Tuesday, May 10, 2011

Ilusi Sebuah Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Diya Elora
Ilusi Sebuah Cinta
Penulis: Diya Elora
Cetakan pertama 2009
648 mukasurat
9789838939027
RM30.90
Terbitan Creative Enterprise


"Dalam pencarian ini, dia lelah menahan rasa"


Aqil Sulaiman adalah teraju utama cerita ini. Seorang anak muda kampung yang jatuh cinta pada gadis jelita di kampung itu, Sherry. Rupa Leman yang tidak cukup kacak membuat Sherry tidak menyambut cinta Leman malah mempergunakan Timah untuk mempermain-mainkan perasaan Leman. Leman menyangka cintanya disambut Sherry lalu teruja bertukar warkah. Timah yang sering membalas warkahnya turut teruja kerana mereka bakal ditunangkan. Timah mengkhabarkan berita gembira kepada keluarganya kerana ada juga jejaka kampung yang sudi meminang Timah yang kulitnya hitam dan tidak berapa cerdik itu.


Di hari pertunangan, permainan Sherry terbongkar tetapi pertunangan terpaksa diteruskan demi menjaga maruah dua keluarga. Setelah majlis selesai, Aqil Sulaiman membawa diri ke kota membawa hati yang luka.


Di kota dia bertemu dengan Suharni yang memikat hati. Gadis Indonesia itu memberi tindak balas positif pada kata hatinya namun akhirnya Leman terluka lagi apabila Suharni meninggalkannya kerana jatuh cinta pada jejaka lain.


Peluang bekerja dengan Mr Chan yang memiliki bengkel besar membolehkan Leman menunjukkan potensi sebenarnya dalam pekerjaan sebegini. Dia lebih selesa dikenali sebagai Aqil kini. Keikhlasan Aqil berjaya menambat kepercayaan Mr Chan dan anak gadisnya yang jelita, Miss Chan. Aqil bercinta dengan Miss Chan namun, janji ikatan pertunangan dengan Timah tetap memburunya. Demi melunaskan tanggungjawab, Aqil rela kembali ke kampung untuk menikahi Timah walaupun 3 tahun sudah berlalu.


Kepulangan Aqil ke kampung dengan bengkelnya yang semakin gah di tengah-tengah kampung telah mencuri perhatian ramai orang termasuklah Sherry yang semakin 'glamour'. Aqil kini adalah jejaka kacak yang berkereta mewah. Sherry tidak mengenali Aqil sehinggalah sepupu Aqil memperkenalkannya kepada Sherry. Sherry terasa sangat menyesal kerana melepaskan Aqil kepada Timah dahulu.


Timah gembira menyambut kepulangan tunangannya yang kembali untuk melunaskan janji. Namun hasutan Sherry telah menyebabkan Timah merasakan dirinya terlalu hodoh untuk jejaka kacak dan kaya seperti Aqil. Timah melarikan diri di hari pernikahan mereka dan meninggalkan nota agar Sherry menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan.


Sherry memang tidak sabar-sabar mahu menunaikan permintaan Timah, malah sudah siap berpakaian pengantin. Tetapi Aqil menolak dan tidak mahu beristerikan Sherry. Dia amat kecewa dengan tindakan Timah kerana dia sudah bersedia untuk menjadi suami yang terbaik untuk Timah.


Dua tahun berlalu dan Sherry tidak pernah berputus asa untuk memikat Aqil. Aqil pula tidak pernah terkesan dengan godaan Sherry. Dia sabar menanti Timah untuk memberikan penjelasan. Kemunculan Halimaton mencuit sanubari Aqil. Perkenalan mereka membibitkan kemesraan lalu membawa ke ikatan pertunangan. Sherry terbakar dengan tindakan Aqil dan Aton lalu merancang agar ditangkap khalwat bersama Aqil tetapi gagal. Malah dia membakar kedai Aton untuk menunjukkan kemarahannya. Tindakannya tidak mendatangkan apa-apa faedah kerana Aqil tetap tidak mahu memperisterikannya.


