Monday, May 31, 2010

Dendam Pencinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ann Aishah
Dendam Pencinta
Penulis: Ann Aishah
Terbitan PTS Publications
Harga: RM 26 / RM 29
ISBN-13: 978-983-3892-29-7
Cetakan pertama 2009
Jumlah Muka Surat : 592


Bila aku baca catatan penulis di permulaan buku ni aku mcm tertanya2 ni penulis bukan melayu ke? cara penulisan penulis ini tidak langsung menunjukkan dia adalah bukan melayu. kagum kagum...


cerita ini tentang dendam yg dijadikan baja untuk pepohon cinta plastik tetapi rindu dan kasih yg mekar berbunga. huiyo.


Aliff menyimpan dendam pada Anding dan keturunannya. Anding telah menghancur lumatkan hati kakak kembar kesayangan Aliff setelah sebuah kemalangan jalan raya yg meragut memori dan kesihatan kakaknya. Murni, adik kesayangan Anding menjadi sasaran Aliff utk melepaskan dendam agar kesakitan yg dirasainya turut dirasai Anding dan Murni.


Murni terlalu baik untuk dilukai. Jeratnya mengena apabila cinta palsunya bersahut walaupun mengambil masa bertahun-tahun mengacah umpan. Perkenalan dgn keluarga Murni mengaut simpati dari Aliff dan setelah melihat keadaan Anding yg tempang, Aliff tidak dapat menahan diri dari merasa kasihan. Dia cuba memekarkan dendam di hati. Pinangannya diterima walaupun Murni agak berat hati kerana dia masih lagi belajar. Beban kemiskinan yg ditanggung keluarga Murni semakin menghilang dgn bantuan Aliff.


Entah berapa kali Aliff hilang fokus dalam misi balas dendamnya. Segala yg dirancangnya tergelincir dari landasan. Setiap kali berjaya menyakitkan hati dan perasaan Murni, Aliff turut tersiksa dan end up memujuk hati Murni yg baru dilukainya.


Misi balas dendamnya bertukar menjadi misi pengaman buat kakaknya dan Anding, tetapi di saat itu rahsia misi balas dendam Aliff terbongkar dan Murni kecewa. Part yg bagi aku menyentuh perasaan adalah masa Murni bagi tau Aliff yg dia tengah pregnant sedang dia sendiri tahu Aliff dah tau perkara tu tapi dia nak bgtau sendiri jugak.


-alongside-


sinopsis/blurb

dari website pts


Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.

Saturday, May 29, 2010

Setiap Jumaat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Setiap Jumaat
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Rm24.90
sabah/sarawak RM27.90
723 mukasurat


"Persahabatan itu telah menjadi racun"


Kisah ini terasa kelainannya dan memorable. Misteri rahsia yg dipegang ibu Jasmine menjadikan kita tak sabar nak tahu bilakah saatnya rahsia itu terlerai.


Jasmine dan Ku Pian dibesarkan dalam keluarga yg berbeza status. Rajuk telah membawa mereka utk berada di Jepun utk merawat hati yang luka.


Jasmine kecewa dgn tindakan ibu tercinta yg sanggup berkahwin dgn lelaki yg lebih muda sedangkan ayahnya baru sekitar setahun meninggal dunia. Dia merasakan seperti pengorbanan arwah ayahnya sia2. Dia menganggap ibunya sbg balu beranak 5 yg gatal dan tidak menghargai penat lelah arwah suaminya menyara keluarga besar mereka.


Ku Pian sentiasa merasa ayahnya mengongkong hidupnya sejak kecil. Kawan2 dan girlfriend2nya tak pernah mendapat approval dari ayahnya yg sentiasa dianggap bertanggapan serong. ayah dia tu sikit punya baik. SEtiap latar belakang kawan2 dan gelfren2 ku Pian disiasat dan memang Ku Pian tu pakar memilih org2 yg tak senonoh dan tak sesuai. Ku Pian kecewa dan merajuk lalu melarikan diri ke Jepun tanpa pengetahuan ayahnya.


Perkenalan 'Masako' ini dan 'Ultraman' itu menjadi titik permulaan sejuknya dua hati yang membara dgn kebencian itu. Setiap Jumaat menjadi hari pertemuan mereka dan perpisahan yg tak dijangka terjadi itu membungakan rindu yg sangat mekarr di hati mereka. Rindu dan hati yang terpujuk membawa mereka kembali ke keluarga masing2 dengan pemikiran yg lebih rasional dan terbuka. Tapi rindu terlalu bergemuruh di hati sehingga hari2 yg dilalui terasa ada ruang yg kosong.


