bantuan Aliff.


Entah berapa kali Aliff hilang fokus dalam misi balas dendamnya. Segala yg dirancangnya tergelincir dari landasan. Setiap kali berjaya menyakitkan hati dan perasaan Murni, Aliff turut tersiksa dan end up memujuk hati Murni yg baru dilukainya.


Misi balas dendamnya bertukar menjadi misi pengaman buat kakaknya dan Anding, tetapi di saat itu rahsia misi balas dendam Aliff terbongkar dan Murni kecewa. Part yg bagi aku menyentuh perasaan adalah masa Murni bagi tau Aliff yg dia tengah pregnant sedang dia sendiri tahu Aliff dah tau perkara tu tapi dia nak bgtau sendiri jugak.


-alongside-


sinopsis/blurb

dari website pts


Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.

Saturday, May 29, 2010

Setiap Jumaat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Setiap Jumaat
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Rm24.90
sabah/sarawak RM27.90
723 mukasurat


"Persahabatan itu telah menjadi racun"


Kisah ini terasa kelainannya dan memorable. Misteri rahsia yg dipegang ibu Jasmine menjadikan kita tak sabar nak tahu bilakah saatnya rahsia itu terlerai.


Jasmine dan Ku Pian dibesarkan dalam keluarga yg berbeza status. Rajuk telah membawa mereka utk berada di Jepun utk merawat hati yang luka.


Jasmine kecewa dgn tindakan ibu tercinta yg sanggup berkahwin dgn lelaki yg lebih muda sedangkan ayahnya baru sekitar setahun meninggal dunia. Dia merasakan seperti pengorbanan arwah ayahnya sia2. Dia menganggap ibunya sbg balu beranak 5 yg gatal dan tidak menghargai penat lelah arwah suaminya menyara keluarga besar mereka.


Ku Pian sentiasa merasa ayahnya mengongkong hidupnya sejak kecil. Kawan2 dan girlfriend2nya tak pernah mendapat approval dari ayahnya yg sentiasa dianggap bertanggapan serong. ayah dia tu sikit punya baik. SEtiap latar belakang kawan2 dan gelfren2 ku Pian disiasat dan memang Ku Pian tu pakar memilih org2 yg tak senonoh dan tak sesuai. Ku Pian kecewa dan merajuk lalu melarikan diri ke Jepun tanpa pengetahuan ayahnya.


Perkenalan 'Masako' ini dan 'Ultraman' itu menjadi titik permulaan sejuknya dua hati yang membara dgn kebencian itu. Setiap Jumaat menjadi hari pertemuan mereka dan perpisahan yg tak dijangka terjadi itu membungakan rindu yg sangat mekarr di hati mereka. Rindu dan hati yang terpujuk membawa mereka kembali ke keluarga masing2 dengan pemikiran yg lebih rasional dan terbuka. Tapi rindu terlalu bergemuruh di hati sehingga hari2 yg dilalui terasa ada ruang yg kosong.


Kepulangan kali ini membuka lembaran baru dlm hidup mereka setelah bertahun-tahun merajuk. Jasmine menyesali diri yg melulu menghakimi ibunya yg sebenarnya lebih byk berkorban demi keluarga mereka. ayah mereka yg merupakan pembaca meter dan bekerja sbg pengawal di sebelah malam rupa2nya memadukan ibunya. Malah setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya yg menyara anak ayahnya bersama isteri baru dan memberi kasih sayang tak berbelah bagi. sebenarnya sebelah malam, ayahnya bukan pegi kerja pengawal, ayah dia balik rumah bini muda. Sebab tu mak dia sampai tak kira masa rehat kalau bekerja semasa dia bersekolah dulu demi memastikan kewangan mereka cukup utk terus menimba ilmu.


ustaz yg dnikahi ibunya adalah insan yg sangat bertanggungjawab dan menghargai ibunya dan adik beradiknya. Mereka semua menyayangi ayah tiri mereka yg sgt baik hati.