Di saat akad nikah dilafazkan, Aqil keliru dengan nama Norbaya Abdullah. Dia mahu menikahi Halimaton dan bukannya Norbaya Abdullah. Aton mengakui itu nama sebenarnya. Malah dia pernah dikenali dengan nama Timah. Timah menghilangkan diri kerana dia mahu merubah diri agar setanding Aqil yang sudah berubah. Dia mahu Aqil jatuh cinta pada dirinya dan bukannya menerimanya hanya kerana terpaksa.


Aqil tidak dapat menerima hakikat dia sudah ditipu. Cerita diakhiri dengan Aqil meninggalkan kampung sekali lagi kerana kecewa dengan wanita.


Pada pendapat aku, cerita ini mempunyai kronologi cerita yang sangat menarik, tetapi sayang seribu kali sayang, cara penyampaiannya sangat tidak kemas dan pembacaan menjadi tersekat-sekat. Tiada emosi dalam penceritaan sedangkan kalau kita perhatikan perjalanan kisah ini ada banyak situasi yang boleh dibina dengan emosi yang pelbagai. Penamat di penghujung cerita membuat aku rasa letih membaca buku yang lebih 600 muka surat ini. Aqil Sulaiman boleh berubah dari segi mental dan fizikal tetapi dia tidak boleh menerima hakikat yang Timah juga boleh berubah dari segi fizikal dan mental. Aqil Sulaiman dengan mudahnya boleh memaafkan Sherry yang membakar kedai Aton dan merancang untuk ditangkap khalwat dengannya tetapi tidak dapat memaafkan Aton yang merahsiakan bahawa dirinya sebenarnya adalah Timah yang telah kembali sebagai seorang wanita yang lebih menarik. Aqil merasakan dirinya mangsa permainan wanita dan terus mengucapkan selamat tinggal kepada cinta.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Cinta... hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan... perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya emrantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan... Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.


Namun, takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menati untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi? kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya....


Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan...









Monday, May 9, 2011

Selamat Malam Kekasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Selamat Malam Kekasih
Penulis: Aina Emir
Editor : Shana
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
9789675367885
568 mukasurat


"kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada seorang pun yang tahu"


Maya Kamilla dari keluarga yang kaya raya. Walaupun bergelar balu, bapanya masih mahu dia bersuami semula dengan lelaki yang kaya dan setaraf dengan mereka. Pilihan terbaik untuk Maya adalah Izz Al Din, adik kepada arwah suaminya (Farhan) yang baru putus tunang. Ibu mertuanya juga mengalu-alukan Maya terus menjadi menantunya.


Bapa Maya mahu menambahkan kekayaan keluarga seperti yang dijanjikan ibu Izz Al Din, sedangkan Izz Al Din sekeluarga yang terpaksa mendapatkan semula Maya sebagai menantu jika mahu kekayaan terus kekal menjadi milik mereka. Farhan telah mengaturkan segala-galanya dengan penuh teliti sebelum meninggal dunia.


Maya dan ibu tirinya meragui keikhlasan cinta Izz Al Din, lagipun Maya lebih tertarik kepada Misyal yang dua tahun lebih muda darinya. Maya cuba menyembunyikan perasaannya kerana sedar cinta mereka tak akan direstui. Misyal awal-awal lagi sudah terpesona dengan kecantikan Maya yang keanak-anakan.


Bapa Maya menerima Misyal bekerja di syarikatnya kerana yakin dengan kebolehan Misyal. Misyal dan Maya selesa bekerjasama dan perasaan hati semakin kukuh walaupun mereka mengelak untuk berbincang mengenainya. Tempat peranginan milik Maya yang jauh dalam hutan memaut hati Misyal tetapi Izz Al Din tak putus-putus mengomel kerana Nissan Skyline nya yang comot dan tergores ketika perjalanan ke sana. Mungkin keindahan Kamillaville sendiri tidak dapat mengubati sakit hati Izz.


