Friday, January 16, 2009

Harum Chempaka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Harum Chempaka by Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Cinta itu datang ketika hatinya tertutup"


Dah lama tak mengulit buku NB :) akhirnya berjaya juga menghabiskannya. Terima kasih kak ima for the book.


Dalam karya kali ini NB membawa kisah yang jarang2 sekali kita ambil kisah. Dalam suasana kampung juga berlaku kes sumbang mahram. Seorang suami yg menjalinkan hubungan dengan adik ipar sendiri. Entah ke mana hilangnya pertimbangan kemanusiaan. Sudah hilang iman, sudah hilang rasa takut kepada YANG MAHA BESAR. Perkara sebegini sudah berleluasa di sekeliling kita, membuat kita terfikir, apa nak jadi dengan dunia sekarang? kita sudah dikelilingi perkara2 yang dilaknati Allah. Wallah ua'lam.


Tak sah karya NB kalau tak ada watak lelaki yang kita benci sangat2. Tak kiralah heronya atau watak sampingannya. Saya bersyukur sangat2 sebab Chempaka tak end up dengan Sheikh Adli yang sentiasa fikir dialah yang terbaik sehingga Chempaka diperlekehkan tanpa rasa simpati. Geram juga memikirkan Chempaka yang lama mempertahankan persahabatan dengan manusia yang macam Sheikh Adli tu. namun Sheikh ADli terpaksa menelan kembali penghinaan yang pernah dilontarkan kepada Chempaka apabila dia sendiri jatuh cinta pada Chempaka. Itu pun sebab ada lelaki lain yang berkenan dan serius nakkan Chempaka tu. bukan calang2 orang, pilot tuuuuuu. Barulah kalut Sheikh Adli nak menunjukkan rasa cinta dia pada Chempaka. tapi guna approach ala2 caveman zaman batu. tak bertamadun langsung! ishskkk!! marah ni!


Chempaka, wanita tabah menempuh hidupnya yg telah tunggang langgang ditinggalkan ayahnya. Ketabahan yang diwarisi dari ibunya menjadikan dia wanita kental. Rezeki mereka sekeluarga semakin murah namun kerenah adik bongsunya, Dahlia, sekali lagi memalit lumpur dalam sejarah keluarga mereka. Namun semua itu tidak menghalang Andrian utk menaruh rasa kasih buat Chempaka yang sudah dikenali hati budinya. Bunga Chempaka di laman makcik Kejora disunting penuh berhemah namun siapa tahu, ada tragedi menunggu di salah satu persimpangan hidup mereka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Cinta.
Kadangkala datangnya sekelip mata,
kerapkali hadirnya mengambil masa.
Ketika hatinya merasa cinta,
tidak ada yg sudi menerima.
Ketika hatinya tertutup pada cinta,
cinta itu hadir sehingga menyiksanya.
Chempaka sedar,
benarlah kata orang,
cinta bukan sahaja membuat orang gembira
tetapi boleh mati kerananya.


RM24.00
isbn: 978983437369
685 mukasurat











Dahlia

Rating:★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Radzemah Bolhassan
Dahlia by Radzemah Bolhassan
Terbitan Utusan Publications
Tahun 2003


"Dahaga kasih memaksa Dahlia meneguk madat asmara..."


Cerita kemelut jiwa anak remaja yang ada konflik dalaman keluarga. Walaupun diulit kekayaan, dia rasa terpinggir dan cuba mencari perhatian di luar. Cerita yang sesuai utk remaja sekolah.

Mengisahkan Dahlia, anak gadis 15 tahun yg ketandusan kasih sayang ibu bapa. Dia menjauhi sahabat karibnya, Sarina utk mendekati Syahirah, Asri dan Maulana. Dia terlibat dalam kegiatan mencuri di pasaraya lalu tertangkap. Dahlia menyangka Muiz mendekati Sarina utk memikat Sarina, namun Muiz sebenarnya bimbangkan Dahlia yang bercampur gaul dengan group yang tidak baik. Kes mahkamah yang melibatkan Dahlia telah memburukkan nama baik bapanya. Mereka bersetuju dengan hajat Dahlia utk bersekolah di kampung. Di sana dia lebih tenang menghadapi PMR. Lia bertemu semula kawan-kawannya di sebuah majlis kesyukuran. Lia hadir bersama surat balasan buat Muiz yang setia menunggu.


sinopsis belakang buku:


Dahlia tahu pada Auntie Hanalah banyak rahsia Puan Zaharah tersimpan dan Dahlia pernah terdengar sekali ibu bercerita betapa dia berasa payah utk memahami ayah. Namun, semua itu tergantung. Bukan Dahlia sengaja utk mencuri dengar tetapi mungkin terlalu asik meluah rasa sehingga ibu tidak menyedari kehadiran Dahli


Akhirnya Dahlia Pasrah. Kemelut yang melanda menuntut luahan rasa. Kasih yang dicari terlindung di sebalik celaan dendam. Dirinya perlukan teman untuk berkongsi rasa.


