Friday, July 31, 2009

Setelus Impian

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zulaila Zakaria
Setelus Impian by Zulaila Zakaria
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009


"Sesungguhnya angin kenangan masih menderu
membawa dedaun ingatan berguguran
membisikkan gemersik lagu asyik nada rindu
Lantas bertaburan di perdu kasihku
Yang masih setia menanti hadirmu"


Penulis ini mempunyai sentuhan menarik dalam melakarkan babak2 love-hate
relationship antara watak hero-heroin. Beliau masih mengguna rencah sama dari
novel Secarik Harapan utk pasangan dlm novel ini, Setelus Impian. Interactions
dan chemistry watak2 utama rekaan penulis ini sangat berkesan dan menarik.


Aina Qistina dan ibunya Puteri Liyana adalah watak wanita yg sangat kompleks dan
sukar diteka emosi mereka. Macam mereng pun ada, tapi mereka ada kekuatan yg
tersendiri.


Puteri Liyana terlalu taksub dgn perasaan cinta pertamanya kepada Hairi yang
entah ke mana perginya. Cinta pertama itu telah membunuh kebahagiaan yg
sepatutnya dikecap bersama suaminya Ahmad Hisyam dan anak2 kembarnya Aina &
Qairi. Bila dia membnarkan suaminya berkahwin lain, anak2nya lebih menyangka
ayah mereka seorg lelaki yg tak setia. Namun pesanan Liyana supaya Aina membaca
catatan lamanya membuatkan Aina faham kedudukan sebenar. Tapi seblum munculnya
catatan tu, Aina menjadi seorg gadis yg sangat sangat sangat pendendam. Dia
mencelah ke dalam keluarga tirinya dgn agenda utk memusnahkan kebahagian
keluarga itu dan mengembalikan ayahnya kpd ibunya.


Namun perancangannya terganggu apabila Fahim Zaim pula mencelah ke dalam
hidupnya, mengganggu emosinya dan membuat dia terperangkap dlm sebuah
perkahwinan yg terpaksa.


Aina dah seronok dah bila disuruh bertunang dengan Khai, kekasih kakak tirinya
kerana dia rasa dia boleh memecah belahkan keluarga itu dgn cara mengahwini
Khai, namun Fahim Zaim telah menjadikan perancangannya haru biru malah Khai
direstui bertunang dgn kakak tirinya.


Banyak lagi yang berlaku dlm keluarga ni. Byk yg Zaim perlu lakukan utk
memenangi hati wanita yg kompleks mcm Aina.


Pengakhiran yang sangat best utk Zaim dan Aina tapi saya rasa seperti ada yg tak
beres bila menutup novel ini kerana watak2 sampingan masih tergantung kisah
mereka contohnya seperti ibu Aina, Hairi, hbungan Ahmad Hisyam ngan ibu Aina,
hubungan keluarga tiri Aina dgn keluarga Aina.


Perasaan yg sama juga saya rasa semasa menutup novel Secarik Harapan. Endingnya
sgt best utk hero-heroin tetapi watak2 sampingan masih ada kisah tergantung dan
membuat saya tertanya-tanya.


Apa2pun tahniah buat penulis, membaca Secarik Harapan membuat saya tak fikir dua
kali utk membaca Setelus Impian ni. :)


sure fine whatever
rinn




sinopsis belakang buku:


Hubungan rumah tangga Ahmad Hisyam Aliyan dan Puteri Liyana Qaisara menjadi
dingin lantaran Puteri Liyana terlalu mengingati kekasih lama bernama Adi Zul
Hairi. Hubungan yg tidak kesampaian itu memberi kesan terhadap diri Puteri
Liyana sehingga dia menolak kasih seorg suami yg begitu mengasihinya. Namun
Ahmad Hisyam tetap bersabar dgn kerenah isterinya kerana dia amat menyintai
wnita itu.


Keadaan rumah tangga yg tidak bahagia itu secara tidak langsung memberi kesan
kepada kehidupan Aina Qistina Maisara. Dia bagaikan tersisih dari hidup uminya
dan kehilangan kasih sayang seorang ayah. Hanya abg kembarnya Aliyan Qairi
Mustakim mendpt perhatian uminya. Kasih sayang ayahnya juga dirasakan telah
lenyap tatkala Ahmad Hisyam mengambil keputusan berkahwin utk kali ke2 tanpa
menceraikan uminya.


Akibat tekanan yg dihadapi Aina Qistina pernah cuba membunuh diri tetapi
percubaannya gagal. Akhirnya di mengambil keputusan utk menyambung pelajaran ke
luar negara mengikut jejak abg kembarnya itu.


5 tahun sudah berlalu, Aina Qistina pulang dgn satu niat, satu dendam mahu
memporak perandakan keluarga ibu tirinya dan mengembalikan keceraan dlm
keluarganya. Dia mahu ayah dan uminya besatu semula.


Namun niatnya tidak kesampaian. Kehadiran Fahim Zaim telah merosakkan segalanya.
Siapakah Fahim Zaim? Kenapa dia menjadi batu penghalang dlm keluarga ini? Dan
apa pula tindakan Aina Qistina seterusnya?


RM19.90
isbn: 9789833669233
580 mukasurat

Diusik Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Zabeha Ibrahim
Diusik Sayang by Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2005


"Bukan sekadar memandang, menyebut namamu pun aku tak mampu, terderanya aku
kerana mencintaimu..."


Dah beberapa bulan jugak aku dok hunting buku ni tapi tak dapat2.. akhirnya
bertemu jua... :)


Mengisahkan Ain, seorg graduan menganggur. Dia sudah puas berusaha mencari kerja
namun akhirnya gagal.Akhirnya dia menjadi pemandu kepada Haji Sabiran & Hajah
Aisyah yg kesunyian. Ain berasa seperti mendapat kasih atuk dan neneknya semula
bila berada di samping pasangan ini. Sesuatu yg teramat dirinduinya. Namun
kepulangan Hafizi, anak bongsu pasangan ini membuat Ain tidak selesa. Hafizi
terlalu menguji kesabarannya tetapi demi Haji Sabiran dan Hajah Aisyah, Ain
tabah meneruskan kerjanya.


Mak ngan ayah Fizi memang selalu dok warning jgn keterlaluan sangat menyakat Ain
kerana tak mungkin org sebaik Ain nakkan Fizi tu walaupun diorang offer. Fizi
seperti tersinggung tapi hatinya terpaut dgn gadis hitam manis itu.


Bagaimana nak menarik semula perhatian gadis yg selalu disindirnya sedangkan
gadis itu terpelajar bukannya seperti anggapannya sebelum ini. Sian Ain kena
buli sampai jadi goalkeeper bola sepak! hehe.


Sedih betul masa part Ain terpaksa menggantikan kakaknya utk majlis pertunangan.
Ain ni membesar dgn atuk dan neneknya, so dia agak terasing dari family sendiri.
Abg ngan kakaknya mcm tak puas hati dgn Ain yg rapat dengan atuk dan nenek
sedangkan Ain sudah terlalu byk berkorban utk family nya. Hingga bila masa nak
bertunang tu semua macam memaksa dia demi maruah keluarga, tak seorg pun
memikirkan perasaannya.. sedih la. Sian Ain.


Tersenyum senyum jgk mengenangkan pak aji ngan mak aji dok pasang plan nak bagi
jadi jugak Ain ngan Fizi tu. Tetiba Fizi jadi berani dan ajak Ain kawin, tapi
Ain keberatan kerana merasakan dia tidak cukup cantik utk lelaki sehandsome
Fizi. Atas alasan itu jugak lah sebelum2 ni Ain melepaskan lelaki2 dlm hidupnya
utk org lain. Fizi terlalu bersungguh-sungguh dan Ain mula meletakkan beberapa
syarat maka termeterailah Janji Pinang Merah. huhu.. buat perjanjian pulak..
uish teringat pulak subjek sejarah yg ada Perjanjian Pangkor tu. haha.


sure fine whatever
rinn






Sinopsis belakang buku:


Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian...
membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yg
membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yg teristimewa. Hanya utk
kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan keran asemua itu, Hafizi meletakkan
hatinya di sisi Farahim utk digandingkan bersama, utk dijadikan permaisuri
hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah
membekukan hati seorang Farahin yg dahulunya pernah berdarah.