Kepulangan kali ini membuka lembaran baru dlm hidup mereka setelah bertahun-tahun merajuk. Jasmine menyesali diri yg melulu menghakimi ibunya yg sebenarnya lebih byk berkorban demi keluarga mereka. ayah mereka yg merupakan pembaca meter dan bekerja sbg pengawal di sebelah malam rupa2nya memadukan ibunya. Malah setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya yg menyara anak ayahnya bersama isteri baru dan memberi kasih sayang tak berbelah bagi. sebenarnya sebelah malam, ayahnya bukan pegi kerja pengawal, ayah dia balik rumah bini muda. Sebab tu mak dia sampai tak kira masa rehat kalau bekerja semasa dia bersekolah dulu demi memastikan kewangan mereka cukup utk terus menimba ilmu.


ustaz yg dnikahi ibunya adalah insan yg sangat bertanggungjawab dan menghargai ibunya dan adik beradiknya. Mereka semua menyayangi ayah tiri mereka yg sgt baik hati.


Penyakit Ku Pian membawanya lebih dekat kepada keluarga Jasmine. Masako yg dicari-carinya ada tidak jauh darinya. Tapi Ku Pian tu masa kat Jepun dulu ok jer, tapi biler balik Malaysia terus jadi gatal semacam tambah2 masa mula2 jumpa Jasmine.


Akhirnya Ultraman berkahwin dgn Masako... hehe.


sinopsis/blurb


Hidup di negara orang memang payah. apatah lagi di negara Jepun yg rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata org, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yg emak tidak mahu cerita...

Kasih Ke Syurga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Raihan Zaffya
Kasih Ke Syurga
Penulis : Raihan Zaffya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Novel Islamik
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
isbn: 9789831245309
486 muka surat


"Seandainya kasihmu bisa membawaku ke syurga, akan kukorbankan jasad dan nyawa"


Kali pertama aku cuba membaca genre Novel Islamik dari Alaf 21. Thanks Uda sbb sudi rekemen baek punya ;)


Rasa seperti tak ada bezanya membaca novel genre ini dengan genre yg sebelum ini. Mungkin selepas ini cerita2 seperti akan dimasukkan dalam group 'islamik'. Elok juga kerana sekarang ini ramai yg memilih genre seperti ini sebagai santapan minda dan rohani. Tahniah kepada alaf 21 kerana peka dengan kehendak semasa :)


Cerita ini mempunyai plot dan kronologi yg kemas dan menyentuh perasaan. Bagi aku cerita ni sedih dan ending nya membuat aku bertambah2 sedih. Kesiannyer kat baby... nasib baik ada atuk ngan nenek. Biasanya kalau aku kata citer sedih , mesti ada yg tanya, part yg buat ko menangis? Bagi aku scene paling menyentuh perasaan adalah semasa ibu Yusuf merujuk Raihana sebagai 'anak perempuan saya'. huhu... memang tangkap leleh.


Kisah ini tentang Yusuf. Seorg lelaki muda yg gemar mendampingi wanita2 cantik. Dia mementingkan duniawi dan sudah sukar ditegur sehingga menimbulkan kerisauan pada ibu dan ayahnya. Yusuf mula berubah apabila tertarik pada Raihana yg mempunyai ciri2 yg jauh berbeza dari semua wanita yg penah didampinginya sebelum ini. Yusuf sendiri seperti keliru dgn perasaannya. Sifat Raihana mebuat Yusuf turut terikut2 untuk berubah walaupun Raihana tidak memberi respond positif kepada hajatnya utk berkawan.


Yusuf mula muhasabah diri dan berubah ke arah positif. Peribadi Raihana turut memikat hati ibu Yusuf.


Cinta Yusuf teruji apabila satu rahsia yg digenggam Raihana terburai. Dia mengidap penyakit yg tak mungkin sembuh. Yusuf tidak dapat menjauhi walaupun dia tahu akibatnya. dia tetap mahu memperisterikan Raihana dan menjadikannya wanita yg paling bahagia.


Ibu Yusuf tidak bersetuju kerana bimbang Yusuf akan kecewa setelah raihana pergi untuk selamanya walaupun ketika itu mereka sudah bertunang. Yusuf tetap bertegas dan dgn persetujuan bapanya, dia mengahwini Raihana yg rupa2nya seorang wanita inggeris yg memeluk agama Islam. dia bukannya islam sejak lahir namun pegangan agamanya jauh lebih ampuh.


