Friday, May 29, 2009

Pelamin...

Haaa... ni lah sebabnya aku ngan adik2 tido lambat. Bertungkus lumus jugak la kitorang menggembeling idea utk menghasil kerusi pengantin tu yg asalnya merupakan kerusi kusyen kayu yg memang dah lama tercongok kat tengah rumah. :) Bila dah siap aku nampak macam katil kontot lah pulak. haha.. tak per... janji ada tempat pengantin nak bersanding dan amik gambar. :) Keletihan yg menggembirakan... err pelamin ni utk adik lelaki aku dan satu2nya menantu perempuan dalam famili kami :) Selamat pengantin baru Abgju & Hariah

 

sure fine whatever

rinn

Thursday, May 28, 2009

Kompilasi Dengan Nama Cinta & Nur Kasih

cover baru


Akhirnya Dengan Nama Cinta dan Nur Kasih by Bikash Nur Idris bakal diterbitkan semula oleh Fajar Pakeer dalam bentuk kompilasi :)





seronoknya!! sebab saya belum ada Nur Kasih dari penulis ni. Saya memang kumpul novel2nya. cuma nur kasih dan princess yang saya belum nampak, so ini adalah berita gembira buat saya. tak kisah la ada 2 copies of DNC :) saya suka jer hehe.



utk maklumat lanjut boleh terus ke website Fajar pakeer dan bikash nur idris.


Dengan Nama Cinta ~ Ada waktu, setia saja tidak cukup tanpa percaya. Dan, percaya itu telah lama hilang daripada hati Sirna. Namun, bijaknya seorang Hasif, percaya kepada cinta dan lelaki itu sendiri, mahu menerpa. Haruskah peluang itu diberi?Ada waktu pula, hati tidak pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Begitulah hati Aiza apabila cinta lalu menyapa, Izam kembali semula meminta ruang yang sedia untuknya. Bolehkah ruang itu diberi?Dan, waktu lain pula, cinta tidak hanya boleh berdiam. Harus ada lafaz, harus ada ucap. Itulah mahu Haryani, daripada abang angkatnya sendiri. Dia sudah lelah melafaz, dia sudah penat mengucap. Kini, giliran Fitri. Mampukah lafaz dan ucap itu diberi?
 
 
Nur Kasih ~ Kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam. Kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab untuk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul.Benarkah begitu?




cover lama

Wednesday, May 27, 2009

Untukmu Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Arn Faisal
Kasih Untukmu by Arn Faisal
Terbitan NHF Media
Cetakan pertama September 2005


Interesting jugak sbb Adam & Rina berkahwin atas kehendak ibu bapa. Kisah ini bermula 2 tahun kemudian, masa tu barulah Adam berani menuntutnya haknya sebagai suami walaupun secara paksa, namun pada masa yg sama dia jatuh cinta pada Hanisah, sehingga mengabaikan Rina yg sedang mengandung, sehinggalah dia melahirkan, Adam lebih mementing cintanya pada Hanisah.


Awal2 lagi aku dah rimas dgn watak Adam. Dia sentiasa merasakan dirinya mangsa keadaan. Dia terang2an bercinta dengan Hanisah malah diperkenalkan pada rina. Hanisah perempuan yg baik tetapi demi cinta dia meneruskan perhubungan dengan Adam dan berharap akan bermadu dengan Rina.


Adam tak dapat menerima hakikat ada lelaki lain yg menyintai Rina dan meluahkan perasaan cinta pada Rina setelah anak kedua mereka lahir. Dia merasakan dirinya mangsa keadaan dan menuduh Rina membalas cinta lelaki itu. Yg Rina tu pun seperti sengaja yang menyulitkan keadaan apabila Rosman ajak berkelah dengan anak Rina, Danish. Semuanya membuatkan aku rasa rimas, geram.. eeeee... geraammm tolonggg.. Bayangkan Rosman penah curi2 memeluk Rina masa kat dapur, n then biler Rosman ajak Rina dan anaknya berkelah, dia siap setuju utk consider dan minta izin suaminya, Adam. Tak ker tu sengaja nak mengundang bahana dlm perkahwinannya. Dah la Adam tu baran. Asyik nak penampar jer.


Adam sanggup meninggalkan Rina semata2 utk menenangkan Hanisah di Raub sana yg baru kehilangan anak saudara. Rina pulak, wataknya seorang wanita dan isteri yg baik tapi tindakannya melayan jer rosman tu seperti sengaja tak mau konflik dlm hidupnya berakhir.


Masa dgn Rina boleh tersasul sebut nama Nisa dan masa berckp ngan Nisa pun dia tersasul sebut nama Rina. Dah tu siap minta Nisa percaya seratus peratus kat dia... aaa lagi la aku geram.. nasib baik buku ni tebal dan buku pinjam. kalau tak, dah lama aku perah perah.


Adam ni baran dia dahsyat betul. Dia kuar dan bercinta cintun dgn Hanisah, tak per, dia tak pernah amik tau hati dan perasaan Rina. Tapi biler dia syak jer rina ngan orang lain, dia terus bagi penampar, n biler tau org tu rupanya abg kandung Rina, baru nak cakap lembut, peh tu tak mintak maaf plak tu.. eee geram lagggggiiiiiiiiiiiii


tak kira betapa kejamnya Adam pada Rina, Rina ni macam tak serik2. Dia mudah memaafkan dan berbaik dgn Adam. Adam kelihatan lebih favour kekasihnya Hanisah berbanding Rina.


kesimpulannya hati aku sakit baca buku nih.. tapi... buku setebal 617 muka surat ni sekejap jer dah abis baca... haha. Tu la biler baca buku yg menggeramkan , memang tak sempat nak panggung kepala tengok kiri kanan.


sure fine whateverr
rinn

-

sinopsis belakang buku:


Keakraban mereka terjalin sejak zaman anak2 hingga membawa ke remaja dewasa. Dripada menghormati sbg sahabat hinga mencipta pengertian alam mesra. Demikian takdir mencipta jalinan hidup adam dan rina. Atas keinginan mengukuhkan ikatan persahabatan, kedua-dua keluarga bersetujumenyatukan Adam dan Rina dgn pernikahan. Segalanya berubah. Semuannya mendinginkan.


Di mata Adam, Rina bagai musuh dlm hidupnya, meskipun kehadiran cahaya mata menyerikan perkahwinannya. Hanisah dan Dayang hadir dlm hidup Adam sehingga Dayang terketepi bilaAdam menenangkan Hanisah yg dicintainya.


Bagimanakah harus Rina memberi cinta pada suami yg peperti itu. Namun, sentiasa dinginkah hati jika panasnya berrlimpahan cahaya cinta. Rina menatang Adam bak putera dlm kelopak hatinya. Menggunung kasihya pada suami sekalipun berdirinya bagai terpinggir di mata Adam.


Sampai bila harus mereka memendam cinta? Ingin diluah mulut tak terkata, ingin disimpan hati tak tertangung rasa...


RM21.90
isbn: 983-3156-07X
617 mukasurat

Tuesday, May 26, 2009

Disember Cinta Kita

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Wannie Nordin
Disember Cinta Kita by Wannie Nordin
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan PErtama TAhun 2009


“Seberapa lama Disember… kau tetap kusayangi”


Ni lah bku paling tebal yg aku beli masa pesta buku antarabangsa 2009 yang lalu. Aku ni memang jenis yang jarang2 beli buku tebal. Aku lebih sukakan buku yg nipis dan best  susah nak cari gak tu.


