Saturday, November 10, 2012

Siri MCK 3: Kisyah Budak Junior Master Chef

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn,Iris,Wardah,Harleem, Nurul Syahida
ini cover depannya. Ni tentulah Kisyah :) Ini adalah koloborasi 5 penulis. Aku rasa ini pendekatan yang baik kepada remaja apabila penerbit mengambil penulis-penulis popular untuk menghasilkan karya yang sesuai dengan remaja.

Merah Cinta Kita 3: Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana, Iris Ixora, Wardah Munirah,
Harleem Dayam, Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
202 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00



1. Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana
page 6 - 49


"Along cuma nak adik along yang manja ni berubah jadi lebih baik. Nanti kalau mama nak kahwinkan, taklah mama malu. Masak nasi tak pandai. Goreng telur tak pandai. Malu tau."

Kisyah anak bongsu yang manja. Dia ni malas masuk dapur walaupun dia sorang saja anak perempuan dalam keluarganya. Peristiwa ibunya ditimpa kemalangan menjadi titik tolak Kisyah untuk berubah dan belajar memasak. Masakan yang pada mulanya mendapat kritikan dari abang-abangnya akhirnya menjadi puji-pujian yang membuat Kisyah seronok memasak. Kepulangan ibunya dari hospital membuatkan dia bersemangat untuk menyiapkan hidangan terhebat masterchef junior :)



2. Perangkap Sugardaddy
Penulis: Iris Ixora
page 50 - 90


"Siapa kata kamu akan tinggal sebilik dengan saya? Itu berdosa namanya. Saya akan sewakan bilik lain untuk kamu. Kamu anggaplah ini adalah hadiah daripada saya."
Kisah ini membuka mata pembaca agar sedar mengenai laluan yg terpaksa ditempuh anak-anak kita apabila berjauhan dari keluarga. Dalam usia yang mentah mereka terpaksa membuat keputusan sendiri. Apa yang boleh kita buat untuk elak anak2 kita supaya membuat keputusan seperti Siti Salina?

Salina pelajar cemerlang yang berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh. Di sana dia bertemu dengan Bella, anak orang kaya yang cantik dan bergaya. Dia teringin menjadi cantik dan bergaya juga walaupun dia hanya dari sebuah keluarga yang serba kekurangan.

Tindakan Bella menghadiahkan dia dengan pakaian cantik yang membuatkan mata-mata remaja lelaki turut berkenan dengan penampilan barunya. Bila ada budak lelaki yang cuba mendekatkan diri dan meminta nombor telefon, Salina (a.k.a Sally) terlalu teringin untuk memiliki telefon bimbit. Dia jeles juga tengok Bella berbual-bual di telefon dengan boyfriend. Dia merayu pada ibunya dengan pelbagai alasan, lalu dapatlah sebuah telefon bimbit.

Perjalanan pulang ke asrama dengan menaiki bas telah menemukan dia dengan seorang jejaka yg berpenampilan menarik bernama Didi. Setelah bertukar nombor telefon mereka saling berhubungan dan Didi dengan senang hati top up handphone Sally setiap kali credit nya kering. Sally diperkenalkan kepada Tuan Syed yang sudah berumur tetapi segak bergaya. Sally amat terpikat dengan sikap gentlemen dan sopan santun Tuan Syed sehingga sanggup mengikut lelaki itu ke Pulau Pinang dan Langkawi tanpa pengetahuan keluarga. Hebat sungguh persona Tuan Syed yang manis berkata-kata dan tidak pernah memaksa Sally.

Apa jadi pada Sally? Hmm kenalah baca sendiri sama ada dia selamat! atau diselamatkan!

Inilah sebenarnya gelojak jiwa anak remaja lepasan PMR. Mereka akan ikut kata hati. Jejaka yang menawan tentu saja membuat mereka jatuh hati dan sanggup buat apa saja. Sebab tulah ramai yang selalu pesan. Pantau apa yang anak-anak baca. Itu akan mempengaruhi perasaan dan keputusan yang bakal mereka buat.
Tahniah Iris Ixora kerana mengetengahkan cerita ini dalam nada yang baik sekali :)


3. Qistina Obses Facebook
Penulis: Wardah Munirah
page 92 - 131


"Ayah tak mahu Qistina terus begini. Ayah tak larang Qistina berFB atau bermain game. Tapi Qistina perlu faham apa yang perlu diutamakan."

Kisah Qistina yang terlalu asyik berFB sehingga keluarganya terasa hati dengan sikapnya. walaupun dalam satu rumah, Qistina menyisihkan keluarga kerana terlalu taksub dalam dunia maya. Dalam kelas pun siap boleh mimpi main game fb. Parah budak ni.

Bagaimana kalau benar-benar keluarganya menghilangkan diri dari dunianya. Dapatkah dia terus bahagia dalam dunia maya itu?