RM10.00
155 mukasurat
isbn: 9789676114170



Serasi di Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nora Ismail
Serasi di Hati by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2008


"Derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"


Memang ada yang menarik mengenai cover buku ini. Agak menonjol bila dibariskan di rak bersama buku2 lain kat kedai. Penulis ini lebih dikenali sebagai Rose Harissa di kalangan peminat-peminatnya. Novel yang sebenarnya karya pertama beliau ini akhirnya terbit juga di bawah label NB Kara setelah lama terperam. Tu lah, peram2 akhirnya masak jugak tapi masih hijau ya! Evergreen gitu. Banyak jugak review2 positif yang saya tengok kat internet dan juga review2 tak formal dari rakan2 yg dah membaca novel yang glamer dengn gelaran 'novel epal hijau' ni. Rata-rata memang diorang suka bangat sama novel nih. Boleh lawati blog penulis ini utk membaca komen2 menarik dari peminat2nya: http://roseharissa.blogspot.com


cover novel ini sangat menggambarkan 2 watak utama dalam kisah ini. Zarul dan Edrinaz. Mereka bukanlah sempurna, namun mereka saling melengkapi antara satu sama lain.


Memang awal2 saya dah beritahu Rose yang citer ni bukan dalam genre favourite saya, dia pun awal2 dah cakap "aku tulis buku ni bukan utk ko sorang baca". haha. Memang senang nak berterus terang dgn Rose ni. Apa2pun, saya sangat kagum dengan gaya penulisan beliau. Cerita yang biasa pun akan terasa istimewanya di tangannya.


Zarul, lelaki muda yang bekerja dengan Datin Zalina Asha yg mementingkan hawa nafsu daripada perasaan. Zarul terperangkap dan kini dia mula berfikir, ke mana hala tuju hidupnya. Mahukah dia begini selamanya?


Edrinaz, seorg gadis manja yang suka memanjakan suami kesayangannya, Shamsul Azman, dengan hadiah-hadiah dan wang ringgit. Namun Shamsul Azman hanya mengasihinya apabila mendapat sesuatu dari Edrinaz. Hanya Edrinaz yg memujuk. Edeh, susah la kalau mcm ni, mengharapkan pendapatan isteri dan tidak mahu berusaha utk memajukan diri.


Pertemuan Zarul-Edrinaz bakal mencetuskan perubahan besar dalam hidup mereka. Zarul bukan tercipta utk Zalina Asha dan Shamsul Azman tidak layak utk menerima kasih Edrinaz. Edrinaz mahu menjadi kakak yg menasihati Zarul agar kembali ke pangkal jalan. Zarul bersedia utk berubah namun dia tidak dapat menganggap Edrinaz sbg kakaknya. Hatinya sudah diselubungi perasaan cinta yg mendalam.


Godaan kekasih lama dan suntikan fitnah Zalina Asha membuatkan Shamsul Azman hilang pertimbangan. Edrinaz dilepaskan dengan satu lafaz yang menggegarkan seluruh hidupnya. Zarul tidak membuang masa utk mempamerkan prihatinnya yg tidak berbelah bagi buat Edrinaz yg sedang trauma kehilangan suami dan anak dlm kandungannya. Terkedu dia biler kali pertama menerima bunga dan coklat sbg tanda penghargaan dari Edrinaz. Edrinaz ni memang jenis suka bagi orang hadiah lah. Zarul tidak mahu kelihatan sbg adik lagi di mata Edrinaz, dia mahu menjadi lelaki yg mengusik perasaan Edrinaz. Kesian Edrinaz tu. Dia nak mimpikan Shamsul Azman tapi wajah Zarul yg menjelma ;)


Scene Zalina Asha langgar Zarul tu mengingatkan saya pada babak2 terakhir novel cinta mekar di hati oleh penulis ini yg masa Tengku Alis nak langgar anak Ady Rafizal tu. Mcm scene recycle lah pulak. walaupun baru eksiden Zarul nak jugak ikut Edrinaz jumpa mak dia, Zarul lebih pandai mengambil hati ibunya berbanding Shamsul Azman dulu.