Pencarian di Indonesia banyak memberi peluang kepada Misyal dan Maya untuk saling meluah rasa. Misyal semakin berani melamar dan memaksa Maya membuat keputusan untuk memilih di antara dirinya dan Izz. Maya akhirnya nekad mendapatkan abangnya di Brunei untuk mewalikan nikahnya. Kehadiran Maya tidak disenangi ibu Misyal yang teringin bermenantukan Liyana, anak bekas kekasihnya.


Ada dua kejutan yang disembunyikan dengan baik oleh penulis, iaitu rahsia keluarga Izz Al Din yang kehilangan kekayaan gara-gara wasiat Farhan. Wasiat yang menjadikan Maya sudah cukup kaya-raya walaupun tidak berkahwin dengan Izz. Kejutan kedua adalah sebab sebenar mengapa ibu Misyal benci sangat dengan Maya. Mungkin kita akan menyangka ibu Misyal mahu bermenantukan anak dara dan bukannya mak janda. Kelembutan Maya memikat hati adik beradik Misyal dan bapa mertuanya tetapi tidak berjaya melembutkan hati ibu Misyal. Liyana tu kalau senonoh tak apalah juga.


sure fine whatever
rinn




blurb/alongside multiply/sinopsis


Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah dia ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.


Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.


Izz al Din tidak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana dengan niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?


Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamillla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban.


Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Ke manakah arah yg ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?


Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.


Quartet

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Saidatul Saffaa
Quartet
Penulis Saidatul Saffaa
Editor: Harni Abu Khair
cetakan pertama April 2011
Terbitan Jemari Seni
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
471 mukasurat


Quartet. Empat lelaki yang mencuri hati Misa. Kenapa aku rasa seperti ada tiga sahaja? Bilal, Ustaz Mustaqim dan Irfan sahaja yang aku rasa cukup di'highlight'. Yang seorang lagi siapa ya? Aku terlepas pandang ke? Semasa mula nak menaip 'review' ni barulah aku teringat muka surat pertama yang Aina suruh tengok facebook dia tu. Fadhil.


Misa adalah gadis Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pertemuan pertama antara Bilal dan Misa menimbulkan rasa sakit hati buat Misa kerana baginya Bilal seorang yang tidak mengenang budi. Pertemuan berikutnya membuat Misa terpotong jari sendiri. Sakit hati sudah bercampur sakit jari. Blog menjadi pengaman antara mereka. Misa mula memahami situasi sebenar dan Bilal sebenarnya menepati ciri-ciri lelaki Islamik idaman. Lagipun ibunya teringin bermenantukan lelaki ala-ala Samy Yusuf yang bersuara merdu. Satu 'blog entry' oleh Bilal di harijadi Misa telah membuat Misa dibuai perasaan dan mula meletakkan harapan tinggi untuk hidup bersama Bilal. Sampai termimpi-mimpi. Tetapi di saat Bilal menghulurkan kad Walimatul Urus, Misa patah hati dan 'frust' sendiri. Kenapa? Rupa-rupanya Misa perasan sendiri. Tetapi Misa seperti menyalahkan Bilal yang tidak tahu apa-apa itu. Misa yang salah tafsir.


Ustaz Mustaqim pula merupakan tenaga pengajar di sekolah yang sama dengan Maksu Bib kesayangannya. Disebabkan terlalu taksub dengan watak Ustaz Din (novel Jaja & Din), Ustaz Mustaqim berjaya mencuri hati Misa. Misa jatuh hati tapi Ustaz Mustaqim tidak tahu. Di mata Misa, Ustaz Mustaqim adalah lelaki Islam yang sempurna. Misa amat kecewa apabila mendapati Ustaz tu merokok di khalayak ramai. Teguran Misa telah mencabar ego Ustaz Mustaqim dan terserlahlah sifat baran dalam dirinya. Misa patah hati dan 'frust' sendiri lagi.