Saya rasa WAnnie Nordin, sebagai penulis baru, sangat berani tampil dgn novel yg tebal dan melakarkan ending seperti dalam novel ini. Bagi pembaca tipikal seperti saya, agak kurang senang menerima kisah yg ending sebegini sbb suka happy ending… hehhe… Melainkan kalau those yang suka 2nd hero yg romantis mungkin menganggap ni happy ending.


Wannie Nordin melakarkan kisah ini dlm suasana muda mudi dan disampaikan dgn cara santai dan humourous. Tidak sukar utk menyenangi watak pemudi ceria seperti Wan Amilia dalam citer ini. WAtaknya yg ceria dan gila-gila memang menepati kebanyakan character muda-mudi campus sekarang ini.


Perwatakan Amy ni agak berlawanan dgn watak lelaki utama dlm citer ni iaitu Engku Fareez. Apabila bertemu dan bercinta, mereka menjadi pasangan serasi yang saling melengkapi. Namun berita mengenai status kesihatan Engku Fareez membuatkan Amy kecewa namun dia meneruskan menyemai kasih bersama jejaka pujaannya walaupun tempoh mereka bersama tidak lama. Haikal hadir menggugat kedudukan Engku Fareez di hati Amy. Amy seperti tercuit juga dgn kehadiran Haikal yg sentiasa mempunyai minat yg sama seperti Engku Fareez.


Saya agak kurang selesa dgn cara Engku Fareez melepaskan Amy kpada Haikal tanpa betul2 mendapatkan kepastian Amy. Lagipun Amy tu berdiam diri saja. Seperti dia sengaja melayan Engku Fareez menghabiskan sisa2 hidupnya sbb kesian. Amy seperti tidak terasa hati dgn keputusan Engku Fareez dan seperti pasrah menerima, walaupun tak der disebut dengan pasti. Tema berat dlm novel ini terasa ringan pulak.


Walaupun watak Haikal spt dimunculkan dalam keadaan romantic dan menarik tetapi caranya tu seolah2 mahu merampas Amy dari sahbat baiknya Engku Fariz. Rasa macam tak gentleman pulak merampas kekasih sahabat baik sendiri walaupun kita semua tau Engku Fareez bakal menghembuskan nafasnya yg terakhir sampai saya rasa watak Haikal tu adalah watak antagonis…


Penyampaian kisah ini dalam suasana riang ria menunjukkan penulisnya yg happy spirit 
Semoga lebih giat menghasilkan novel2 yg akan datang.
Nanti nak ler cari novel yg first dgn creative tu .


Sure fine whatever
rinn




Sinopsis belakang buku


Tajuk : Disember Cinta Kita
Pengarang : Wannie Nordin
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-36-2
Mukasurat :
Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia mempertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak putus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?

Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!

RM27.90


Sunday, May 24, 2009

Novel Terbaru KarnaDya & Alaf 21

1. Yang Jauh by Wirmaya

TErbitan karnadya solutions

Tahun 2009

 

Yang dekat semakin menjauh, yang jauh semakin mendekati

 

Sinopsis:
Benarkah Arman seorang kasanova? Benarkah dia seorang playboy? Banyak gadis pernah hadir dalam diari kehidupannya. Siapakah sebenarnya Arman?

Qamil bukan seorang pelarian cinta. Dia pernah dikecewakan dalam gelanggang cinta. Apakah punca kekecewaan itu?

Qais dan Prisca. Adakah hubungan mereka sama seperti Qais dan Laila Majnun?

Ada luka dalam dada atuk dan nenek di kampung. Ada kesal dalam diri Datuk Afwan. Ada kesan dalam diri Anuar dan Arfah. Ada sekepal tanah untuk Arshad di hujung kampung. Apakah yang telah terjadi?

Mona dan Eliza tiba-tiba datang. Husna Maria tiba-tiba muncul. Siapa yang telah membawa mereka ke dalam keluarga Datuk Afwan?

Anita pernah dekat di hati seseorang. Namun setelah usia hampir berlabuh di ufuk senja, takdir mengubah segalanya. Datin Safiah akur dengan suratan azali.

Yang Jauh bakal menyingkap kesemua persoalan ini. Siapakah sebenarnya yang jauh? Pada waktu-waktu tertentu, seolah-olah yang dekat sedang menjauh. Ada ketikanya yang jauh pula seakan ingin mendekati. Ada pertemuan. Ada penemuan. Banyak kehilangan. Banyak kematian.

Yang jauh…

==========================

 

2. Cuma Dia by Norzailina Nordin

Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd

Tahun 2009

 

"andainya perpisahan ini tanda kesetiaan, kurela sendirian dalam kebersamaan"

 

SINOPSIS

Bertemu Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.

Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia.


Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.


Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah.

Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.


Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.

Saturday, May 23, 2009

Pesta Buku Singapura 2009

Start:     May 29, '09 11:00a
End:     Jun 7, '09 10:00p
World Bookfair 2009 in Singapore

Masa menjengah ke website karnadya tadi, saya terbaca tentang pesta bku Singapura ini yg akn diadakan dari 29 Mei 2009 hingga 7 Jun 2009 di SUNTEC. KarnaDya mengumumkan yg dua penulis otainya MIMIE AFINIE dan AINA EMIR akan berada di sana pada hari Sabtu, 30 Mei dari 4 hingga 6 petang. Kepada kengkawan kat Singapore sana, bleh la menjengah ke pesta buku singapore ni... saya gi pesta buku yg Read Malaysa tu saja lah :)


ni maklumat mengenai booth Karna Dya kat sana ya?
untuk maklumat lanjut, boleh ke website karnadya solutions :)


Singapore Book Fair 2009

Dimaklumkan bahawa Singapore Book Fair akan berlangsung di kota SINGAPURA mulai 29 Mei hingga 7 Jun 2009, dari jam 11 pagi hingga 10 malam, setiap hari. Penulis KarnaDya, Aina Emir dan Mimie Afinie akan berada di sana untuk bertemu pembaca-pembaca pada hari Sabtu, 30 Mei 2009 di Booth 4A21 (berdekatan dengan pentas) di SUNTEC dari jam 4 hingga 6 petang. Kami menjemput semua pembaca dan pencinta buku untuk beramai-ramai ke SUNTEC, untuk meraikan PESTA BUKU SINGAPURA! Jumpa di sana!


sure fine whatever
rinn

Majlis Kaki Novel




Majlis ni selamat dijalankan pada 23 Mei 2009. Aku pagi2 lagi dah kuar sbb nak ke puduraya, bli tiket balik kampung before cuti skolah ni. alhamdulillah dapat tiket pegi dan balik. tak yah la kalut2 dah lepas ni.


Dalam pukul 10.30 aku ngan kak Ju'a bersidai kat kedai buku :) ada ler kawan2 pesan buku utk dibeli. Kalu kedai buku besar tu senang la sikit nak cari buku pelbagai tajuk.


Kitorang menapak jer ke stesen LRT Masjid Jamek utk ke stesen LRT Wangsa maju :) sampai sana aku tmpang pulak mama erra :) thanks mama... akhirnya saya selamat sampai kat KN for the first time. :)


Majlisnya serba sederhana. Makannya sedap :) Majlis ni kami diperkenalkan dgn novel terbaru Puteri Andalas, Yang Tak Terluah. Peh ni boleh la baca :) di samping tu juga ada juga pengenalan kepada produk terbaru kaki novel iaitu majalah KAKI BOLA yg sudah 4 keluaran di pasaran :) peminat2 boleh mesti suka ni. ada foto dan laporan warna warni mengenai pesada bola sepak dunia. siap dpt poster pemain pemilihan yg bersaiz besar.