Walaupun sikap ibu Yusuf mencuit hiba di hati Raihana, namun kelembutan Raihana mencairkan hati batu ibu Yusuf yg langsung jatuh sayang pada Raihana. Raihana besyukur kerana turut mengecap kasih sayang ibu dan ayah selain dari kasih sayang tidak berbelah bagi dari suami tercinta. Dulu Stephanie/Raihana adalah remaja terbiar. ayahnya kaki judi dan pemabuk, ibunya membunuh diri. Semasa mencari2 pegangan, dia mahukan agama yg mengharamkan judi, arak dan bunuh diri, maka dia bertemu dengan Islam dari seorg kenalan ibunya. Islam membina Raihana sbg muslimah sejati.


Raihana gembira dgn berita kandungannya sedang berkembang sihat dlm rahimnya tetapi Yusuf serta ibu dan ayahnya bimbang. Raihana mahu Yusuf meneruskan hidup dengan zuriat mereka. dia tak mahu Yusuf bersedih apabila dia pergi nanti. Dia cuba mendidik Adura yg masih menyintai Yusuf agar dpt mengganti tempatnya di sisi Yusuf tetapi takdir Allah lebih utuh. Tempat Raihana sememangnya di sisi Yusuf dan tiada yg lain.


Cinta mampu merubah segalanya dengan restu Allah yang maha berkuasa.


Lepas baca buku ni aku baca blurb. Kat situ watak heroin nama Zulaikha lah pulak. Or mungkin Raihana dirujuk sebagai 'Zulaikha' utk yusuf kot.



sinopsis/blurb:


Pertemuan ini tidak dipinta. Namun, takdir Tuhan telah menemukan Yusuf dan Zulaikha. Kesederhanaan Zulaikha memikat hati Yusuf. Tapi pantaskah dia memiliki sekeping hati Zulaikha sedangkan antara mereka ada jurang yg menghalang?


Keimanan dan ketakwaan Zulaikha bagi satu tembok jurang pada Yusuf. Dia merasakan dirinya amat kerdil kerana Islamnya hanya pada kulit sahaja. Telah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT.


Perubahan diri Yusuf menyentuh hati Zulaikha. Di saat mereka hendak diijabkabulkan, umi Yusuf menentang kerana hasutan orang ketiga. Mampukah mereka menghadapi rintangan yg mendatang?

Friday, May 28, 2010

Pesta Buku Islam Kelantan

Start:     Jun 18, '10 10:00a
End:     Jun 22, '10 10:00p
Location:     Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan
info ini aku dapat dari website jemari seni.
Jemari seni akan buka booth kat sana. Nombor booth diorang 48.
Imaen dan Noorsuraya akan menemui anda di sana :)

Jom Cari Novel Baru!

Prince Charming
Penulis:Ratu Bulan
Terbitan Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-016-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau"


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.


“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.


Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!


Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Melur Bunga Ivy
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 10 Jun 2010)


Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
 
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!
 

 

 

Kasihku Airina
Terbitan : Buku Prima
karya : Mazni Aznita @ Anita Aruszi
Harga : RM25.90
Genre : Thriller+sci-fi+ fantasy love story


Aku kehilanganmu... Aku mencarimu... Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu...

 

Sinopsis


Kehilangan adiknya di Mandaluyong Filiphina membuatkan Arina nekad mahu mencari Chayi. Namun pertemuannya dengan Alwiz, lelaki yang menculik adiknya telah mengubah perjalanan hidupnya.


Dia terpaksa membawa Alwiz pulang ke rumahnya dan membenarkan lelaki itu mengugutnya dengan alasan mahukan sesuatu dari ayahnya Fahrin Toh. Tapi tanpa diduga, kedatangan Alwiz dalam hidupnya lebih dari sekadar apa yang difikirkannya. Dia mula mengenali kisah silamnya yang telah dimomokkan oleh ibunya sendiri, Magdalena Anna. Lebih menyukarkan apabila dia mendapati dirinya mula jatuh cinta pada Alwiz.


Siapakah Alwiz yang sebenarnya dan kenapakah lelaki itu menculik adiknya? Apakah dia mampu menahan dirinya dari jatuh cinta pada penculik adiknya sendiri?Apakah rahsia yang menyelubungi hidupnya sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang disayanginya?

Jodoh Atau Cinta
Penulis: Iman Nizrina
HARGA
SEMENANJUNG:RM19
AHLI KN : RM15
SABAH/SARAWAK : RM22
AHLI KN : RM18


"Tak perlu berteka teki... jika benar jodoh ini takdir Nya... hiasilah aku dengan cinta itu"


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara.

Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.


Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

 

 

Jingga Selepas Hujan
Penulis: Mira Muskam
Terbitan KarnaDya


"Kehadiranmu mengubah warna hidupku"


Sinopsis:


Wahai awan, bawalah aliran air matamu pergi dari sini, kerana pelangi sudah datang untuk menceriakan kehidupan dan menghidupkan semula sebuah harapan.


Aryana- pelajar yang hadir dengan pakej tersendiri. Namun di sebalik kecemerlangan yang dikecapinya, tidak ramai yang tahu hidupnya diselubungi kesunyian. Dia tidak pernah merasa apa itu kasih sayang mama dan papa. Dia hilang keyakinan diri dan hidup di dalam dunianya yang tersendiri.


Haikal- dia anak muda yang digilai ramai. Menempuh setiap masa dengan positif dan sempurna. Dia jujur dalam berkata-kata. Dia tenang dalam bicara dan dia juga setia kepada persahabatan yang dibina. Pendek kata, dia ciri jejaka sempurna.


Haikal dan Aryana bertemu dan mengikat janji sebagai sahabat sehidup semati. Namun perasaan yang mula bertunas menjadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dalam ketawa ada duka, dalam senyuman ada derita. Liku persahabatan yang dilalui bagai mimpi yang sempurna dan tiada cacat celanya.


Dugaan itu ibarat perisa dalam kehidupan setiap insan. Sempurnanya mimpi Aryana bertukar menjadi igauan yang menakutkan. Mengapa Haikal mahu pergi begitu sahaja tanpa mempedulikannya? Tidak kasihankah Haikal melihat dia mengalirkan air mata duka. Di mana janji persahabatan yang dibina? Hilangkah nyanyian cinta yang didendangkan saban masa? Aryana perlu untuk mengerti, semuanya adalah takdir dalam kehidupan yang realiti.

Datang Dengan Indah
Penulis: Sarnia Yahya
Terbitan fajar pakeer


"Setelah berkurun menjemput rindu, haruskah kumenunggu..."


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.


“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”


“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”


Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.


Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

 

Tak Secantik Husna
Harga: RM19.90
Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
ISBN: 978-983-124-551-4
Penerbit: Alaf 21


"Setiap kali kulihat wajahmu, bergetar seluruh sukmaku"


Sinopsis: LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.


Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.


Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman Hariez

Kau Cipta Kasih
Harga: RM16.00
Penulis: Azilah Wahab
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-559-0


Sinopsis: Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.


Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya.
Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.


Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!


Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...


Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

 

Dengar Kata Hati
Harga: RM19.90
Penulis: Iffa Zalia
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-565-1


Sinopsis: ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.


Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.


Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...


 

Pesta Buku Selangor 2010

Start:     Jun 25, '10 10:00a
End:     Jul 5, '10 10:00p
Location:     Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor
Pesta buku selangor kembali... serbuuuuuuuuuuuu!!!

NB Kara - booth C7 (dekat mcD)
Jemari Seni - booth 20 (lorong tengah)

Sunday, May 23, 2010

Kempen Galakan Membaca


Ada sapa2 ker yg dekat2 area putrajaya yg nk ke Pameran dan Jualan Bahan Bacaan anjuran Perpustakaan KDN (Kementerian Dalam Negeri). Akan diadakan dari 25 hingga 26 Mei bermula jam 9pg hingga 5ptg. Lokasinya adalah di Ruang Legar Dewan Gemilang KDN kat Blok D1, Kompleks D.

 

Antara yang terlibat:

- Utusan Publications

-Berita Publishing

-Alaf 21

-Creative Enterprise

-Saba Islamic Media

-INTAN

-MDC Publishers

-golden books

-Rentak Inovatif

-Ashe Enterprise

-PNMB

-DBP

 

 



Wednesday, May 19, 2010

Jualan Hebat Kaki Novel


 


 

Ada sapa nak save bajet bli buku morah2? Ha ni kaki novel ada beberapa tajuk buku yang dijual pada harga RM10.00 setiap satu. Harga ini adalah termasuk harga post. buku yg kena pangkah tu dah sold out ya. Cara nak beli:

 

1. Call Kaki Novel bgtau korang berminat nak bli buku apa and semak sama ada buku tu masih ada stok atau tidak. No telefonnya 03 – 4149 0096

 

2. Lepas tu bank in ke akaun kaki novel enterprise sama ada ke akaun ambank atau ke akaun maybank diorang. Guna maybank2u saja. senang.

