Tuesday, April 27, 2010

i-City: City of Digital Lights




Ha sapa pernah gi sini? aku pun tak penah tau tempat ni wujud. Adik ipar aku yg biasa area Klang-shah alam semua tu penah la nampak tempat ni dari jauh. So dia pun ajak la kitorang gi ronda2 situ. Fuh memang mengkagumkan tengok area tu penuh dgn lampu pelbagai warna. Malam terus jadi meriah. Kalau mai siang tak best la.. tak nampak keistimewaan cahaya kat situ. tapi masa kitorg pi tu byk lampu yg tak nyala sbb the night before tu angin kuat and banyak wire yg short circuit la kot. Semakin lewat malam, semakin ramai yg datang bawak family jalan2 situ.

 

Tempat ni tak jauh dari jusco bukit raja. kot2 la ada yg nak menjengah :)

 

ni antara gambar2 yg sempat aku snap. Tak banyak lah pulak. mungkin sbb aku lebih excited amik movie berbanding still pics sbb lampu2 di situ ada formasi movement yg menarik.

 

Hilang letih2 badan...

tapi mood membaca tak mari lagi...

 

 



Wednesday, April 21, 2010

Hooperz dah kuar!



 

 

rasanya dah lebih setahun, akhirnya kuar juga. :)

 

 

 



Coming Soon Mei ini: Sweet Sour


Tajuk dan cover tu simple dan sangat menarik. Kena bukak posa beli buku lah nampaknya. hehe...

 

Tajuk: Sweet Sour

Penulis: Nasz

Terbitan: Jemari Seni

 

sinopsis/blurb

 

 

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul


“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.”Relaks aje
dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!









ShopperSide


aku ada buku-buku nak let go. sapa interested, please visit:



aku update yg buku-buku english dulu,

buku-buku melayu will be updated soon.

bahan2 aku dapat dari koleksi a few friends, koleksi sendiri and my sisters jugak.

kalau nak request belikan buku (baru atau 2nd) pun buleh tapi aku tak derla gi cari on the spot, bila jumpa, baru aku bg tau the person yg interested. Tapi kadang2 tu yg beriya-iya nak, biler dah dapat tak jadi lah pulok. Tak pasai2 bertambah buku aku. huhu.

 

Available sekarang:

A. Book Digest: 4 bestsellers in one volume (semua 4 tajuk ni dicompact dalam satu buku)

1. Paradise : Judith McNaught
2. "H" is for Homocide: Sue Grafton
3. Wallis: The Novel : Anne Edwards
4. Don't Say A Word: Andrew Klavan

 

B. Jodi Picoult's:

1. The Pact
2. Mercy
3. Perfect Match
4. Keeping Faith

 

C. RM5.00 only

1. Charmed: Dark Vengeance
2. Charmed: Mirror Image
3. Jefferey Archer: Sons of Fortune
4. Kingsley Amis: Take A Girl Like You
5. Danielle Steel: The Promise

 

 

harga-harga dipaparkan muktamad, kalo rasa mahal, tak yah la beli ye?

Ingat nak bukak "ShopperSide" kat "AlongSide" ni tapi aku tak tau la pulak nak sumbat kat slot mana. Dah la tengok yg sedia ada ni pun aku dah pening. hehe.

Tak per nanti biler2 aku rajin aku teroka lah kat multiply tu kot2 boleh sumbat this little shop.

 

 

aku rasa harini aku garang semacam. haha. mood malas baca buku sudah kembali...

 

 



Friday, April 16, 2010

Buku Baru!



Kau Selalu Ada
Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Durrah Fatiha
ISBN: 978-983-124-537-8
Terbitan Alaf 21


Sinopsis:


MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.


Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin.


Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan.


Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!

Ku Percaya Ada Cinta
Penulis: Rudi Hirdy
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
SEMENANJUNG: RM20 AHLI: RM16
SABAH & SARAWAK: RM 23 AHLI: RM 19


"Kadangkala... kebetulan itu satu detik permulaan yang indah"



Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.


Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.
Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel.

Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.
Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?


Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razznal di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?



Anugerah Cinta
Penulis: Nurul'Ain
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
SEMENANJUNG: RM19 AHLI: RM15
SABAH & SARAWAK: RM 22 AHLI: RM 18


Cinta yang ada pada hati adakalanya satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima.


Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembok besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali yang kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan...


Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam. Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya.


Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.


Kasihku Satu
Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Amiza Anaz
ISBN: 978-983-124-531-6
Penerbit Alaf 21


Sinopsis:


AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang disangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesampaian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.


Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan perasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.


Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.


Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?