Penyakit Ku Pian membawanya lebih dekat kepada keluarga Jasmine. Masako yg dicari-carinya ada tidak jauh darinya. Tapi Ku Pian tu masa kat Jepun dulu ok jer, tapi biler balik Malaysia terus jadi gatal semacam tambah2 masa mula2 jumpa Jasmine.


Akhirnya Ultraman berkahwin dgn Masako... hehe.


sinopsis/blurb


Hidup di negara orang memang payah. apatah lagi di negara Jepun yg rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata org, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yg emak tidak mahu cerita...

Kasih Ke Syurga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Raihan Zaffya
Kasih Ke Syurga
Penulis : Raihan Zaffya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Novel Islamik
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
isbn: 9789831245309
486 muka surat


"Seandainya kasihmu bisa membawaku ke syurga, akan kukorbankan jasad dan nyawa"


Kali pertama aku cuba membaca genre Novel Islamik dari Alaf 21. Thanks Uda sbb sudi rekemen baek punya ;)


Rasa seperti tak ada bezanya membaca novel genre ini dengan genre yg sebelum ini. Mungkin selepas ini cerita2 seperti akan dimasukkan dalam group 'islamik'. Elok juga kerana sekarang ini ramai yg memilih genre seperti ini sebagai santapan minda dan rohani. Tahniah kepada alaf 21 kerana peka dengan kehendak semasa :)


Cerita ini mempunyai plot dan kronologi yg kemas dan menyentuh perasaan. Bagi aku cerita ni sedih dan ending nya membuat aku bertambah2 sedih. Kesiannyer kat baby... nasib baik ada atuk ngan nenek. Biasanya kalau aku kata citer sedih , mesti ada yg tanya, part yg buat ko menangis? Bagi aku scene paling menyentuh perasaan adalah semasa ibu Yusuf merujuk Raihana sebagai 'anak perempuan saya'. huhu... memang tangkap leleh.


Kisah ini tentang Yusuf. Seorg lelaki muda yg gemar mendampingi wanita2 cantik. Dia mementingkan duniawi dan sudah sukar ditegur sehingga menimbulkan kerisauan pada ibu dan ayahnya. Yusuf mula berubah apabila tertarik pada Raihana yg mempunyai ciri2 yg jauh berbeza dari semua wanita yg penah didampinginya sebelum ini. Yusuf sendiri seperti keliru dgn perasaannya. Sifat Raihana mebuat Yusuf turut terikut2 untuk berubah walaupun Raihana tidak memberi respond positif kepada hajatnya utk berkawan.


Yusuf mula muhasabah diri dan berubah ke arah positif. Peribadi Raihana turut memikat hati ibu Yusuf.


Cinta Yusuf teruji apabila satu rahsia yg digenggam Raihana terburai. Dia mengidap penyakit yg tak mungkin sembuh. Yusuf tidak dapat menjauhi walaupun dia tahu akibatnya. dia tetap mahu memperisterikan Raihana dan menjadikannya wanita yg paling bahagia.


Ibu Yusuf tidak bersetuju kerana bimbang Yusuf akan kecewa setelah raihana pergi untuk selamanya walaupun ketika itu mereka sudah bertunang. Yusuf tetap bertegas dan dgn persetujuan bapanya, dia mengahwini Raihana yg rupa2nya seorang wanita inggeris yg memeluk agama Islam. dia bukannya islam sejak lahir namun pegangan agamanya jauh lebih ampuh.


Walaupun sikap ibu Yusuf mencuit hiba di hati Raihana, namun kelembutan Raihana mencairkan hati batu ibu Yusuf yg langsung jatuh sayang pada Raihana. Raihana besyukur kerana turut mengecap kasih sayang ibu dan ayah selain dari kasih sayang tidak berbelah bagi dari suami tercinta. Dulu Stephanie/Raihana adalah remaja terbiar. ayahnya kaki judi dan pemabuk, ibunya membunuh diri. Semasa mencari2 pegangan, dia mahukan agama yg mengharamkan judi, arak dan bunuh diri, maka dia bertemu dengan Islam dari seorg kenalan ibunya. Islam membina Raihana sbg muslimah sejati.