4. Kasut Bola Syafika
Penulis: Harleem Dayam
page 132 - 165


"Aku dah kata, budak tu bijak. Sibuk main bola pun masih jadi top student! Kamu kena beri dia peluang. Sampai masa, tahulah dia memilih. Nak jadi pemain bola atau jadi doktor macam yang kamu mahu!"

Kisah Syafika si manis 15 yang bukan sahaja bijak tetapi tangkas bermain bola sepak. Kisah ini berlatar belakang suasana di London yang sejuk. kasut football barbie berwarna pink menjadi peniup semangat kepada Syafika utk berusaha melayakkan diri bermain di Trafford Training Centre milik Manchaster United!



5. Shazrina dan Sweetie...
Penulis : Nurul Syahida
page 166-202


"Betul, aku nampak sweetie tu belakang Jobin. Dia tengah mengepak ngepak tapi sweetie tu cuma berdiri setempat saja di belakang dia. Sebab tu aku jerit."
Tak sah kalau duduk asrama tak dengar cerita cerita macam ni. Tapi pestaim pulak dengar hantu bungkus/pocong dipanggil sweetie (kerana hujung kepala dan hujung kaki diikat ala2 rupa bungkusan gula-gula).
Kisah Shazrina yang baru masuk asrama penuh. Kisah sweetie adalah antara highlights dalam perbualan harian budak2 asrama. Sekian lama Shazrina mendengar kisah sweetie, akhirnya dia berpeluang berhadapan dengan si manis misteri itu. Apa jadi ya? huhu... takowwwwt..

sure fine whatever
Rinn

Qaseh Nuralia Imani

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Arin Arida
Qaseh Nuralia Imani
Penulis: Arin Arida
Terbitan Kaki Novel
RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00
699 mukasurat



"Takdir Allah adalah takdir terindah.
Yakin dgn ketentuanNYA dan sabar dgn dugaanNYA
Bahagia pasti menjadi milik kita..."



Kisah Syed Iskandar yg dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, seorang sukarelawan bernama Nuralia Imani. Rancangan licik bersama kekasihnya membuat Syed Iskandar menerima pilihan keluarga yang berselubung sepanjang masa. Sebelum kawin tak penah tengok muka, lepas kawin pun mukanya tidak kelihatan, hanya sepasang mata yang pernah dilihatnya.


Kecurangan kekasihnya Bella membuat Syed Iskandar sedar diri dan mula berlembut dengan isterinya. Siapa sangka Nur yang disangka penuh kekurangan rupa-rupanya seorang graduan dari Jepun yang cantik jelita. Syed Iskandar memberi masa kepada Nur utk menerima dirinya sepenuhnya. Namun kemunculan Akira membuatkan cemburu Syed Iskandar meluap-luap. Rancangan licik Bella dan Roy pula berjaya mempengaruhi Akira utk merampas Nur dari Syed Iskandar. Apa jadi bila amarah menguasai akal? Pandai-pandai la nak pujuk bini yang dah merajuk tu ya Syed Iskandar?

Pengakhiran yang tragis diberikan untuk Akira... dan pengakhiran yang paling manis untuk Nur dan Is. Tak sangka Zarul Malfoy menyelit juga di akhir cerita :). memang havoc lah Zarul versi 6 tahun. I wonder mcm manalah Zarul versi 20 tahun kemudian yang terpaksa Qaseh hadapi tu :D.

Comellah Akira panggil Nur, Inami-chan.

Kisah yang cukup manis untuk dihayati tetapi cerita-cerita intim yang penuh dgn hugs and kisses manyak nyerrrr. Adik-adik, tutup mata ye? atau mak2 sila tutup mata anak2 anda :P

Teknik flashback agak tercampur dlm situasi semasa dan pada mulanya agak meneglirukan tetapi kalau korang baca dua tiga kali, barulah dapat rasa itu sebenarnya permulaan flashback. . Arin Arida ada banyak masa untuk mengasah skill dalam teknik penceritaan flashback :)

sure fine whatever
rinn

meRinnTis blurb/sinopsis back cover

Syed Iskandar terpaksa akur dgn keputusan kedua org tuanya utk menerima gadis yg digelar sbg MUMIA kerana berbugnkus elok dari hujung kaki ke hujung kepala dgn jubah hitam serta tudung lengkap dgn niqab yg melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani sbg isteri.

"Entah perempuan manalah yg walid dgn umi KUTIP utk dijadikan bini aku ni?!" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iarami.

Berhadapan dgn kebencian suami sendiri bukanlah sesuatu yg mudah utk Nuralia. Segala maki hamun Syed Iskandar padanya diterima tanpa kata balasan. Keperitan hidup yg dilaluinya selama ini menjadikan dia seorag yg sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan.

"Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Redalah dgn ketentuanNYA kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah." - Nuralia Imani

Takdir Allah tiada yg mampu menjangka. Ego Syed Iskandar akhirnya jatuh menyembah bumi. Kebencian Syed Iskandar hilang dek lembut kasih dan tulusnya hati milik Nurlalia Imani. Namun kisah mereka tidak semudah yg disangkakan. Pelbagai dugaan datang bertimpa di saat mereka mula menyemai rasa cinta. Masih adakah sinar utk Syed Iskandar dan Nuralia Imani mengecap bahagian? Berjayakah misi jahat Roy dan Bella utk membalas dendam pada Syed Iskandar? Relakah Akira mengalah dan berkorban demi cintanya pada Nuralia? Siapakah Qaseh yg muncul sbg penyelamat di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah?


Hunky Avian Funky Arisa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Hunky Avian Funky Arisa
Penulis: Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Millenia
Editor pengurusan: Nur Hafidhzah Mohd Dahri
RM20.00
Sabah/Sarawak: 23.00
196 mukasurat

Buku ni bukanlah novel sangat. Ia adalah bahan berupa information yang disampaikan secara grafik/lukisan komik dan majalah.

Warna-warna dan lukisan komik ceria melambangkan warna warni dunia remaja yang semakin menempuh alam dewasa. Informasi perubahan-perubahan lelaki dan perempuan disampaikan secara riang ria oleh penulis2. Kalau ada parents yang rasa susah untuk menceritakan perihal perubahan fizikal seorang remaja, mungkin buku ini boleh membantu.

Informasi diselitkan dalam kisah hidup seharian 2 remaja Avian dan Arisa yang saling bermusuhan. Ada saja perkara yang hendak digaduhkan.

siap ada kontes dan hadiah2 menarik lagi. buku ini ada sambungan beberapa episod rasanya. Untuk mengikuti perkembangan Avian dan Arisa, kenalah beli next episod ya?

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis:

Org kata budak lelaki suka bergaduh. Org ckp budak lelaki suka cari fasal. Org kata budak perempuan pula byk cakap. Asyik membebel, berleter, bergosip dan mengomel. Asalkan ada kerja rumah, kerja di dapur, mesti budak perempuan sahaja yg mesti belajar ke dapur. Budak perempuan sahaja yg mesti mengemas, membasuh, dan membuat segala kerja org gaji. Hei, habis budak lelaki buat apa? Tahu makan sahaja, ya? Sangat tidak adil rasanya! (Ini jeritan batin budak perempuan, okey?)

Tetapi sekiranya hal-hal kerja berat dan kerja kasar, mengapa mesti tolak kesemuanya kepada budak lelaki? Eh, ingat budak lelaki urat dawai dan bertulang besi! Budak lelaki juga ada waktu perlu berehat! Habis, budak perempuan buat apa? Asal kerja kasar, kerja yg mengeluarkan peluh, kerja yang berpanas, budak perempuan terkecuali. INI TIDAK ADIL! (Ha ini pula luahan perasaan budak lelaki, okey?)

Perempuan vs lelaki?
Betulkah banyak konflik?
Betulkah remaja selalu stress?
Sungguhkah remaja asyik moody?
Mengapa org dewasa selalu rasa mereka betul?
Kamikah yang salah ataupun kami yg tidak faham diri sendiri?

Dah Jodoh

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Nizrina
Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21
434 muka surat


"Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut kita akan menemui kunci bahagia itu"

Kisah Nasira dan Nuqman yg telah dicurangi tunang dan bakal tunang masing2. Ketika saling meluah masalah mereka tertangkap dan keluarga Nasiralah yang paling marah. Nuqman dipaksa bertanggungjawab atas maruah Nasira yang sudah tercemar. Nasira yang sudah dibuang keluarga diterima keluarga Nuqman dengan baik sekali. Kehadiran Nasira bagai doa yang dikabulkan. Dah lama mereka mengidam anak perempuan. Dapat pula yang comel dan baik seperti Nasira.

Plot kisah kedua oleh penulis ini kelihatan lebih mudah berbanding cerita pertamanya dulu. Rasa mcm semua org dalam universe 'Dah Jodoh' ni risaukan Nasira dan Nuqman yang masih belum 'bersama' walaupun sudah lebih 6 bulan berkahwin. Mcm tak ada perkara yang lebih penting dari itu. Ikut suka diorang suami isterilah nak buat apa, yang lain2 tu rasa mcm terlalu ambil berat kisah sulit orang. Kisah bermood romantis hingga ke akhirnya. Cuma bila diorang start panggil 'B' dan 'Love' tu rasa mcm makin gedik pulak heronya :p melayang mood jiwang. Bagi yang ada jiwa jiwang-jiwang tu, mungkin akan enjoy kisah ini.

