http://myaisyasofea.blogspot.com/
Blog Penulis Aisya Sofea
Friday, October 12, 2007
Thursday, October 11, 2007
Kuseru Kasihmu
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Izzul Izzati |
Terbitan Kaki Novel
"Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan... kaulah kekasih hingga ke akhirnya."
pastinya peminat2 izzul izzati tertunggu-tunggu buah tangan baru dari penulis ini. Tajuk buku ni memang menarik. dari segi penyampaian, saya rasa buku ini tidak dapat lari dari kebiasaan novel2 melayu, begitu juga dari segi genre cerita tetapi endingnya bagi saya agak tidak disangka :) and i like ending tu :)
mengisahkan Afrina yg sudah lama menaruh hati kepada Hakimi. SEgala permintaan hakimi tidak dapat ditolaknya, kerana hakimi selalu mintak tolong sbg sahabat kat AFrina ni. Hakimi menyerahkan hatinya kepada Natasha sedangkan semua orang tahu girlfriend dia adalah Haliza. Natasha pulak memang bercinta sembunyi2 dengan Hakimi dan semua orang tahu dia adalah kekasih Azlan. Afrina dijadikan medium oleh Hakimi utk menyampaikan cerita sebenar kpd Haliza dan Azlan. Dia seolah2 sengaja meletakkan AFrina di tengah2 dilema. Hakimi ni jenis suka nyusahkan orang la. dia yang buat pasal suruh orang lain pulak settle. hampeh.
Afrina seolah olah diberi peluang bersama Hakimi apabila dia dan Hakimi terpaksa dinikahkan utk menjaga maruah AFrina. Rasanya lagi malang Afrina bersama Hakimi, bukan rahmat. Hakimi sentiasa berdalih dan makin nekad utk mengahwini Natasha tanpa mempedulikan Haliza dan Azlan yg merupakan sahabat2nya, malah hati Afrina tidak pernah diambil tahu. Afrina makan hati sendiri tambah2 apabila Haliza salah faham kedudukan dirinya dalam hidup Hakimi. Hakimi sentiasa lepas tangan.
Afrina tetap cuba menyeru kasih Hakimi, tapi disedarinya dari satu sudut ada seseorg yang lebih hensem dan berkerjaya yang sedang menyeru kasih Afrina malah bersedia bila2 masa utk memiliki Afrina bila Hakimi melepaskannya kelak.
Hati Hakimi terpaut jua akhirnya kat Afrina tetapi Afrina ni bukan macam hakimi yang tak mempedulikan hati orang lain. Giliran Afrina pulak utk jual mahal. Senang2 jer Hakimi tu nak madukan Natasha dgn Afrina. swinging bowl punya mamat.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Dari mana datangnya kasih? Dari mata turun ke hati. Dalam diam cinta itu hadir. Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya. Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorg drpd mereka.
Namun sejauh mana kasih yang bersemi dapat dihindari, biarpun dia cuba untuk menjauhi. Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata. Dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar utk ditafsirkan. Tetapi apa yg pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan & disimpan kemas drpd pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga & sahabat baik sendiri. Hati siapakah yang perlu diutamakan?
Hati siapa pula yang perlu dijaga? Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran AFrina, kasih Hakimi harus dimiliki dgn apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai "muka tembok" demi menyeru secebis kasih? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi? Sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.
Karya terbaru Penulis 'Best Seller' Bukan cinta biasa.
RM19.00
Wednesday, October 10, 2007
dan Mimpi Pun Bersatu
| Rating: | ★★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Izza Aripin |
terbitan Kaki Novel Enterprise
“Kucari… Cinta yang tak pernah melukai, Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati.”
Terima kasih kepada penulis ini kerana sudi melayari laman web saya yg berselerak ni, tak sempat nak kemas dan update. Buku saudari saya berjaya habiskan dalam masa satu malam! Wah tak sangka. Sengaja saya memilih ujung minggu so tht saya boleh guna semua tumpuan, tak sangka pulak boleh habiskan 590 muka surat sepantas itu. Kenapa? Bagi saya kisah ni adalah fresh dan ada kelainan. Kisah cinta berlatarkan kehidupan keturunan darah pahlawan, bangsawan dan raja di zaman modern. Adegan2 pergelutan diceritakan dengan baik dan mendebarkan. Sebelum ni saya amat suka gaya penceritaan Ramlee Awang Murshid dan Liza Zahira (Bahtera Kasih) tentang gerak2 menyerang. Buku ni saya letakkan dalam kategori ’expect the unexpected’ walaupun saya pasti ianya happy ending. Jarang sekali saya memilih membaca buku yg menyelitkan kisah konspirasi politik, nak menggulingkan kerajaan, latar belakang cerita ini menjadikan penceritaan menarik dan tak sabar2 nak habis kan. Tahniah kepada izza aripin.
