Tuesday, March 30, 2010

Cinta Kepala Batu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ayu Emelda
Cinta Kepala Batu
Penulis: Ayu Emelda
RM19.90
RM22.90 (sabah/sarawak)
isbn: 9789831244739
487 mukasurat


"Dalam benci ada rindu
kerana rindu aku merana"


Kisah benci jadi cinta. Bagi yang enjoy cerita gaduh2 sayang tu, sesuai la baca citer ni :)


Syaira diwasiatkan hak penjagaan ke atas dua anak kakaknya. Dia nekad mengambil tanggungjawab itu tambah2 lagi dia takut anak2 buahnya akan terlepas ke keluarga mertua kakaknya. hubungan mertua tu tak berapa elok sbb kakak dia kawin gan abg ipar dia kat luar negeri, abis belajar balik dah bawak balik bini ngan anak.


Kalau syaira menolak wasiat tu, secara otomatik, Adam, adik ipar kesayangan kakaknya akan mendapat hak penjagaan.


Namun, bukan mudah gadis bujang berkerjaya nak menanggung beban sbg ibu bapa kepada gadis berusia 14thn dan anak kecil berusia 5 thn.


Adam cuba memujuk tunangnya Adleena agar bersetuju bersama-samanya menjaga Nicky dan Nadia setelah mereka kawin nanti. Adleena tak setuju dan pertunangan tu putus.


Adam nekad melamar Syaira yg garang dan keras kepala kerana perkahwinan mereka akan menyelesaikan isu masa depan Nicky dan Nadia sebab hanya mereka berdua yg betui2 sayang dgn budak2 tu. Kalau diorg kawin dgn orang lain, belum tentu pasangan diorang akan dapat menerima anak2 segera yg bukan anak kandung mereka sendiri. Lagipun sebenarnya Adam tu dah lama syok kat Syaira tu, tapi sikap degil dan ego Syaira telah mebuat Adam lebih banyak mengusik dari meluahkan perasaan pada Syaira.


Demi anak2, Syaira menerima lamaran itu tanpa mengetahui ibu Adam telah meletakkan syarat utk menerimanya. Nicky menjadi galang ganti dan seperti kakaknya, Syaira juga bukan menantu pilihan. Nicky semakin renggang dengan Nadia dan Syaira. Nicky tu makin kasar, tak tau la mcm mana mak Adam didik dia. Sebenarnya Nicky tu tahap garang dia sama jer ngan mama Syaira dia tu. Dua2 batu besar dalam kepala ada duduk. Nicky tu sampai mencederakan Nadia malah memaki hamun Syaira sesedap hati.


Syaira betul2 terikilan, tambahan pula Adam tu sama jer ngan maknya percaya kan Nicky. Syaira terus minta izin utk sambung pelajar ke U.S yg ditaja oleh tempat dia bekerja dan Adam mengizinkan dia bawa Nadia. Di sana dia mengenal erti rindu manakala Nicky pula dilanda penyesalan setelah ditinggalkan.


Adam sanggup gi cari Syaira kat US tapi tak berjaya pujuk Syaira balik. Adam pulak yg balik bawa hati yg merajuk sbb Syaira tak penah bgtau dia yg dia penah pregnant anak diorg tapi keguguran. Syaira cuba menyembunyikan kandungan kedua tapi tak berjaya sbb Adam kat Malaysia nun yg muntah2 dan ngidam macam2.