Raihana gembira dgn berita kandungannya sedang berkembang sihat dlm rahimnya tetapi Yusuf serta ibu dan ayahnya bimbang. Raihana mahu Yusuf meneruskan hidup dengan zuriat mereka. dia tak mahu Yusuf bersedih apabila dia pergi nanti. Dia cuba mendidik Adura yg masih menyintai Yusuf agar dpt mengganti tempatnya di sisi Yusuf tetapi takdir Allah lebih utuh. Tempat Raihana sememangnya di sisi Yusuf dan tiada yg lain.


Cinta mampu merubah segalanya dengan restu Allah yang maha berkuasa.


Lepas baca buku ni aku baca blurb. Kat situ watak heroin nama Zulaikha lah pulak. Or mungkin Raihana dirujuk sebagai 'Zulaikha' utk yusuf kot.



sinopsis/blurb:


Pertemuan ini tidak dipinta. Namun, takdir Tuhan telah menemukan Yusuf dan Zulaikha. Kesederhanaan Zulaikha memikat hati Yusuf. Tapi pantaskah dia memiliki sekeping hati Zulaikha sedangkan antara mereka ada jurang yg menghalang?


Keimanan dan ketakwaan Zulaikha bagi satu tembok jurang pada Yusuf. Dia merasakan dirinya amat kerdil kerana Islamnya hanya pada kulit sahaja. Telah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT.


Perubahan diri Yusuf menyentuh hati Zulaikha. Di saat mereka hendak diijabkabulkan, umi Yusuf menentang kerana hasutan orang ketiga. Mampukah mereka menghadapi rintangan yg mendatang?

Friday, May 28, 2010

Pesta Buku Islam Kelantan

Start:     Jun 18, '10 10:00a
End:     Jun 22, '10 10:00p
Location:     Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan
info ini aku dapat dari website jemari seni.
Jemari seni akan buka booth kat sana. Nombor booth diorang 48.
Imaen dan Noorsuraya akan menemui anda di sana :)

Jom Cari Novel Baru!

Prince Charming
Penulis:Ratu Bulan
Terbitan Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-016-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau"


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.


“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.


Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!


Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Melur Bunga Ivy
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 10 Jun 2010)


Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
 
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!
 

 

 

Kasihku Airina
Terbitan : Buku Prima
karya : Mazni Aznita @ Anita Aruszi
Harga : RM25.90
Genre : Thriller+sci-fi+ fantasy love story


Aku kehilanganmu... Aku mencarimu... Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu...

 

Sinopsis


Kehilangan adiknya di Mandaluyong Filiphina membuatkan Arina nekad mahu mencari Chayi. Namun pertemuannya dengan Alwiz, lelaki yang menculik adiknya telah mengubah perjalanan hidupnya.


Dia terpaksa membawa Alwiz pulang ke rumahnya dan membenarkan lelaki itu mengugutnya dengan alasan mahukan sesuatu dari ayahnya Fahrin Toh. Tapi tanpa diduga, kedatangan Alwiz dalam hidupnya lebih dari sekadar apa yang difikirkannya. Dia mula mengenali kisah silamnya yang telah dimomokkan oleh ibunya sendiri, Magdalena Anna. Lebih menyukarkan apabila dia mendapati dirinya mula jatuh cinta pada Alwiz.


Siapakah Alwiz yang sebenarnya dan kenapakah lelaki itu menculik adiknya? Apakah dia mampu menahan dirinya dari jatuh cinta pada penculik adiknya sendiri?Apakah rahsia yang menyelubungi hidupnya sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang disayanginya?