Perkenalan dengan Irfan sudah lama bermula tetapi mereka hanya mesra di alam maya sebagai sahabat. Perubahan Misa dari tidak bertudung sehingga bertudung menjadikan Misa mula menyekat persahabatan dan pergaulannya dengan lelaki, termasuk Irfan. Kemesraan persahabatan dengan Irfan sudah mula mengusik hatinya. Misa tidak mahu tersalah tafsir lagi. Yer lah dah dua kali dia syok sendiri dan jadi minah perasan, takkan kali ini dia nak biarkan dirinya berada dalam situasi yang sama? Misa cuba mendapatkan kepastian mengenai perasaan sebenar Irfan melalui Wafaa. Irfan merasakan dia tidak cukup baik untuk wanita sebaik Misa. Dia meletakkan 4 tahun sebagai tempoh untuk memperbaiki diri tetapi belum cukup tempoh tu pun, Irfan sudah pergi mencari Misa :)


Aku tak faham sikit dengan sikap Misa yang seperti bencikan kemunculan Irfan. Adakah dia marah sebab Irfan minta dia tunggu 4 tahun tapi datang awal? Ada rasa macam Misa pulak mengada-ngada. heh heh. Tiba giliran Misa pula meletakkan tempoh sehingga dia menamatkan pengajian dan Irfan tidak menunggu lama selepas itu. Dia terus datang menuntut janji. :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis/alongside


Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.


Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang tanpa gelap malam.


Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya 'Yusuf' menolak cinta 'Zulaikha' walaupun jarinya terluka.


Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?


Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


Quartet
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Thursday, May 5, 2011

Spanar Rindu Skru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Emma Maizura
Spanar Rindu Skru
Emma Maizura
Editor: Mazuen Yahaya
Harga: RM 19.90
sabah/sarawak: 22.90
ISBN: 978-983-124-558-3
512 mukasurat


"Pejamkan matamu kala rinndu
pasti kau rasa hati kita bersatu"


Reen adalah gadis lasak yang gemarkan automotif. Tindakan ayahnya membenarkan nenek dan datuknya membesarkannya membuatkan Reen semakin sebati dalam dunia permotoran kerana datuknya, Haji Rahim, memiliki bengkel memperbaiki motorsikal. Di situ jugaklah Reen mengenali Amin sejak kecil. Mereka akrab sebagai sahabat. Namun keakraban mereka tidak disenangi bapa Reen. Mula-mula tu ingat ker sebab Amin tu miskin dan mat motor tapi rupanya ada sejarah silam yang menggores hati bapa Amin sehingga menentang habis-habisan persahabatan yang dikhuatiri akan mekar menjadi bibit-bibit cinta sayang.


Perpisahan mereka akhirnya terjadi dan mereka meningkat dewasa dalam suasana berbeza namun kedua-duanya masih tidak dapat lari dari dunia automotif yang menjadi kegilaan mereka. Tanpa sedar mereka bekerja di bawah management yang sama cuma cawangan yang berbeza.


Kekerapan ber'online' akhirnya menemukan mereka kembali sebagai Minah spanar dan Mat Skru. Tanpa sedar, Spanar lebih banyak bercerita berbanding Skru yang lebih banyak mendengar. Aku rasa cara perbualan online mereka agak janggal dengan membahasakan diri masing2 sebagai 'skru' dan 'spanar'.


Bapa Reen nekad mahu dia bertunang dengan jejaka pilihan bapanya, Razin yang merupakan anak kepada rakan perniagaannya. Kebetulan Razin pula sudah jatuh cinta dengan Reen. Reen cuba menerima Razin tetapi kehadiran Razin tidak terkesan di hati. Dia masih terkenangkan Amin. Amin juga digoda Wafa yang juga gemarkan motor tetapi Amin tidak jatuh hati pada Wafa. Sikap bapa Wafa yang mengawal dengan siapa Wafa berkawan merimaskan Amin. Kita yang baca ni pun rasa rimas. Semua orang dia syak tak baik.


