Tuesday, June 29, 2010

Outdoor Reading & Pesta Buku Selangor 2010




Sabtu, 26/6/2010 yg lalu aku sempat la join outdoor reading kat tepi tasik shah alam tu. Terima kasih Sil sbb sudi amik aku kat Kelana Jaya subuh2. hehe. dlm pukul 8 kitorang dah sampai kat tasik dan org pun dah mula ramai. Utk event tu asalnya diorang target nak kumpul 5000 orang kat tasik tu utk melayakkan masuk Malaysia Book of Records. Tapi akhirnya 14,000 org yg berjaya dikumpul. memang meriah dgn manusia.

 

Lepas habis program outdoor reading tu barulah aku, ngn sil ngan wan amalyn pegi ronda2 kat pesta buku selangor dlm PKNS tu.

 

sure fine whatever

alongside









Thursday, June 24, 2010

Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2010

Pesta buku Selangor tu memang dah lama lah aku tau, tapi sambutan Hari Ilmu tu baru minggu lepas aku tahu. Kalau tak, boleh la register awai2 utk join. Tapi kalau tak register pon boleh join tapi tak dapat book mark dgn topi la kot. Kalau nak pegi utk nak sama2 memeriahkan event outdoor reading yg terbesar di Malaysia, boleh la datang serbu beramai-ramai kerana event ini akan dicatatkan dalam Malaysia Books of Records! Bila? Haaa Hari Ilmu akan disambut esok 26 JUN 2010 di Taman Tasik Shah Alam dan akan dirasmikan oleh DYMM SULTAN SELANGOR. Pendaftaran dibuka mulai 6.30pg hingga 9pg. Bawa satu buku untuk dibaca kat situ, tikar, air, makanan pun buleh, terus piknik situlah! hehe. Event ni akan selesai dalam tengah hari la. lepas tu buleh la terus ke kompleks PKNS utk ke Pesta Buku Selangor :)

Aku tengok kat gengkicap pun ada up kan nama2 penulis yg akan hadir, barula aku teringat nak hantar post ni. sori lah lambat sbb dok buat menda lain, terlupa pulak menda macam ni. Tengok list penulis, lagi la semangat nak pegi :)

 

Sunday, June 20, 2010

Sweet Sour

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nasz
Sweet Sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
570 muka surat
Cetakan pertama 2010


Tengok kaler cover buku ni pun dah terasa-rasa sweet sour kat ujung lidah. A pleasant shade of green :) Ramai gak la yg rekemen suruh baca buku ni dan ramai yg dah jatuh chenta dgn cerita ni.


Memang tak terasa masa berlalu bila membaca novel ni. Kisah Lia yg sekian lama menyulam kasih dengan Zarul namun jodohnya kuat dengan Joe. Mungkin kedengaran mudah tetapi penulis menyelitkan kejutan kecil di sepanjang cerita dan menyimpan kejutan terbesar di akhir cerita. siapa sangka yg Joe yang memegang kemas perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir. Semuanya kerana dia jatuh cinta pandang pertama.


Bagi aku kejutan pertama bermula apabila tiba2 saja Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya dgn orang lain kpd Lia. Memang frust giler masa tu sbb Zarul memang sgt ngam dgn Lia. Joe seperti mula mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya memperisterikan Lia. Alasan Lia? mungkin dia nak selalu dekat pada Zarul, tak dpt kawin dgn Zarul, dapat tengok Zarul pun jadilah. so tugas Joe utk memikat isterinya agak sukar. Bertahun2 bercinta, bukan mudah utk Lia melupakan Zarul. Tapi Joe seorang yg romantis dan dia tak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya dia seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.