Antara penulis2 Kaki Novel yg hadir adalah Izzul Izzati, Izza Aripin dan Hani Ramsul. Penulis novel Lagu cinta pun ada dan penulis baru Nurul Azalila yg bakal muncul dgn novel pertamanya "Baju Pengantin Mak Andam" pun memunculkan diri buat kali pertama masa majlis ni :) Nantikan novelnya ujung tahun ni :)


Selain dari acara makan dan minum sampai kenyang, ada jugak acara kuiz dan cabutan bertuah.


Terima kaki novel atas jemputan ini :) semoga lebih aktif memeriahkan dunia penulisan negara. Kaki Buku akan menerbitkan bahan bacaan berbentuk panduan dan motivasi tak lama lagi. so nantikan keluaran2 yg pelbagai tak lama lagi ya dari Kaki Novel, Kaki Buku dan Kaki Bola. Macam2 kaki ada tu....


buat kengkawan yg hadir, ni saya up kan gambar2nya ya :) thanks for everything ;)


sure fine whatever
rinn

Yuna: EP

Saja jer. Excited pulak bila akhirnya dpt beli EP Yuna :) first batch EP yang dicetak 1000 unit akhir tahun lepas dah abis terjual dlm masa 2 bulan saja. Batch kedua pun dah sold out dan kini batch ketiga 1000 unit sudah mula dijual kepada those yang appreciate Yuna's music. boleh ke yunaroomrecords myspace utk dptkan cara2 nak memiliki EP ni.

 

Abeh aar pagi petang siang malam aku pasang EP ni :D

errrm by the way, EP tu maksudnya apa ya? haha..

 

sure fine whatever

Rinn

Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman

 

Tajuk: Dame Zoete Sarah

Penulis: Khairyn Othman

 

memang tertunggu-tunggu pun novel dari penulis ni selepas membaca karya pertamanya, Zahrah De Tigris :) nanti plan nak bli masa pesta buku Read Malaysia 2009 kat Mines.

 

DARI WEBSITE JEMARI SENI :)

ISBN: 978-967-5118-18-0

Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 29 Mei 2009) 

dame zoete Sarah ialah si manis Sarah  

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.  

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin. 

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?       

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek! 

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim 

* * * * 

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.

Friday, May 22, 2009

Ashraf Muslim & Sheila Rusly




Semalam masa jalan2 kat pasar malam aku tengok penggambaran utk rancangan Ketuk Ketuk Ramadhan dah bermula.. mungkin before this diorang dah shooting kat Pasar Tani lain kot. Celebrity yg menjadi tetamu untuk Rancangan ini msa shooting kat Pasar Tani Mega PUtrajaya adalah Ashraf Muslim :) halamak, rasa nak tengok DAri MAta Arisa lagi sekali lah :) hehe.


Aku ni pi mana pun usung kamera, so dapat la snap sikit gambar2 diorang :)



sure fine whatever
rinn

Thursday, May 21, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz KTD




Ha.. majlis ni diadakan pada 17 May yang lalu. Tak sangka betul aku terpilih sbg salah sorang pemenang :) Kali pertama berkenalan dgn kak liza zahira, akem, kak lady, abg long, kak zarina, suhaini :), pokcik dah banyak kali terserempak dah. Nanti biler kak liza zahira buat kuiz lagi, korang jgn lupa join, dia kata next kuiz utk novel kelima dia bakal menawarkan hadiah yg lebih lumayan lagi... huhu..


owh btw, KTD stands for "Kau Tetap Di Hati" Novel keempat Liza Zahira dan sekarang dia dalam proses menyiapkan karya kelimanya. Wah bila kuar karya kelima nanti, beliau akan ditabalkan sbg penulis prolifik alaf21 :) Good luck kak liza. Thanks for the cute little gathering. makan pun sodaaaaaaaaap. tambah2 pulak biler kak zarina bawak coklat nyumm nyummm...


ni antara gambar2 menarik semasa majlis tersebut :)

Monday, May 18, 2009

Teluki Itu Untuk Aku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazawati
Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009


"Pabila hadir rasa cinta, bawalah ia ke 'firdaus'nya" - Nazawati


SEbenarnya masa baca buku ni aku dok terbayang2 muka DD yg berseri2 citer betapa bestnya citer nih :)


Lepas baca baru lah aku tau yg citer ni rupanya citer kahwin paksa. Patut ar ramai suka bebenor ngan citer ni :).


Saya teringat Nazawati menggunakan cara yg sama dgn buku 'kembalikanlah kasihku' utk scene macam mana Seri Kurnia dapat tahu mengenai perasaan sebenar suaminya terhadap dirinya. dalam KK Rina dpt tahu hubungan sebenar Hani Mastura & Amirul Taufiq melalui catatan jugak. Tu cara terbaik utk mengetahui segala galanya tanpa ada yg tertinggal. "Kembalikanlah kasihku" lagi sedih berbanding citer ni.


Kisahnya tentang 3 sahabat, Seri Kurnia, Firdaus dan Ajmal yg terpisah setelah satu peristiwa aib berlaku dlm keluarga mereka. Seri pergi membawa diri melanjutkan pelajaran bersama penghinaan yg dilemparkan Firdaus tanpa usul periksa. Seri pergi dgn perasaan benci, namun dia sering berhubungan dgn Ajmal, bertukar kabar berita.


10 tahun berlalu dan Seri balik ke Malaysia. dia dpt kerja dgn Ajmal dan kebetulan pulak biliknya betul sebelah bilik Firdaus yg dipanggil balik dari luar negara utk bergabung dengan Seri dlm sebuah projek besar syarikat mereka.


Diorang ni lebih byk berbalah daripada berbincang. Perangkap yg dipasang org lain terkena kat diorang lalu ditangkap basah masa outstation kat Kota Bharu. Demi menjaga imej syarikat (kat Kelantan tu kot), mereka menerima cadangan Ketua mereka utk berkahwin. Firdaus menggunakan peluang itu utk membalas dendam pada Seri dan berjanji tak akan membiarkan Seri bahagia. Cuma ada sedikit masalah, Seri tu cantik dan baik hati orgnya. Berjayakah Firdaus melunaskan dendamnya? TAk susah utk jatuh hati pada wanita sebaik Seri, tambah2 dia tu best friend dia dulu, sebelum kejadian paling hitam dalam hidup mereka berlaku. Bukan mudah juga utk Firdaus mengakui perasaannya terhadap seseorang yg sangat-sangat dibencinya dan terlalu sukar utk dia memaafkan. Cerita ini dikupas dari sudut pandangan Seri Kurnia.


huhu... macam trailer movie lah pulak. tak sangka betul punca sebenar aib yg berlaku adalah dari keluarga Ajmal sendiri. BAnyak lah jugak yang tak sangka dlm novel ni. Masa baca buku ni, aku dok gila dengar lagu Yuna Dan SEbenarnya. Sesuwei bangat ngan citer ni. :) aku siap order EP Yuna nih. edeh.


sure fine whatever
rinn




sinopsis belakang buku:


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir,
kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!

Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini,
kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!

---------------------------

ISBN: 978-967-5118-16-6
Harga: RM19.00
435 mukasurat



Wednesday, May 13, 2009

Buku Baru Fajar Pakeer dan Alaf 21

Masa untuk memburu novel baru? ha ni fajar pakeer akan menerbitkan 4 buah buku barunya tak lama lagi... dan buku terbaru alaf 21, Sanjungan Kasih sudah pun berada di pasaran. boleh ke website rasmi penerbit-penerbit ini utk mendapatkan maklumat lanjut :)

 


1. Galeri Cinta by Ainon Zaini

"Andai bahagia dan cinta boleh seiring"


Syanen Hani dan Syaza Hana adalah dua saudara kembar. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi penulis yang berjaya. Latar belakang mereka membesar tidak sama. Syaza Hana terbiasa dengan kehidupan moden di kota. Syanen Hani pula terbiasa dengan kehidupan di desa.