Diasak saban waktu dgn kerenah-kerenah yg melemaskan, cemburu yg tidak masuk dek
akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin
pula kian bungkam dan gerah berhadapan dgn konfrontasi yg tidak pernah sudah.
Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersa rajuk yg panjang.
Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dgn harapan akan
diarak pulang cintanya yg satu ini.


RM25.90
582 mukasurat
isbn: 9789838936194

Buku Prima: Terbaru di Pasaran

Tajuk: Seharum Cinta Lestary
Penulis Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009


Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikannya gadis yg tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan utk bergnding dgn lelaki, jauh sekali bergantung pd kaum itu - Lestary.


Biar siapapun dia, siapapun tunangnya, yg pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan Lestary sbg gadis pertama dan mgkin juga terakhir.  Dia sedar, merampas milik org, boleh dianggam merompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu itu - Dafiezudin.


Dalam senang memandu, lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dlm ikhlas mahu belajar menyintai Razrim. Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia - Lestary


Dia tidak mungkin membuang org yg dia sayang begitu sahaa. Dia tidakkan muda melatah walaupun digempur taufan - Razrim.


==========

Selepas Tak Kuduga, Sara Kirana, Qaseh Qaisy dan Aku Cinta Kyra, Kini saya datang lagi besama Novel Seharum Cinta Lestary. SEbuah kisah masyarakat yg kompleks, masalah perbezaan budaya meskipun seagama. Sejarah percintaan org lama dan gila tidak menjadi penyebab kepada kisah Seharum cinta Lestary. Kisah penderitaan kanak-kanak dan remaja penghidap penyakit jantung dan hati kronik yg semakin membimbangkan memberi saya ilham utk cerita ini selain akibat perkahwinan tanpa restu. Diharap sambil berhibur dgn kisah cinta ini, pembaca akan mendpt sedikit info dan kesedaran berkenaan penyakit jantung dan harapan serta pendermaan organ.
-Ramlah Rashid-

-----

Tajuk: Mulanya Di Sini
Penulis: Jasmawani Jisu
PEnerbit: Buku Prima
Cetakan PErtama:2009
Harga: RM19.90

 

"Cinta adalah anugerah ALLAH.
Bermula dan berakhirnya cinta
dengan ketentuan-Nya juga"


sinopsis belakang buku:


Terus terang dia perlukan masa utk melupakan segala kenangan lalu. Apatah lagi dia diminta menerima seorg lagi lelaki yg tidak dikenali. Hatinya yg baru sahaa terluka mana mungkin dpt menerima sebarang lelaki dlm msa terdekat ini. - Dania


Kau kejam Nia. Tergamak kau tidak tahu aku sgt mengasihimu. Kenapa masih layan si Zamani tu? Apa lebihnya dia? Pedih hati ini melihat kau dlm keadaan begitu dan menyebut pula nama Zamani! Hati aku sakit Dania - Rosham


Hati lelakinya tersentuh melihat Dania begitu. Dia sememangnya lemah dengan air mata. Dan dia tentunya lemah melihat air mata org yg dikasihinya itu. Apakah musibah yg telah menimpa gadis itu? KEnapa mesti gadis sebaik DAnia! Gadis yg dia kasihi. - Datuk Razlan.


Apakah kasihnya kesampaian dan impiannya akan terlaksana? Bila? Inilah soalan yg sering berkunjung di ingatannya dan amat payah utk dia memberikan jawapan. Walaupun dia pernah mengatakan cinta bukan bermakna memiliki tetapi dia tetap mengharap. - Zamani


Pergilah kasihku pergi menemui kekasihmu semoga mendapat rahmat-Nya. Kelam matanya digenangi air. Cepat-cepat dia sapu air mata itu - Dania.

------------------


Minat utk menceburi bidang penulisan timbul apabila saya terdengar satu rancangan di Radio IKIM. Sejak hari itu saya mula menulis sehinggalah terhasilnya MULANYA DI SINI. Dorongan dan sokongan ibu bapa, adik2 dan org yg tersyg menguatkan lagi semangat utk menulis. Perjalanan hidup insan2 di sekeliling, diri sendiri serta pengamatan kepada persekitaran mengilhamkan watak2 dlm novel sulung sy itu. Tema kasih sayang menjadi pilihan kerana kasih dan sayang tidak dpt di pisahkan dlm sebuah kehidupan. Apalagi dlm masyarakat hari ini nilai kasih sayang semakin menghilang. Semoga dgn terhasilnya MULAYA DI SINI dpt memberi iktibar kepada kita semua.

-jasmawani jisu-

Thursday, July 30, 2009

Power of Friendship


Found this in my inbox. Thanx sueailee for sharing. This story touches my heart. Pagi2 rasa nak nangis. Bukan sbb sebab sedih, errmm sebab apa ye? i'm touched by this story. aku tau ni citer omputeh tapi kita amik pengajarannya :)

 

 

One day, when I was a freshman in high school, I saw a kid from my class was walking home from school.

His name was Kyle. 


         
It looked like he was carrying all of his books. I thought to myself, 'Why would anyone bring home all his books on a Friday? He must really be a nerd.'   I had quite a weekend planned (partiesand a football game with my friends tomorrow afternoon),  so I shrugged my shoulders and went on.

 


 


As I was walking, I saw a bunch of kids running toward him.  They ran at him, knocking all his books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt. His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him... He looked up and I saw this terrible sadness in his eyes My heart went out to him. So, I jogged over to him as he crawled around looking for his glasses,  and I saw a tear in his eye.

 


As I handed him his glasses, I said, 'Those guys are jerks.'  They really should get lives. 'He looked at me and said, 'Hey thanks!'   There was a big smile on his face. It was one of those smiles that showed real gratitude. 


 


 


I helped him pick up his books, and asked him where he lived. As it turned out, he lived near me, so I asked him why I had never seen him before.. He said he had gone to private school before now. I would have never hung out with a private school kid before. We talked all the way home, and I carried some of his books. 


He turned out to be a pretty cool kid. I asked him if he wanted to play a little football  with my friends
He said yes. We hung out all weekend and the more I got to know Kyle, the more I liked him,
and my  friend thought the same of him.

 

Monday morning came, and there was Kyle with the huge stack of books again I stopped him and said, 'Boy, you are gonna really build some serious muscles with this pile of books everyday! ' He just laughed and handed me half the books. 

 


Over the next four years, Kyle and I became best friends.  When we were seniors we began to think about college. Kyle decided on Georgetown and I was going to Duke.  I knew that we would always be friends, that the miles would never be a problem. He was going to be a doctor and I was going for business on a football scholarship. Kyle was valedictorian of our class. 

 

I teased him all the time about being a nerd. He had to prepare a speech for graduation. I was so glad it wasn't me having to get up there and speak 

          
Graduation day, I saw Kyle. He looked great. He was one of those guys that really found himself during high school. He filled out and actually looked good in glasses.  He had more dates than I had and all the girls loved him.  Boy, sometimes I was jealous! Today was one of those days. 

 

 

I could see that he was nervous about his speech. So, I smacked him on the back and said, 'Hey, big guy, you'll be great!' He looked at me with one of those looks (the really grateful one) and smiled. 'Thanks,' he said.

 

As he started his speech, he cleared his throat, and began 
Graduation is a time to thank those who helped you make it through those tough years.
Your parents, your teachers, your siblings, maybe a coach...but mostly your friends.... I am here to tell all of you that being a friend to someone is the best gift you can give them. I am going to tell you a story' 

 

 

I just looked at my friend with disbelief as he told tale about the first day we met. He had planned to kill himself over the weekend. He talked of how he had cleaned out his locker so his Mom wouldn't have  to do it later and was carrying his stuff home. He looked hard at me and gave me a little smile.

 

 

'Thankfully, I was saved. My friend saved me from doing the unspeakable..'

 

I heard the gasp go through the crowd as this handsome, popular boy told us all about his weakest moment. I saw his Mom and dad looking at me and smiling that same grateful smile.. 