Bagi aku cerita ini menarik tapi bagi aku jugak cerita ni tak sesuai utk bacaan remaja kerana adegan intim Lia-Joe selalu diceritakan dgn sgt grafik, pergerakan2 kecil pun diceritakan jugak. Scene2 lain tak diceritakan se detail itu lah pulak. Aku rasa cerita ni dah lebih dari menarik dah kalau tak ada adegan2 tu pun. Mgkin nak xtra kan rasa sweet dan sour dlm citer ni kot ;) Aku bukannya apa kalau yg jenis citer satu persatu utk scene yg mcm ni, rasa mcm bagi tunjuk cara lah pulak.


Joe memang mahu berubah dari jahat menjadi baik semuanya semata-mata kerana cintakan Lia. Kalau Lia menolak cintanya, pasti dia akan terus-terusan menjadi jahat. Malah Joe ni kelihatan seperti tidak menyesali langsung masa lampaunya malah apabila menceritakan sejarah hidupnya dia seperti berbangga kerana melalui fasa itu. Bukan hero favourite aku. Joe membuat aku teringat kat hero kegemaran ramai dlm novel Bahtera Cinta (Iffa Irdina), si Adiputra tu. Dia tu pun jenis layan ramai perempuan tapi bila jatuh hati dgn kejelitaan Wana, baru lah dia belajar erti setia. Selingan lah pulak! Tapi watak2 hero jengkel macam ni sangat memorable lah pulak sbb ada kelainan. Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur).


Zarul pulak mulanya kelihatan spt watak yg kuat, tapi apabila menerima tekanan dari Joe, dia kelihatan spt watak yg lemah and just going with the flow. Bg aku cintanya pada Lia tak cukup kuat kerana dia tak mempertahankan langsung kedudukan Lia di hatinya.


Ada kejutan yg menunggu anda di akhir cerita. dan yg pastinya, it's a happy ending :) :) :)


sure fine whatever
~alongside~


blurb/sinopsis belakang buku


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

----
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Thursday, June 17, 2010

Floria 2010: Waterfront Putrajaya

Aku tengok dah ada banner yg bergantungan sekitar putrajaya tentang Floria 2010 yang akan bermula dari 10 hingga 18 Julai 2010. Yang 10hb tu insyallah aku dapat la jenjalan. Tak sabarnya nak tangkap gambar bunga byk2 :)
Rasa mcm baru jer gi floria 2009 dgn mak, dgn kucc, rupa2nya dah masuk lain tahun dah. Cepat betul masa berlalu

here's some info yg copy-paste dari website Perbadanan Putrajaya & Bernama.

-----------

Floria Putrajaya Floria 2010

Putrajaya Floria, the Putrajaya Flower and Garden Festival will be organised once again in Putrajaya, Malaysia. The 9 day fiesta will commence on 10th until 18th July 2010

Putrajaya Floria 2010 is an international event that is hosted by Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation) and the Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing. Arranged and landscaped in various settings with dedicated locations for photo opportunities, the intertwining flowers and foliage will create a magnificent medley of colours aimed to enthrall visitors. It is hoped that the festival shall inculcate in visitors a respect for nature, love for colours, flowers, plants and gardening.

Covering an area of 15 acres, there will be so much to see and do. There will be many programmes and activities for visitors to choose from. At night all the attractions will be lit up with lights that give a spectacular view of the flowers and gardens which blend well with the lights from the buildings, structures and bridges of Putrajaya. Some of the attractions at Floria 2010:


Floria Showcase Gardens
Special Heliconia Garden
International Garden
Corporate Gardens
School and University Show Gardens
NGO's Gardens
Floral Pavilion
Garden Bazaar
Art & Cultural Show

Admission Is Free 
 
Date : 10th - 18th July 2010
Venue : Waterfront Precinct 2, Putrajaya
Visiting Hours : Monday-Thursday  : 9.00 am - 10.00 pm
    Friday-Sunday  : 9.00 am - 12.00 am
 
 
For more information, call Perbadanan Putrajaya at 603-8887 7137 or visit
http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html


-----------
400,000 Tumbuhan Berbunga Pelbagai Jenis Dipamerkan Di Floria 2010

 

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Lebih 400,000 tumbuhan berbunga pelbagai jenis akan dipamerkan pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria) 2010 yang bakal berlangsung dari 10 hingga 18 Julai di Persisiran Tasik, Presint 2, di sini.