Mengisahkan tentang cinta Anne dan Iskandar yg bertemu dan berpisah dan bertemu semula. Ada jodoh di antara mereka tetapi Anne tak tahu yang she’s a part of a very huge plan buat Putera Mahkota Dhiyapura. Kebenaran menjadikan Anne kecewa, fitnah telah melontarkan dia jauh dari Iskandar. Iskandar mengambil masa yg lama utk membina semula semangat diri. Ayrin yg cuba disembunyikan dari Iskandar seolah-olah dihanyutkan takdir ke arah Dhiyapura lalu meletakkan dirinya di tengah2 kancah pertelingkahan antara keturunan al-Muttaqi dan al-Mansur.
Sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Anne
Cinta pertama sewaktu zaman remaja yg terputus di pertengahan jalan bersambung semula selepas lapan tahun berlalu. Lantas dia mengharapkan peluang kedua itu berakhir dgn kegembiraan. Malangnya fitnah yg berakhir dgn tragedi meragut segala kebahagiaan yg diimpikan. Dia mangsa pergolakan politik dan perebutan takhta.
Tengku Iskandar
Kematian bonda & kekanda tercinta menjadikan dia pendendam. Misi mencari dalang yg ingin menghapuskan seluruh keturunannya menjadi agenda. Dlm kesungguhannya mencari pengkhianat, dia sendiri mengkhianati cintanya terhadap satu-satunya wanita yang telah memberikan inspirasi dan semangat utk terus mencari kedamaian.
Ayrin
Akibat trauma yg dihadapi oleh uminya, dia membesar tidak seperti gadis biasa. Sepanjang hidupnya dia tidak kenal sesiapa, tiada saudara mahupun rakan yg berkekalan. Dia seorg pengembara yg mengembara mencari erti kehidupan sehinggalah dia tiba di Millenium Perdana. Buat pertama kalinya, dia temui erti hidup dan bersedia untuk mempertahankannya meskipun mengkhianati uminya sendiri.
Zarul
Hidupnya lengkap dan bahagia. Kasihnya mekar di Millenium Perdana. Namun tanggungjawab kpd keluarga & negara memaksa dia mengorbankan segala-galanya. Dia terpaksa meninggalkan kehidupan yang dia kenal semata-mata mahu menjalankan tugasnya terhadap satu kehidupan yang begitu asing. Dlm kekeliruan, cinta yg sedang mekar rupa-rupanya tidak pernah jauh daripadanya.
Dari satu daerah bersejarah, lahir seorang sri kandi cinta yg mewarisi semangat juang keturunannya. Dari satu kerajaan lahir seorang putera yg mengharapkan kedamaian dan cinta sejati. Mereka dipertemukan di Bentara lantas memahat satu episod perjalanan yg penuh liku & ranjau. Sifat manusia yg rakus dgn keduniaan, yg tamak kuasa, yg dahagakan kemewahan melarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. Dan akhirnya mimpi pun bersatu.
RM21.00
590 muka surat.
Tinggallah Pujaan
| Rating: | ★★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Mimie Afinie |
Terbitan KarnaDya Solutions
”Takkan terganti segenap memori. Takkan terpadam seluruh kenangan.”
Saya masih lagi kagum dengan karya ”Masih Ada Rindu” tulisan penulis ini. Citer yg best. Tu antara sebab membuatkan saya tak sabar nak baca ”Tinggallah Pujaan...” Cover buku ni kurang menarik tapi nama di kulit buku ni mampu menarik minat peminat2 buku untuk mencapai buku ni tanpa berfikir dua kali. Buku ni saya baca masa saya dihujani beban tugas yang agak luar biasa. Peh tu saya kena selsema, batuk, demam. Hari jumaat yang lalu baru sempat saya habiskan. Masa mula2 capai buku ni saya just flip randomly to one page (lebih kurang ketebalan 1cm towards the end). Dgn taktau ujung pangkal i just read wht i see and rasa sedih sungguh yg penyampaian ceritanya. Nangis wo. Ingat ker bila baca sampai habis dah tak sedih, tapi rupanya lagi berganda sedih dan sendu nya tu. Saya memang suka buku yang mampu buat saya menangis. Buku ni byk jugak scene romantis antara Norman dan Nurain.