Temujanji yang sering tertunggak dengan pengurus cawangan Bangi membuatkan Reen menerjah ke pejabat Amin dan mengejutkan kerena mereka bertemu semula tanpa dijangka. Pertemuan yang membungakan kembali kemesraan antara mereka. Sejak itu Amin selalu dapat amaran supaya menjauhkan diri dari Reen. Razin yang biasanya kelihatan gentleman, terus tersembul perwatakan angkuhnya.


Ayah Reen, Datuk Yussof nekad menyegerakan perkahwinan anaknya. Reen bertindak melarikan diri di hari perkahwinan dan makin marahlah Datuk Yussof tu apabila Reen ditemui di rumah Amin. Kemalangan yang menimpa Reen telah meragut banyak kelebihan dari dirinya. Razin terus menjauh tetapi Amin cuba mendekat. MAsa ni dah nampak cinta atas dasar apa yang membezakan Razin dan Amin. Razin menyintai kecantikan semata-mata tetapi Amin menyintai Azreen dari jiwanya.


Masa nilah terbongkar kisah ayah Reen ni dulu sebenarnya syokkan ibu Amin tetapi ibu Amin kahwin dengan orang lain. So dia anti lah sangat-sangat dengan Amin. Tapi bila tiba masa yang sebegini barulah dia insaf, dia lah punca Reen jadi begitu. Amin redha menerima Reen sebagai isteri tapi takdir Tuhan membawa mereka ke alam lain yang lebih hakiki.


Tak ada scene yang sedih sangat walaupun banyak tragedi menimpa. Penulis bertindak berani meletakkan ending yang sedih untuk kisah ini.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis

Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”

Thursday, April 28, 2011

M.A.I.D

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Suri Ryana
M.A.I.D
Penulis: Suri Ryana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
753 mukasurat


"Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
Haih... habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat Noorul"


Tebalnya novel nih! lebih 700 muka surat tuuuu. Memang seronok melayan kisah Noorul yang terpaksa bekerja sbg maid. Tak terasa ketebalan novel ni sehinggalah sampai ke part diorang saling meluahkan perasaan ketika berada di kampung Noorul. Lepas pada tu rasanya diorang ni pagi petang siang malam asyik dok meluah perasaan ailebiu ailebiu saja sampai aku rasa macam ulang baca page yang sama pulak.


kisah nyer cenggini... Noorul dah menganggur sejak kilang kicap tutup. So dia berusaha mencari kerja lain. Dia terpanggil utk bekerja sbg maid sebab gajinya RM1200, dapatlah dia menghantar duit lebih kepada ibu di kampung. Dia hanya bertugas di siang hari dengan majikannya, Harris. Noorul berusaha mengelak bertemu Harris sebab masa first day dia dah terlanggar bos dia masa kat lif, kemudian pada hari yang sama dia tertuang sos kat baju bos dia semasa kat pasar malam. So utk mengelak dia dipecat, dia berusaha menyembunyikan diri dari Harris.


Haikal berkenan dengan Noorul tetapi Noorul hanya menerimanya sebagai kawan. Iman, kawan baik Noorul yang berkenan dgn haikal yang lebih mesra berbanding Harris yang kelihatan sombong. Rahsia Noorul pecah juga akhirnya sehingga Harris nekad mahu memberhentikan Noorul. Namun memandangkan susah nak mendapatkan maid tempatan dan boleh dipercayai spt Noorul, Noorul diterima semula sbg maid. Sejak itu Harris kerap terserempak dengan Noorul di rumahnya.