Dalam soal hidup berpasangan pula Syaza Hana terlebih dahulu berkahwin dengan Doktor Syazwan. Manakala Syanen Hani belum bersedia untuk berumah tangga walaupun dia bakal dijodohkan dengan Salman. Demi mencapai cita-cita, Syanen Hani meninggalkan kampung halaman dan tinggal dengan kakaknya. Namun begitu langit tidak selalu cerah. Kakak yang penyayang membencinya tanpa diduga.


Jodoh merupakan perkara ghaib yang tidak seorang pun tahu. Begitu jugalah dengan Syanen Hani. Jodohnya sungguh tidak diduga, dipertemukan dengan orang yang tidak disangka. Syaza Hana yang kuat cemburu akhirnya merelakan segala yang berlaku kerana impiannya telah menjadi nyata untuk menjadi seorang ibu.


Mereka cuba mengejar bahagia namun bolehkah mereka sama-sama milikinya?


----------

2. Cinta Datang Menyapa by Hanny Esandra

Terbitan FAjar Pakeer

"Mata... menceritakan segala-galanya. Hati... memendam bicara cinta"


Riezman membuktikan kesucian yang lahir dari hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.
c

Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman, percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada Yang Maha Penyayang dan kerana Riezman, impiannya hilang.


Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.


Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbitnya Adif Farhan.


Safieya harus bijak menilai... antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?


--------------
 
3. Takkan Berhenti Mencintaimu
Penulis: Nass Alina Noah
Penerbit: Fajar Pakeer
 
"Aku akan menunggu saat dan ketika kau bisikkan rindu"

Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…
 

----------------------------
4. Memori Berkasih
Penulis: Yuhanna Aleeya
Terbitan Fajar Pakeer
 
 
"ku intai dia sebagai cinta dan daripada dia kutemukan cintaku"


Alliana Shafika, seorang pembuat kek yang disukai oleh majikannya, Harry. Di balik perasaan suka, timbul sedikit rasa cinta di hati mereka. Namun ia menemui jalan buntu setelah Harry ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya, sahabat zaman persekolahan Fika suatu ketika dahulu.

Risha hilang seorang adik, terpaksa pula jadi mangsa ketamakan keluarga tiri sendiri. Dia menghadapi kematian bapanya sendirian dan terpaksa menghadapi pahit getir hidup di usia muda. Dendam terhadap seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah disukainya menambahkan lagi beban kehidupannya.

Khairi, pengawas sombong yang amat dibenci oleh Fika. Perasaan marah membuak-buak terhadap pengawas itu sehinggalah kemunculan gadis plastik putih yang perlahan-lahan melembutkan hati Fika. Perlahan-lahan membuka ruang di hati Fika dan perlahan-lahan membenarkan hubungan itu terjalin.

Dhani menyimpan perasaan rindu kepada kakak angkatnya. Dia mendambakan kasih sayang kakak angkatnya dan yang menyimpan perasaaan cinta. Salahkah kalau seorang adik jatuh sayang kepada kakak angkat sendiri? Tidak bagi dia, namun bagaimana pula dengan kakak angkatnya itu?

Siapa Dhani di hati Fika? Siapa pula Khairi untuk Fika? Dan, gadis plastik putih itu… siapa pula dia? Sebuah dendam… adakah harga sudahnya?
 
------------------
5. SANJUNGAN KASIH by Aimi Husna
Harga: RM18.00
Halaman: 452
Penerbit: Alaf 21 Sdn. bhd.

"Kasihmu ku bawa bersama menyusuri denai-denai kehidupan"
 
ANISA, gadis lepasan SPM tidak pernah menduga, kasih Harris yang disanjung selama ini rupa-rupanya dusta belaka. Jiwanya tertekan dan hatinya dihimpit ke kesalan. Demi cinta kecundang, Anisa nekad berhijrah ke bandar untuk mencari kerja dan ketenangan.

Kemunculan Hakimi mula mengundang rasa selesa di jiwa Anisa. Hakimi seorang yang cukup menitikberatkan pe lajaran dan masa depan. Baginya, usia muda tidak harus dipersiakan. Sejak itu, Anisa sedar bahawa cinta adalah penguat semangat dan bukannya pemusnah cita-cita.

Saat jiwa diselubungi kecewa, muncul seorang lelaki dengan sebuah harapan. Namun, Anisa tidak pasti sama ada mem buka pintu hati menyambut bunga-bunga cinta itu atau bersedia menghadapi risiko dirinya dilukai. Apakah dia sudah serik untuk bercinta lagi? Cuma Anisa yang ada jawapannya.
 
 

Tuesday, May 12, 2009

Read Malaysia 2009

Start:     May 29, '09 10:00a
End:     Jun 7, '09 10:00p
Location:     Mines Resort City
READ MALAYSIA 2009(Malaysia International Book & Education Fair)


Ada Pesta Buku lagi!

Read Malaysia 2009 Anjuran Malaysia International and Convention Centre (MIECC) dan Mines Exhibition Management Sdn. Bhd akan diadakan dari 29 Mei 2009 sehingga 7 June 2009 di Mines Resort City.


yg kak yah bagi tau booth JS jer kat E22
yang lain2 tu saya tak tau lah pulak boothnya kat mana
boleh la ke website penerbit2 buku utk maklumat lanjut ya.


booth nb kara no. 17.
utk maklumat lanjut bleh terus ke website nb kar.



Dapatkan novel-novel FP di
READ MALAYSIA 2009


Tempat: MIECC, Mines Resort City
Tarikh: 29 Mei - 7 Jun 2009
Waktu: 11.00 pagi - 10.00 malam
Nombor Gerai: B17-B22
untuk maklumat lanjut boleh terus ke website fajr pakeer :)


PTS pun dah mengumumkan booth nya... diorang akan berada di booth D11-D22. untuk maklumat lanjut, boleh ke website pts ya :)

Friday, May 8, 2009

Aku Ada Kamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Aku Ada Kamu by Lily Haslina Nasir
Terbitan NB Kara
Cetakan Pertama 2009


"Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"


Bukan selalu baca novel yg heroinnyer gedik. biasanya rival heroin yg gedik. hehe.. Sofi Aidura ni jenis dah printed all over her with words like "nak buat camner lahir2 dah lawa dan seksi mcm ni".


Digambarkan Aidura ni pakwe keliling pinggang tapi tak der la rasa diorang tu mcm pakwe pun, sekadar kuar sekali dan mungkin si pakwe2 tu perasan biler dah dapat kuar dgn Dura, terus cap jadi makwe dia. Dura ni memang jenis tak tolak rezeki. Sikap dia yg mcm tu yg memerangkap dirinya sendiri. Dia sendiri seperti nak orang tu anggap dia special girlfriend dan jenuh jugak lari sana lari sini utk elak bertembung dgn steady boyfriend dia yg setia, Hisham.


Permulaan cerita kita diperkenalkan dgn Sofi Aidura dan keligatannya dan juga rakan2 serumah dia Suraya & Nora. Ntah naper aku asyik terbayang muka kaksu NB kara ngan Nora Ismail. hehe.