Cinta Dua Benua
Aliaa Rohani
RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-31-0
Terbitan Buku Prima


Di universiti, Farah Amira mengenali Amer. Empat tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, akhirnya mereka terpisah akibat salah faham dan buruk sangka. Kerana terlalu kecewa, Farah lari membawa diri ke Kota London. Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Ikmal. Tanpa dia sedari, Ikmal juga menaruh perasaan terhadapnya. Masa berlalu pantas, akhirnya tiba masa untuk Farah kembali semula ke tanah air. Hatinya masih mengingati Amer. Namun, dalam pada masa yang sama, Ikmal terus setia menanti, mengharapkan cinta Farah. Farah lemas dan keliru apakah rasa sebenar hatinya.





Coklat, Bunga & Si Cupid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2010
Penulis: Zara Amani


Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.

Bidadari Hujan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Azzahra
Bidadari Hujan
Penulis: Noor Azzahra
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118340
508 mukasurat


Bidadari Hujan diceritakan dari persepsi seorang lelaki awal 30-an. Rain membuat kita faham gelora jiwa seorg jejaka yg inginkan cinta dlm hidupnya. Qamalia adalah idaman ramai jejaka. Sesiapa saja boleh jatuh cinta pandang pertama pada dia. Gadis 21 tahun itu membuat Rain dilamun cinta. Dan Rainlah paling bahagia apabila cintanya bersambut.


Di saat Rain bahagia dilamun cinta Qamalia, dia tersungkur tatkala dipaksa menerima Sufi Sofea sebagai isteri.


Kisah cinta Rain-Lia memang sangat manis dan membuai perasaan, namun cinta begitu kelihatan biasa2 dan berlaku pada siapa saja yg jatuh cinta pandang pertama. Bidadari Hujan betul2 menangkap perhatian saya apabila Rain bermimpi selepas istiqarah. Ternyata bukan seorang saja Bidadari Hujan di luar sana. Mimpi itu betul2 membuat saya tak sabar nak mengetahui perjalanan hidup Rain sbg suami terpaksa.


Dia memilih utk menyakiti hati Sufi. Layanan Sufi tidak pernah diambil peduli. Rain heran bagaimana Sufi boleh tetap tenang dan tersenyum hingga dia rasa tercabar malah merasakan Sufi adalah pelakon yg terbaik.


Sufi tidak pernah mencanangkan keburukan Rain, malah dia menceritakan yg baik2 aja. Masing2 mahu menjaga hati ibu bapa masing2.


Kemalangan yg meragut nyawa ibu bapa Sufi telah menyentap Rain ke realiti sebenar hidup seorg Sufi. Sedih giler masa kita mula mengenali Sufi yg selama ini tenang. Kini wajah Sufi kelihatan paling ikhlas di mata Rain. Mungkin kerana sebelum ini Sufi belum pernah menangis di hadapannya maka dirasakan Sufi pandai berlakon. Air mata itu telah membuat Rain mencari kisah di sebalik ketenangan Sufi yg dilihatnya sebelum ini.


Kalau Rain rasakan kebahagiaan cintanya diragut, Sufi lebih jauh menderita angkara cinta. Arwah Nenek sungguh2 memaksa dia mengahwini Sufi demi menjaga maruah keluarga Sufi yg pernah mendermakan buah pinggang buat nenek meneruskan hidup di dunia. Rain merasakan dia sudah membuat pengorbanan besar, tetapi sekarang siapa yg lebih byk berkorban?


Diari2 Sufi menyingkap rahsia hati seorg isteri membuat rasa kasihan Rain bertukar menjadi kasih. Tetapi Sufi sudah bersedia utk ditinggalkan kerana sudah tiada hati yg hendak dijaga apabila ibu bapanya sudah pergi utk selama-lamanya. Sepanjang cerita kita memang hanya tahu perasaan Rain. Perasaan Sufi hanya diselami melalui catatan diari Sufi yg dibaca senyap2 oleh Rain.


Gila bayang Rain pada Lia dulu terasa sgt berbeza dgn gila bayang Rain pada Sufi. Bukan senang nak pujuk Sufi yg bijak menyembunyi rahsia hati. Bila doktor lelaki cek degup jantung bini dia dgn stetoskop pun dia dah rasa jeles. Apersal cek lama sangat?


Dan nasib baik lah muncul sekor lembu yg menyelamatkan rumah tangga Rain. haha! Lembu? yep lembu, bukan 'lembu' tapi lembu yg suka makan rumput tu. haha... dlm sedih2 rasa lawak lah pulak.


Saya setuju dgn kak noor, pemilihan editor lelaki utk novel ini adalah sangat tepat dan membuatkan kisah ini jadi istimewa dan lain dari yg lain. Terima kasih utk Bidadari Hujan. :) Stail susunan cerita ni sedikit mengingatkan saya kepada novel Teluki Itu Utk Aku. Cerita seluruhnya dari pandangan watak hero dan perasaan sebenar heroin cuma diketahui melalui catatan diari. Dlm Teluki, keseluruhan cerita adalah dari pandangan watak heroin dan perasaan sebenar hero cuma diketahui melalui catatan diari juga.


sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb


Kasihan itu salah satu cabang cinta!


Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran utk pertama kali. Dia Bidadari Hujan yg memayungi aku dgn payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya. "Harap2 esok pagi hujan lagi!" kataku sambil menghadiahinya senyum. Matanya memanah hatiku dgn busur arjuna. Lalu hari2 selepas itu aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.


Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung. "Macam mana saya nak pulangkan?" Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku. Oh dia bukannya Bidadari Hujan aku yg dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti."Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."


Apa jawab hati aku pada saat ini?

-----------


Tulisan Noor Azzahra buat yg mahu mentafsir cinta dari sudut yg lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dlm menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang utk kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarlah dia yg menjawab semua persoalan anda itu!

Layang-layang Bertali Kaca

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Layang-layang Bertali Kaca
Penulis: Norhayati Berahim
Cetakan pertama 2010
Terbitan NB Kara
922 mukasurat
RM29.90
sabah/sarawak RM32.90
9789675229145


"sakit tangan digerit kaca sakit lagi hati yang terluka"


922 mukasurat!!! huarghhhh... tapi tak tau kenapa ni antara buku terawal yg dibeli dari pesta buku yg baru lalu yg aku capai dan baca. Aku amik masa less than 3 days untuk habiskan. selang seli dgn keja2 masa weekend dan sibuk2 ngemas sbb mak aku tiba2 jer decide nak datang malam ahad tu! lintang pukang aku kemas rumah.


Kisah yg panjang ini bermula dari zaman kanak2 si hero dgn heroin. Permulaan yang menjadi perpisahan dan masa akhirnya menemukan mereka semula atas rancangan yg sangat sempurna oleh si heroin walaupun duapuluh tahun telah berlalu ;) I like!


Bagi aku kisah zaman kanak2 Manja, hingga remaja dan menempuh alam dewasa itu sangat relevan dengan evolusi Manja. Dia dari seorg yg sgt naif menjadi seorg yg sgt tabah. Dia tak mahu terkena sumpahan nama, "Manja". Dia mencari peluang utk lari dari tipikal kehidupan gadis kaya raya yg spoiled. Dia bertemu jalan yg dicari dan pengalaman banyak mengajar dia menjadi wanita yg lebih bijak.


tapi macam pelik pulak Manja yg membesar dalam pendidikan di Malaysia tak terdedah langsung dgn basic keagamaan. Mungkin private class la kot. kan bapak dia kaya gilerrrr.


Kebetulan2 yg wujud dlm cerita ni seperti sangat terancang. Semua yg terlibat saling kait mengait dalam universe kecil novel ini. Macam tak der orang lain nak terserempak. Balik2 orang tu jumpa orang ni, kenai orang sana yang adik beradik dgn orang sini. LEbih kurang macam tu lah.


BAgi yang merancang nak baca novel ni, boleh skip part bawah ni sbb nak cerita la sikit ttg kisah ni.


Kisah ini tentang Manja, anak Tengku Shariman yang tidak manja seperti namanya. Dia dididik dgn penuh disiplin yg keras oleh Tengku Shariman. Segala tindak tanduknya diperhatikan. Dia tidak bebas seperti anak2 kecil yg lain. Manja bijak bermain janji dgn bapanya sehingga Tengku Shariman terlepas kata, dan pantang baginya jika janji tidak ditepati. Perancangan Manja menjadi lalu terlepaslah dia dari sangkar Tengku Shariman dan dia terbang bebas di Kota London. Di sana kita mungkin menyangka dia akan jadi remaja rosak, tetapi sahabat2 pilihannya membawa dia ke jalan yg diredhai Allah. Berkat bimbingan Zakiah dan tunjuk ajar Sariyanti, Manja menjadi wanita solehah yg sudah pandai memasak :) Perubahannya memberi kejutan pada Tengku Shariman, namun perubahan itu sedikit demi sedikit terjangkit pada Tengku Shariman. Hidupnya makin positif dan aman.


Masa kat London tu pengalaman bersama Ku Sam dan Jimmy membuat Manja serik dgn lelaki yg lebih cintakan darjat dan kekayaannya. Dia nekad takkan memilih lelaki yg begitu. Dia mahu lelaki yg jatuh cinta dengan dirinya tanpa mengetahui bahawa dia adalah waris tunggal Tengku Shariman.


Azmin berpindah ke bandar atas tugas bapanya sbg pegawai Daerah. Di desa dia rapat dgn anak2 desa dan Ain Jamilah telah memikat hatinya. Hobi bermain layang2 menemukan dia dengan adik kecil yg comel bernama Manja. Manja seronok main layang2 di situ kerana Azmin dan ibunya tidak memandang statusnya. Mereka melayannya dng baik. masa tu manja baru 8 thn. Kemudian mereka terpisah.