 


Not until that moment did I realize it's depth. Never underestimate the power of your actions.. With one small gesture you can change a person's life. For better or for worse. God puts us all in each others lives to impact one another in some way.


 



Look for Good in others.






Sunday, July 26, 2009

Sindora

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Sindora by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 1991


"Saling dibuai dan membuai ucapan kasih dua jejaka dia lebur dlm pilihan yang amat menyakitkan."


Bertambahla satu lagi koleksi buku Samsiah MOhd Nor dlm simpanan aku :)


Ada juga gadis yang sngat miskin yg lahir dlm keluarga yg daif diberi nama Sindora ye? hehe.. Sindora ni gadis yang gigih dan bekerja sambil belajar utk menampung keperluan diri dan keluarga di kampung. Dia mengajar tuisyen secara sambilan.


Dia menjadi rebutan jejaka kampus kerana kejelitaannya tetapi dia tidak bersedia utk bercinta, dia mahu menjadi insan yg berjaya dlm pelajaran. Dalam diam dia menyimpan perasaan cinta pada Abbot.


Dia tak menyangka Abbot pernah mengirimkan ucapan dan sajak cinta padanya tetapi guna nama samaran. Aduih la...


Kerana bosan menunggu Abbot, Sindora menerima huluran cinta dari Duke yang setia menanti dirinya dan mereka akan bertunang.


Kawan Sindora, Adlina kurang setuju dgn pilihan Sindora kerana Duke terkenal dengan sikap mata keranjangnya.


Keakraban Sindora dgn Duke membuatkan Abbot frust menonggeng. tula slow motion sangat. padan muka. dia meluahkan perasaan di saat Sindora sudah menyerahkan hati kepada orang lain. aduih la..


Bila buka semester baru Abbot barulah jadi lebih berani tapi sayang Sindora sudah jadi milik orang lain. Akibat salah faham apabila terjumpa Abbot bersama Sindora, Duke naik angin. Hilang seluruh kepercayaannya pada Sindora. lepas tu diorg putus tunang.


Abbot seperti ada peluang tapi beranikah sindora utk berkasih lagi?


sure fine whatever
rinn








sinopsis belakng buku:


Seperti dinding benteng Padang Kota, Sindora teguh menanti percikankasih Abbot, tetapi lemas dlm simbahan ombak cinta Duke. Suatu peristiwa menyebabkan dia terpaksa meninggalkan jejak2 kenangan di pantai asmara, membebat hati yang terus lara dgn ras kasih terhadap keduanya.


RM6.90
isbn: 967-9987-76-0
182 mukasurat

Mini Novela Fajar Pakeer

cAku macam seronok sangat biler tengok mini novela ni sbb aku ni jenis suka cerita nipis2!!! yey yey.. abih la duit aku.. haha.. ish tak sabar nak gi beli semua.

 

 

Ilham Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Ilham Hati by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009


"Suara engkaukah yang berbisik seiring dgn degup jantungku?"


Menarik jugak kisah Rian yg terjaga suatu hari dan tetiba saja 4 tahun dari hidupnya hilang begitu sahaja. Dia tidak dapat recall apa2 dari memorinya, tau2 saja dia adalah seorang editor yg bersuamikan seorang lelaki hensem yg kaya raya benama Hanif. Dia jadi kekok.


Menarik juga cara DAmya membawa kisah ini, dia melayari kisah Rian yg hidup dalam berteka teki. Jahat sangatkah dia dlm tempoh 4 tahun itu sehingga kelihatannya spt dia banyak musuh. Rian ni bukanlah wanita yg baik sangat. Dia telah mmerangkap Hanif utk menjadi suaminya demi membongkar sebuah wasiat dan perkahwinan mereka ternyata bukan ats dasar cinta sama cinta. Hanif jadi serba salah mcm mana nak cerita kat Rian kerana dia sendiri sudah mula jatuh hati pada Rian yg baru ini.


Org sekeliling sgt terkejut dgn transformasi Rian kini. Rian jadi hairan sehinggalah dia terjumpa sebuah catatan yang tulis tangan, tulisan tangannya sendiri yg membongkar sejarah silamnya.


Selitan kisah Zariel dan Junita dari "Ternyata Cinta" juga ada dan membuatkan kisah ini spt ada dua kisah cinta dlm satu buku. Hubungkait tak der sangat antara kedua2 kisah ini.


Watak Safwan yg seperti seorg pemudahcara/kaunselor kepada Hanif membuatkan saya teringat pada Amirul dlm Bicara Hati dan Adli dalam Sepi Tanpa Cinta.


sure fine whatever
rinn


RM19.90
isbn: 9789831244425
492 mukasurat

Takagi Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Erny Othman
Takagi Sayang by Nor Erny Othman
Terbitan Ghostwriter
cetakan pertama 2002


TErasa nak baca buku lama pulak.. tak der lah lama sangat, tahun 2002. Puas juga baca novel kecil ni. Sempat la kita gelak ketawa dan geram dengan kisah2 yg disulam dlm buku ini. Ia padat dan tidak meleret kisahnya. Antar sebab utama aku suka novel nipis :)


Aznil seperti tidak mahu menjaga hati dan perasaan Dian sepanjang tempoh pertunangan mereka. Mungkin sengaja nak menguji gadis muda itu. Tapi siapappun yg jadi Dian mesti akan berprasangka buruk dgn sikap Aznil yg sentiasa berpeleseran dgn gadis2 cantik. Dian menerima Aznil semata-mata kerana kehendak keluarga.


Tapi usikan-usikan dan gurauan Aznil tu lah yang memeriahkan kisah zaman pertunangan Dian-Aznil.


Dian menggunakan alasan Aznil berpelukan dgn seorg gadis di dlm sungai utk memutuskan pertunangan tapi instead perkahwinan mereka telah dipercepatkan. terlopong Dian dgn keputusan itu.


Beita Aznil kemalangan hingga meragut nyawanya membuatkan Dia seperti kehilangan jiwa. Ternyata dia sudah mula jath cinta pada Aznil. Nasib baik la berita tu palsu dan majlis mereka berlangsung dengan meriahnya.


Alam rumahtangga mereka sangat indah namun kehadiran teman baik Aznil, Izan telah mencuri peranan Dian dlm rumah tangga. Dian lebih banyak memendam dan merahsiakan rasa hati. Aznil pulak lebih pro dengan sahabatnya Izan manakala keluarganya juga kelihatan menyenangi Izan yg bijak mengambil hati dan geram jugak dgn sikap mereka yg seperti tak sensitif dgn situasi Dian. Izan tu memang jahat la.. pandai dia bermuka-muka sehingga membuat Dian kelihatan spt seorang yg bersalah dan kejam.


Watak Izan berjaya memancing rasa benci pembaca dan membuatkan kita geram.


Masa Aznil sakit, Izan menambil alih hampir 100% peranan dian sehingga membuat Dian yg tak sedar dia sedang mengandung, pergi membawa diri.


Aznil tak sanggup kehilangn Dian yg dicintainya dan Izan terpaksa pergi atas kehendak Aznil. Aznil cuba menjauh Izan dan menumpukan perhatian kepad isterinya.


Namun tidak lama selepas itu, Izan kembali dengan kisah duka bahawa dia telah dirogol dan sedang mengandung. Dia merayu simpati Aznil agar mengahwininya utk mnutup malu. Dia tahu Aznil sukar menolak kerana suatu masa dahulu di luar negara Izan pernah menyelamatkan nyawanya.


Setelah dirayu Izan, terkesan jugak di hati Dian walaupun dia tak suka, dia rela berkorban membenarkan Aznil menikahi Izan. Aznil tersepit dlm membuat keputusan. Nasib baik la Aznil ni panjang akal dan dia berjaya membongkar kisah sebenar di sebalik kandungan Izan.


Izan ni memang pandai kelentong tahap dewa lah. Memang nangis bila mengenangkan nasib Dian tu. huhu...


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Mahligai perkahwinan yg dibina penuh indah disulam pula kasih dan cinta.