Bertemakan "Tanaman Heliconia", festival kali ketiga itu turut disertai peserta dari luar negara seperti Indonesia, United Kingdom, Australia, Jepun, Kanada, Taiwan, Belanda, New Zealand dan Serbia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Floria kali ini dijangka dapat menarik kira-kira 500,000 pengunjung.

"Sebanyak 45 ruang perniagaan berkonsep garden bazaar disediakan berbanding pada tahun lepas iaitu hanya 30 buah dan kesemua ruang itu telah pun ditempah," katanya kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Floria 2010 di sini Rabu.

Raja Nong Chik berkata acara akan dibuka bermula pukul 9 hingga 10 malam dari Isnin hingga Khamis, manakala dari Jumaat hingga Ahad pula dibuka dari 9 hingga 12 malam. Masuk adalah percuma.

Beliau berkata perkhidmatan bas juga akan disediakan bagi kemudahan pengunjung selain kemudahan tempat letak kereta.

Majlis perasmian Floria dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

-- BERNAMA

 

Review Buku

Kebelakangan ni ada la dua tiga org kengkawan aku report kat aku mengatakan review aku ada di paste di tempat lain tapi tak ada credits diberikan kepada multiply ni atau pun blogspot aku. Aku rasa sapa2 pun paham, kalau dah copy-paste dari rumah org lain, letak la credits sikit kalau tak letak link pun. Mula2 aku terfikir, mungkin sebab kebetulan.

So aku pun surf la cari kat mana2 yg mungkin ada copy-paste review2 aku. Memang ada rupanya. Ada yang amik copy paste dan ada jugak yg diedit. seluruh review diambil tapi part signature aku 'sure fine whatever, rinn' tu dah hilang dan terus ke sinopsis belakang buku.

Mungkin kebetulan sbb kadang2 cita rasa dan pendapat beberapa org adalah sama, aku minta maaf kalau aku tersilap. tapi ada yg kata, cara aku review ada kelainan dari segi cara penyampaian. Mungkin sbb aku dipengaruhi slang utara so lenggok bahasa aku guna memang kekampungan utara habis-habisan. Mgkin sbb tu senang nak detect. apa2pun kalau dah copy-paste tu, mention la credits to alongside, tak kira lah dari mana2 web sekali pun mention la nama blog tu unless kalau copy-paste blurb/sinopsis tu tak per la, tu memang ada kat web publisher atau belakang buku.

port aku post review: alongside, rinntisan, group novelcinta, gengkicap, shelfari.com/rinn

aku penah testing guna blogsome tp pening kepala. aku penah guna yahoo 360 tapi yahoo dah shut down slot yahoo 360 tu, frust aku sbb tu antara tempat pertama aku post semua review aku dari zaman tak dak idea nak menaip tapi nak taip jugak.

gambar tu tak kisah la sbb memang boleh dapat dari web publisher atau writer dan biasanya ada watermarked dan kat cover depan buku tu memang sah2 dah ada logo publisher dan nama writer. Kalo korang letak kat website korang, dah kira jadi promosi yg baik dah utk penulis dan publisher.

bukannya apa, kadang2 biler takder credits pada review, orang akan ingat yg mengepos tu adalah aku. Dan kadang2 bila org tu post isu-isu sensitif ker apa, nanti org ingat aku la pulak. Ada jugak yg letak credits ke multiply aku, aku ucapkan terima kasih :) sudi2 lah singgah lagi, dan marilah kita memeriahkan lagi industri buku di malaysia.