Edrinaz sudah hampir dlm genggaman namun Shamsul Azman kembali merayu kasih bekas isterinya. Dia kelihatan seperti lelaki yang hilang haluan. Edrinaz kesiankan Shamsul Azman, sekian lama bersama membuatkan dia tidak boleh nak ignore saja lelaki tu. Delivery Rose dlm novel ni memang membuatkan kita berdebar2 biler nak find out sapa yang Edrinaz pilih. Ending nya ada macam ala2 citer movie muzikal pun ada jugak, jiwang gitu. :)


Thanks Rose for Serasi Di Hati. Aku lega sangat kerana tajuknya ditukar. hehe... and good luck with "Mulanya Satu Cinta" yang bakal terbit tak lama lagi. Ishhhhhh... macam tak sabar pulak nak tunggu nih. Weh... citer Ervan biler nak kuar? Best la ko nyer teaser kat blog ko tu.


ermm bagi yang cari buku ni di pasaran tapi tak jumpa2 tu, rebutlah peluang membeli buku ni secara online kat blog roseharissa.blogspot - Dapat penanda buku special yang siap tertera wajah 'Zarul'. Promote jgn tak promote.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.


RM21.00
610 mukasurat
isbn: 978-967-5229-01-5

Untuk Kau dan Aku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Najwa Aiman
Untuk Kau dan Aku by Najwa Aiman
Terbitan Creative Enterprise
Tahun 2004


"Aku tak pernah bercinta... tetapi kenapa aku merinduinya?"


Ni merupakan kali kedua saya membaca karya Najwa Aiman. Saya lebih suka kepada kisah cerita ini berbanding karya nya yg sebelum ini saya baca iaitu 'Antara Kau dan Dia' yang lebih heavy dan mempunyai unsur 18sx yg sangat2 tak sesuai dibaca oleh remaja.


Kisah yang ini kira dalam 'tayangan umum' lah :) Kisah sahabat dan juga memendam perasaan cinta. Cinta yang tak dilafazkan menjadikan Azhar dan Azura tiada jodoh. Faziha berjaya menarik perhatian Azhar sehingga sahabat sendiri yang dalam kesusahan dilupakan Azhar. Kecewanya saya dengan Azhar masa tu sehingga membuatkan saya rasa Miza tak payah la pilih Azhar tu.


Apa2pun saya rasa Azhar telah memilih orang yang tepat untuk membuat offer yang terpenting dalam hidupnya. Cuma keputusannya di tangan Miza dan kita tak tahu apa kata putus Miza. Tentunya lebih menarik jika Azhar sendiri berdepan dengan Miza. Azhar tidak berani meluahkan perasaan pada Azura tapi dia berani bermalam serumah dengan Faziha. Kalau Azura merupakan obsesinya kenapa dia tiada keberanian yg diperolehinya ketika bersama dengan Faziha? Bagi saya Azhar tidak cukup menyayangi Azura kerana membiarkan Azura dimanipulasi lelaki yang tidak baik seperti Zarif tu.


Tak sangka watak Miza menjadi penting as the story goes. Miza seorang wanita yang tak plastik tapi suka menggunakan perumpaan yang ada perkataan 'plastik' :) Watak yang menarik dan memorable.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Mengapa persahabatan ini tiba2 berlainan rasa? sedar atau tidak... kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau danaku. Kau masih tidak sedar... bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar2... tatkala melamarku buat teman baikmu. atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yg amat payah? Miza... aku tahu matamu basah bila kau cba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh...


RM34.90
830 mukasurat
isbn: 983-893-560-3

Suci Wajah Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zuraidah Othman
Suci Wajah Rindu by Zuraidah Othman
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Pelangi Cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yg kupintal tatkala kehilanganmu"


Nama Zuraidah Othman memang tak asing lagi di pendengaran aku. Ramai yang menyebut2 namanya sbg penulis kegemaran. Akhirnya merasa jugak aku membaca novelnya "Suci Wajah Rindu" nih :) thanks to Azah dari suteraonline :)


Memang seronok menatap kisah hidup Wa yang penuh dengan dugaan. Sebagai anak dia tersisih dan sering disalahertikan kerana kakaknya Farah Hani sentiasa cuba utk memburukkan reputasinya di mata keluarga dan org kampung. Ibunya terlalu mengasihi Farah Hani sehingga anak kandungnya, Najwa tersisih.


Farah Hani ni kepala otaknya memang cergas dan cerdas. bab belajar pon terer tapi sayang kebijaksanaannya digunakan 100% utk memporak perandakan hidup Najwa. Sanggup dia meneruskan majlis pertunangan yang awal2 lagi dia tahu tak jadi semata-mata utk meletakkan satu kesalahan yg amat besar di bahu Najwa yg terkebil-kebil tidak tahu letak duduknya perkara itu. Dia terus disisih saudara mara. Bapanya pergi berjumpa tunang tak jadi si Farah utk mendapatkan cerita sebenar, namun berita gembira tidak sempat disampaikan kpd sesiapa kerana dia bertemu ajal dalam perjalanan pulang. Najwa terkapai-kapai. dia berusaha mencari pekerjaan yang tidak melibatkan kakaknya supaya kakaknya tidak mengungkit di kemudian hari.