Tetapi, kehadiran si dia yg pernah menyelamatkan nyawanya mengundang dilema. Si dia hadir meminta simpati setelah hamil akibat diperkosa. Si dia perlukan suami... demi menutupi onak diri yg sememang bukan kerelaannya. Mampukah diterimanya sedangkan dia bahagia bersama si isteri. Sanggupkah dihancurkan istana bahagia itu demi membalas jasa seorg yg pernah memberika nyawa padanya suatu ketika dahulu?


Siapakah yg akan mengerti dan menyebelahinya?


RM18.90
410 mukasurat
isbn: 983 9216-988

Saturday, July 25, 2009

Nur Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bikash Nur Idris
Nur Kasih by Bikash Nur Idris
Terbitan FAjar Pakeer
Tahun 2009


"Jika hati digamit seribu rindu, dendam kesumat bertukar menjadi sejati."


Akhirnya berjaya jgak aku baca novel pertama karya BIkash Nur Idris yg pernah diterbitkan oleh RHythm, yg aku baca ni versi terbitan semula oleh Fajar Pakeer.


Kisah seorg adk yg mahu membalas dendam bagi pihak kakaknya. tapi salah target lah pulak.


Yanie bercinta dengan Fairul dan Shamrin cemburu dengn kebahagiaan mereka. Dia mahu merampas Yanie dengan apa cara sekali pun. Dia berjaya memerangkap Yanie lalu menodainya.


Yanie terpaksa memutuskan perhubngan dgn Fairul kerana merasakan dia tidak lagi layak buat lelaki sebaik Fairul.


Shamrin terus belakon sbg lelaki budiman dengan berbaik2 dgn ibu Yanie, Pn. NOreen, dia mahu terus memiliki Yanie, Namun kepulangan Arin telah menggoncang hati Shamrin yg bermata keranjang. Yanie dilupakan, Arin pulak diburu.


Sekali pandang jer Arin sudah tau yg Shamrin tu bukan lelaki yg baik. Setelah mengetahui kakaknya telah dinodai, dia terus mengesyaki Fairul yg belum pernah ditemuinya.


Geram jugak dgn sikap Yanie yg sengaja merahsiakan siapa yg menodai dia, sedangkan Shamrin tu selalu datang rumahnya. TAkkah dia merasa kehadiran Shamrin membahayakan keselamatan ibu dan adik kesayangannya? sebaliknya dia bertukar kerja hingga ke Langkawi utk melarikan diri. Nasib baik la Arin tu ganas semacam.


Arin membuat rancangan sendiri. Dia berjaya menggoda Fairul dan di hari Fairul menghantar rombongan meminang, dia telah menolak agar Fairul kecewa. Tapi dia tak tau yg sebenarnya dia termengorat Fairul lain. Salah target daaaa.


Yanie confuse. Fairul mahu menerima Yanie sebagai isteri tapi pada masa yg sama Fairul jugak melafazkan sayang kepada Arin. Arin membuat keputusan utk melepaskan Fairul walaupun dia sudahjatuh hati.


Nasib baik la ada Fairul Nizam ngan Fairul Nizar hehe.. bleh ar amik sorang satu.


cerita yang tak meleret dan sweet happy ending.


aku tak review Dengan nama Cinta sbb sebelum ni dah penah review dah. :) citer yang sweet giler dan happy ending jugak.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Nur Kasih. Kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab utk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul.


Benarkah begitu?


RM21.90
9789833880515
pg 338-575

Friday, July 24, 2009

Best Buddies Award dari Norisah A. Bakar!

BEST BUDDIES AWARD


1) copy award untuk diletakkan di blog anda


2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini


1. dia seorang penulis
2. dia dok kat singapore
3. dia bg award ni kat aku
4. dia telah menghasilkan 4 novel yang best
5. kat rumah dia ada toyol
6. dia ada magic kuali


3) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
-halamak part ni mcm dah pnah jwb sebelum ni, mngkin akan sama jer ngan apa yg sy penah taip sebelum ni. hehe...


1. Aku anak sulung.
2. Aku suka bawa beg galas
3. Aku suka pakai kasut bertutup dan berstokin sport.
4. Aku lebih suka public transport walaupun boleh drive
5. Aku suka ambil gambar dgn digital camera.
6. Aku suka hp, mp3 player, mp4 player, digital camera, laptop. Aku pegi beli almost immediately kalau benda2 ni rosak atau hilang.
7. Aku disorganized
8. Aku lebih suka tengok berita tv daripada baca newspaper
9. Aku lebih suka baca novel dari tengok drama tv


4) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.


1. Syikin - dia suka jadi peneman aku
2. Ieyda - dia ibu muda yg periang (baru nak masuk 22 beb)
3. sue - dia tetiba jer jadi kawan aku yg baik
4. nurixzzah - i'll do anything for her
5. cekputeh - novelis tersorok yg jiwang
6-10 setiap seorang di atas diberi double award. hehe.

 

Nama timangan anda?--------> cheyk

Anda Seorang Yang?--------> tidak tinggi

Insan Yang Teristimewa?------------> bunda

Lagu Kesukaan?-----------> sekrg ni suka lagu Rocket

Makanan Kesukaan Anda?--------> berasaskan ayam. ayam goreng, ayam tumis dgn sayur, ayam kukus sedap nak mampus, ayam masak lemak cili api, kari ayam, pau ayam, karipap ayam, ayam bakar, ayamas, sup ayam, nasi ayam, ayam bakar dan lain-lain la hidangan ayam yg halal dimakan. Jgn bagi ayam idup kat aku sudah ler.

Sikap Yang Membuat Anda Stress?---------> eksyen, sombong.

Warna Kesukaan Anda?-----------> warna2 berasaskan ungu.

Benda yg mesti ada dalam beg?---------------> duit, ic, lesen memandu, digital kamera.

Kali terakhir anda menangis?-----------> father's day. teringat kat arwah ayah. Bagi yg masih ada ayah, sedarlah betapa beruntungnya anda. saya jeles.

 

Secarik Harapan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zulaila Zakaria
Penulis: Zulaila Zakaria
Tajuk: Secarik Harapan
Terbitan Buku Prima
cetakan pertama: 2006
566 mukasurat
RM19.90
isbn: 9789833369096


Kisah cinta anak muda yang manis dan menarik. Namun pengakhiran cinta mereka yg manis telah melukakan seorg insan baik yg seperti dipermain-mainkan, membuat aku sedikit kecewa, tapi secara umumnya kisah ini memang menghiburkan.


Lia adalah anak Adham yg pernah menghampakan keluarga apabila meninggalkan tunang pilihan keluarganya lalu berkahwin dengan wanita asing di luar negara, Nattasha. Nattalia gembira kerana akhirnya dpt menemui Tuk Wa, nenek yg penuh dgn rasa kasih tapi hubungan kekeluargaan dgn Adham agak longgar. Adham seperti tidak mahu berusaha menjernih kan keadaan dgn berbaik2 dgn keluarga kakaknya yg turut terkilan dgn sikap Adham. Rasa benci sedikit terbias pada Nattalia.


Adham sebenarnya telah memusnahkan harapan utk TukWa mendpt hak ke atas tanah yg terletaknya rumah pusaka kesayangannya. Perjanjian telah dibuat yg setelah Adham berkahwin dengan Izzah hakmilik tanah itu akan menjadi milik ADham. NAmun harapan itu tidak pernah kesampaian, Izzah pun telah bertemu jodoh dgn orang lain.



Lia diselamatkan oleh Zaidi ketika hampir lemas di tali air. Masa tengah sibuk bagi CPR Zaidi kena debik dgn Adham. haha.. Adham tu tengok lain macam jer Zaidi bg CPR tu kot. Lia terus dibawa balik ke kota dan mereka tak pernah bertemu langsung selepas itu sehinggalah Lia habis belajar dan jadi peguam.


Kepulangan Lia menggembirakan Tuk Wa yg sudah lama merindu. Rupa2nya bukan Tukwa sorang menanggung rindu, Zaidi pun tumpang sekaki tapi rahsia hati tak siapa yg tahu. Setiap kali bersama Lia, mereka lebih banyak bertekak dari bersembang. Keluarga Lia dianggap jenis orang yg mgkir janji gara2 perbuatan Adham dulu. Sbb tulah mak saudara Lia benci sgt kat Lia dan ayahnya. Tapi Hanis sepupunya sgt baik hati malah Hakim, sepupunya juga turut menyimpan perasaan sayang pada Lia. Tapi Lia sudah lama jatuh hati pada lelaki yg telah menyelamatkan nyawanya ketika hampir lemas dulu.