Pesta buku selangor minggu depan jangan lupa tau! serbuuuuuuuuuuuuuu. Promo2 buku dan events/majlis/pesta kat blog multiply tu boleh la copy paste sbb yg tu memang dapat diambil direct dari website2 publisher buku tu. tak bagi credits pun tak pa sbb tu utk tujuan melariskan dan mempromosikan buku2 penulis tanahair kepada semua secara percuma lgpun kat buku yg dipaste sekali promo tu pun dah tertera logo penerbit dan nama penulis. Itu sajalah cara yg aku tau utk membantu war-warkan kehadiran khazanah2 baru dalam dunia penulisan novel melayu :)

 

sure fine whatever

rinn

Tuesday, June 15, 2010

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
isbn: 978-967-5118-40-1
592 mukasurat
cetakan pertama 2010


Bertambah lagi satu koleksi tiga ceritera dalam simpanan aku :) aku suka set2 macam ni sbb ceritanya gerenti pendek dan tidak meleret. Aku mudah merasa puas hati dengan cerita2 pendek tambah pula bila tengok nama2 yg tertera kat kulit buku ni. Lagi lah membuat aku tersenyum lebar dan pasti ada hidangan kisah manis di dalamnya :)


Ceritera I
Damai by Saidatul Saffaa


Kisah ini seperti kombinasi pengembaraan, percintaan, dan sejarah dalam satu naskah yg interesting utk dibaca. Kalau aku dihidangkan dgn senaskah buku sejarah turki, sah2 aku tak baca. Saidatul SAffa menyulam kisah silam Turki dalam kisah pengembaraan Nas ke Turki. Nas tu nak siapkan tesis dia. Ketibaannya ke Turki menemukan dia dgn Sadiq. Pertemuan yg membuat hati kedua-duanya dicuri oleh satu sama lain. Pengetahuan Nas yg kurang tentang kehidupan masyarakat Turki membuatkan dia yg pd mulanya mula menerima Sadiq bertukar kepada cuba memadamkan api cinta yg mula menyala.


Di Turki ada dua jenis masyarakat Islam. Kalau keluarga yg mengamalkan Islam, mereka akan berpegang pada tali Islam dengan bersungguh-sungguh tetapi ada satu lagi golongan Turki moden yg sudah bersalut solid kebaratan hingga nama sahaja Islam tapi hidup mereka langsung tidak Islam. Sadiq dlm golongan kedua.


Nas cuba mencari damai dengan mencari jalan keluar dari Istanbul. Maka tibalah dia di Konya. Di situ dia mencari arah diri. Dia takut pada dosa silam, pada perasaannya buat Sadiq. Namun dia gagal melarikan diri kerana Sadiq juga sedang mencari diri di situ. Sadiq menemui damai apabila bersama Nas dan dia sanggup berubah supaya dapat menjadi suami pilihan Nas.


Tak sangka pulak Sadiq tu sampai sanggup pasang plan baek punya dgn famili Nas :)

--------
Ceritera II
Yang Jauh di Pulau by Noor Suraya


Bagi yang mengikut kisah Piyah dan Piyan karya Noor Suraya secara online, tentulah tak sabar2 nak tau apa akhirnya kisah Piyah dan Piyan tu. So apa lagi, baca la dalam naskah ni :)


Cerita ini tentang Ainnul Suffiah Syuhada dan Sophan Sophian atau nama glamer masing2 Piyah dan Piyan :)) Piyah adalah gadis kota yang kaya raya yg dihantar oleh ibu bapanya ke rumah toknya di Pulau Langkawi supaya dapat dididik menjadi perempuan instead of menjadi peladang FarmVille FB yang berjaya.


Piyah seorg anak yg menurut kata dan segala tunjuk ajar tok diterimanya dgn baik. Kunjungan ke 'market' ikan telah menemukannya dgn Piyan yg membuat dia termimpi2. Perasaannya tidak hanya sebelah pihak rupa2nya, namun Busu, bestfriend Piyan, bertindak menjadi duri dalam daging membuat kemesraan Piyah dan Piyan tidak memekar. Tambahan pulak Piyah dah salah faham dgn status Piyan.