Bagi saya cerita ni jadi sangat menarik biler terbongkar rahsia saka dlm keluarga Aidura dan juga aktiviti si Sheila tu utk mendapatkan Hisham dgn menggunakan khidmat dukun, Nyai Menur. Siap ada mentera utk seru Hisham lagi ha. Macam real ja. Takut pulak aku nak baca, kang nanti tetiba jer ntah Hisham mana mai ketuk pintu rumah, kan susah! Err Kak Lily nampaknya makin berani dan galak bercerita adegan2 romen2tik. so sgt2 tak sesuai utk bacaan remaja. Aku rasa adegan2 ini tak adalah memberi signifikasi kepada jalan cerita.


Kat mana yer kak Lily cari info siap ngan mentera ni? aku rasa la.. dia gi interview Nyai Menur lah.


citer nyer tentang Sofi Aidura yang cantik jelita, jadi rebutan jejaka di kampus dan di luar kampus. Walaupun dia mesra jer ngan jejaka2 tu semua, hatinya sudah lama terpaut dgn Hisham yg sabar melayan kerenah keanak-anakannya. Aidura ni mcm ada kepentingan sendiri setiap kali berbaik dengan jejaka2 tu, contohnya seperti nak makan free dan nak dptkan nota assignment.


Mak Aidura kat kampung kelam kabut biler tiba2 jer ada orang masuk meminang tanpa pengetahuan Aidura. Jejaka yg hanya dianggap rakan biasa mahu memperisterikannya, sedangkan dia hanya nak seronok2 berkawan. Tak abis lagi tekejut dgn pinangan tu, Mak Aidura pening kepala dengan panggilan dari Kapten Khairul yg mahu merisik anak daranya dan nak tau bila nak boleh hantar rombongan meminang. Laris betul Sofi Aidura tu. Namun jodohnya sudah tersurat dgn Hisham yg nekad mahu memperisterikan Aidura setelah diserang denggi. Sheila yg dh lama syok kat Hisham tak dapat menerima hakikat dia tewas di tangan budak sekolah (Aidura belajar kat U dia panggil budak sekolah).


Terkedu aku bila pasir kubur, bunga kubur, kayu kubur, segala macam benda yg berasal dari kubur yg dikirimkan sbg hadiah perkahwinan Aidura & Hisham, telah digubah menjadi artwork oleh Hisham. haha. kelakar jer.


Perkahwinan mereka yg bahagia diduga dengan sapaan ilmu hitam kiriman Sheila. Hisham tak lut pulak dengan seru2 dan mantera2 sheila tu tapi Aidura kena teruk.


Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg terkawin ye. :)


cerita yang paling menarik dari kaklily setakat yg mana saya dah baca karya2 kak lily. (saya memang cuba kumpul karya2 LHN). cuma scene romance hisham-aidura saya rasa terlalu explicit penceritaannya dan melimitkan kesesuaian buku ni pada sesuatu had umur sahaja. tanpa babak asmara hisham-aidura pun saya dah rasa kisah ini ada kekuatannya. selain dari citer hantu, citer yg ada adegan asmara cam ni pun buat saya seram jugak. :) rata2 nampaknya ramai yang suka benar dgn cerita ni.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati.


Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila.


Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.


Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.


RM23.00
sabah/sarawak : RM26.00
isbn: 9789675229060
646 mukasurat
editor: Anida Daud


Kuingin Bersamamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dyza Ainun
Kuingin Bersamamu by Dyza Ainun
Terbitan Buku Prima
Tahun 2009


"Pada sejuring impi, kubiarkan kerinduan menjadi jidar di hati.
Meski luyut menepis rasa, namun nikmat kasih kuhirup bersama serbat cinta"


walaupun ada perkataan juring, jidar dan luyut kat kulit buku ni yg aku tak paham, rasa tak sabar nak membacanya tetap membuak buak. Tambah2 biler Ti dan beberapa org rekemenkan. Kisah ni menghiburkan dan 'kontrak' antara Dida Qistina dan Ziq menjadikan kisahnya menarik dan membuat kita tertunggu-tunggu habisnya tempoh 2 tahun yg ditetapkan tu :)


Kisah ini tentang Dida Qistina, gadis montel yang dikasihi ibu bapanya. Dia sentiasa menurut kata dan menyenangkan hati ibu bapanya. Bapanya terlalu ingin melihat dia bahagia dan berharap Ziqree yang baru putus tunang sudi menerima Dida sbg isteri. Ziqree terlalu bencikan wanita angkara Nina bekas tunangannya yg curang. Dia terkedu dgn tawaran kawan baik arwah bapanya yg pernah menabur budi kpd keluarganya.


Dia buat kontrak 2 tahun tu utk membuktikan samada Dida layak bergelar isterinya atau tidak. Ziq gembira dgn kehadiran Dida yg membuatnya tak kering gusi melepaskan tawa. Dida tidak tahu mengenai kontrak tersebut menyangka dia perlu berada di rumah Ziqree demi utk melangsaikan hutang bapanya dgn keluarga Ziqree. 2 tahun telah mengubah banyak perkara dalam diri Ziqree dan Dida. Ziqree menggunakan tempoh masa 2 tahunnya di New Zealand utk menguji Dida yg bertugas menjaga rumahnya di tanah air.


Ternyata Dida berjaya menceriakan rumahnya dan kepulangannya memekarkan rasa cinta antara mereka. Namun ada mata yg memandang dgn benci keakraban mereka. Ima sudah lama mengidam nak jadi bini Ziq. Dia sanggup lakukan apa saja utk memiliki Ziq malah dia mengugut utk menyimbah asid ke muka Dida. Owh lupa pulak Dida dah semakin langsing sbb ikut program menurunkan berat badan secara sihat.


Kepulangan Ziq seterusnya dilitupi tragedi apabila dia kehilangan deria penglihatannya. Ugutan Ima membuatkan Dida terpaksa menarik diri dari meneruskan pernikahan dgn Ziq, dia tak mahu membahayakan nyawa Ziq dan nyawanya sendiri. Ziq kecewa kerana Dida tak dpt menerima suami buta seperti dirinya. Ima tu memang la mereng. Err yg dia pregnant tu, dia rape Ziq ke? haha.. err naper tak kesian sangat biler hero kena rogol.


apa2pun citer ni happy ending :) menghiburkan :)


sure fine whatever
rinn






sinopsis belakang buku:


Rasa yang mencengkam di kamar hati, siapakah yg mampu mengerti? Bila rindu berladung, segalanya jadi begitu mengasyikkan. Namun, seksanya memugar di hati. Dalam seksa itu, dia menghimpun mimpi utk melanggari hidup bersama insan tersayang. Namun, cinta terkelar di pertengahan jalan. Hatinya jadi lunyai oleh impi yg hancur. Dia keterpaksaan melepaskan segala impinya melurut di ujung hiba. - Dida Qistina


Rindunya yg sadis tetap dilayaninya penuh perasaan. Dari kejauhan, dia mengumpulkan kasih sayang yg limpah buah insan bergelar Dida Qistina. Hanya sekadar rasa terhibur dgn seorg gadis yg mampu mengubat lara hatinya. Kasih hidup dlm diam. Lalu tiap rasa yg hadir dinikmati penuh syahdu. - Ziqree Hadiff


"Ima bersumpah. Bayi dlm kandungan ini anak abang! kalau abg tak percaya, minggu depan kita jumpa doktor utk buat DNA. Doktor yg akan menjawab persoalan itu, bang!" - Syarifah Ima Arni


"Kau kena tahu, Dida. Aku ni jenis manusia yg tak pernah tahu nak mengalah. Apa yg aku nak, pasti aku cuba rebut walau mcm mana caranya. Apa lagi org yg handsome dan kayaraya mcm Abg Ziq tu! - Syarifah Ima Arni


--------
Terkadang bahasa alam menjadi inspirasi yg terlalu mahal harganya. Namun tidak ramai insan yg meneliti dgn pandangan hati. Ternyata kelahiran Kuingin Bersamamu adalah hasil adunan pelbagai pengalaman dan pemerhatian. Memerhati kegigihan insan yg ingin berjaya dan suka duka teman2 meneliti batas kehidupan. Berbudi tidak semestinya memerlukan balasan. Jadi setiap budi yg dijuadahkan biarlah terus ikhlas bertapak di hati setiap insan yg dihulurkan bakti. Buat pembaca, terimalah KUINGIN BERSAMAMU. Moga menyenangkan. ~Dyza Ainun~


RM18.90
sabah sarawak RM21.90
551 mukasurat
isbn: 978-967-5234-25-5

Rinduku Di Angin Lalu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norisah A. Bakar
Rinduku Di Angin Lalu by Norisah A. Bakar
Terbitan Creative Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2005


"Jangan kau taburi api cnta antara kita. Segala-galanya telah tamat... segala-galanya telah berlalu ditelan waktu."