Setelah bertahun2 berlalu, Ain dah berkahwin. Walaupun cinta monyet, Azmin mcm frust la. Azmin mendedikasikan hidupnya kepada ibu yg menjadi mangsa suami yg gila berbini dua tiga. Adiknya Johan juga ada perangai bapanya. Hanya Azmin yg bertahan dgn kerenah ibu yg dulunya penyayang, sekarang jadi pemarah dan bengis. Semua org gaji yg dibayar lari lintang pukang selepas dibaling pinggan mangkuk, tapi... pada suatu hari, datang seorg gadis yg sangat manis, menawarkan diri utk menjadi orang gaji di rumah itu. Tanpa sedar satu cahaya kecil sudah mula memercik di suatu sudut di rumah itu... dan cinta suci bakal memenuhi sanubari Azmin dan ibunya.






sinopsis blurb:


Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang2 sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dgn bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.


Sesekali dia melihat layang2 itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang2 bukan lah mudah.


Tidak bijak menganggar, layang2 akan menjunam. Tidak pandai memegang tali, layang2 akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang2. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.


Bagi Manja, bermain layang2 adalah satu kebebasan yg hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati.

Andainya Kukembali

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mia Khaidina
Andainya Kukembali
Penulis : Mia Khaidina
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
9789675234941
423 mukasurat


"Apabila cinta tidak ada kekuatan untuk tumbuh sendiri, tidak salah menanam cinta, membajanya utk ia mekar dan bertunas."


Azlin adalah satu watak yg sangat kuat dan bertunjang kukuh. Cinta pada Marc tidak membutakan cintanya pada Allah. 8 tahun dia setia pada Marc dan cuba menarik Marc ke arah Islam, namun Marc tak dapat membezakan budaya dan agama dlm masyarakat Islam. Maka tinggalah Marc dgn tanggapan sehalanya dan Azlin membawa hati yg kecewa balik ke Malaysia.


Sebagai wanita berkerjaya yg menghampiri usia 30 tahun, dia berasa tersindir dgn kata2 org sekelilingnya kerana belum berumah tangga. Kehadiran Amri mnarik perhatiannya, namun semakin mengenali lelaki itu semakin terserlah sifat cemburu butanya. Azlin jadi tawar hati terhadap Amri yg mula mengongkong hidupnya dan sangat tidak gemarkan kerjaya kewartawanannya.


Di saat dia ingin menjauhi Amri, ibu dan ayahnya semakin terpikat dgn sifat sopan santun Amri dan mahu Amri sbg menantu. Azlin tersepit dalam membuat keputusan. Umur yg semakin bertambah, harapan keluarga, semuanya membuat Azlin menerima Amri walaupun tiada cinta. Ada yg berkata lebih baik berkahwin dgn lelaki yg menyintainya daripada berkahwin dgn lelaki yg dicintainya. Azlin mahu menyintai Amri.


Ketiadaan Azlin membuat Marc semakin menghampiri Islam. Scene pengislaman Marc tu buat aku menangis. Sangat menyentuh perasaan.


Setelah memiliki Azlin, Amri semakin berkuasa dan dikuasai cemburu. Azlin tidak kelihatan sebagai watak yg lemah walaupun dia didera Amri. Penulis berjaya menyerlahkan kekuatan Azlin melalui sikap dan pendiriannya. Azlin seorg wanita yg rasional dan berhati-hati. Tapi bila dia tak report polis tu, aku jadi geram lah pulak. Memang dia nak menjaga air muka ibu bapanya, takkan baru 2 bulan kawin dah nak bercerai berai. Amri tu dah boleh dikira peguam yg ada masalah mental. EGO. Sentiasa merasa dirinya tak bersalah dan meletakkan semua kesalahan pada Azlin walaupun jelas dia yg sentiasa GAGAL mengawal perasaan marah.


Bila Azlin sudah tidak sempurna, Amri mudah saja menceraikannya. Masa tu barulah ibu dan bapa Azlin mengerti, menantu yg baik tidak semestinya menjadi suami yg baik. Marc pula? Allah telah memberi Azlin yg sangat sempurna yg setia padanya selama 8 tahun, tetapi dia terlalu keras hati. SEkarang Azlin masih Azlin dan Marc mahu kembali padanya. Tapi mahukah Azlin?


Novel ini mengandungi bait2 kata yg memberi kesan pada jiwa aku (fuhh jiwa tu...). Memorable dan menyentuh perasaan. Bagi yang menghayati kisah Marc, kisah Azlin, anda pasti tersentuh dgn ayat ini, "Kalau itu takdirnya, itulah milikku. Kerana Allah pernah memberi Azlin yg sempurna padaku dulu. Tapi aku membuangnya jauh. Justeru andainya perlu kembali ketika ini dlm keadaan kau yg sebegini, Aku sangat redha."