Rahsia yg disimpan akhirnya dibongkarkan oleh ibu saudaranya yg sudah lelah menyimpan rasa marah lalu diluahkan pada Lia. Lia kini faham dengan sikap benci ibu saudaranya dan nekad mahu menggoda anak lelaki bongsu Hj Ibrahim dan berkahwin dgnnya supaya kesalahan bapanya dpt ditebus, namun dia hiba kerana terpaksa melupakan Zaidi yg seperti bg respond positif kat dia. Zaidi terkilan dgn niat Lia dan sering melengahkan pertemuan Lia dengan anak bongsu Hj. Ibrahim, merangkap Tuan D.O di situ. Kejadian terserempak dgn Hanis barulah membuat Lia terkejut kerana Zaidi atau Izzat Zaidi itulah anak bongsu Hj Ibrahim! Haha.. Rosak program Cik Lia!


Sebenarnya Hanis dah lama berkenan kat Zaidi dan kalau dia berkahwin dgn Zaidi pun, keadaan dapat dipulihkan. Mak Hanis pun memang bekenan sangat kat Zaidi, tapi masalahnya Zaidi takmo, dia syok kat orang lain. Dan org tu adalah Lia. Lia sangat kesiankan Hanis dan bermati-matian mengatakan dia tak ada apa2 perasaan pd Zaidi dan apa yg sedang dilakukannya adalah semata-mata cubaan utk memberikan Tuk Wa kesayangannya hak yang sepatutnya. Setelah segala2nya selesai, dia akan minta cerai dari Zaidi dan dia akan pastikan Zaidi jadi milik Hanis.


Adham mula2 mcm keberatan nak bagi Lia kawin ngan Zaidi, tapi bila Lia mentioned her plan, dia bersetuju lah pulak. So diorang pun kaaaawinlah. selepas beberapa bulan Zaidi tekejut biler dpt surat pguam yg LIa nak bercerai dan utk menyakitkan hati Lia dia meminang Hanis. Itulah yg Lia mahukan, tapi setelah Zaidi mengetahui kisah sebenarnya dari Tukwa, Zaidi tak jadi bertunang dgn Hanis dan kembali ke pangkuan Lia yg sedang mengandung 3 bulan.


Zaidi sanggup ikut Lia ke luar negara sbb Lia nak sambung belajar.


MEmang Adham telah mencalarkan hubungan persahabatan dua keluarga tapi bagi saya tindakan Lia dan Zaidi telah menghancurkan lagi hati ibu saudara Lia dan tentunya Hanis yg baik tu yg menjadi mangsa. Mungkin kerana tak ada sebarang babak utk resolve kan perasaan Hanis-Lia-Zaidi menyebabkan saya rasa ada yang tak habis bila menutup novel ni.


Blurb novel ini dah menceritakan part yang sepatutnya menjadi kejutan... so kurang la skit thrill biler membaca tu, sekiranya anda baca catatan belakang novel ini. dan saya rasa di blurb juga penceritaannya tidak mengikut kronologi sebenar dlm novel ini.

-----
nampaknya lepas sebulan lebih tak buat review, panjang giler aku citer pasai citer nih. haha.. rindu nyer nak taip review panjang-panjang...


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tindakn Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dlm keluarganya yg telah merancang utk menjodohkan Adham dgn Izzah, anak Tn. Hj. Ibrahim. Akibatnya Adham bertindak menjauh kan diri dari keluarganya dan meninggalkan kampung halaman.


Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dlm kehidupan Tuk Wa, emak Adham. Dia mahu merapatkan kembali hubungannya dgn keluarga Haji Ibrahim. Kali ini Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dgn Izzat Zaidi, anak bongsu Hj Ibrahim utk mendapatkan kembali tanah pusaka.

Namun malang tidak berbau, semasa Nattalia tinggal bersama Tukwa di kampung, dia telah diselamatkan oleh Zaidi dari lemas sewaktu bermain di tali air. Berputik perasaan cinta antara mereka. NNamun Adham menghalang hubungan cinta mereka.


Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yg telah lama terpendam utk menjodohkan Nattalia dgn Zaidi? APa pula tindakn Adham sterusnya?


Wednesday, July 22, 2009

Terima Kasih for the Warm Wishes


Salam paling istimewa buat pengunjung2 setia multiply aku yang tak seberapa ni.

 

Terharu sungguh dengan rangkaian ucapan2 dari korang. meriah giler ucapan tahun ni. hehe selalunya org tak perasan pun besday aku walaupun appear kat profil. haha.

 

Aku mendoakan semua yg terbaik utk korang dan semoga bahagia dan ceria dalam limpahan rahmat dari Ilahi. Aminnnnn.

 

Kalau ada salah dan silap, terlanjur kata terkasar bahasa, minta maaf banyak2. Aku sedia menerima teguran utk memperbaiki apa yg aku persembahkan dan share kat sini. Kalau tak puas hati ker apa, sila lah suarakan. Aku akan cuba perbetulkan mana yg patut. Boleh emel aku kat rinn.jay.you@gmail.com anytime. Aku ni insan biasa... selalu lah ada ter ter ter tu. Apa yang aku paparkan kat review2 adalah pendapat peribadi aku dan aku cuba utk tidak terpengaruh dengan elemen2 lain (elemen???). Aku tak pandai menyusun kata, ayat aku tunggang langgang tapi ada hati nak buat review buku orang. Aku akui hakikat itu tapi aku rasa aku perlu share rasa dengan orang2 seperti aku, peminat-peminat penulis, pembaca-pembaca novel kerana aku tahu apa yg mereka rasa... dan kami mungkin berkongsi rasa yg sama... (dot dot dot tiga kali tu buat ayat nampak syahdu lah pulak)

 

Ada jugak aku terima banyak rekemen utk membaca novel2 penulis tertentu. Maaf sangat2 sebab tak semua boleh aku penuhi. Tapi aku akan cuba. Utk makluman korang, aku ada 10 buku pinjam yang belum khatam dan 20 buku bli sendiri yang blum sempat aku selak or bukak plastiknya. haha.. TAMAK HALOBA KAN????? nak wat camner, tengok buku terus rasa nak beli. hehe. TOO MANY BOOKS, TOO LITTLE TIME.

 

kalo korang perasan, aku tak bleh nak reply review or guestbook aku beberapa minggu nih, sbb aku ni online dari opis jer sekarang nih. weekend jer baru bleh update part2 review semua tu sbb dari opis ni multiply dah kena block lah heheh.. itupun kalau sempatlah aku online baru update masa weekend tu. Kalau photos dgn blog entry, aku boleh post through emel yahoo aku, tu yg aku bleh update kat photos ngan blog entry ja. hehhe.. harap korang paham. kalau ikut hati aku nak update blogspot jer, tapi sayang pulak multiply ni dah lama aku bela. so update lah jugak. Walaupun lambat respond, korang jgn la segan2 post comment sbb kita nak share jugak pendapat ramai2.

 

Memang dah lebih sebulan aku tak review buku. Bukan sengaja. Mood membaca aku melayang. Jiwa kacau (sikit jer). Sekarang ni aku dah mula membaca semula, tambah2 dh dapat bli buku Bikash yg republish tu dan tengok kat compilation terbaru JS ada plak nama Syud! ni yang semangat nak baca balik nih. hehe..

 

GK, fai, kak sofia, misscun, ti, rose, dd, kucc, sue, nick, bonda, mama-E, airin, syikin, ieyda, adik, kaksu, a.ju, k.ju'a, kaksu, kak mar, yam ramai lagi rasanya yg sudi menitipkan ucapan2 birthday yg klise kat aku, terima kasih!!! klise pun klise lah! aku sukerrr.. mungkin jugak ada nama2 wishers yang tak appear dlm inbox yahoo aku ni, aku ucapkan terima kasih banyak2.