Ibu Asyraf berkenan untuk bermenantukan Noorul tapi Asyraf sudah ada kekasih hati dan meminta Noorul memberitahu ibunya yang Noorul sudah ada pilihan hati dan enggan bertunang dengan Asyraf. Noorul enggan kerana dia yang akan dipersalahkan, bukannya Asyraf. Asyraf akhirnya tertangkap basah dan menuduh Noorul sbg dalangnya. Dia nekad mahu membalas dendam terhadap Noorul.


Setelah Noorul dan Harris semakin selesa bekerjasama, mereka telah dituduh bersekedudukan dan berita itu telah mencacatkan reputasi perniagaan keluarga Harris. Demi menjaga maruah keluarga Noorul dan Harris dikahwinkan. Ayah Harris memang no hal dengan Noorul sbg menantunya, tapi ibu Harris lebih berkenankan Elisa yang lebih moden dan bergaya berbanding Noorul.


Zaura, adik Harris memang sukakan Noorul. Dia pun tak berkenan dengan Elisa tu. Tapi peristiwa Noorul dan Harris dipaksa berkahwin tu Zaura tak tau, dia sangka mereka berkahwin dengan restu keluarga.


Harris memang berkenan kat Noorul tapi selepas Haikal bagitau yang dia penah meluah perasaan kepada Noorul tapi Noorul menyatakan yang dia sudah ada lelaki lain di hatinya. hal itu membaut Harris rasa kecewa. Tapi segala salah faham terlerai setelah Noorul mengakui Harris lah lelaki yang bertakhta di hatinya. Terlalu banyak sesi meluah perasaan selepas scene confession tu membuatkan aku rasa cerita ini mula meleret. Tapi masa ni dah muka surat 500 lebih so sudah menghampiri hujung2 cerita. Aku suka ending untuk Iman dan Haikal :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/alongside/sinopsis


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kpd Harris Tan Sri Hamdan. sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).


Daripada berbalas-balas nota berkaitan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sbg menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengaru-birukan hidupnya.


apakah perisai Noorul utk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?

Wednesday, April 27, 2011

Pilihan Mama

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Umie Nadzimah
Pilihan Mama
Penulis: Umie Nadzimah
Editor: Jabatan Editorial KNE
412 muka surat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675067693


"Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."


Kisah Muhammad Aiman yang mencari cinta tapi tidak berjumpa. Jadi terpaksalah ibunya campurtangan setelah ada cubaan memerangkap Aiman dan akhirnya dia ditunangkan dengan gadis pilihan mamanya. Selepas bergelar tunangan orang barulah hatinya terpaut dengan kesopanan dan kecantikan Adila. Nak ikut pilihan hati atau nak teruskan dengan hasrat mama yg telah mengikat janji? Dia seorang anak yang dibesarkan ibu tunggal, takkan tergamak dia menghancurkan hati wanita yg telah bersusah payah membesarkannya. Dia redha menerima Aishah sebagai isteri. Hadiah paling manis buat dirinya apabila mendapati Aishah dan Adila ada orang yang sama. Dia merasakan mama sangat memahami kehendak dirinya dan memilih menantu mengikut citarasa anaknya.


Mereka hidup bahagia dan diberkati dengan kelahiran sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidup. Dugaan hebat menimpa Aiman setelah Aishah terlibat dalam sebuah kemalangan yang telah meragut nyawanya. Aiman hilang arah dan mendedikasikan seluruh hidupnya untuk bekerja dan bekerja sehingga terlupa dengan kehadiran anak kembarnya. Nasib baik mama dan ibu mertuanya sangat prihatin. Kehadiran Doktor Mia, sahabat baik Aishah telah merawat kedukaan anak-anak yang kehilangan kasih sayang itu. Demi anak-anak, mama dan ibu mertuanya meminta Aiman berkahwin dengan Doktor Mia. Dengan berat hati Aiman sekali lagi menerima pilihan mamanya.