Amri dan Marc kedua-duanya Islam dan kedua-duanya menyintai Azlin. Tetapi persepsi cinta mereka sangat berbeza. Adusss.. kisah yg membuat aku menangis lagi...


sinopsis/blurb


Cinta itu manis utk dikenang tapi cinta itu lebih manis bila kita dapat menikmatinya dan menghabiskan usia dgn dia dan kita benar-benar cinta. Percayalah kataku Marc adalah sebahagian daripada perjalanan engkau mencari cinta yg luhur. Antara cinta pada Marc dan cinta pada Allah, aku sangat berbangga mengenali kau Lin, yg mampu meninggalkan cinta pada Marc utk Nya. Azli mengangguk lewat kata2 itu, ya masakan dia perlu menjadi murtad semata-mata utk bersama Marc? Nauzubillah min zalik... aku impikan syurga!


Begitulah menjadi manusia bernama perempuan Lin, kalau belum kahwin sibuk ditanya bila hendak kahwin, bila sudah kahwin, sibuk ditanya bila hendak dapat anak, lepas tu bila nk dpt menantu.


"Kadangkala Allah menguji kita dgn menemukan kita dgn org lain sebelum kita bertemu dgn jodoh yg sebenar. supaya kita lebih menghargai kebesaran-Nya" - Anita


"Marc, kenapa baru kini mencari?" Marc senyum.
Debar di dada surut perlahan-lahan. Suara Azlin masuk ke jantungnya.
Marc terhidu-hidu bau pertemua lalu yg penuh rindu.
"Marc, jujurnya aku tidak perlu simpati," tubir mata Azlin panas tiba-tiba. Aduh... air mata janganlah engkau menitis!


--------
Setinggi mana pembangunan, sehebat mana pendidikan, persepsi wanita yg berkahwin lewat sebagai 'tidak laku' sukar dikikis di kalangan sebahagian masyarakat. Justeru, ada wanita memilih jalan singkat, berkahwin atas dasar memadam stigma sosial dan bukan utk membahagiakan diri sendiri. ANDAINYA KUKEMBALI adalah kisah kekuatan seorg perempuan yg ingin membuat pilihan terbaik dlm hidupnya namun tewas dgn stigma sosial masyarakat.

Kala Hujan Menitis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mia Khaidina
Kala Hujan Menitis
Penulis: Mia Khaidina
9789833669912
RM17.90
Sabah/Sarawak: RM20.90
453 muka surat
Terbitan Buku Prima


"Bebaskah mereka mencari bahagia? Bisakah cinta lama bercantum semula?"


Nadia, gadis polos yg percaya maruahnya luluh di tanah asing, sedangkan itu semua hanya mainan Dani utk merebut Nadia dari Khairi (Kay). Dani sengaja buat Nadia percaya yg dia telah ternoda namun Nadia tanpa sedar menjadi taruhan mainan perniagaan ayah Dani. Nad terlepas ke tangan Datuk Borhan. Ada kanser prostat tapi ada hati nak berbini dua.


Nadia menyangka dia terlalu kotor utk insan sebaik Khairil dan sebab itu lah pertunangan mereka diputuskan dgn alasan dia telah menjadi mangsa rogol dan Dani adalah penyelamatnya. Sayang betul dia tak tau aktiviti sebenar Khairil yang jauh lebih kotor dari dirinya. Nadia masih suci cuma sendiri tidak tahu kenyataan itu.


Khairil mmg frust dgn keputusan Nadia. Dia sungguh2 cintakan nadia, tapi terpaksa dilepaskan. Setelah kembali ke Malaysia Khairil nekad mahu meninggalkan dunia penuh noda, tapi di sini dia tak dapat pekerjaan lalu terjebak semula dlm noda.


Nadia seperti sengaja menjebakkan dirinya dalam dosa bila berhubungan dgn Dani sdgkan dia masih isteri Datuk Borhan. Mungkin kerana dia percaya dia telah tidak suci lagi, tapi sebenarnya itu semua tipu muslihat Dani.


Walaupun Khairil dan Nadia sama2 berdosa tapi rasa mcm Khairil tak layak utk Nadia, tapi kalau dah jodoh tak ke mana. Khairil terlibat jadi anak ikan simpanan sorang Datin yg kebetulannya madu kepada Nadia. Datuk tu bertaubat la jugak tapi Datin Aisy tu terus kesesatan. Siap perangkap Khairil supaya tertangkap basah dgn dia, so tht Khairil tak dapat Nadia. Dia tak segan ker dgn anak2, nak kawin jugak2 dgn Khairil yg muda belia tu. Ending dia aku suka biler Khairil tak appear kat pejabat Kadi sedangkan Datin sekeluarga dah berpeluh2 tunggu dia :)


sinopsis/blurb:

Tapi bagaimana kalau Nadia tahu? Bagaimana kalau Nadia tahu aku lelaki kotor yg berdosa? Apakah aku layak untuk bersamanya lagi dalam keadaan begini? Apakah dia sudi utk bersama aku? apakah aku ini ditakdirkan untuk hidup bergelumang dosa sepanjang usia?