Bagi aku, paling menyentuh hati apabila part abg Nasira berjumpa Nasira setelah dapat menerima kisah sebenar di sebalik kejadian tangkap basah antara Nasira dan Nuqman. Penulis ada sentuhan yang baik untuk mengujudkan mood sedih dalam cerita.
Utk ibu2 yg memantau bacaan anak2, ada jugak scene yang budak2 tak sesuai baca dlm ni.

sure fine whatever
Rinn



meRinnTis blurb/sinopsis back cover

Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. apabila kecurangan itu terbongkar, Nuqman coba menenangkan Nasira yg berhati walang. Tak sampai 2 jam berkenalan, mereka telah ditangkap basah. 3 hari kemudian mereka dinikahkan.
Nasira: Kenapa awak setuju kawin dgn saya?
Nuqman: Dah jodoh I dgn you. Nak buat mcm mana? Terima ajelah.

Mengenali Nasira membuatkan hati Nuqman yang dilukai oleh kecurangan Zura terubat jua. Sejak mengenali Nuqman, Nasira tahu erti keluarga, kebebasan dan kebahagiaan. Tetapi Hasni dan Zura yg tidak dapat menerima takdir jodoh Nasira dgn Nuqman cuba menggugat keharmonian rumah tangga mereka berdua. Bagaimanakah Nasira dan Nuqman mempertahankan jodoh mereka?


Mampu Mencintaimu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Auni Amauni
Mampu Mencintaimu
Penulis: Auni Amauni
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
Sabah / Sarawak RM23
537 mukasurat


"Hulurkan rasa cinta dan sayangmu agar dirimu mampu mencintaiku seadanya."

Kisah kahwin paksa. Sarah Humaira berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. Tengok2, tu lah lelaki yang paling dia benci. Dah la jongang, kurus kering dan suka mengusik. Disebabkan sayang, si suami melepaskan Sarah Humaira melanjutkan pelajaran dan mereka tidak pernah bertemu semula sehinggalah lima tahun berlalu.
Kisah pencarian Sarah Humaira bermula. Dia mula sedar peranannya sebagai isteri yang banyak berdosa pada suami yg sering membantunya cover line dari jauh.

Si suami sudah mempersiapkan diri untuk bertemu semula dengan Sarah Humaira. Dia sanggup melalui make over yang ketat demi mendapatkan penampilan diri yang sepadan dengan Sarah Humaira yang cantik jelita.

Walaupun Sarah Humaira sudah mula jatuh hati pada seorang jejaka, dia mengawal perasaannya kerana dia nekad akan mencari suaminya dan menjadi isteri yang setia, tak kiralah bagaimana rupa suaminya nanti. Sedangkan lelaki itulah yang dicari-carinya cuma rupanya sudah lain. sudah handsome ;)

Idea cerita pencarian Sarah Humaira tu memang sangat manis, tambahan pula transformasi suaminya itu memang tidak dapat dikesan oleh Sarah Humaira. Apabila balik kg mencari suaminya barulah dia bertembung dengan suaminya yg sudah berimej baru tu.

Selepas bertemu semula tu, paham2 lah, bermulalah adegan2 yang tak sesuai budak2 baca.

Dugaan selepas pertemuan semula pasangan suami isteri itu semakin hebat. Wani berperanan mewarnakan suasana rancak dalam kisah ini sehingga berjaya mengumpan rasa benci yang menggunung ibu mertua terhadap Sarah Humaira. Sarah Humaira bertuah kerana kepercayaan suaminya terhadap dirinya tidak berbelah bagi. Cara Johan mengenakan Wani sehingga Wani bertaubat nasuha tu memang melucukan. Pandai Johan perangkap :)

sure fine whatever
rinn

Min, Kopi & Zzzz

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Kamisah Majid
favourite quote : M.I.N, bukankah bunyinya sahaja sangat comel lagi rupawan.

Min, Kopi & Zzzz
Penulis : Kamisah Majid
Terbitan JS Adiwarna
Editor: Nur Kamalia binti Ramlan
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00
196 mukasurat


Baca cara Min memperkenalkan nama dia pun dah buat kita tergelak :) Pengenalan begini memberi mood cerita kepada aku untuk terus membaca hingga ke akhir cerita. Kisah min yang terpaksa berpisah dari ibu bapanya untuk menempuh hidup dunia asrama. Walaupun menjadi target pengawas, Min tetap selamba. Dia tak da masalah menempuh perjalanan yang baru tapi ada satu masalah yang tak pernah dapat di atasinya, iaitu mengantuk dan tertidur. Bab tu dia memang jaguh.

So wujudlah misi untuk mencari alternatif agar kantuk dia dan kawan2 dapat dikurangkan tanpa mengubah menu makcik kantin yang sedap gila. So bermulalah kisah misi sulit Min dan Kopi Arabica 3 in 1. :)

I can read this over and over again anytime anywhere :) Bagus untuk bacaan budak2 sekolah juga sebagai hiburan. Those yang pernah duduk asrama mesti terusik nostalgia lama zaman tidur katil besi dua tingkat yang bergoyang goyang. :)

sure fine whatever
rinn


selamat membaca!