 


Nombor akaun Kaki Novel ialah:-


Akaun Ambank : 081-202-1000-77-3.


Akaun Maybank: 564810006173



3. Lepas dah transfer duit, korang print out resit maybank tu, lepas tu tuliskan kat bahagian bawah resit tu tajuk2 buku yg korang dah pilih dan tuliskan Nama Penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk memudahkan urusan penghantaran. Then fax kan resit tu ke Faksimili: 603 – 4149 1196

(kalau bayar di kaunter bank atau kat mesin deposit, gamkan resit tu kat kertas kosong dan tulis la details kat bhg bawah kertas tu n then fax kan ke nombor di atas).

 

4. Call semula kaki novel untuk confirm kan sama ada diorang dah terima atau belum fax tu dan semak sama ada nama dan alamat semua jelas atau tidak. Lepas tu tunggu jer lah buku sampai. Biasanya tempoh dalam 7 - 14 hari.

 

Senang....

tempoh masa terhad utk bulan mei dan jun sahaja. bergantung pada stok.

 



Hajat Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaseh Qaisara
Hajat Hati
Sebuah Mini Novela
Penulis: Qaseh Qaisara
Penerbit Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010
RM8.90
Sabah/Sarawak: RM11.90
isbn: 9789833880553
108 mukasurat


Lepas baca Lagu Cinta Buatmu karya penulis ni, memang terasa nak baca karya2 dia yang lain :) Hajat Hati adalah karya pendek dari beliau. Aku suka citer ni. Walaupun pendek tapi padat dan tak boring.


Kisah ni tentang dua sahabat sejak kecil merangkap jiran terbaek! Family diorang memang sgt rapat. Zahrin dah lama syok kat Fatin tapi tak berani meluahkan perasaan. Family Zahrin pun tak simpan harapan tinggi utk Zahrin memiliki Fatin sbb bagi diorang Fatin tu terlalu baik dan terlalu cantik utk anak mereka Zahrin.


Mak Zahrin nak tunangkan dia dgn sepupunya tapi Zahrin reject awai2. Ini menyebabkan bermacam spekulasi timbul mengenai citarasa Zahrin dlm bercinta tambah2 Zahrin ni kerap keluar dgn 'Fir'. Kesian pulak kat Zahrin tu sbb org dh salah sangka dgn dia termasuk Fatin yg menjadi sebahagian dari pasukan penyiasat utk mak ayah Zahrin.


Bila tau tanggapan salah semua org terhadap dia yg lelaki normal, dia terus jadi berani utk meluahkan perasaan, tapi still tak berani berdepan dgn Fatin. Dia hantar mak ayah dia pakai baju cantik2 gi risik org sebelah rumah. :) Pelik pulak mak ayah Fatin tengok org sebelah rumah pakai baju mcm nak gi kenduri datang rumah diorang.



sinopsis/blurb:


Zahrin sudah terlalu lama menyimpan perasaan buat Fatin. Sejak dari bangku sekolah lagi. Namun disebabkan mereka adalah jiran yg paling rapat, perasaan itu kekal sbg hajat hati yg tidak mampu diluahkan.


Kehadiran Misya, adik sepupu Zahrin, benar-benar menguji kesabarannya. Lebih2 lagi cadangan untuk menjodohkan mereka berdua. Zahrin bertegas menolak. Sikap Zahrin menimbulkan curiga di kalangan ahli keluarganya sekali gus mereka membuat andaian sendiri. Dia sentiasa dicurigai dan akhirnya Zahrin menyedari akan semua perubahan yg berlaku di kalangan ahli keluarganya, termasuk Fatin sendiri.


Penjelasan Fatin tentang semua perubahan itu amat memeranjatkan Zahrin lantas nekad utk meluahkan hajat hatinya. Adakah hajat di hati bakal berbalas? Apakah Fatin turut berkongsi rasa?

Tuesday, May 18, 2010

Ingin Hati Melukis Kata

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bikash Nur Idris & Ebriza Aminudin
Ingin Hati Melukis Kata
by Bikash Nur Idris & Ebriza Aminnudin
Editor: Suri Mohd Adam / Eve Hawa
Terbitan Fajar Pakeer
(Dwilogi Cinta)
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
467 mukasurat.


Bagi saya nama Bikash sudah sinonim dengan kisah2 cinta romantik komedi. Cinta menjadi isu hati yang amat penting dalam kisah-kisahnya dan kasih sayang adalah tunjang cerita terutamanya kasih sayang dalam keluarga.