Kisah Aiman dan Aishah kelihatan lebih mudah dan lebih manis berbanding kisah Aiman dengan Doktor Mia. Tapi mainan emosi lebih banyak dalam hubungan Aiman-Mia Khadijah. Watak anak-anak aiman banyak membantu dalam menyemarakkan suasana hiba dan menyentuh hati.


Mereka kekok untuk bersama kerana Doktor Mia lebih selesa bersama anak-anak Aiman. Mia menerima Aiman kerana Aishah tidak pernah jemu membantunya ketika dia sedang sakit malah disebabkan Aishahlah dia terus hidup pada hari ini.


Perasaan kasih kepada Doktor Mia wujud dari rasa hormat. Mia Khadijah seorang yang berdikari, bertimbang rasa dan penyabar. Aiman sendiri kagum dengan Doktor Mia yang dapat menenangkan anak-anaknya yang menangis hanya dengan satu pelukan yang penuh kasih sayang. Ketika itu Aiman tidak tahu yang jantung yang sedang berdegup di dada Doktor Mia adalah milik Aishah.


Aku suka dengan cara penulis mengakhirkan cerita bukan hanya dengan menumpukan kepada Mia Khadijah dan Muhammad Aiman, malah watak-watak sampingan di sekeliling watak-watak ini juga ada penutupnya tanpa kita tertanya-tanya apa terjadi kepada mereka. Jarang-jarang kita dapat baca pengakhiran yang disimpulkan dengan sangat baik di akhir cerita. :)


Cerita heart transplant macam ni aku penah tonton dalam cerita "Return To Me" lakonan David Duchovny dan juga cerita korea yang bertajuk "Stairways to Heaven".


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cuc-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.


Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!


Mama... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat kumiliki... Pilihannya tepat sekali.


Namun bahtera rumah tangga mesti diuji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit hati? catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?

Monday, April 25, 2011

BookFair @ pwtc -part1




3 hari berturut-turut aku pegi. semangat nak jumpa kawan2 dan nak tengok juga rupa penulis2 yang aku baca bukunya.

1. Cari diskaun terhebat? (booth-booth yang aku singgah la)

a. buku-buku karangkraf. Kalau membeli buku yg dijual secara pakej harganya jauh lebih murah daripada membeli secara sebuah-sebuah. Jadi lebih elok kalau beli buku yg dijual secara pakej terutamanya buku2 baru. Buku-buku yang baru atau yang popular biasanya diskaun dalam 15% dan ada juga buku yang diskaunnya 20%. Kalau nak jimat, anda boleh beli buku2 alaf/prima di fajar pakeer (diskaun 20% untuk semua buku + sebuah beg guna semula jika pembelian melebihi RM50, kalau dia tak bagi, sila minta dgn cashier) dan dapatkan tandatangan penulis di meja penulis2 karangkraf. kalau jenis tak kisah dengan beza singgit dua tu, tak der hal, boleh saja beli terus di karangkraf dan dapatkan signature penulis2 di situ.

b. buku-buku kaki novel. booth kaki novel menawarkan diskaun flat rate iaitu RM4.00 utk semua buku. kalau beli buku nipis, better beli di Kaki Novel kerana diskaun RM4.00 tu dah lebih dari 20%. Sekiranya beli buku tebal, better beli di booth fajar pakeer yang diskaunnya RM20% untuk semua buku. Kalau tak kisah dengan beza harga setakat seringgit dua, boleh saja terus beli di kaki novel dan dapatkan tandatangan penulis di situ juga. Bagi pembelian melebihi RM50, anda akan dapat beg recycle kaki novel secara percuma :)

c. buku buku creative enterprise. ada diskaun 10% dan 10% + 10% untuk pembelian lebih dari sebuah buku. ada juga buku2 lama (nipis) yg dijual dgn harga serendah RM2.00. Kalau nak beli buku2 lama creative yang saiz biasa (tidak terlalu nipis), better cari dulu di booth fajar pakeer yang ada menjual buku2 creative dgn harga RM20 untuk tiga buah buku. kalau tak ada, barulah pegi cari kat booth creative.