Khairil bahagia melihat Nadia gembira. Dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. Dan tatkala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. Berhijrah ke ruang yg lebih diredhai. Ya, dia mahu berubah. Dia mahu berhijrah.


Khairil melangkah longlai ke kamarnya. Hatinya berbaur rasa. Entahlah... waktu begini dia tidak tahu apa yg harus dibuat. Aish bagai racun berbisa. Nadia pula madu bergula. Dia sukakan Nadia dan dia tidak mahu Nadia tahu ttg sejarah hitamnya. Dia tidak mahu Nadia rasa dihukum kerana memilihnya. dan yg penting dia takut Nadia akan lari meninggalkannya bagai dulu kerana sejarah hidupnya yg berbalam.


"Saya juga pernah berdosa dan saya tahu seksanya mengurung jiwa dlm sangkar emas penuh noda. Saya perlukan lelaki jujur yg luhur hatinya dan tunduk di bawah kekuasaanNYA saya tidak perlukan lelaki hipokrit. Saya perlukan suami yg boleh membimbing dunia akhirat.


Saya mahu jadi muslimah sejati, saya mahu jadi kekasih ALLAH. Saya mahu sujud kepadaNYA sebelum dipanggil pergi."


"Saya tidak mahu sendirian kala hujan menitis."

---------
Gaya hidup mengagungkan kebendaan, hedonisme dan gejala sosial yg meruncing antara yg cuba disampaikan dalam novel ini . Utk keluar dari kehitaman hidup itu bukan mudah tanpa kesungguhan dan ilmu tetapi ia juga bukan sangat mustahil. Kisah ini berkisar mengenai perjuangan dua insan berwatak gelap, Nadia dan Khairil yg terjerumus dlm dunia kemaksiatan Bermula dengan putusnya pertunangan yg mengikat mereka berdua, masing2 membawa diri.
~Mia Khaidina~

Sunday, April 4, 2010

Wasilah Cinta Weera

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS Litera
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789833893709


Rose Harissa mengajak kita menghayati cinta yang sudah tidak dapat ditafsir dengan betul di mata masyarakat kini. Dalam Weera mendidik Sari Ayu agar memahami Ray, watak Weera juga mendidik kita meluaskan persepsi cinta. Jika kita tidak betul-betul mengenali Weera dan Ray, mungkin kita juga akan menyalahertikan cinta mereka. Ayuhlah kenali mereka. Hayati cinta mereka yang sebenar-benarnya dan tiliklah dalam diri kita ke mana perginya cinta suci yang sangat universal itu dalam hidup kita. Saya paling suka dengan cara Rose Harissa melonjakkan watak Ray dalam suasana yang penuh emosi yang membuatkan saya juga menyintai cinta mereka.


Banyak betul kemunculan watak Ray yang membuat saya menangis dan menangis.


Kisah ini tentang Weera yg yakin dgn petunjuk yg diterimanya utk mengambil Sari Ayu sebagai isteri di saat-saat akhir kerana gadis itu ditinggalkan tunang ketika membilang hari ketibaan tarikh pernikahannya.


Ironinya tunangan Sari Ayu (Firdaus) memilih utk mengahwini bekas girlfriend Weera (Jasnita) tetapi menyebarkan cerita bahawa Weeralah yang merampas Sari Ayu darinya. Memang hampeh punya mamat.


Perkahwinan itu membawa Sari Ayu ke dunia Weera dan Ray. Entah berapa kali Ayu gagal mengerti kasih sayang Weera dan Ray walaupun Weera menumpahkan kasih sayang yang sangat bernilai buat Ayu. Firdaus dan Jasnita tak jemu-jemu menabur fitnah demi utk memutuskan ikatan perkahwinan Sari Ayu dan Weera.


Dugaan demi dugaan menjadikan Sari Ayu semakin mengerti cinta sebenar yang terjalin antara Weera dan Ray.


Mungkin pembaca agak kurang selesa dengan penggunaan perkataan 'cinta' bagi menerangkan hubungan Weera dan Ray tetapi penulis banyak mengambil contoh persahabatan zaman Rasulullah dan juga cinta keluarga dan membuatkan kita faham cinta ukhuwah yg utuh antara mereka.