RAsanya Ayu Emelda masih lagi memilih utk melagukan cerita kawin paksa dalam kisah ini tetapi ada kelainan berbanding 2 novelnya yg terdahulu. Kisah kali ini terasa lebih kemas dan menarik :)

Ruang Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rozita Abd Wahab
Ruang Rindu
Penulis: Rozita Abd Wahab
isbn: 9789831245149
RM19.90
sabah / sarawak RM22.90
504 mukasurat


"Bibir tak bisa berbicara bahasa rasa"


Aku suka citer Rozita Abd Wahab yg ni berbanding yg first dgn alaf haritu. Cerita yg membuat kita tersenyum senang :)


Camelia seorg gadis tomboy. Ibunya takut dia tidak akan bertemu jodoh lalu pandai2 tunangkan dia dgn Halil, anak kpd seorg guru yg pernah mengajar Lia semasa darjah 4. cikgu tu tak kisah dgn sikap kasar Lia malah dia rasa sikap itu sepadan dgn Halil yg suka tukar2 makwe yg langsung dia tak berkenan nak buat menantu.


Halil menurut kata ibunya, lagipun tak rugi apa sbb Lia pun cantik orgnya, cuma tomboy ja. Dia cuba memikat tunangnya setelah 3 bulan bertunang. Tapi masa Lia outstation kat JB, dia dah kantoi. Lia bertembung dgn Halil bersama 'tunang' lain di JB. Lia sgt gembira sbb skrg dia ada bukti yg kukuh utk membatalkan pertunangan dgn Halil walaupun dia sgt sygkan ibu dan bapa Halil yg baik hati tu.


Sebaik saja putus tunang, Halil dipindahkan ke pejabat KL betul2 dekat dgn ofis Lia sbb dulu dia memang nak dekat dgn tunang dia, tapi sekarang dah break, Halil menggunakan peluang itu utk keluar ngn lain2 perempuan utk buat Lia cemburu. Masalahnya Lia tak cemburu pown. Lia semakin jauh tapi Halil pulak dah makin syok kat Lia. Halil sanggup membuang rasa malu dan cuba meminta bos Lia utk menyuarakan hasrat hatinya utk kembali pada Lia. haha silap banyak!!! rupa2nya boss Lia tu pun syok kat Lia dan melamar Lia utk diri sendiri, bukan utk Halil! haha padan muka Halil, dia ingat kalau dia tak nak kat Lia, takkan ada org lain yg nak kawin dgn Lia. Tomboy2 Lia tu pun ramai gak yg berkenan.


Bila tau Lia dilamar boss tu, Halil terus gi debik mamat tu. sabo jer aku. dia risau kot sbb bos Lia tu walaupun duda, tapi hensem. anak2 boss tu pun rapat giler ngan Lia, lagi la dia bimbang.


Lia memang penah ada pakwe dulu (namanya Tuan Amir) tapi mak Amir tu Datin, dia tak suka Lia yg tomboy tu. Dia kata tak sesuai buat menantu. dia siap hina2 si Lia tu. Kesian. Yg dia bekenan, mak nyer tak suka pulak. Yg dia tak berkenan, maknyer suka sangat2 la pulak.


Halil panik bila rumah Lia ada kenduri selepas beberapa hari Lia memperkenalkan Tn amir sbg bakal suaminya. Dia nekad gi rempuh bilik Lia dan nak pujuk Lia sampai stuju kawin ngan dia.


Ada lagi kisah selepas tu...


Kenapa ek skrg aku senang nak suka dgn cerita yg buat aku nangis? Adeh la...


15 Hari Merebut Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Shiha
15 Hari Merebut Cinta
Penulis: Dhiya Shiha
Terbitan Fajar Pakeer
Mini Novela
Cetakan pertama 2010


Ryna pernah menjawab pertanya tiba2 seorg kawan, Lin tentang Syafary yg dikatakan tak hensem. Sesi kutuk mengutuk tu didengari Syafar. Aznil, sahabat baik Syafary memberi senarai 15 hari merebut cinta kepada Syafary supaya Syafari boleh mula memikat Ryna dalam tempoh 15 hari. Teragak-agak Syafary menyambut cabaran Azril yg sudi menjadi mentornya. Syafari sedar kekurangan diri. Satu assignment telah membuka peluang kepada Syafari utk mendekati Ryna. Demi tugasan penting Ryna semakin mesra dgn Syafary yg dilihat semakin sejuk mata memandang. Berjaya Syafary ikut step by step artikel 15 hari merebut cinta tu? berkesan ke cara2 tu?