Coke & Sundae II

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ilya Abdullah
Coke & Sundae II
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
618 muka surat

"Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai." ~Syakir
"Tapi kalau Ribut Katrina melanda rumah kita macam mana pulak?" ~Azyan


Keseluruhannya nada cerita ini adalah komedi, tapi disulam thriller bila disambung dengan komedi semula kesan thriller kurang mendalam. Rasanya mungkin elemen komedi itu yang lebih kuat dalam gaya penceritaan Ilya Abdullah. Walau bagaimanapun penulis ada talent utk mengadun cerita thriller. Mungkin dapat menambah bilangan penulis thriller wanita di Malaysia?

Banyak nyawa yang terkorban dalam pembikinan novel ini. Kira kejutan juga buat aku kerana memang tak expect langsung ada kematian demi kematian. Mungkin masa menulis novel ni penulis dlm mood 'membunuh'. ;) Yang pasti, kematian yg paling mengejutkan adalah bomoh Esah tu yang kena heart attack selepas terserempak dengan menantunya yg iras2 hantu berbedak sejuk.

Aku tak tau macam mana otak dalam kepala Syakir berfungsi. Dia sanggup mengambil risiko yang amat besar demi memberi pengajaran kepada seseorang yang tiada pertalian darah dengannya. Berbaloikah dengan segala apa yg berlaku demi suatu pengajaran yang hanya menjadikan orang itu lebih gila. Tapi Syakir tu memang gila.

Kadang2 rasa mmg patut pun Syakir buat macam tu kat Azyan yang selalu main kasar dgn suaminya. Apa2pun, walaupun ada air mata yang menitis, penulis cepat menutupnya dengan scene yang mengundang ketawa. Penah tengok orang menangis kemudian ketawa? Ha aku dah jadi macam tu. hehe.

Tidak banyak kematangan yang tumbuh dalam watak Syakir dan Azyan selepas 5 tahun berkahwin. Diorang masih gila-gila macam dulu.

sure fine whatever
rinn

Dia Idaman Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nadra Yasmina
Demam-demam pun aku sempat habiskan novel ni keesokannya :) Permulaan cerita ada terasa kisah tipikal cinta majikan-pekerja tetapi penulis menyediakan turning point yang mengejutkan sehingga membuat aku yg suka tidur ni sayang nak tidur. :)





favourite quote:
Razlan: Kau tak faham Asma, ni lain. Kau ingat senang ke lelaki nak confess depan perempuan yg dia suka? Berpeluh!
Asma: Confesslah dalam tempat yang ada aircond. Yg pergi buat pengakuan bawah pokok togel tengah hari buta tu siapa suruh!
:) :) :D :D
selamat membaca!

Dia Idaman Hati
Penulis: Nadra Yasmina
Editor: Ahmad Fuad Ab Rahman / Zahiah Zali
Terbitan Fajar Pakeer
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
510 muka surat

"Dia itu lain daripada lain. Dia itu pelik. Tapi pelik yang menambat hati"

Kisah Asma dan Jeffrey. Gadis yang kuat bekerja demi menyara keluarga dengan jejaka yang kaya raya dan garang. Puan Sri Amal, ibu Jeffrey yang mahukan rumah Jeffrey ada pembantu rumah hujung minggu supaya kediaman anak kesayangannya tu terjaga. Asma merupakan calon terbaik untuk tugas itu. Percaya pulak Puan Sri Amal tu membiarkan Asma dengan Jeffrey bersama-sama dalam rumah walaupun Jeffrey tu mengurungkan diri dalam bilik sepanjang masa dan tak pernah bertembung dengan Asma.

Aura harimau Jeffrey memang malap bila berinteraksi dengan Asma walaupun hanya melalui nota-nota kecil. Kalau di ofis, dialah raja rimba yg digeruni.
Jeffrey terpaksa memunculkan diri apabila Lilac (a.k.a Laila - juga dikenali sebagai liplap di kalangan golongan anti-lilac) menyerbu rumahnya. Itulah kali pertama dia berhadapan dengan Asma sbg pembantu rumah, sedangkan sebelum itu mereka sering bertemu di klinik gigi. Demi menyelamatkan diri, Jeffrey membuat pengakuan eksklusif bahawa Asma adalah isterinya. Bermulalah pusing U-Turn yang sangat besar dalam hidup mereka berdua. Personaliti Perniagaan yang besar seperti Jeffrey mudah diburu kontroversi dan kisah hidup peribadinya memberi kesan yang besar kepada empayar milik keluarga.

Lilac tidak berlalu begitu saja, dia berlalu bersama misi untuk memporak perandakan hidup Jeffrey dan 'isterinya' Asma. Hasil campurtangan Puan Sri Amal membuatkan mereka benar-benar menjadi pasangan suami isteri. Kisah tipikal di awal cerita berubah nada selepas itu. Suntikan thriller sangat menjadi dan elemen kejutan melalui watak Zuhara juga tidak disangka-sangka.

sure fine whatever
rinn

Sayang Cikgu Ketat-ketat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rafina Mimi Abdullah
Sayang Cikgu Ketat-ketat
Penulis: Rafina Mimi Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
528 mukasurat

"Saya sayaaang cikgu."
"Itu aje?"
"Saya sayang cikgu ketat-ketat."
"Hah? Apa dia?"