IHMK tidak ketinggalan dipadatkan dengan perkara2 ini dan memang kita tersenyum menghayati kisahnya :)


Kisah ini tentang Ainsya, gadis biasa2 yg meniti usia yg sepatutnya sudah bersuami dan mempunyai anak2 sendiri. Sbb tulah dia menerima saja menantu pilihan ibunya, Solehandin yg kacak bergaya dan lebih muda darinya. Dua minggu sebelum perkahwinan mereka, dia terserempak dgn Solehandin dalam keadaan yg memalukan, membuat dia mahu menarik diri dan buat kali pertama seumur hidupnya, dia terpaksa melawan kata-kata ibunya.


Tindakannya menghadiri satu majlis syarikat telah menyeretnya ke satu kemelut yg bakal merubah segala-galanya. Ainsya terpaksa bertanggung jwb ke atas Raimi kerana dia dikatakan telah mencemar maruah lelaki itu setelah tertangkap basah. Erk terbalik! Raimi tu ada agenda tersendiri setelah jatuh cinta pandang pertama dgn Ainsya. Ainsya dibuang ibunya kerana masih menolak utk mengahwini Solehandin walaupun Solehandin masih sanggup menerimanya. Jalan keluar terbaik utk Ainsya adalah Raimi yg mempunyai seorang ibu yg sangat penyayang. Masalahnya mamat tu gatai semacam jer biler dengan Ainsya.

apa nasib Ainsya? :) ;)


Habis jer kisah Ainsya, terus ke bahagian kedua novel ini.

------------
Kisah kedua dalam novel ini adalah hasil nukilan Ebriza Aminudin. WAtak-watak kisah ini masih berlegar dalam universe yang sama dengan kisah pertama. Ada juga part yg menemukan Ainsya dgn watak2 dlm kisah kedua.


Memang terasa seperti membaca dua buku yg berbeza bila baca bahagian kedua kisah ini. Cara penyampaian kedua2 penulis adalah sangat berbeza. Kalau nak dibandingkan, aku lebih suka style Bikash la ;). Cerita kedua ni buat aku pening dan geram dgn Ruzaiman.


Dalam kisah ini Ruzaiman mempunyai masalah yg sama dgn Ainsya. Dia sudah melewati umur yang lebih dari cukup utk berumahtangga. Demi utk menutup mulut ibunya yg tak abis2 membangkitkan isu itu, dia mereka-reka ciri-ciri wanita yg diingininya sbg isteri. Memang ciri-ciri yg dinyatakannya tu tersangatlah perfect dan cantiknya, and amazingly the woman exist dan Ruzaiman terperangkap dengan kata-kata sendiri. Dia sendiri hairan kenapa setelah berdepan dgn Jazshira yg mempunyai semua ciri yg dikehendakinya, dia masih belum jatuh cinta.


Aku kurang senang dgn sikap Ruzaiman yg jelas tidak senang dgn kehadiran Jazshira. Kata2 jelak, meluat semua tu hanya terzahir di dalam hati Ruzaiman. Secara logic nya kalau dia tak nak ambil Jazshira sbg isteri seperti kehendak ibunya, kenapa dia melayan dan seperti memberi harapan kepada Jazshira dan ibunya sendiri?


joke 'lempeng basi' yg digunakan berulang-ulang jadi macam pelik pulak bila dah byk kali sangat. dan juga penggunaan kahkahkah kihkihkih kuikuikui hehehe (dan yg sewaktu dgn nya) kdg2 buat aku rasa mcm tengah baca something dalam emel atau blog dan bukannya dalam buku.


Ruzaiman dpt merasakan pencariannya berakhir apabila bertemu Fadxiora. Tapi macam mana dgn Jazshira, menantu pilihan ibunya? hehe, pandai2 la nak idup Ruzaiman uit.


:)






sinopsis/blurb:


Menjangkau usia yg lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hatimungkin belum dibuka namun hati keluarga yg sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yg mendpt gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dgn kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.


Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba2 menolak perkahwinan yg bakal berlangsung 2 minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari dari kenyataan, namun kenyataan tak pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam 2minggu itu - dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir utk cuba mengubati.


Ruzaiman, sukar utk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta utk Jazshira namun dia terperangkap juga dlm kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetarkan hati dan sukma.


Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua utk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yg menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada utk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada...?




Monday, May 10, 2010

Cinta Edisi Terhad

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Cinta Edisi Terhad
Penulis : Lynn Dayana
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
cetakan pertama 2010
Alaf 21 Sdn. Bhd
489 mukasurat


"Cintamu membawaku ke langit biru..."