Syafary berazam akan melengkapkan misinya pada hari kekasih.


Cerita cinta tentang teknik memikat yg sweet utk dibaca. Hana dan Linda tu org yg sama ke? Confuse aku bila baca kelihatan seperti LInda dn Hana adalah org yg sama. Azril tu memang mentor yg best tapi kejanya tiiiidooo ja, tapi otak jalannn. haha.

Di Mana Terangnya Bulan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Bahruddin Bekri
Di Mana Terangnya Bulan?
Bahruddin Bekri
PTS
Cetakan Pertama 2010


"Sebuah kisah yg menyimpan senyum..."


Cover dia lain la, dia lipat back flip dgn bahagian bulan dipotong bulat so tht cover dalam dan luar back flip tu terlihat bulan yg sama :)


Kali ni che din membawa kisah yg bakal berlaku in the future. Di mana melanjutkan pelajaran adalah merupakan pelaburan yg berisiko tinggi dan bukan semua dpt menyediakan wang utk pelajaran. Semua bayaran mesti settle selungguk semua so tht pelajar akan rasa bertanggungjawab belajar dgn sungguh2.


isu masuk kawasan kena bercakap Bahasa Melayu Tinggi tu lawak la. Kena lengkap tatabahasa dan tersusun frasa tu pun tak tahan, sampai pak guard pun cakap bahasa buku! huhu...


Hero yg diangkat kali ni adalah Kamarul bin Zamarul budak negeri Sembilan yg mendapat peluang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi yg terletak di SArawak.


Disebabkan dia sampai lambat sbb tunggu air jampi dari ustaz kegemaran ibunya, dia terlepas peluang tinggal di asrama lalu terpaksa menyewa walaupun telah menjadi ahli MLM jual air bg org pandai. edeh.. mana la datang menda2 mcm nih. haha memang tergelak2 la.


Walaupun yazid bustaman adalah teman serumah yg pelik, Kamarul rela sbb itu telah menjimatkan separuh belanja bulanannya. Tetapi kehadiran jejaka yg lebih pelik iaitu Selamat yg mau dia jadi spy, adalah lebih menyenangkan Kamarul kerana Selamat nak tanggung sewa rumah semua dgn syarat, dia membantu Selamat.


biasala, kalau citer che din mesti ada geng yg special dan misi yg perlu disempurnakan. Kali ni geng dia nama GENG PELANGI. haha.. macam kumpulan trio nyanyi sambil petik gitar. Membuatkan aku teringat kepada Geng Citrawarna dalam movie Dunia Baru The Movie. heh heh.


Teng An Ni yg dicintai Kamarul dlm diam pun ada misteri tersendiri. Bondan tu kelakar la. Dan yang buat aku tergelak sakan biler memang terbukti ada Alexander The great yang anyam tikar dan buat tudung saji utk dipasarkan. Haha, nak buat camner, lahir2 mak bapak dia dah bagi nama tuu.


masa nak bawak Kamarul keluar, Selamat suruh pakai baju yg paling terbaik dia ada, so Kamarul pakai la baju smart ala2 kumpulan raihan tu. Skali selamat bawak gi disko dangdut Yeyeh. haha... hampir2 jer satu disko tu nak bersepah lari biler tengok org muka dan baju ala2 ustaz masuk situ.


Berjaya ker Kamarul menempuh situasi yg kelam kabut di situ dan menyelamatkan kawan2 dia? kena la baca sendiri dan selamat ketawa :)) So, di mana terangnya bulan? cari la dlm buku ni. hehe.


--
sinopsis/blurb (dari web pts)
Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak 'Kolej Melayu Tinggi' yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap dirumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.