Kisah cikgu sekolah, Cikgu Safarin yg jatuh hati kepada anak muridnya, Nurul Anis, yg baru nak amik SPM. Sikap caring nya telah menimbulkan salah faham, malah ada yang menuduh bukan bukan terhadap Nurul Anis.

Fitnah yang semakin memalukan membuatkan bapa Nurul Anis menerima hasrat Cikgu Safarin utk memperisterikan Nurul Anis.

Nurul Anis jadi cemburu apabila bekas tunang Cikgu Safarin muncul semula menagih kasih Cikgu Safarin yg dulunya ditinggalkan utk lelaki lain. Pergaduhan kecil mereka menjadi interaksi terakhir sebelum Cikgu Safarin eksiden dan koma. Sikap Cikgu Safarin berubah selepas sedar dari koma. Dia lebih memberi perhatian kepada bekas kekasihnya berbanding isteri sendiri. Nurul Anis dibiarkan makan hati.

Aku suka part bapak Nurul Anis blasah cikgu Safarin tu. Memang patut pun dpt penangan dari guru silat. Dah tau isteri tu muda, remaja. Masih mentah menjalani hidup, ada ka patut diduga sampai mcm tu sekali dia sepatutnya mengajar dengan cara membimbing, bukan dengan cara menghukum.. Kan best kalau pakcik tu bagi skali flying kick dan neck chop biar koma lagi seround baru waras kembali kot. Haha... mmg geram dgn cikgu Safarin tu. Hidup Pokcik Mohd Ali! :p

hmmm ada juga scene 'ringan-ringan' yang diceritakan dlm novel ini yg aku rasa budak2 remaja tak sesuai baca. Tapi tajuk novel ni dah tentulah akan menarik remaja untuk membaca nya kan?
Walau apa pun... Kat Aida tu tak der lah kesian sangat bila dipermainkan Cikgu Safarin.

sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis
Nurul Anis adalah seorang anak yg bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yg hidup dlm serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yg sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yg menghalang sehingga memaksa cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui 'tulisan' di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dlm usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yg lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jenjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

"Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?"
"Cikgu saya cintakan cikgu tapi utk berkahwin dgn cikgu dlm usia saya yang semuda ini, sgt berat bagi saya. Cuma itu aje yg cikgu kena faham."

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal penikahan. Namun sms daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dgn Aida utk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yg besar dlm rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yg hampir2 meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dlm pada itu, kehadiran Aida sering kali menyakiti hati Nurul Anis dgn mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kpd Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorg isteri apabila mendengar pengakuan itu.

"Awak terlalu naif, Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang2 dia nak lupakan saya? Tak mungkin!"

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat 'sayang cikgu ketat-ketat' kepada suaminya?"

Saranghaeyo, Arumi!

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Saranghaeyo, Arumi!
Arumi Kekasihku!
Penulis: Rose Harissa
Terbitan PTS Litera Utama
editor pengurusan: Nor Adilah Riduan
editor perolehan: faiizah Lood
RM18.00
sabah/Sarawak 20.00
365 mukasurat

habis dalam masa satu hari! :) memang sayang nak lepas buku ni sejak dimulakan muka surat pertama. Arumi buat aku teringat pada Safiy Aqil yg merupakan bekas pengidap sindrom asperger. Sukar berkomunikasi dgn perempuan, cuma Arumi ni bukan pengidap, dia normal dan lebih agresif dan garang. kena pula dengan lawannya Aiyani yang jadi garang bila datang anginnya. Rupanya penawar kepada Arumi adalah penampar. Tamparan yg membuat Arumi jatuh hati pada Aiyani. Jenuh Aiyani menepis gosip yg mengatakan dia kekasih Arumi. Arumi punya ramai peminat yang obses lalu Aiyani menjadi mangsa. Tempat Arumi tumpang bermanja juga disimbah bahaya. Siapakah Arumi sebenarnya? Bila topengnya dibuka, semakin ramai gadis yang gila padanya. Aiyani sudah mula membuka hati untuknya tetapi sesuatu terjadi membuatkan Arumi lupa. Endingnya terasa seperti menekan butang reset terhadap segala-galanya. Dan kisah baru akan bermula dalam sambungan novel ini seterusnya. Adakah Arumi tetap akan jatuh cinta pada Aiyani sekiranya mereka bertemu dalam keadaan lain?