 

tu jer kot. TERIMA KASIH lagi skali :)

 

owh.. gambar di atas tu adalah antara gambar favourite aku kat Redang. Rasa puas dan bangga dapat snap pemandangan seindah itu.. Subhanallah.

 

 

sure fine whatever

rinn



Tuesday, July 21, 2009

Tepukan Amal Islam




Ni dari bikash lagi neh. ni musim benda2 macam ni ker apa ni? mcm musim buah pulak datangnya.

 

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:


1) Copy gambar amal Islam di bawah






2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.

1. kucc

2. sueailee

3. areilasahimi

4. syikin fb

5. ieyda fb

6. n5ruz

7. Ti

8. kak sofia

9. misscun

10. airinacomei



yg ni senang la :)




Pesta Buku Selangor 2009



Pesta buku Selangor 2009 akan berlangsung mulai 24 Julai 2009 sehingga 3 Ogos 2009.

Bleh la gi hunt buku2 pada harga diskaun ya? nak gi ngan kak ima nih! hehe.

 

 

Penulis-penulis yang confirm ada masa pesta buku selangor nanti:


 

Jumaat 24/7/2009:

Noorsuraya




Sabtu 25/7/2009:

Syud, Rnysa (pagi saja), Nazawati (pagi saja), Xarine (petang saja)




Ahad 26/7/2009:

Syud, Xarine (petang saja), Aidil Khalid (petang saja)




Jumaat 31/7/2009:

Imaen




Sabtu 1/8/2009:

Syud, Nazurah (pagi saja), Nazawati (pagi saja)




Ahad 2/8/2009:

Syud, Noorsuraya




Pnulis lain yang insyallah ada : Norhayati Berahim, Iejay Zakaria (ada kan iejay? hehe)

 

 



Monday, July 20, 2009

Jemari Seni: Bicara Buku III





Pada hari Sabtu yang lalu, 18 Julai 2009, Jemari Seni telah menganjurkan sesi Bicara Bukunya yg ketiga. Ada 3 buah buku yg telah dibincangkan pada hari tersebut iaitu Tanya Pada Hati karya Iman Xara, Teluki Itu Untuk Aku karya Nazawati dan Dame Zoete Sarah karya Khairyn Othman. Ketiga-tiga karya ini bertemakan wanita, dan itulah menjadi tema Bicara Buku kali ini. Feminisme. Menarik kan?

 

 

Terima kasih Jemari seni sebab sudi jemput saya dan kawan2 :) part makan tu yang best tu.. huhu.. ila tak pegi ke? siap tinggai mesej kat depan tu mintak gambar tu.. huhu.. ni ha gambar2 nya.. tapi ada lagi.. nanti akak upload tambahannya ya?

 

 

sure fine whatever

rinn



Saturday, July 18, 2009

Kuala Terengganu & Balik KL - Post Redang




Sabtu 11/7/2009 Kitorang dah sampai KUala Terengganu. Bila sampai tu dah rasa lapar dahaga semua. Sementara tunggu Anita Aruszi sampai, kitorang makan2 dan minum2 dulu.


LEpas check in balik kat Ping Anchorage,, Nita dengan adik dia bawak kitorang jalan2 dan shopping2 kat Pasar Payang n then terus ke Taman Monumen masjid2 dunia tu and then kitorang solat maghrib kat Masjid Kristal.


Mlm tu Sil balik dulu sbb ada hal. THanks so much Anita & adik nyer sebab angkut kitorang semua sekali gi hantar Sil. kalah nak hantar org gi umrah.. dah lambai2 bagai.


Then sebelum berpisah, Nita bwk makan kat restoran McGyver. Aku berpeluang gak rasa nasi goreng special Mc Gyver. huhu... sedaaaaaaaaaaap. air buah dia semua ada one scoope of vanilla ice cream.


Esok paginya kitorang bangun awai lagi sb flight awal pagi. pukul 6 lebih dah naik teksi utk ke airport. Dan kebetulan selepas check dan masa tengah breakfast, tersermpak dengan SYUD yg kebetulan satu flight balik ke KL yg sama :) so apa lagi... ambik gambo ler. tambah koleksi :)


Lepas sampai LCCT tu kitorang naik bas la balik KL Sentral. Aku, dd, ngan jun gi ronda2 kat markas cari buku :) banyak jugak la yg terbeli dan ada yg org pesan. Lepas jun check in kat hotel, kitorang terpengsan for at least 1/2jam. hoho. lepas mandi2 baru la aku gerak balik ke PUtrajaya :)


abisss..


sure fine whateverr
rinn

Tagged by airinacomel huhu...

****************************************************************** 
 Once you've been tagged you are supposed to write a note
with 16 random things, facts, habits or goals about you •
• At the end, choose 16 people to be tagged •
• You have to tag the person who tagged you •
• If I tagged you, it's because I want to know more about you •
******************************************************************

Aduih... macam musim lah pulak benda ni. Tapi terharulah jugak sbb org yg tag kita tu ingat kat kiter kan? kan? hehe..

16 tu banyak tau! mana la nak cari namblas orang ni? aduih.. ada volunteer tak? hak.hak.

Apa ya yg orang nak tau tentang aku?

1. Aku anak sulung.
2. Aku ada 5 org adik.
3. Aku lahir di negeri Perak.
4. Aku menghabiskan zaman kanak2 hingga habis skolah rendah di Pulau Pinang.
5. Aku  mula menetap di Kedah bila mula masuk skolah menengah.
6. Aku suka bawa beg galas belakang (back pack)
7. Aku suka pakai kasut bertutup dan berstokin sport.
8. Aku lebih suka public transport walaupun boleh drive keta.
9. Aku suka snap gambar
10. Aku suka hp, mp3 player, mp4 player, digital camera, laptop. Aku pegi beli almost immediately kalau benda2 ni rosak atau hilang.
11. Aku suka drive tanpa memasang radio
12. Aku disorganized
13. Aku tak banyak songeh
14. Aku lebih suka tengok berita tv daripada baca newspaper
15. Aku lebih suka baca novel dari tengok drama tv
16. Aku tak suka pegi klinik dan hospital. Sepanjang 5 tahun bekerja, baru 2 kali aku amik MC.

Tag 16 orang:
1. airina (kena tag org yg tag kita kan?)
2. n5ruz
3. misscun
4. innsu
5. udaiza
6. tyniez
7. wan amalyn
8. niwati (airina dah tag la hehe)
9. kak sofia

10-16. Tujuh orang pertama yang baca entry ni yg berdaftar dengan multiply. (nanti bila2 saya list)

Pulau Redang 9/7-11/7/2009




Ni plak gambar2 bermula dgn part yg kitorg mula2 menjejakkan kaki ke persisiran Pulau Redang ni. Memang jadi rasa tamak haloba cemana ntah.. semua sudut rasa nak snap dan setiap satu sudut tu, mau tiga empat shot aku ambik... Every angle is a masterpiece! SUBHANALLAH


Kitorang dok kat Redang Lagoon. Cute little chalets yg sesuai utk 3-4 org. 2 tingkat tau. ada tilam queen size di tingkat atas dan tingkat bawah. Corner lot la best sikit sbb ruang dia lebih besar. ish. jeles plak denga jiran sebelah. hehe.


Ada 3 kali sesi snorkling. Yg first day kat Pulau Lima. Sini bleh nampak ikan2 dan batu karangnya. yg 2nd day sebelah pagi kat Marine Park. Sini byk ikan jer, tak der batu karang sb dekat dengan pantai. Permandangan kat sini cantik sangat. And sebelah petang tu tempat snorkling kat Pulau Kerengga. Laut kat sini dalam betul. Batu karang dgn ikan nampak sayup sayup nun di bawah sana. ada gak yang nampak penyu. aku tak nampak lah pulak.


Selain daripada sesi snorkling yg disediakan, kitorang ada gak buat sesi snorkling suka hati kat tepi2 pantai. :) siap ada kelas mengapungkan diri lagi. hehe.


Last day tu masa nak balik, kitorang ketinggalan bot utk ke feri sebab misinformation dari pihak chalet.. siap kena buat isyarat kecemasan lagi ha.. hehehe.. nasib baik tak der kena buat isyarat asap ker semboyan ke.