Jodoh Atau Cinta
Penulis: Iman Nizrina
HARGA
SEMENANJUNG:RM19
AHLI KN : RM15
SABAH/SARAWAK : RM22
AHLI KN : RM18


"Tak perlu berteka teki... jika benar jodoh ini takdir Nya... hiasilah aku dengan cinta itu"


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara.

Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.


Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

 

 

Jingga Selepas Hujan
Penulis: Mira Muskam
Terbitan KarnaDya


"Kehadiranmu mengubah warna hidupku"


Sinopsis:


Wahai awan, bawalah aliran air matamu pergi dari sini, kerana pelangi sudah datang untuk menceriakan kehidupan dan menghidupkan semula sebuah harapan.


Aryana- pelajar yang hadir dengan pakej tersendiri. Namun di sebalik kecemerlangan yang dikecapinya, tidak ramai yang tahu hidupnya diselubungi kesunyian. Dia tidak pernah merasa apa itu kasih sayang mama dan papa. Dia hilang keyakinan diri dan hidup di dalam dunianya yang tersendiri.


Haikal- dia anak muda yang digilai ramai. Menempuh setiap masa dengan positif dan sempurna. Dia jujur dalam berkata-kata. Dia tenang dalam bicara dan dia juga setia kepada persahabatan yang dibina. Pendek kata, dia ciri jejaka sempurna.


Haikal dan Aryana bertemu dan mengikat janji sebagai sahabat sehidup semati. Namun perasaan yang mula bertunas menjadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dalam ketawa ada duka, dalam senyuman ada derita. Liku persahabatan yang dilalui bagai mimpi yang sempurna dan tiada cacat celanya.


Dugaan itu ibarat perisa dalam kehidupan setiap insan. Sempurnanya mimpi Aryana bertukar menjadi igauan yang menakutkan. Mengapa Haikal mahu pergi begitu sahaja tanpa mempedulikannya? Tidak kasihankah Haikal melihat dia mengalirkan air mata duka. Di mana janji persahabatan yang dibina? Hilangkah nyanyian cinta yang didendangkan saban masa? Aryana perlu untuk mengerti, semuanya adalah takdir dalam kehidupan yang realiti.

Datang Dengan Indah
Penulis: Sarnia Yahya
Terbitan fajar pakeer


"Setelah berkurun menjemput rindu, haruskah kumenunggu..."


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.


“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”


“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”


Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.


Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

 

Tak Secantik Husna
Harga: RM19.90
Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
ISBN: 978-983-124-551-4
Penerbit: Alaf 21


"Setiap kali kulihat wajahmu, bergetar seluruh sukmaku"


Sinopsis: LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.


Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.


Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman Hariez

Kau Cipta Kasih
Harga: RM16.00
Penulis: Azilah Wahab
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-559-0


Sinopsis: Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.


Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya.
Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.


Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!


Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...


Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

 

Dengar Kata Hati
Harga: RM19.90
Penulis: Iffa Zalia
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-565-1


Sinopsis: ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.


Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.


Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...


 

Pesta Buku Selangor 2010

Start:     Jun 25, '10 10:00a
End:     Jul 5, '10 10:00p
Location:     Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor
Pesta buku selangor kembali... serbuuuuuuuuuuuu!!!

NB Kara - booth C7 (dekat mcD)
Jemari Seni - booth 20 (lorong tengah)

Sunday, May 23, 2010

Kempen Galakan Membaca


Ada sapa2 ker yg dekat2 area putrajaya yg nk ke Pameran dan Jualan Bahan Bacaan anjuran Perpustakaan KDN (Kementerian Dalam Negeri). Akan diadakan dari 25 hingga 26 Mei bermula jam 9pg hingga 5ptg. Lokasinya adalah di Ruang Legar Dewan Gemilang KDN kat Blok D1, Kompleks D.

 

Antara yang terlibat:

- Utusan Publications

-Berita Publishing

-Alaf 21

-Creative Enterprise

-Saba Islamic Media

-INTAN

-MDC Publishers

-golden books

-Rentak Inovatif

-Ashe Enterprise

-PNMB

-DBP