Citer ni tentang Nurain yg di zaman kanak2nya tersangatlah nakal. Dia kamcing dengan Norman dan Haikal. Permergian Baizura, adiknya dan Norman yg berpindah menjadikan Nurain kecewa. Dia dan Haikal membesar bersama sebagai sahaja dan akhirnya mengaku saling jatuh cinta. Kemunculan semula Norman yg hampir dilupakan oleh Nurain menjadikan Nurain lebih ceria. Perubahan drastik sikap Haikal melukakan hati Nurain dan nekad menerima Norman yang meluahkan perasaan kpdnya. Nurain mula jatuh cinta dengan suaminya, kelahiran Muiz yg disangka menjadi pengikat kasih sayang rupa2nya menambah kecewa di hati Nurain kerana sikap ibunya yang enggan menyerahkan Muiz. Kehadiran Zureen yg mahu memancing Norman serta kerenah kakak kandung Nurain yg syok giler kat Norman menjadikan Nurain makin tertekan dan cemburu. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain mengeratkan hubungan Nurain/Norman tapi Norman kecewa setelah mengetahui yang rupa2nya Haikal yg dianggap sbg adik rupa2nya pernah bercinta dgn Nurain. Dia diterpa rasa bersalah kerana memutuskan hubungan cinta antara sepasang kekasih. Pujaan manakah yg ditinggalkan?
Sure fine whatever
Rinn
Ringkasan belakang buku:
Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.
NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.
Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.
Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yg tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.
Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...
”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.
RM19.90
560 muka surat
Keranamu Ain
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Noor Suraya |
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
“Kita telah terlalu lama membuat masa dan merana”
Lepas gigih mengcollect buku Bikash, now i have another mission, nak collect buku2 noor suraya pulak buku yg baru saya dapat ni bertajuk ’Keranamu Ain...” Beli masa merayau2 kat MPH Alamanda beberapa hari sebelum puasa. Buku ni keluaran tahun 2001 and in 2001 tu saja dah dua kali buku ni diulang cetak. Seperti dalam ’rindunya kian membara’, dlm buku ni juga ada dua calon yg berkemungkinan end up with the heroin. And tak kira dgn sapa Ain end up, pembaca pasti berpuas hati. Saya memang seronok sangat bila Ain tak pilih Haris! Tak kira la insaf macam mana pun dia tu, dia tak deserve to be with someone yg macam Ain. Saya agak terganggu dengan cara penceritaan yg kadang2 membahasakan Ain sebagai ‘aku’ dan kadang2 macam diceritakan oleh pihak ketiga. Walau bagaimanapun citer memang menarik minat saya utk terus membaca walaupun esoknya nak kena bangun sahur.
Citer ni mengisahkan tentang Ain yg bekerja dgn Haris yg mempunyai prasangka buruk terhadap wanita setelah ditinggalkan kekasih hatinya. Setelah bertahun-tahun bekerja dgn Ain barulah dia mula memerhatikan Ain dari kacamata yg berbeza, tapi pada masa itu Ain sudah mula rapat dengan kawan lamanya, Adam. Ain dan Adam saling memendam perasaan. Ain kecewa kerana Adam meluahkan perasaannya setelah sahabat baiknya, Maisarah mengakui amat menyintai Adam. Ain takkan sekali-kali melukakan hati Maisarah, lalu membawa diri ke Brunei. Haris menjejaki Ain ke Brunei tetapi Ain masih lagi tak dapat menerima Haris kerana ingatannya terhadap Adam terlalu kuat. Adam pulak frust menonggeng sorang2 sebab salah faham dan membuat kesimpulan yg salah.
Ada jugak kelibat Dr Khalida dan Dr Zainnur dalam citer ni.
Sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang2 terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insam dalam dunia dgn gayanya yg tulen. Anggun dalam darjahnya yg tersendiri. Indah dalam peribadinya yg sempurna.
RM16.90
273 mukasurat
Tagged
Tagged!
Musim tag tag kembali! haha dulu rasanya penah kena tag dgn lynn dayana tapi tak sempat nak buat apa2 sebab masa tu baru lagi dengan blog dan website aku masa tu ada problem sikit nak access dari ofis, lama2 tu lupa terus. masa tengok beberapa web penulis minggu ni aku tengok semuanya membalas tag, tengok2 nama aku muncul tagged di blog lily suriani
Memandangkan aku antara yang lambat reply tag, dan banyak yang aku dah baca so banyak la jugak yg aku nak post orang lain dah tulih, nanti nampak macam sama lah pulak tapi the kebetulan2 tu made me smile, i'm not alone in this world, ramai share benda2 yang aku rasa macam aku sorang jer rasa macam tu :) so aku ambil masa jugak muhasabah diri utk mencari 8 perkara-perkara lain tentang diri aku. Kalau tersama tu, nak wat camner ;)
8 perkara tentang diri saya:
1. mudah tersenyum, mudah mesra bila dah kenal.