Weera menganggap Ray seperti saudara sendiri, ayah sendiri. Dia adalah mangsa dera dan Ray adalah penyelamat dan pembentuk peribadinya yang mulia. Hanya kerana dia dan Ray bukan jejaka yg gemar berjubah, berkopiah, dia dilabel sbg gay.


Semasa dugaan memuncak buat Weera dan Ray, Sari Ayu tak dapat menolak keraguannya dengan kemesraan mereka. Saya tak sangka ibu bapa Sari Ayu sangat memahami kedudukan Weera dan Ray malah Sari Ayu tu kena marah sbb tak reti-reti. hehe. memang terharulah membaca scene2 yg penuh emosi dlm cerita ini.


tapi rasanya cerita ni tak sesuai budak2 baca. Ada adegan2 yg agak keterlaluan utk budak2 baca. Mcm adegan panas la. so, sorok yer dari budak2.



Galau Di Hati Seri

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kusyi Hirdan
Galau Di hati Seri
Penulis: Kusyi Hirdan
Terbitan NB Kara
isbn: 9789675229138
RM21.50
sabah/sarawak: RM24.50


"dari fitnah mereka bersatu"


Novel terbaru Kusyi Hirdan kali ni bersama publisher NB Kara. Bagi saya kisah dlm novel ini dalam nada penceritaan yg matang dan amat sesuai utk mereka yg gemarkan kisah yg lebih serius dan tidak main2. tak der hoo haa hoo haa.


Kisah ini tentang 2 orang yang tidak pernah saling mengenali tetapi kedua2nya agak dikenali dalam bidang masing2 dan ada reputasi yang perlu dijaga. Namun ada mata-mata yang mahu melihat karier mereka berkocak sedikit demi utk menarik perhatian masyarakat umum.


Atas perancangan teliti orang dalam yang amat dipercayai Seri dan Sulaiman, mereka berdua ditangkap berkhalwat. Kisah mereka mula digembar-gemburkan dalam pelbagai media dan langsung populariti kedua-duanya melonjak dalam bidang masing2 walaupun masih ada mulut2 jahat yg memperkatakan hal mereka. Setiap jejak mereka diikut penuh minat. Malah mereka tak dapat mengelak dari bertemu selepas kejadian tangkap khalwat diorang tu. Tak dapat dinafikan selepas itu perkenalan mereka lebih rapat, malah Sulaiman sudah semakin mengenali keluarga Seri. Sulaiman tu ada pangkat Datuk dan sedang mula melonjak dalam dunia politik negara. Skandal tu telah menjadikan namanya sgt popular di Malaysia.


Mula2 tu Sulaiman ni memang anti-artis yg nyanyi2 nih. Macam2 dia kutuk malah penah bergaduh dgn Seri selepas kejadian tangkap khalwat diorang. Tapi bila sudah mula mengenali Seri, dia terdiam. Seri bukan hanya menyanyi tetapi dia hanya menyanyi lagu2 ketuhanan dan menolak menyanyi di kelab2 atau tempat2 yg menghidangkan hidangan tidak halal. Dia amat menjaga prinsipnya. Pengurusnya merasakan populariti Seri makin merudum, so sebab tulah dia perangkap Seri dgn Sulaiman supaya tercetus kontroversi dan ternyata hal itu telah menaikkan jualan album terbaru Seri. Mereka makin galak mencipta gosip supaya kisah Seri-Sulaiman akan sentiasa segar di dada2 akhbar dan majalah.


Ha jenuh bersilatla Datuk muda tu mengelak persoalan demi persoalan dari wartawan2. Ada skali tu Sulaiman gi jumpa dgn bapa Seri, tapi wartawan dah mai penuh depan rumah sbb diorang dpt berita yg Sulaiman datang meminang Seri. macam2 soklan diorg tanya sampai Sulaiman cuma jawab no komen. Dah pandai dah bg jawapan artis ;) Tapi biler sorang tu tanya betul ke Seri tu dah mengandung, Sulaiman langsung tak bagi komen dan blasah mamat celupar tu. Kesian betul2 tetiba jer hidup dia jadi huru hara. Tapi dalam huru hara tu sempat jugak dia berkenan kat Seri ;P


Macam pelik pulak Sulaiman tak syak langsung Yasmin Ghaz tu mak dia. Dia tak penah tengok surat beranak sendiri ke? kalau nama mak dia Fatimah Saad ker, Atikah Hj Pawi ker, Noraini Othman ker, kot la tak perasan sebab nama2 yg popular dan ramai. Kalau Yasmin Ghaz? Rasanya satu jer kot dan kelainan tu membuatkan nama tu memorable sepatutnya (ye ke?). Pendapat aku jer la... Mula2 tu memang syak macam2 kat Yasmin Ghaz ni. Nak kata baik macam tak baik, nak kata tak baik, baik lah pulak... sapa yg suka baca gossip column cuba baca tengok citer ni. hehe.


sinopsis/blurb:


Seri Arina seorg penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yg lebih baik. Sesuai dgn imejnya sbg artis bintang realiti yg bertudung, dia cuba berdakwah dgn caranya yg tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohma dunia yg penuh kepura puraan ini, namun kealpaannya yg sedikit menjadikan dia mangsa fitnah yg amat lelah.