Kisah cinta remaja ini walaupun kelihatan ringan dan manis, berjaya disulam dengan scene sedih dan menyentuh hati dengan baik sekali menjadikan ianya kelihatan seimbang. tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. :) tak sabar nak baca sambungannya.

sure fine whatever
Rinn

blurb/sinopsis
Pertembungan Aiyani dengan Arumi Aisy, memulakan segalanya. Aiyani yg aegyo, menarik minat Arumi yg selama ini dingin kepada gadis lain di kolej. Biarpun mereka bagaikan kucing dan ajing, Arumi menemukan bahagia di kafe comel milik ibu Aiyani. Surat2 hitam memaksa Arumi menyingkap tabir dirinya yg selama ini penuh misteri dan rahsia. sehingga akhirnya Aiyani mula yakin bagi mengucapkan 'saranghaeyo arumi' tetapi saat itu memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.

Contengah Jalanan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Hlovate
Sejak netbook kecik aku tu hantar servis, aku jadi keras tangan utk menaip review. Ada gak aku taip kat handphone tapi pening jer aku membacanya. tak sama dengan mood semasa menaip di keyboard. Rasanya nanti aku upload dulu lah gambar2 cover buku yang aku dah baca tapi tak sempat nak review so that aku sendiri tak lost track apa yang dah baca apa yg belum. :) I'm distracted.

Contengan Jalanan I - Fend
Contengan Jalanan
Penulis: Hlovate
Editor: Mariah Mustapha
terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM23.00

'Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan'

I - Fend
262pgs

Bukan sebarangan contengan yg Hlovate kongsikan. The 11th hour benar2 membuat kita berfikir dan menguatkan iltizam utk berubah dan tak semestinya kita menunggu the 12th hour.

Semua org mahu berubah dan bertaubat. Tapi sedar atau tidak, ia dilengah2kan kerana kita rasa 'ada masa lagi...' kita masih muda... nanti umur 50, kita kembalilah ke sejadah. kurang2 ada 20 thn lagi utk bertaubat sbb mungkin umur 70++ baru kita mati... Iya ke? Hlovate mengajak kita supaya sedar, taubatlah sebelum terlambat.

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"
Hlovate berkongsi cerita berdasarkan petikan ini. YA, ini cerita utk mereka yg mahu mengerti. Terima kasih Hlovate :)

---------
II - K²

Kisah kedua ni tengah K². Fend cuba menarik K² agar turut mendapat hidayah di sebalik kisah The 11th hour tetapi penerimaan K² sangat berbeza. Baginya, ia ada sebuah pementasan yang penuh dengan kelemahan. K² tidak nampak apa yg Fend nampak lalu hidayah tidak langsung menyentuh hatinya. Fend tidak putus asa untuk sama2 mengajak K² berubah, lalu dia manerik K² menjejak semula bumi Australia dan melalui semula apa yang pernah dia lalu bersama Chad dahulu. K² makin lemas dengan Fend yang sudah alim2 itu. Dia mahu Fend Fender yg menyintai music. Walaupun K² seperti tidak terkesan dengan journey ke Australia, namun, kata2 seorang kenalan di masjid di sana telah menggamitnya ke Indonesia. Siapa sangka seorang kristian (pencinta seni yang sealiran dengan K²) yang telah menjentik kesedaran ke dalam dirinya!

K² akhirnya faham Fend. Tidak ada istilah terlalu awal untuk berubah. Siapa yg K² pilih untuk diajak bersama-sama ke pintu taubat? :)
Cerita K² kelihatan lebih terawang-awang dan tiada plot yang tetap. Kadang2 terasa seperti tiada fokus. Tetapi pengajaran di penghujungnya membuat kita segera bermuhasabah diri.

sure fine whatever
rinn


Jatuh Cinta Lagi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rehal Nuharis
Jatuh Cinta Lagi

Penulis: Rehal Nuharis
Mini Novella
Terbitan Fajar Pakeer
RM8.90
Sabah/Sarawak: RM11.90



Kisah cinta kedua. Sekali terluka jangan serik untuk membiarkan cinta kedua mengubatinya.



Baru di tingkatan 6, An Nur Sudah putus tunang dengan sahabat sepermainannya, Razif. Pertunangan itu diaturkan oleh atuk-atuk diorang. Razif menyedari tiada cinta untuk sahabatnya itu lalu pertunangan mereka diputuskan. An Nur kecewa kerana sekian lama dia menyemai perasaan kasih buat Razif. An Nur membuat keputusan utk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah lain.



Kehadiran Adzim mencuri perhatinya tetapi dibuat tak endah kerana ada peristiwa antara mereka yang membuat An Nur untuk mengangkat muka memandang Adzim, lagipun sahabat baik An Nur turut menyimpan perasaan kasih terhadap Adzim. Adzim juga pernah kecewa bercinta. Amboi diorang ni... baru tingkatan 6 dah mula mencari cinta kedua untuk mengubat hati.