Salah faham itu berterusan hingga bertahun2. Piyan sangka Piyah menolak cintanya kerana dia penjual ikan, lalu dia sanggup membawa diri ke Scotland supaya bila pulang nanti dia akan bergelar pensyarah, baru lah layak nak sunting Piyah. Akhirnya, sebuah buku resipi terbitan Jemari Seni telah menjadi titik pertemuan mereka semula yang membawa ke pengakhiran yg indah :)


Jgn lupa 'tengok' special appearance 'Kak Nila' dan 'Kak Ajah' Jemari Seni dlm citer ni. hehe.. selalu tengok nama diorang dalam Buletin Jemari Seni jerrrr.

-----------
Ceritera III
Langit... Tetap Biru by Syud


Zahra dalam cerita ini sangat2 mengingatkan aku pada Nisa (Tas Merah Jambu). Sebab diorang ni jenis simpan perasaan kat si jejaka tapi tak luahkan perasaan. Tengok dari jauh saja, tapi bila jumpa, memang buat macam tak ada apa2.


Zahra tak pernah simpan harapan utk mendapat balasan cinta dari Fikri sbb dia tahu Fikri berkasih dengan Hana. Setelah bertahun2 membawa haluan masing2 dia bertemu semula dgn Hana, gadis manja yg ceria. Dia simpati dgn Fikri kerana Hana seperti sudah mulai bosan dgn sikap Fikri yg dikatakan mengongkong. Mungkin Hana tu jenis yg masih suka hidup bebas tanpa ikatan.


Zahra menjadi tidak menentu apabila suatu hari dia menerima emel dari Fikri yg bertanyakan tentang sebuah cerita online yg pernah dikarang Zahra suatu ketika dahulu kerana nama watak dalam cerita tu sejibik sejibun nama Fikri. Emel itu membawa communication diorang secara online tanpa Fikri ketahui yg Zahra adalah kawan Hana masa diorg belajar dulu. Dia percaya namanya hanya kebetulan dlm cerita itu.


Namun ketika menggoogle emel penulis cerita itu, rahsia Zahra sudah terbongkar dan Fikri rasa tertipu kerana kisah cintanya rupanya bukan kebetulan spt cerita yg Zahra.


Sejak identitinya terbongkar Zahra menjadi tidak selesa kerana semakin hari semakin kerap dia terserempak dengan Fikri. Peristiwa dia hampir2 melanggar Fikri gara2 mabuk pil karbon, membuat dia akhirnya bercakap dgn Fikri walaupun hanya sepatah dua. Fikri sendiri heran dgn diri sendiri sbb dia tak rasa nak marah pun. Sweet la cara Fikri nak tackle Zahra tu.


tak dapat nak pisahkan perkataan 'comel' dari setiap ending kisah2 Syud :) Haaa dengar2nya buku baru Syud akan kuar Julai ni :) kat pesta buku selangor boleh la beli.


sure fine whatever


sinopsis/blurb

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa


"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
"Panas ke?"
Pakcik muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?


Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya


"Terima kasih," kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...


Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~Syuhada


"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!


Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud


Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu, Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

Sunday, June 13, 2010

Andainya Kutahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Puteri Andalas
Andainya Kutahu
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Khalysa Publications & Distributors
ISBN : 983-40714-4-2
cetakan 2004
514 muka surat
Harga : RM 19.90

Buku ni dah jarang2 nampak di rak2 kat kedai2 buku. Antara buku yg ada peminatnya tersendiri, termasuk la Uda yg dok rekemen buku ni kat aku.

Sali dan Sunny yakin mereka adalah adik beradik tiri seibu. Mereka tidak dapat menidakkan perasaan cinta yg wujud di hati mereka.

Sali cuba utk menerima lelaki lain dalam hidupnya namun bayangan Sunny tidak pernah luput dari jiwanya.