Around noon kitorang dah sampai ke Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu.


sure fine whatever
rinn

Kuala Terengganu - Pra Redang 8/7/09-9/7/09




Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi bercuti. Before this kalau jalan2 pun, atas urusan rasmi atau ada tugas la. Kali ni betul amik cuti utk bercuti. Memang berbeza perasaannya. Kalau bercuti mcm ni baru la betul2 bleh enjoy la sikit sb tak payah pikir hal keja.. selalunya mesti terfkir nanti next session meeting apa pulak nak kena settle, ntah2 pukul 2-3pagi blum tentu bleh tido lagi.. aduih.. penat!


Rombongan 9 org ni berkumpul kat kL Sentral, eh... silap Jujun sorang la yang tiba dari miri dgn connecting flight dia. nasib baik la dia berlari utk mengejar flight ngn cukup2 masa jer utk cek in.


First time aku naik air asia and first time jugak dpt pilot pompuan. Nama Norashikin. Kitorang cek in kat Ping Anchorage kat K.T dan sampai2 tu memang la lapar. Kitorang gi makan kat Stesen bas K.T. Then terus jalan kaki sambil mencuci mata menghala ke Pasar Payang yg femos tu. Then kitorang survey la jugak lokasi Jeti Syahbandar sebab esok pagi2 dah nak amik Feri Sejahtera terus ke Pulau Redang.

Kitorang mkn mlm kat Dataran Syahbandar dan biler return balik ke HOtel malam tu memang dah letih dan terlena.


Ping Anchorage ni hotel dia murah jer, RM35 satu malam. Utk backpackers yang singgah sekejap2 kira ok la sbb memang dia sediakan basic needs utk bermalam. Katil queen, meja sisi, tempat sidai kain semayang and tht's it. lantai pun tak der alas. Tempat mandi kat luar, macam asrama lah pulak.


Nanti aku tambah gambar2 kat Redang dlm album lain pulak :)


sure fine whatever
rinn

Ada rasa nak cari buku baru? Jom!!

 

 

 

Tajuk: Seharum Cinta Lestary

Penulis: Ramlah Rashid

Penerbit Buku Prima

cetakan pertama 2009

untuk maklumat lanjut, sila ke website Ramlah Rashid dan http://gengkicap.blogspot.com

Tajuk: Episod Cinta Di Tanah Hijrah
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
isbn: 978-983-46-0254-3
sinopsis belakang buku:
Sewaktu tanah air dlm zaman penjajahan Jepun, Gaffar memilih utk menjadi seorg gerila. Sewaktu negara telah mencapai kemerdekaan. Gaffar menjadi seorg peneroka FELDA di Pahang dan berjaya mendidik dua org puterinya- Maisarah & Masitah - sehingga menjawat jawatan penting dlm pekerjaan masing2. Sewaktu Maisarah meningalkan kehidupan kota dan kembali utk menetapkan di FELDA dgn cita2nya menjadi seorg usahawan yg berjaya dlm bidang penternakan kambing dan sekaligus utk memajukan kehidupan masyarakat FELDA, Gafar tidak membantahnya. Sewaktu Gaffar mengetahui bahawa Masitah yg bertukas sbg seorg doktor bercinta dgn rakan setugasnya, seorg pemuda Cina, Gaffar juga tidak membantahnya. Akan tetapi apabila Gafar mengetahui dan melihat seorg pemuda Jepun dtg ke rumahnya utk mencari Maisarah, Gaffar menunjukkan sikap dinginnya.
Mungkinkah Gaffar bersifat pilih kasih dlm menyayangi kedua-dua org puterinya itu atau ingatan dan kenangannya pd suatu zaman yg menderitakan hidupnya menjadikan dia bersikap dingin terhadap pemuda negara Matahari Terbit itu? Konflik inilah antaranya yg menjadi jalinan cerita dlm novel Episod Cinta di Tanah Hijrah.


"Antara aku, kau dan dia; tetap ada cinta, rindu, dendam dan prasangka yang tidak bernoktah..."
Tajuk: Ketika Tulip Berbunga
Penulis: Fara Darlish
Penerbit: NHF Media
isbn: 978-983-3156-35-1
Harga: RM18.90
Sabah/Sarawak: RM21.90
Intan dan Razif kedua-duanya terpisah dlm kerinduan. Mereka rindu utk meluahkan segala apa yg tersirat di jiwa. Semua itu sudah berlalu dan tidak akan kembali lagi. Saat diperlukan, Razif singgah hanya seketika. Razif milik isterinya, Rahayu. Intan amat mengharapkan Razif tetapi Razif tetap tiada. Ketika bersama, Intan terasa amat disayangi. Terasa diri ada lelaki yg mengambil berat tentangnya. Kini dia terpaksa menempuh hari-hari mendatang keseorgan. Jiwanya damai saat dpt berbicara ddgn Razif. Tetapi ketika di rumah, hati Intan akan gelisah, takut cemas apabila berhadapan dgn Zahir, suaminya. Hatina sebal dan benci.
Rasa kasih terhadap Razif kian menebal. Hanya Razif yg memahami dan simpati terhadapnya. Dia tidak ingin kehilangan Razif! Tapi relakah dia kehilangan Zahir? Sanggupkah dia mengkhianati isteri Razif? Ikhlaskah Razif? Atau benarkah ini cinta?
-------



-----
Tajuk: Lara
Penulis:Nas Amin
Penerbit: Creative Enterprise SDn. Bhd
isbn: 978-983-893-922-5
Harga: RM16.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
"Kehancuran hidup ini bukan bermakna berakhirnya satu pencarian."
Sinopsis belakang buku: Tiada siapa yg tahu duka apakah yg tersimpan di sebalik keauan dan kemanisan wajah itu. Tiada siapa pun yg mengerti utk apa dia terus memendam derita itu. Tiada siapa pun dpt menduga betapa beratnya beban yg terpaksa ditanggung oleh jiwanya saat itu. Namun itulah hakikat yg terpaksa didakapnya selepas semuanya diragut oleh insan yg amat disanjungnya selama ini.
Arini amat mencintai Hilmi. Razlan pula sanggup menunggu walau seribu tahun utk mendapatkan secebis kasih daripada Arini... Di manakah titik noktah kasih mereka?
-------


Tajuk: Menjejak Memori
Penulis: Zahida Zarkasi
Penerbit: KarnaDya Solutions
isbn: 978-9867-536-702-1
Harga:RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
"Andai masa dapat diundur, pasti janji tidak akan dimungkiri..."
Sinopsis belakang Buku:
Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorg bomoh masih terlekat di ingatannya... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas 12 tahun.
Sekembali dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorg yg mempunyai kuasa sakti dan hidup dlm kemewahan. Satu ramalan yg sukar utk dipercayai. tetapi tetap ditunggu. Rifqi berharap penantiannya selama 12 tahun akan berakhir. Dia berharap sangat dpt bertemu semula dgn kanak2 yg hilang itu, yg pernah menjadi kwn baiknya.
Di Kolej Indera Jaya, persoalan yg bermain di mindanya kian terungkai. Pencarian hampir menemui titik tamat. Namun di saat rahsia hampir terbongkar, Rifqi terpaksa mengambil keputusan utk menghentikan penyiasatan.
Jika tidak, perhubungannya dgn gadis itu pasti akan terancam. Gadis itu pasti tidak akan memaafkannya andai rahsia itu terbongkar. Rahsia tentang siapa dirinya yg sebenar...