2. suka balik kampung, tak suka drive.
tak penah nyer aku drive balik kampung. keta aku tu sekali jer aku drive jauh, kulim-putrajaya. lepas tu kena buat major servis abih longgaq keta tu, sian dia. kalau nak gi KL pun aku lagi rela parking kat ERL station, lepas tu amik tren gi KL. lebih rilek tak yah pening2 nak tekan klutch nak tukar gear nak tengok kiri kanan, kalau naik bas yg journey jauh tu aku bantai tido jer, sedar2 dah nak sampai.. lagipun masa naik transport macam ni la aku suka menggunakan kamera utk merakam pemandangan2.
3. suka basuh kain bila terjaga malam-malam atau pagi-pagi buta. (basuh manual ni tak guna washing machine)
4. geli tengok ulat nyut nyut
5. Tak suka gincu/bedak/mekap
Susah nak tengok secalit bedak pun hinggap kat muka aku ni. Memang tak suka. Penah dulu try la sapu bedak kat muka, peh tu ramai lak la tegur muka nampak lain dan orang tertanya tanya kenapa. lepas pada tu aku langsung tak guna dah bedak. Kalau gincu pulak, memang la penah try. Bila dah calit tu, bibir aku rasa berat tak leh katup, airliur pun rasa tak tertelan sampai meneleh kuar.. hehe... eeeee.
6. suka beli socks warna warni.
7. Suka mengumpul
masa skolah2 dulu kumpul setem (peh! skema gaban!!) betul! suka sangat tengok setem macam2 corak tu. tambah2 masa zaman skolah rendah dulu skolah keb Permatang Pauh sebelah jer dgn pejabat pos. Diorang ada sediakan buku setem pelbagai nilai utk budak2 collect and bila dah penuh, bawa semula ke pejabat pos and then you will get a Buku BSN yg akan diisi dgn nilai setem yang dah terlekat dalam buku setem tu. Masa kecik2 dulu macam tu la cara aku mula simpan duit. Mak tekejut bila tengok tetiba jer aku wak balik buku bank yang berisi RM2.00. hehe masa tu skolah rendah, pendapatan famili aku kecik jer masa tu.
then aku masuk UiTM. kerap gak aku call mak kat kg, aku tak guna phone syiling sbb dia punya queue perghhhhhhh berlipat lipat. so masa tu la aku menjinak-jinakkan diri beli kad telefon. kad yg masa zaman mula2 keluar dulu aku adala simpan 3 keping. masa tu tak berapa reti. peh tu kerap la jugak aku beli and kad2 tu aku tak buang sbb gambar2 dia
lain-lain benda yang aku kumpul, keratan akhbar dan majalah berkaitan drama siri x-files, cd/dvd/vcd drama siri xfiles, keychain and baru2 ni aku dah mula collect pelapik cawan hotel/restoren (bagi sapa2 yg rasa benda2 tak bernilai boleh pass to me utk simpanan hehe). tapi tak banyak lagi la. and oso collect sikit2 buku cerita, minat yang mula menyerang aku sejak akhir tahun 2006. (thanks kaksu and yam).
8. Suka bawa kamera ke mana-mana.
benda ni aku tak buleh tinggal, tak tau la kenapa. kadang2 tu tak der la guna sangat tapi tiap kali nak ke mana-mana aku mesti pastikan ada kamera dalam beg.
sure fine whatever
Rinn
Tagging rules
1. Each blogger must post these rules.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged and to read your blog.
and; 8 Persons to get tagged
1. aaliyah - rakan multiply
2. maxx - jiwangan yang aktif blog nya :)
http://olskoolrockbebeh.blogspot.com/
3. has - rakan multiply
4. Yumm - orang yg selalu ada dekat dgn aku.
5. JQ - we shared lots of starwars moments. Sketches dia best!
6. Suh - rakan jiwang yg tak abis2 jiwangnya ;)
http://tobymiaw.blogspot.com/
7. eriarose - rakan multiply
8. sweetmm - yang sedang dilanda jiwang ;)
http://sweetmmsjourney.blogspot.com/
yaaaaaaaaaaaaa merdekaaaaaaaaaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)