Cerita ini lebih banyak menceritakan tentang Sali dgn lelaki yg ingin menyuntingnya sbg pasangan hidup. Sali sentiasa bersikap jinak2 merpati. Mudah didekati tetapi sukar ditawan. Tugasnya sbg guru menyerlahkan lagi budi pekertinya yg baik. Cikgu Dhel adalah seorg lelaki yg sangat baik dan sifatnya itu mencuit perasaan Sali namun dia sedikit kecewa bila mengetahui yg cikgu Dhel sudah berumah tangga tetapi sedang di ambang kemusnahan. Kejadian isterinya dipanah kilat mengikat semula cikgu Dhel kepada isterinya. Ingat ka cikgu Dhel tu nak tinggalkan jer wife tapi dia jaga wife sampai sembuh. Baik la cikgu Dhel tu.

Sali amat memahami keadaan cikgu Dhel. dia jadi resah apabila dia mula menjadi perhatian cikgu Zul yang bermata keranjang. Teman sekampungnya tu menggunakan keakraban ibunya dgn nenek Sali utk merisik Sali. Di samping itu, sahabat baiknya Adib turut merekemenkan Sali kpd abgnya yg sudah lama kematian isteri, Jeff. Jeff tu hensem giler tapi Sali tak jatuh hati lah pulak. Walaupun dia cuba rapat dgn Jeff, dia sentiasa tak dapat menolak ajakan Sunny. Atas alasan sayang antara adik beradik mereka bertemu melepaskan rindu.

Nenek Sali sebenarnya tak suka mak Sali tu, Jenny, sorang wanita berketurunan Cina yg masuk Islam setelah berkahwin dgn bapa Sali. Nenek Sali ni berjaya menghancurkan rumah tangga Jenny dan mengambil Sali. Tinggallah Jenny bersama Sunny.

Kejadian kemalangan yg menimpa Sali memaksa Jenny memunculkan diri dan menyelamatkan Sali yg kehilangan byk darah. Kemunculannya tidak disenangi nenek Sali. Jenny terpaksa pergi tanpa mendedahkan identitinya sbg penderma darah kpd Sali.

Kunjungan nenek Sali ke Mekah telah membuka matanya tentang kehidupan sebenar Jenny yg tidak pernah meninggalkan Islam. Pertemuan mereka di Tanah suci menjadi titik penyatuan semula keluarga mereka.

Pertemuan itu juga menjadi titik kegembiraan Sunny dan Sali bila mengetahui bahawa Sunny tu rupanya anak kepada Lenny, kakak Jenny. dia menjaga Sunny spt anaknya sendiri hingga Sunny sendiri tidak tahu yg dia rupa2nya anak saudara kpd Jenny. Kali ni nenek tidak membantah lagi kerana dia mahu Sali bahagia.

sinopsis/blurb
Ibunya murtad!
Sali Aida malu lantas menidakkan kehadiran wanita yang melahirkannya ke dunia. Padanya kasih nenek adalah segala-galanya namun bukan untuk selama-lamanya. Kedewasan menyedarkan dia ada luang kosong dalam hidupnya. Sunny muncul di tengah -tengah kekosongan itu. Kehadiran Sunny untuk menyatukan dia dan ibu menyingkap nostalgia manis masa lalu. Tanpa diduga kehadiran Sunny menyemai cinta melakar rindu.

Lain misi lain pula terjadi. Mereka hanyut membina impian yang tidak berkesampaian terdampar kelemasan dilambung ombak cinta yang nyata berkesempadanan...

" Ya...Allah tabahkanlah hati hambaMu ini. Jauhkan dari kesesatan. Dorongkan aku hambaMU yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai." Semoga Sunny juga tabah menerima perpisahan yang menyakitkan ini...

Seandainya kutahu kau memang milikku...
Seandainya kutahu begitu luhur hati ibu...
Taklah seberat ini beban penderitaan yang kugalas di bahu...

Sure fine whatever
Rinn