TAjuk: Layar Impian
Penulis:Rizan Hijazi
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd
Harga: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM21.90
isbn:978-983-893-921-8
"Aku pasti bernafas, walaupun dalam sejuta kepayahan"
sinopsis belakang buku: Bersama sebuah impian yg belum lagi mampu dilakarkan, dia hanya memendam rasa, menahan kecewa, meredah lautan yg penuh gelora. Itu bukan kehendaknya. Ditinggalkan oleh ayah tercinta, sepi tanpa cinta yg menyulam rasa dan karam dlm lautan yg ketandusan kasih sayang setelah ibunya pergi bersama sebuah penderitaan yg disimpan terlalu dalam.
Dia terus melangkah walaupun agak payah dan kakinya kadang-kadang tersadung dgn akar2 yg mula menyelirat tubuhnya, berulangkali dia jatuh dlm lumpur yg penuh gelodak. Namun tidak sedikitpun langkahnya berkalih songsang. Baginya, jalan di hadapan masih terbentang. Perlu diterokanya dgn penuh kesungguhan, demi menggapai sebuah impian.
---------------

Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...
Ceritera I PELANGI – SYUD
Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi...Tapi,Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?
* * * *
Ceritera II KED’S STORY – HLOVATE
Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawala lady... a romeo... a skater...Florida-Virginia ... Malaysia-USA
Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
kalau nak diikutkan logik....cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...masuk akal ke?
* * * *
Ceritera III RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA
Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?
“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”
Gadis yang aku suka?
Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?
-------------------------
ISBN: 978-967-5118-24-1
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM20.00
Dapatkan Pelangi di Pesta Buku Selangor mulai 24 Julai 2009 dan EFEST UIA mulai 23 Julai 2009.
utk informasi layari:
dan
 
-----

Tajuk: Dan Rindu Pun Bertamu
Penulis : Wijdan Syauqina
Penerbit: Fajar Pakeer
Tahun 2009
"Saat cinta berbunga, hanya hati mampu bicara"

Perpisahan diukur hanya dengan jarak dan masa. Namun cinta, ia akan abadi walau berkurun-kurun lamanya. Umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Cinta Hendra dan Noraini berkecai gara-gara sikap mertua. Vila Nasution menjadi saksi leburnya impian mereka.

Muhammad Harris dan Nurul Azreen membesar dalam dua buah suasana yang berbeza. Seorang di Indonesia dan seorang lagi di Malaysia. Dek kerana cinta mereka tidak pernah lupa kasih sayang sesama saudara.

Suatu ketika, pesona gadis Melayu yang dimiliki oleh Nurul Azreen membuatkan cintanya diintai dalam rahsia. Seorang jejaka bernama Farid Zulkarnain dan Ervin, sahabat abangnya. Adakah lelaki Melayu sama punya pesona di hati Nurul Azreen? Atau bicara santun jejaka Jakarta yang mempesona hati si dara?
---------------------------------------
Tajuk: Iris Cinta
Penulis: Teja Irzara
Penerbit: Fajar Pakeer
Tahun 2009
"Sesukar mana hatiku hendak bersatu, begitulah payahnya ia hendak berpisah"

Suatu ketika, dia pernah mempersendakan cinta tapi juga pernah dia dipermainkan oleh cinta. Suatu ketika, dia pernah sungguh mencintai tapi juga dia pernah terhampa dek kerana cinta. Suatu ketika, dia pernah cuba mencinta tapi juga dia pernah terkecewa dengan cinta.

Kini, dia sungguh-sungguh mencintai satu manusia. Dia benar-benar percaya pada cintanya. Dia betul-betul berharap dihargai oleh cinta tapi dia hatinya hampir 'mati' kerana terlalu sakit dengan cinta yang satu itu.

Dapatkah dia pada cinta yang bahagia seperti impiannya? Setelah dia tinggalkan cinta lama untuk manusia yang berani mengaku hanya cinta pada dia. Bila manusia itu berani cuba mewujudkan curam curang di antara dua hati mereka yang baru saja hendak bersatu.

Dewi, sesungguhnya hanya engkau yang beria mencinta tapi di mana dewa yang layak mendapat cinta sejati itu? Belum jumpa? Atau tidak akan pernah ada?









Tajuk: Bila Ada Rindu
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-437-1
"Rindu itu satu pertemuan tatkala sendirian"

Sinopsis:
HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.

Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.

Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.

Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?
-------
Tajuk: Cinta Untuk Elyana
Harga: RM19.90
Penulis: Misya Darlina
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-439-5
"Kau hadir di sudut hatiku yang paling sepi"

Sinopsis: HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya. Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri. Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya. Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.
Elyana keliru membuat keputusan. Apa kata Nur Amira yang tidak tahu mengenai lamaran itu? Dapatkah dia menerima Tan Sri Khalid sebagai bapa tirinya sedangkan hidup bersama Murad dahulu, hidupnya turut tidak aman?
--------------------------------
Tajuk: Ucapkan Kau Rindu
Penulis: Murni Aqila
Halaman: 512
Harga: RM19.90
SBN: 978-983-124-444-9
"Akan kutunggu suaramu melafazkan itu untuk meredakan resah hati ini"
Sinopsis: HATI Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama. Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri. Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?
----
 
 
 

Wednesday, July 1, 2009

Tagged by Bikash Nur Idris

1. Nama panggilan saya: Rinn, kakna
2. Saya sedang mendengar: bunyi kipas berputar full blast.
3. Kekasih saya sekarang: PKPA ;)
4. Mungkin saya patut: tidur sebab dah tengah malam. esok exam!
5. Saya suka: balik kampung, jalan2...
6. Sahabat-sahabat baik saya: yang ambil berat tentang diri saya :)
7. Saya tak faham: bahasa zimbabwe, err ada ker bahasa zimbabwe? *garu pala*
8. Kerjaya saya sekarang: Pembantu Pentadbiran dan tukang mancuh ayaq.
9. Saya baru kehilangan: teman2 serumah :(
10. Ramai yang berkata saya: tak banyak cakap
11. Makna nama saya: serene, tenang?
12. Di suatu tempat, seseorang sedang: tidur nyenyak.
13. Bila saya terjaga dari tidur: saya buka mata.
14. Saya paling meluat bila: tak boleh balik keja awal.
15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah: nyanyau
16. Aktiviti/program hari ini: Exam sampai tengah hari, basuh baju, cuci lantai, kemas bilik, surf net, gi rumah kawan makan bubur kacang, buang sampah, surf net semua sebelum tido.
17. Malam ini saya akan: tido.
18. Esok saya akan: Exam lagi.
19. Sebelum tidur saya akan: baring-baring.
20. Perancangan hujung minggu: majlis tahlil & swimming
21. Saya sedang menanti: mak dan adik2 datang dari kampung!
22. Saya rasa kesal bila: Saya terkasar bahasa.
23. Saya sangat berharap bila: nak boleh terlelap ni
24. Saya rasa saya seorang yang: suka memerhati.
25. Telefon bimbit saya: sedang dicaj.
26. Saya sedang merindui: family.
27. Umur saya sekarang: setahun jagung.. hehe.
28. Pengalaman pahit untuk minggu ini: kena marah pasai parking keta.
29. Pengalaman manis untuk minggu ini: half day 3 hari sebab exam. yahuuu..
30. Kali terakhir tengok wayang: Dua minggu yg lalu: Monster vs Aliens.
31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak: ntah, kalau ada bahan nak post saya update la. kadng2 kerap, kadang2 tak langsung.
32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak: RM55.00
33. Kali terakhir menonton televisyen: tadi petang. tengok Yuna dlm melodi.
34. Channel TV kesukaan saya: tak brapa suka tengok tv. no favourites.
35. Orang yang anda rasa nak tag: sueailee :)

Novel-novel baru dan bakal terbit tak lama lagi

banyak nyer.. saya up kan gambar2 cover nya aja lah ye?

:)

 

 

Sambutan Ulangtahun PERTAMA GengKicap




Tahniah buat gengkicap yg telah menginjak ke usia satu tahun... gigi dah tumbuh belum? dah merangkak? berjalan? berlari? hehe.. Takpa.. baby lagi... pelan-pelan. hehe.. Selain dari geng2 ulat buku, novelis Noorsuraya, RAmlah RAshid, Iejay, Areila, dan penulis enovel popular, cik cucuratap pun datang. nak tau naper cik cucuratap tu popular tahap tak hengat? lawatilah blog dia... http://cucuratap.blogspot.com
hehe promosi pulak. ni ada sikit gambar2 sekitar sambutan majlis tersebut.


Selain dari itu kami turut meraikan besday kak ita.tulip, kak wan amalyn dan juga Iejay :) happy besday y'all!


sure fine whateverr
rinn