Permulaan cerita sudah membuat kita terasa aura 'thriller' yg bakal menyelubungi kisah ini. Walaupun menjadi mangsa runtuhan bangunan, ketiga-tiga watak utama cerita ini panjang umur, dan itulah menjadi titik permulaan perubahan besar dalam hidup mereka. Tanpa mereka sedari ada insan keempat yg turut menghayati luahan rasa mereka ketika menunggu bantuan tiba. Insan keempat yg bakal membela nasib yg mereka walaupun ada nyawa yg bakal dikorbankan... jeng jeng jeng...


Lynn Dayana kelihatan seperti semakin selesa dan serasi menyulamkan kisah cinta dan thriller dalam satu novel. Pengisahan thriller-misterinya membuat kita ingin tahu apa yg tersembunyi di sebalik kisah ini dan kisah cintanya juga mencuit perasaan.


Tentula aku paling suka kisah Zira Maya & Qairil. :) Zira Maya seorg anak angkat yg dahagakan kasih ibu. Ibu angkatnya tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Hanya ayh angkatnya yg memberi kasih sayang tanpa berbelah bagi dan meninggalkan harta kekayaan kpdnya. Dia membesar menjadi seorg wanita berkerjaya yg kelihatan sombong dan bongkak (dan bos yg garang). Ibu angkat dia tu cuma gunakan Zira Maya utk bermegah2 dgn kawan2 kerana Zira Maya seorg gadis yg sgt cantik. Tapi Zira Maya tetap rasa terdera.


Pertemuan dgn Qairil (selepas kejadian bangunan runtuh) membuat hidupnya terganggu. Qairil seperti dpt mengesan the soft side of Zira Maya yg terkenal dengan sikap wanita besinya. Kehadiran watak Elisha sedikit membunuh kegembiraan aku terhadap perkembangan hubungan Zira Maya & Qairil. Dah la family Qairil pun dah suka kat Zira tu... Apada Qairil tu dah ada makwe, still nak ngorat Zira. Tapi makwe dia tu ntahapa-hapa jer perangai. Patut ar Qairil ushar org len.


ha ada sapa2 yg akan panjat gunung Kinabalu dlm masa terdekat ni? elok la baca buku ni utk panduan apa preparation nyer :)


Kisah Haida dan Fariz adalah lebih misteri. Setelah sekian lama bertunang, Haida dihantui dosa lalu. Fariz cuba memahami tetapi Haida semakin menjauhi. Walaupun si petualang sudah tiada namun rasa bersalah tetap menghantui dan membuat dia merasa menjauhi Fariz adalah lebih baik kerana dia merasakan dirinya tidak layak utk lelaki seperti Fariz. Aku tekejut juga bila tau siapa Dahlia tu sebenarnya. Memang unexpected!


Paling geram baca kisah Julia Hana yg menjadi mangsa suami curang. Julia adalah isteri yg baik dan disenangi ibu mertuanya. Tapi Hairul sudah hanyut dlm cinta nafsu. Julia terdera. Sedih giler biler dia tak sempat gi tengok mak dia yg meninggal dunia tu dan Hairul tu buleh tak nak amik tau langsung. Memang sangat puas hati dengan nasib Hairul akhirnya. Bila tau ex bini dia pandai buat duit, sibuk pulak nak tuntut hak. hishhhh memang badigol.


Orang keempat yg menjadi misteri dlm citer siapa? dan siapa yg dia buru? kena la baca sendiri ;)


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yg sepi, hidup yg malang dan cinta yg tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai ke bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yg hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yg lebih sempurna.


Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yg si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dgn materialistik dunia. Dihampiri Malaika maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yg sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yg berusaha.


Mampukah mereka meraih cinta yg terhad haknya?

Cinta Sufi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ramlee Awang Murshid
Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid
Cetakan PErtama 2010
Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
499 mukasurat


"Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit"


Ramlee Awang Murshid terus berjaya melonjakkan keperibadian Saifudin dlm Cinta Sufi sepertimana kejayaannya menggarap perwatakan SAifudin dlm trilogi Bagaikan Puteri sebelum ini. Saifudin yg tidak jemu2 mengagungkan kekuasaan Allah turut memberi keinsafan kepada pembaca dan meneguhkan lagi kepercayaan kita pada Allah. Iman adalah senjata kekebalan Saifudin yg tiada tolok bandingnya. Pendindingnya adalah kalimah2 suci Al-Quran. AsmaulHusna jadi dendangan penghibur jiwanya. Kepahlawanan Saifudin diserlahkan dengan amalan2 keagamaan yg amat mudah tetapi keberkesanannya sangat besar kerana keimanan dan kepercayaan Saifudin kepada Allah tidak berbelah bagi. Bagi saya ini adalah motivasi yg baik utk pembaca. Dalam memberi hiburan, RAM menyelitkan nilai2 rohani yg tinggi ke jiwa pembacanya. Membuat kita mahu menjadi seperti Saifudin yg mengasihi sesama manusia kerana Allah. Lillahita'ala.