Kali pertama berpeluang baca novel NOrisah A. Bakar. Sebenarnya kekerapan beliau berkunjung ke multiply saya yg menggalakkan saya mencari novel2 beliau :) terima kasih atas kesudian menjengah pondok buruk saya yg bersawang :)


Cerita ini menarik walaupun dialunkan dalam nada serius.


cerita ini berlatarbelakangkan suasana di Singapura. Kisah gadis melayu Singapura yg bertudung yg baru mula bekerja. Kehadirannya di kalangan gadis2 yg lebih selesa berpakaian ringkas dan singkat menjadikan dia perhatian ramai.


Alias awal2 lagi sudah terpaut dgn kesantunan Raihah, namun, kepulangan Zahin menyekat peluang Alias. Zahin bersungguh2 mahu memiliki Raihah kerana ada dendam yg tersembunyi. Hamzah (abg Raihah) telah merampas gadis kesayangannya, Marini, dan mengahwininya. Sekarang dia mahu Raihah jatuh cinta padanya dan dia akan membiarkan Raihah kecewa, sudah pasti Hamzah juga akan terbias rasa kecewa itu.


Namun rancangannya menghadapi gangguan kerana Alias juga berminat dgn Raihah. Lalu Zahin terus memaksa ibunya menghantar rombongan meminang walaupun Raihah bukanlah dari latar keluarga yang dihormati kerana ayah tirinya seorg penagih dadah yg sedang dipenjarakan. Dia mahu melunaskan dendamnya walaupun terpaksa memperisterikan Raihah.


Namun cemburunya makin memuncak setelah Raihah menjadi isterinya. Macam mana nak kecewakan org yg sudah mula dicintainya? hehe tu la dendam beria-ia. Masa nak kawin itu ingat ker Zahin dah nak batalkan saat2 akhir dan malukan Raihah sekeluarga demi melunaskan dendam, tapi biler dengar Alias sanggup ganti, terus dia berdesup pegi rumah Raihah. hehe.


Dendam Zahin melayang hilang setelah mengetahui sebab sebenar Hamzah memperisterikan Marini. Hamzah berani membuat perkara yang mungkin Zahin sendiri tak mampu melakukannya.


Thanks kak for signing the book! :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Aku mencintai... menyayangi mu dgn sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yg dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pd sahabat yg telah mengkhianati erti persahabatan sejat? Atau mencari gadis lain yg lebih baik... yg setia dan mampu memberikan aku cinta yg suci. Yg kini berada di hadapan mata... yang saban waktu dpt kuintai hatinya... yg saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yg datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalm menentukan pilihan... kerana 'cinta' datangnya bukan sesuatu dlm menentukan pilihan... kerana 'cinta' mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dgn dalam.


Lalu Zahin beralih sayang... dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yg tidak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata... Marini bukan miliknya lagi. Walau Marini meninggalkannya dgn seribu cerita yg menyedihkan... Walau Marini pergi dgn seribu cerita yg menyedihkan... walau Marini pergi dgn seribu satu alasan. Marini bukan siapa-siapa pdnya kini. Marini telah dimiliki lelaki yg bergelar suami. Lalu perlukah direbut kisah silam yg telah menjadi sejarah? Kerana sejarah hanya utk dikenang, bukan utk diulang. Walau sesekali dia begitu rindu utk menjejak memori cinta yg pernah merek ciptakan bersama. Dan yg sesekali itu... dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya...


RM24.90
565 mukasurat
isbn 9789838936637

Wednesday, May 6, 2009

Botani Explorace 2009



Earlier this year Taman botani Putrajaya ada buat Botani Walk n Hunt. nanti 23 May 2009 ada Explorace pulak. Thanks peah for the info and thanks Suhana for calling me :)


 


 


Hi All,


 


 


Botani Explorace is back! FYI, this program is held by Perbadanan Putrajaya and it is an environmental activity. This event is expecting 100 groups where each group consists of 2 person only. Details are as below:


 


 


Date : 23rd May 2009


Time : 7am – 1pm


Registration : 7am-8am


Venue : Taman Botani, Putrajaya


Attire : Sport attire


 


 


Additional info :


-       For those who are interested to join, you’ll be given FREE event t-shirt on that day.


-       Prizes? All participants will be given Participation Certificate & prizes are up to 5th place (in cash $$$).


-       For those who do not win the race, don’t worry, you will still get the certificate and free lunch.


-       The participation fee is RM 30 per group.



 


 


What you get from joining this event?


-       Get to know more about Taman Botani (eg: habitat of flowers, trees etc)


-       FREE lunch!


-       New friends


-       Fresh air -  good for your health too :p



 


 


What you need to do?


-       Contact Suhana (Su) 03-8888 9090 (Taman Botani Putrajaya) and provide her with your name & your partner’s name, IC numbers & T-shirt size.




Come and join this event. Do extend this email to your friends. The more the merrier~


 


 


 




Sunday, May 3, 2009

PTS: Melakar Cinta Firdausi



NOvel baru yang bakal terbit di PTS. menambah kan lagi koleksi novel2 islamic di rak :)


 


 


Tajuk: Melakar Cinta Firdausi


Pengarang: Nurul Aini K. Azhari, Aimi Nabihah Mohamad


Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd


Harga: RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak)


isbn: 978-983-3892-38-9


Akan Terbit pada: 12 May 2009


304 mukasurat


 


 


sinopsis 1:


 


 


Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T.


 


 


Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit.


 


 


 


sinopsis 2:


 


 


Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi.


 


 


Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu.


 


 


Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit. Kehadiran e-mel yang tidak dijangka dari Naufal Mustaqim, rakan sekolah dahulu membangkit rasa rindu walaupun mereka hanya berhubung melalui dunia maya.


 


 


Percintaan di antara Aima Insyirah dengan Naufal Mustaqim diuji dengan kehadiran Jeneral Ri’fail Zanki, Ketua Briged Ayyubi yang dalam diam menyimpan rasa terhadap Aima Insyirah. Percintaan mereka sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T ketika Aima Insyirah berjaya ditangkap oleh tentera Zionist semasa hendak menyelamatkan mangsa tebusan Palestin di markas tentera Zionis.


 


 


Berpegang kepada Allah S.W.T, Aima Insyirah berjaya diselamatkan walaupun diseksa oleh tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Bak kata bidalan “sudah jodoh tidak akan ke mana”, akhirnya cinta Aima Insyirah dan Naufal Mustaqim berjaya disatukan dalam suasana meriah.