d. buku-buku pts. pts menawarkan diskaun 15% sahaja. utk mendapatkan lebih diskaun anda kena spend lebih dari RM150.00. fuhhhh... banyak nyer nak kena spend. ada cara lain kalau nak diskaun 25%. boleh la pegi dengan memakai baju sekolah ;) kalau baju skolah dah reput atau tak muat, boleh la bawak student card/kad matrik. kalau bawak anak, boleh la paksa dia pakai baju skolah n then masa bayar tu suruh dia gi bayar. hehe. 25% banyak tuuuu beli buku ustaz Rohidzir Rais yg tentang soal jawab solat tu yg harga RM40 tinggal RM30 saja kalau tunjuk kad matrix. jimat RM10!


e. buku-buku jemari seni. Kalau buku2 baru, diskaun flat 20% dan pembelian 3 buah buku akan dapat satu paper bag yg ceria warnanya. kalau beli buku2 si manis 17 siap dapat kipas berlagak + paper bag lagi ha. Kalau nak diskaun lebih? 25% untuk mereka yang membawa kupon istimewa yg diedarkan di KLSentral. Aku tak tau lah pulak sama ada kupon ini masih diedarkan. Jutaan terima kasih buat iejay kerana tolong amikkan. Merasa la jugak diskaun 25% utk buku2 baru JS yang aku beli haritu. Kalau beli buku2 terbitan tahun2 lalu, anda akan dapat diskaun setinggi 30%!

f. buku2 NB kara. Diskaun 20%. Tahun ni diorang ada jual T-Shirt comel :) RM25 saja. aku dapat jugak beli :) Pembelian novel siap dapat coklat cengkerang + pen comel. mungkin sbb salah satu tajuk novel NOrhayati berahim bersama Kusyi Hirdan adalah sambal kerang najwa. :)

g. KarnyaDya. Diskaun umum 20%-35%. kalau beli sebuah buku dpt diskaun 20% lah. tapi kalau beli 3 buah buku, dapat diskaun 25%. best best! :) Lagi banyak beli, lagi tinggi diskaun.

h. Buku-buku fajar pakeer (dan buku2 edaran fajar pakeer). Diskaun 20% untuk semua buku dan untuk pembelian lebih RM50 akan dapat sebuah recycle shopping bag warna biru-putih :)

----------------------------
2. Rujuk jadual penulis supaya anda boleh dapat tandatangan penulis2 dan bergambar dengan penulis. Kadang2 penulis pun ada sediakan buah tangan menarik utk peminat2 yang sudi beli buku diorang :) terima kasih utk semua gifts yang comel2 tu :)

-----------------------------
3. Makanan? hmm kat pwtc tu harga makanannya memanglah agak/sangat mahal sbb diorang guna hotel nyer makanan tu. sandwich pun dah RM5.00. kesian aku tengok budak2 skolah terpaksa beli sandwich sbb dah lapar sgt. Air kosong dalam botol kecil pun dah RM2.00. So kalau rasa tak mampu, boleh la makan kat food court di The Mall atau pun bawak bekal. aku pun biasanya bawa roti dan air masak dalam botol.

------------------------------
4. Surau? Lokasinya betul-betul di sebelah booth kaki novel ada pintu exit terus ke surau. Kalau pegi lambat memang la surau pwtc tu akan sangat2 packed. kalau penuh, biasanya diorang akan bentang sejadah di luar surau utk kemudahan solat. tapi tempat ambil wuduk tu memang packed jugak. Untuk elak kesesakan, better ke surau dalam 10 minit sebelum masuk waktu. Memang boleh solat dengan selesa. Pilihan lain? boleh la ke surau dalam The Mall. Walaupun ramai, tapi tak der lah packed sangat kalau pegi awal.


apa lagi ye?


sure fine whatever
rinn