Penceritaan penulis menggunakan nada dewasa untuk melagukan kisah ini membuatkan kisah ini terasa matang dan serius walaupun watak-watak utamanya adalah remaja di tingkatan 6. Kalau baca sinopsisnya memang tak sangka langsung ini kisah alam persekolahan. Kisah yang pendek diceritakan dengan baik dan tidak meleret.



sure fine whatever

rinn



Blurb/Sinopsis



Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan ADzim membuatkan mereka berkongsi rasa yg sama. Masing2 kecewa dgn cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru, Razif kembali untuk

menagih kesetiaannya.



dlm kekalutan yg singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yg dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata utk Dilla kini mula faham yg Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur. Apakah An Nuur akan jatuh cinta lg kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dgn Izan? Atau sebaliknya?



"Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak."

Gaun Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Puteri Imaneisya
Gaun Cinta

Penulis: Puteri Imaneisya
Mini Novella
Terbitan Fajar Pakeer
RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90


Kisah gadis burger flipper yang ala2 macho dengan jejaka fashion
designer yang ala-ala lembut.



Mirzan Hanni lebih banyak mengusik berbanding Fazral yang lebih banyak diam dan senyum. Hari demi hari 'wak dan nyah' ini semakin serasi sehingga Kathy yg belajar memanik dengan Rafzal pun dalam diam membakar cemburu Mirzan Hanni


Mirzan Hanni terhutang budi dengan Rafzal apabila Rafzal
menyelamatkannya dari menjadi mangsa 5 lelaki samseng. Ternyata Rafzal lelaki yang kuat dan sungguh2 mempertahankan Mirzan Hanni. Ketika hubungan mereka semakin baik, Rafzal menghilangkan diri. Membuatkan Mirzan Hanni resah dan tercari-cari.

Apabila Rafzal muncul kembali bersama gaun biru yang bakal mengubah masa depannya, Mirzan Hanni gabra, namun apahal pulak sampai nak kena pakai gaun tu dan ber cat walk depan panel Milan Fashion Campus Italy! Mirzan Hanni nak pengsan! Tapi sanggupkah dia pakai benda biru yang direka khas untuknya itu demi masa depan Rafzal?

:)


Penulis mengangkat hero yang jarang2 menjadi pilihan penulis lain.
Mungkin tanggapan overdose Mirzan Hanni membuatkan kita rasa Rafzal tu lembut. Banyak juga teknik flashback digunakan penulis, namun kurang kemas kerana kadang2 kita macam tersesat dalam scene. Apa2pun jalan ceritanya berbeza dan ada manisnya.


sure fine whatever
rinn




Blurb/sinopsis

Lembut sangatkah anak muda bernama Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedakahkan gelaranya nyah kepadanya? Fazral tetap selamba tak terkutil langsung dengan gaya minah sengal daripada Mirzan Hanni, seolah baru kenal manusia.


Itu komen pertamanya, namun tanpa mereka sedar, pertemuan tidak sengaja dlm persepsi berbeza itu telah mengheret mereka kepada satu perhubungan yang tak mampu mereka tolak.


Bagaimana pula kelembutan itu berjaya buat emosi brutal Mirzan Hanni gundah gulana? Dan apakah kaitan sehelai gaun dalam hidupnya? Biarkan gaun ini jadi lambang dan saksi cinta kita.

Kau Pemilik Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ayumi Syafiqah
Kau Pemilik Hati

Penulis Ayumi Syafiqah
Terbitan Kaki Novel SB
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00


"Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin ku menyahut kerana kaulah pemiliknya yang azali".


Penulis memilih melagukan kisah kahwin paksa. Kisah dan jalan cerita yang sangat tipikal dengan rentak dan kronologi cerita yang predictible. Penulis baru ini mempunyai gaya bercerita yang menyenangkan walaupun terserlah gaya penulis yang masih mentah.

Perkisahan tentang Qarissa dan Zafril cukup manis tanpa perlu bercerita berlebih-lebihan. Penulis ini ada sentuhan yang baik untuk scene-scene sedih. Ending yang baik diberikan bukan saja untuk hero dan heroin, malah untuk watak sampingan yang berkait dengan heroin. Semua ada their happy endings.



Ayumi Syafiqah patut mencuba genre selain dari kahwin paksa untuk menampakkan skill menyusun kronologi cerita.


Orang paling bertuah dalam kisah ini adalah Izwar sebab dia dapat perempuan yang paling baik dalam cerita ini iaitu, Salma. :)



Perkahwinan paksa antara Qarissa Puteri dan Zafril. Selepas jatuh cinta pada Zafril, perkara pertama yang ditakutinya adalah takut ditinggalkan (sekiranya suaminya tahu keburukan lalu).



Semasa Qarissa menghilangkan diri, Zafril macam orang gila mencari. Tapi bila dah jumpa setelah letih mencari, sempat lagi Zafri dapat idea untuk menguji dan menduga hati Qarissa.



sure fine whatever
Rinn

Sinopsis:






Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.





Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.





“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.





Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.





Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.





“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.





Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?