Seindah Sakura

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Liza Zahira
Seindah Sakura
Penulis Liza Zahira
Terbitan Alaf 21
Tahun 2010
RM19.90


"Sejujurnya aku tak bisa bersembunyi di sebalik perasaan ini"


Ntah pukul brapa baru aku bleh tido lepas baca buku ni... sedangkan dah beberapa jam abiskan dah citer tu. geram ada, sakit hati ada, kelakar ada. Semua rencah perasaan ada terbaur dalam karya ini.


Kisah ni bagi aku dalam kategori kisah yang heavy lah. Bagi yg gemarkan kisah yg sarat dengan konflik, memang ini adalah pilihan yang tepat. Bagi saya dalam novel kelima ini Liza Zahira menampilkan pengisahan yang kemas dan lebih menarik berbanding sebelum ini, tambah2 pula and sulaman rentak komedi yg tak disangka2 walaupun tak banyak tetapi tetap membuat kita ketawa. Sebab before this kalau baca karya2 LZ memang kisahnya cintanya serius.


Rasa banyak nak cerita, tapi aku cuba ringkaskan. Shakira disangka pelajar bermasalah oleh gurunya, Airil. Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil kerana buruk sangka pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.


(awas banyak spoiler di hadapan, kalau nak baca novel ni dan memelihara elemen2 kejutan ketika membaca, boleh stop baca kat sini :)


Then ibu Shakira, Rosmah, yg lama menghilang telah muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun anak datuk tu, Anida membencinya, kerana rumah buruknya telah hangus terbakar.


Anida tu jeles dgn kemesraan antara Airil dgn Shakira lalu membuat fitnah dan perangkap agar Airil terus membenci Shakira.


Aku geram jugak biler Airil tu mcm mudah sangat percaya dengan fitnah budak 16thn sedangkan satu rumah tahu Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. siap maki hamun terang terangan.


Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Perasan la Airil tu. Lepas tu bleh plak frust n bawa diri ke London sambung belajar.


Dengan ihsan Datuk Walid, Syakira berjaya meneruskan pelajaran dan amik SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila pandangan org tua tu dah kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid utk membawa pulang ibunya yg HIV positif utk dirawat secara rapi di rumah, Syakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun takkan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.


Syakira tentula tak mau tapi ibunya melihat itu sebagai peluang utknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yg membelenggu Shakira sejak lahir. Syakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yg datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yg kononnya mahu membantu (mcm kisah benar yg pernah saya baca di akhbar/majalah) dan kemudian dia juga hampir2 dilacurkan. semua tu berlaku dlm tempoh kurang 2 hari kalau tak silap. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan 'pakcik' seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat2 tersebut, lalu dptlah dia berbini baru yg baginya seiras dgn arwah isteri pertamanya dulu.


Scene nak gi pejabat kadi tu unexpectedly kelakar lah, bermula dari pagi2 tu lagi Shakira lambat bangun, dia bersiap dlm masa 6minit ja dan sah2 la tak mandi. Masa dlm keta dgn org2 tua tu, dia siap tido berdengkur sampai pak imam tegur kata kat datuk tu biasa la, budak2 memang macam tu. haha malu jer, tau pun kawin dgn budak2. Lepas tu pulak berpeluh2 tunggu tok kadi sbb letrik tarak, Shakira masuk dlm keta ekon terus 'harum' semacam satu keta bau org takmandi + bau peluh fresh. haha.


SElepas 4 tahun ijazah, Syakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh tu dia rapat dgn Putera Haziq yg sungguh2 menyintai dia, siap curi2 gi rumah Syakira dan melamar Syakira melalui DAtuk Walid yg disangka ayah kpd Syakira. tu pun lawak jugak. Sebenarnya masa tu Datuk Walid sdg menguruskan urusan penceraian diorang, mgkin sbb rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Syakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ni ada agenda yg baik dan positif utk Syakira. Dia bukannya org tua miang, cuma cara penceritaan mula2 tu mcm nak buat kita percaya Datuk tu teringin bini muda belia. Saya rasa kagum jugak dgn innocent nya si Syakira tu masih lagi mempertahankan maruah diri walaupun beberapa kali dia terdedah pada bahaya itu. Selepas berkahwin ngan Datuk Walid dulu dia jadi seorg gadis yg sudah berani bercakap sinis. Dan lepas bercerai dan sebahagian harta dapat la diserahkan pada Syakira tanpa perlu dipersoalkan sesiapa akan haknya itu.