 


 






Saturday, May 2, 2009

Salju Sakinah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Zaid Akhtar
Salju Sakinah by Zaid Akhtar
Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2008


"Salju Sakinah, salju kedamaian. NOvel Islami yang diindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan..."
-Aminah Mokhtar, NOvelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau


Biasalah kalau baca novel2 Islamic ni mesti tak dapat melarikan diri dari nak membandingkannya dengan 'Ayat-Ayat Cinta' :) aku memang dah jatuh chenta ngan novel tu. Bagi aku Salju Sakinah ada keindahan cerita yg tersendiri. Tak sangka Zaid Akhtar dapat mendalami hati seorang gadis bernama Sumayyah dengan sangat berkesan. Rencah perasaan seorang ustazah muda yang baru pulang dari Jordan disampaikan dengan cara yang penuh tarbiyah dan ada ikhtibar tersendiri. Ada lenggok yang memikat dalam penulisannya, tak sangka penulis lelaki ada sensiviti begini dlm penulisannya.


Sumayyah. Seorang gadis yang dipandang tinggi di kalangan sahabat2nya dan petah berbicara, berforum. Kepulangan ke Malaysia adalah saat2 yang paling dinanti-nantinya, namun dia terkilan kerana tak dapat menatap wajah ayahnya yg pergi menyahut seruan Ilahi. Di samping berusaha meneruskan business kerepek arwah ayahnya, dia juga membuat ceramah2 utk muslimat2 sekitar kampungnya.


Sebagai gadis muda yg masih bujang dan ada rupa, dia tak dpt lari dari fitnah. Wasangka yg timbul turut memberi kesan kepada perniagaannya namun ramai lagi yang memandang tinggi padanya dan membiarkan suara2 fitnah itu sayup2 pergi dan kadang2 kala datang semula mendentum. Sakit hati memang ada tapi dia berusaha menyabarkan diri.


Selain itu, ada gak problem berkaitan kak Longnya yg semakin hanyut dlm ajaran sesat Tok Ayah. manakala kak ngahnya pulak dilanda kecewa apabila tunangannya meninggal dunia dlm sebuah kemalangan.


Berkat tunjuk ajar Muazam dia menerajui business kerepek bapanya. Lamaran Luqman ditolak setelah beristiqarah. Dia tak tahu mengapa hatinya tak dapat menerima Luqman,lalu dia berusaha merapatkan jejaka tampan itu dgn sahabat baiknya yg memang dah syok kat mamat tu sejak sekolah lagi.


Sumayyah terkejut apabila menerima keputusan peperiksaan yg menunjukkan dia telah gagal satu subjek dan terpaksa mengulang satu semester. Dia berasa amat malu. Sebagai seorang siswazah yg dipandang tinggi dan sentiasa dijemput memberi ceramah, dia merasa amat rendah diri. Dia memaksa diri menjejak semula bumi Jordan. Ada azam yg mahu dilangsaikan. Rupa2nya ada suratan takdir Allah yg menunggunya di situ. Ada jodoh yg baik sedang mengintainya dan tidak pula dia menolak apabila hajat itu disampaikan kepadanya. Ijab kabul mereka langsai di saat salji memenuhi bumi Jordan dan mereka digelar pengantin salju.


Kebanyakan mereka yg bertunang dalam citer ni ditimpa kemalangan. hehe.. si hakimi tunangannya si hakimah, n then tunangan kak ngah, peh tu Naufal pun kemalangan jugak masa sibuk membuat persiapan utk majlis kawinnya. Memang buat org berdebar-debar jer part eksiden2 nih.


konflik yg timbul ditamatkan dengan baik dan si penyebar fitnah tu pun dah mendapat balasan. Cemburu buta betul!


sure fine whatever
rinn



RM26.00
sabah/sarawak: RM29.00
556 muka surat
isbn: 9789833604418


sinopsis belakang buku:


"Novel Salju Sakinah seronok dibaca kerana jalan ceritanya menarik, gaya bahasa yg santai tetapi sarat dgn pengajaran dan keinsafan. Senario kisahnya berkisar di negara asing dan secara tidak langsung penulis berjaya membuatkan pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Buku ini sesuai utk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada utk tatapan sendiri ataupun cenderahati."
- Zuarida Mohyin, Wartawan Utusan Malaysia


"Salju Sakinah, salju kedamaian. Novel Islami yang diindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan. Digarap dgn lenggok bahasa yg indah, mudah dan memikat. Terbuai dgn cara penceritaan yg bersahaja tetapi terkesan dgn cerita2 yg membina semangat juang, pertalian jiwa, kasih sayang yg tulus bersih. Zaid Akhtar punyai kepakaran menarik para pembacanya supaya terus meneliti baris demi baris sehingga ke ayat yg terakhir. Syabas Zaid!"
-Aminah Mokhtar, Novelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau


"Novel berunsur Islam memang sudah banyak tetapi sukar mencari roh keIslaman dlm novel yg banyak ini. Novel Salju Sakinah saya kira sudah mampu menyediakan hidangan utk pembaca mengecapinya. Citra Muslimah setabah Sumayyah begitu ketara menjadi kekuatan Novel ini. Naratifnya cukup Islamik, namun pengarang dgn penuh sedar memilih utk tidak didaktik dlm menghantar amanatnya. Kadang2 terasakan seolah olah novel ini dikarang oleh seorg wanita. Sebagai penelaah novel saya merasai Salju Sakinah berupaya menjentik hati dn membangunkan jiwa. Inilah novel Islami berperspektif muda yg matang yg jarang-jarang sekali kita temui di antara banyak novel di Malaysia."
-Azizi Haji Abdullah. Novelis Seorg Tua di Kaki Gunung dan Penerima SEA Write Award 1988 & MASTERA 2007


"Novel-novel pop semakin banyak di pasaran dan kita semakin sukar mencari karya tepu dakwah yg disampaikan dgn penuh hikmah. Dakwah itu pula tidak terlalu berkhutbah sifatnya. Syukur, Zaid Akhtar dan Salju Sakinah dpt mengisi kekurangan ini. Salju Sakinah adalah novel utk semua!"
- Nisah Haji Harun. Penulis Annyss Sophillea & Mencari Locus Standi


Friday, May 1, 2009

Novel Untuk Asyikin

Rating:★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Ismad Astar
Novel untuk Asyikin by Ismad Astar
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2008


Kisahnya tentang seorang gadis bernama ASyikin yang telah masuk U dan amik kursus biotech tetapi mendapati dia lebih berminat dengan sastera. Dia nak tukar kursus tapi ayah dia tak bagi sebab prospect kerja dalam bidang biotech lebih luas berbanding bidang sastera. Jiwa anak muda ini semakin memberontak. Dia cuba mencari keserasian dlam biotech namun keputusan peperiksaannya mengecewakan.


Dia cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari seorang professor dan ternyata dia mula mengerti, lulusan biotech bukannya tak boleh menjadi seorg minat sastera dan suka bersastera. Dengan azam baru dia meneruskan usaha utk memperbaiki keputusannya setiap semester.


Kursus yg dihadapinya bukan satu2nya masalah yg dihadapinya. Sbg seorang gadis manis yg meningkat dewasa, dia menjadi perhatian beberapa jejaka termasuk abg sepupunya. Ada yg menarik perhatiannya. Namun pelajaran menjadi keutamaan. Dia cuba mengelak abg sepupunya yg dianggap spt abg kandung sendiri dgn cuba mengenenkan brader tu dgn roomatenya yg memang dah terpikat dgn abg Zul sejak pertemuan pertama.


Termizi, Syafiq dan Nurhisyam ada keistimewaan tersendiri namun dia terpikat dengan si dia yang mengambil berat hal2 solatnya, keluarganya, dirinya dan berjanji akan setia menantinya.