Pilihannya amat tepat kerana itulah titik tolaknya dia bertemu semula jejaka yang pernah mencuri hatinya sejak berusia 11 tahun! Memang sesiapapun mudah jatuh sayang pada Najwa yang jujur dan manis. :)


kisah yg membuat kita tersenyum, menangis, geram dan menutup buku dengan rasa puas.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


10 tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yg tidak pernah tertunai. Dia meyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian dpd mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar utk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun... terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orgnya.


Dlm parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba2 pada satu subuh yg indah, lelaki itu hadir merawat luka...


RM22.90
isbn: 9789838938402
480 mukasurat

Thursday, January 1, 2009

Buku Paling Kerap Diulang Baca 2008


Sepanjang tahun ni banyak jugak novel2 yang dah aku ulang baca. Kadang2 mood utk membaca novel baru atau novel yang belum pernah aku baca hilang macam tu saja. So biasanya kalau dalam keadaan macam tu aku akan mencapai2 novel2 yang pernah aku baca dan aku rasa seronok so tht mood nak membaca tak terus hilang. sepanjang 2008 ni ada 15 buah buku yang paling kerap aku ulang baca. Biasanya aku target buku2 yang nipis sedikit dari biasa. tapi kadang2 tu capai gak buku2 tebal :) kebanyakannya novel2 jiwang yg sweet2 dan kelakar lah.


Ni stail top 10 ni... eh bukan top 15 ;) Ada buku baru ada buku lama...

 


15. Zahrah de Tigris

 

 

14. Rindu Belum Berhenti

 

 

13. Ria Qistina

 

 

12. Masih ada Rindu

 

 

11. Jika Benar Cinta

 

 

10. Kopi susu sepatu biru

 

 

9. Pergilah Sepi

 

 

8. aA + bB

 

 

7. Percayalah...

 

 

6. Cinta Mekar Di Hati

 

 

5. Surat Ungu Untuk Nuha

 

 

4. Dengan Nama Cinta

 


3. Kebun Mimpi: Tas merah Jambu

 

 

2. Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade

 


1. TENTANG... DHIYA


sure fine whatever
rinn



Happy New Year 2009!


cepatnya tahun 2008 berlalu, sampai aku rasa ketinggalan. Mungkin aku banyak berkhayal ujung2 tahun nih, ermm taklah, keja agak menimbun hujung2 tahun ni hingga aku tak perasan masa berlalu. Letih, mengantuk. New Year aku sambut dengan Peah kat rumah jer. pagi2 buta kitorang bersila kat belakang rumah sambil cabut rumput dan borak2. hehe.. Petangnya, for the first time aku berani kan diri drive ke the mines. Peah punya pasallah nih dan memang aku takkan drive ke sana lagi melainkan kalau terpaksa. Ramai betui manusia. nak parking pun susah. berpeluh ketiak ha nak masuk parking. dah la keta queue panjang. Mcm2 gak aku bli. terbang gak la dlam 100RM.

 


Malamnya aku dah letih, lenguh2 satu badan. Antara malam yang aku tidur paling nyenyak sekali.

 


Masa balik kampung minggu lepas mak buat kejutan kat aku.. dia belikan aku hadiah! aku ingat ker kain pasang or tudung. Skali dia bagi almari yang sedepa! Wah... dah brapa tahun aku tak beli almari besar. Kain baju aku semua dia sumbat dalam tu dan kat bahagian bawah dia susun semua novel yg ada dalam simpanan aku :) Sukanyaaaa! Thanks mak! ailebiuuuuuuuu muah! Kaksu! bleh la hang tumpang parking hang punya novel gak kat situ :) hehe.

 


SEkarang secara tak rasminya rumah aku ada pengunjung setia, seekor kucing comel yg kami panggil 'adik'. Masa mula2 berkenalan dgn kucing ni aku rasa mcm nak nangis. kecik2 dah tak dak ibu. biler dia bermanja dgn aku, dia nampak sayu. pernah tengok pergerakan tangan (kaki depan) kucing apabila sedang menyusu dgn ibunya? kesian Adik! Dia nak mak dia. Kat rumah aku mana ada susu, aku blasah bagi susu low fat jer kat dia. hehe...

 


sure fine whatever
rinn