Bg Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yg bersih dan jujur. Di masa yg sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yg baginya melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.


Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dlm peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut...

Dia Di Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hasreeyati Ramli
Dia Di Hati
Penulis Hasreeyati Ramli
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2010
RM16.00
448 mukasurat
ISBN: 978-983-124-514-0


"Rupanya api cintamu sentiasa di sudut hati"


Watak Harlina sbg gadis koprat sedikit sebanyak mengingatkan saya pada Atika (antara karya terawal penulis ini). Cerita Atika agak dekat dengan diri saya sebab ini adalah antara novel yg terawal saya baca masa mula2 suka baca novel.


'Demi Kasih Ini' oleh novelis yg sama pun saya dah baca dan nampak kelainan jika dibandingkan dengan 'Atika'. 'Laman Rindu' saya belum berpeluang utk baca. Apa yg dpt saya katakan biasan 'Atika' ada pada 'Dia Di Hati'.


Idea cerita yg dilontarkan kelihatan seperti drama yg sangat menarik di televisyen. Tetapi agak kekurangan elemen 'believable' untuk sebuah novel. Gaya bahasa terasa janggal tetapi mudah difahami.


Kisah ini tentang Harlina, seorg gadis koprat berkaliber yg huru hara sedikit hidupnya dengan kehadiran anak bos, Ryan yg gemar menyusahkan hidupnya. Ryan tu memang dah syok kat Lynn tapi Lynn tak layan. Kehadiran Eddie sedikit mencabar Ryan.


Bukan hanya kisah cinta yg menggerakkan pengisahan dlm novel ni. Turut diselitkan rasa simpati Lynn yg menggunung terhadap anak-anak terbiar di lorong Hj Taib yg ibu-ibu mereka menjual tubuh untuk mencari rezeki. Harlina dan sahabatnya Mona sanggup berusaha mengumpul dana utk mengujudkan pusat sehenti bagi memberi pelajaran asas kepada anak2 itu.


Mereka mendapat sponsor besar dari Eddie dan itu telah merapatkan lagi hubungan Harlina dan Eddie. Cemburu makin marak di hati Ryan dan mengesyakki Eddie tu bukan orang baik2. Eddie bijak mengaburi minda Harlina tentang kegiatannya dlm dunia pelacuran walaupun Ryan dan bapanya sendiri mengesahkan yg Eddie tu tokei besar dlm dunia penyeludupan pelacur. (Airil dalam citer Atika pun penyeludup jugak)


Yg Ryan ngn bapa Harlina tu pun, bila dah tau Eddie tu org jahat, kenapa biarkan Harlina keluar dgn Eddie dgn mudah?


SEbenarnya Harlina baru tau yg big bos tempat kerja dia tu rupa2nya bapa kandungnya sendiri dan Ryan adalah anak angkat bapanya.


Lynn cuma betul2 percaya kisah sebenar ketika dalam perjalanan ke utara bersama Eddie sbb Eddie nak ajak dia kawin lari. Dia berjaya melarikan diri lalu disembunyikan Ryan dan bapanya kerana mereka yakin Eddie akan cuba menjejak Lynn. Ryan telah bersedia utk melindungi Lynn walaupun nyawanya menjadi galang ganti.


kenapa eh tulisan dia haluih2? Terlalu kecil saiz tulisan tu berbanding tulisan lain dlm novel alaf. GAmbar gadis di cover novel tak macam Harlina pown. huhu... Cover macam Atika dulu tu lebih sesuai :)


Sinopsis/blurb:


HARLINA seorang gadis yang tegas ketika bekerja. Bagaimana pun, sejak Ryan Iskandar mengetuai syarikat tempat dia bertugas, Harlina sering dibuli. Lama-kelamaan, lelaki itu mula jatuh cinta setelah mengenali hati budi Harlina. Namun, gadis itu bagaikan mawar berduri. Cantik dipandang, tetapi sukar didekati. Cinta yang mekar di hati Ryan Iskandar hanya dipandang sepi.


Kehadiran Eddie Firhan telah menawan hati Harlina yang sekeras kerikil. Belaian cinta lelaki itu menyebabkan dia rasa sangat dihargai. Tanpa disedarinya, Eddie Firhan mempunyai muslihat tertentu.


Ryan Iskandar yang mengetahui tentang kejahatan lelaki itu bertindak menyelamatkan Harlina. Dia sanggup menggadai nyawa demi Harlina biarpun huluran cintanya tidak disambut.