Kisah Nurasyikin dalam membuat pilihan2 penting dalam hidupnya. Memang rasa mcm baca buku motivasi dan ibu2 sesuai lah bagi bacaan begini utk anak2 remaja anda yg sedang membesar dgn kuat dan sihat.


Memandangkan aku ni jenis membaca sebagai hiburan, tak der lah cenderung sangat nak membaca novel motivasi mcm ni.


(dan rating pun aku bagi mengikut tahap terhibur ker tak terhiburnya hati aku ni). hehe.. hampeh la aku ni.


sure fine whatever
rinn


"Bunga tu mekar dlm hati, tetapi cantik kelopaknya terletak di mata."


"Mata siapa?" Nurasyikin sudah tercium baunya, tetapi dia pura2 masih tidak faham.


"Di mata yg bercakap."


"Bunganya?"


"Di depan tetapi imejnya tersimpan di minda dan di hati."


Nurasyikin senyum nipis dan tawar. Menimbang bagaimana keadaannya kalau dia cakap 'ya' atau pun cakap 'tidak'. Ada risiko bagi kedua-dua jawapan. Dia sudah berdepan dgn perkara ini berulang kali.


"Beginilah, bunga perlu mengukur diri, bunga takut pada harapan taman yg meninggi gunung."


Madah dijawab dgn madah. Nurasyikin memandang tajam ke dalam mata dia yg sungguh-sungguh asyik menanti.


"Wah, org biotech pun sudah pandai bermadah! Padanlah org sastera tak dapat kerja!"


Mata mereka saling menatap.


Sukarnya menjadi rama-rama yg bersayap cantik, 'dia' sering aja menjadi perhatian!


Novel utk Nurasyikin ialah karya kreatif seorg profesor dlm bidang sains yg sejak kecil meminati kesusasteraan. Susurilah pendekatan ISMAD ASTAR yg menggunakan kaedah motivasi utk 'menasihati' pelajarnya yg seorg ini!


RM17.00
isbn: 978 9675118111
352 mukasurat

Tuhan Lebih Tahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nora Ismail
Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2009


"Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya"


Rina dan Hazry memang bersahabat baik. Mereka biasa bergurau senda, bertepuk tampar. Bagi yang melihat mungkin menyangka mereka bercinta, namun kedua-dua menidakkannya.


Hazry sudah mempunyai teman wanita yg amat dikasihinya, Elisha. Elisha tak pernah menyembunyikan rasa cemburunya terhadap keakraban Hazry-Rina. Hazry dan Elisha sering 'terlanjur' ketika bersama.


Sikap manja Hazry ketika bersama Rina memang merimaskan dan membuatkan Rina serbasalah, terutamanya apabila dia sudah mula menerima Azfarel sbg lelaki istimewa dlm hidupnya. Dia tak mahu Azfarel salah faham dgn kemesraan dia dan Hazry.


Hazry terasa spt hilang segala2nya apabila ayahnya yg penyayang meninggaldunia dan Elisha mahu putus utk mengejar cita2nya di luar negara. Kedatangan Rina ketika dia sedang berduka dan dipengaruhi extacy membuatkan dia tidak sedar lalu meragut kesucian sahabatnya sendiri.


Hazry sendiri tidak berapa ingat kejadian itu. Rina amat kecewa apabila Hazry membuat keputusan utk belajar di luar negara. seolah-olah lari dari tanggungjawab. Sempat juga Hazry menceritakan segala2nya kpd Elisha. ADuih dlm byk2 manusia dlm dunia ni, dia gi ngadu kat Elisha tu buat apa. geramnya rasa mcm nak sekeh2 jer Hazry tu.


Azfarel yg disangkanya akan meninggalkannya rupa2nya menjadi pembela nasibnya yg malang setelah disahkan mengandung. Hubungan kekeluargaan Azfarel mmg sgt akrab dan walaupun kurang senang, mereka tetap merestui Azfarel dan belajar menerima Rina dgn sebaik2nya. Rina yg trauma dan histeria di malam pertamanya terpaksa ditenangkan oleh ibu Azfarel. Kesian Azfarel terkulat2 jer bila semua org tengok dia semacam masa tu. hehe. mesti org ingat dia tu yg tak sabar2.


Namun keluarga Rina sendiri membuangnya kerana menyangka dia dan azfarel terlanjur dan menconteng arang di muka mereka.


Beberapa tahun berselang Rina bahagia bersama Azfarel dan anaknya, Ikhzal. Dia menyatakan kesediaan utk mengandung lagi dan Azfarel sgt gembira kerana sebelum ni Rina terlalu trauma utk mengandung lagi.


Hazry pulang dan sudah bertunang dgn Nafisa (adik tiri Elisha. aduih, tak dak orang lain ker nak dibuat tunang, dah la perangai pun lebih kurang).


Rina mendapat projek bersama syarikat milik keluarga Hazry, walaupun maklum mengenai itu, dia meneruskan kerja2nya dgn Hazry. Hazry spt tiada rasa bersalah dan Rina pula spt sudah hilang traumanya namun sentiasa berhati-hati ketika bersama Hazry. Tunang Hazry makin cemburu kerana Rina bukan saja lebih bijak menjalankan kerja, malah hazry & ibunya spt terpikat dengan kebaikan dan kebijakan Rina berbanding dirinya.


Azfarel disahkan ada ketumbuhan di otaknya dan menolak utk buat pembedahan kerana dia boleh sembuh tetapi akan lumpuh. Dia tidak mahu keadaannya membebankan, tambah2 anak kedua mereka bakal lahir.


Walaupun Hazry menyatakan dia tidak mencintai Fisa, ibu Hazry, seorg ibu penyayang yg mementingkan kasih sayang dlm keluarga, tidak pulak menolak apabila ibu Fisa datang memaksanya mempercepatkan perkahwinan Hazry dgn Fisa. Fisa dan ibunya dua2 perangai tak sesuai dibuat menantu dan besan. mcm mana la Hazry dgn ibunya boleh terima. RAsa mcm ada yg tak kena saja bila seorg ibu spt Pn. Haziah membiarkan anak kesayangannya merosakkan masa depan sendiri dgn mengahwini perempuan spt Fisa yg tak penah nya nak tunjuk perangai yg elok2 walaupun di depan Pn. Haziah. Kalau Fisa tu jenis bermuka-muka mungkinlah Pn. Haziah tertipu, tapi ini terang terangan.


Azfarel yakin umurnya tidak panjang atau mungkin dia akan lumpuh, tapi saya pelikla, kenapa dlm byk2 manusia kat dunia ni, dia memilih utk mengamanatkan anak2 dan isterinya kat Hazry tu. Rasanya Hazry bukanlah lelaki yg boleh diharap utk diserahkan harta yg paling penting dlm hidupnya. Dah la masa tu Hazry dah kawin. TAkkan nak bagi Rina jadi bini no.2 kot?


ERkkkkkkkkkkkkkk!! banyak nyer aku dah tercerita.. jadi utk cerita selanjutnya, cari lah novel ni. masih panas di pasaran. :) haa jangan sangka endingnya semudah itu ya? banyak lagi yang Nora nak cerita dalam novel ni... dan yg penting, aku suka aja dgn ending nya. terima kasih Nora Ismail :)


sure fine whatever
rinn







sinopsis belakang buku:


Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yg datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yg memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yg cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dgn Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dlm hidup bagaimana kita mencaturnya....


RM23.90
sabah/sarawak: RM26.90
isbn 9789675229077
670 mukasurat