Saifudin yg baru pulang dari masa depan menghadapi kecederaan jiwa yg maha hebat sehingga kekuatan fizikalnya hampir lenyap. Tapi ianya tidak melemahkan imannya langsung. Dia menjadi tawanan Portugis selepas kejatuhan melaka lalu diisytihar sbg hamba sahaya kpd Catalina, balu kaya dari Portugis yg mahu ke Hulu Melaka mencari Maryam yg muncul dlm mimpinya.


Perjalanan mereka dihujani pelbagai dugaan dan Saifudin berjaya diselamatkan lalu dibawa ke binaan langit oleh bangsa Polip yg beriman dgn Allah. Di sana Saifudin pulih sepenuhnya dan Luna cuba menghulurkan cinta.


Setelah sembuh, takdir menemukannya semula dalam Catalina dan dia mahu membantu Catalina mencari Maryam kerana dia percaya perjalanan Catalina adalah pencarian takwa. Macam boleh teka siapa Maryam memandangkan dlm trilogi sebelum ini ada saja watak yg merentas masa. :)


TAk sangka pulak aku Puteri Gober Gandring tu hidup lagi ermm kira idup ker kalau jadi pontianak? ngeri ngeri... Dlm Cinta Sang Ratu dia kalah teruk di tangan Saifudin sehingga terlucut segala kuasa saktinya. aku paling ingat scene Saifudin tulis 'alif-lam-lam-ha' tu. :)


Ending Cinta Sufi walaupun penuh teka teki tetapi kita seperti dpt meneka apa yg telah terjadi. Tetapi kejadian kecurian keris nanggroe dan catatan Maryam tu membuatkan kita ingin tahu apa yg terjadi selepas itu???? ada sambungan lagi ke?


sure fine whatever



sinopsis/blurb
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.


Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yg dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yg menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yg dipendam Luna.


Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yg berliku, malah terkurung dlm cinta segi tiga yg terlafaz dan tersembunyi.


CINTA SUFI

kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yg nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dgn rasa cinta dan pengorbanan.



Friday, May 7, 2010

Novel baru Di Pasaran :)

haaa dah mula promo balik!

 

Bini Aku Tomboy Ke?
Penulis:Arisa Eriza
HARGA SEMENANJUNG : RM19 AHLI KN: RM15
SABAH/SARAWAK : RM22 AHLI KN: RM18
Terbitan Kaki Novel


Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”


Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”


Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?


Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Mencari Jalan Ke Syurga
Penulis: Hasliza Ismail
Terbitan Kaki Novel
HARGA SEMENANJUNG : RM19 AHLI KN: RM15
HARGA SABAH/SARAWAK : RM22 AHLI KN : RM18

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

TANPAMU DI SISI
RABIHAH NUR RIDHUAN
buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-39-6
464 muka surat


Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.

Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

SEANDAINYA KAU ADA
KAMSIAH ABU
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-40-2
480 halaman
Buku Prima


Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

Ilusi Hati
Penulis: Haiza Najwa
ISBN: 978-983-124-522-4
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Alaf 21 Sdn. Bhd


Sinopsis: TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain.

Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang.

Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing.

Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya.

Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

 


Rindu Tercipta
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Alaf 21 Sdn. Bhd


Sinopsis: SAAT Anis mengumpul se juta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.


Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.


Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.

 


Wangian Kasih
Alaf 21 Sdn. Bhd
Penulis: Mahmud Eddie
ISBN: 978-983-124-524-8
Harga: RM18.00
Halaman: 496


Sinopsis: Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa.

Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri.

Bekerja di syarikat pembinaan, milik datuk jamalul telah mengajarnya erti kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Kejujurannya yang tulus telah membuatkan amin di-amanahkan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada lelaki itu.

Namun, kehadirannya di dalam keluarga datuk jamalul telah menerbitkan rasa benci di hati safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.

Bulan berganti bulan, amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan datuk jamalul dan dirinya terus dibenci oleh safika.

Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini? Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya? Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.