Tapi tindakan ni buat aku rasa Datuk Walid lebih pentingkan kebajikan dan masa depan Syakira dan seperti melupakan anak kandungnya sendiri, Anida, yg lebih memerlukan bimbingan kerana sikapnya yg bongkak tu.


Aku suka la part interaksi Shakira dgn Ghani yg perasan bagus tu. Shakira tampak sangat yakin berdepan dengan situasi dlm syarikat tu. Bagi aku cerita ini ada pergerakan cerita yg pantas dan tidak membosankan tetapi kehadiran Roni dalam hidup Shakira kelihatan seperti anti-klimaks sedikit. Kalau la Airil yang muncul masa tu dan endingnya di situ, rasanya aku akan sangat gembira. haha.. ciss mementingkan kegembiraan sendiri!


Apa2pun citer ni happy ending :) yg org jahat mendapat balasan setimpal.

Sunday, March 28, 2010

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2010 Part 2




2nd weekend aku pegi lagi. Bukannya apa, saja seronok2, dpt juga jumpa kawan2 yg dah lama x jumpa dan juga yg pestaim jumpa.

 

Hari sabtu subhanallah ramai nya la kat situ. Tambah2 bila masuk Dewan Karangkraf tu.. aduih, tersumbat! nak kona kiri tak bleh kanan pun tak bleh... hanya org yg betul2 minat buku ja bleh survive kat tempat camtu. haha.. bukannya apa, aku terdengar jugak suara marah2. kesian la anak2 yg nak masuk situ dah kena marah sbb si mak atau si bapaknya dah tension dgn terhimpit2 kat situ. Nak buat camner, kat mana2 pun org ramai, kalau tak suka tempat sesak, tak payah la datang weekend. datang la lepas opis hour or mlm sbb around 9 baru tutup. Kalau pun ramai org masa tu, tak der la seramai waktu puncak antara jam 10-5ptg. Sebenarnya saya pun dah dipanggil 'bangang' masa kat situ (kat LRT pun). aduih. entah la. situasi yg macam tu kita tak bleh control, org tolak sana sini. Kalau nak jalan straight elok, jgn la masuk tempat2 macam tu. kalau hati cepat panas, fius cepat terbakar, dan mulut tak boleh nak control, elakla masuk tempat org ramai dan menambah
dosa kering dengan decit2 yang tak sedap didengar.

 

memang macam2 gelagat manusia ada. Ada yg kuar dgn muka masam ada kuar ngan muka manis wpun tempat sesak. Kalau aku, memang muka manis. Pegi jalan lenggang kangkong, balik jalan lenggang kongkang. Jenuh heret beg, letih, penat, nak pengsan semua ada. haha. Yang pelik tu masa kat pesta buku sihat walafiat, jalan sana, jalan sini tak brenti, sampai jer rumah terus jadi lemah longlai tak larat nak jalan.

 

Kak Sofia, thanks so much sudi mencari jejak saya kat pwtc tu. haha.. memang merata2 ada, tapi last2 kita bertembung kat js! :) Niwati pun saya terserempak kat JS jugak!

 

Seronok jugak tengok meja penulis yang makin meriah sekarang ni dgn muka2 baru dan otai2. Ada yang tersenyum manis melempar pandang pada those yang jalan tertoleh-toleh depan diorang sbb nak tengok penulis mana? buku apa? nama apa? Tapi ada gak penulis yang buat muka blank. Org tengok pun takowt. Kalau boleh senyum la selalu (takyah sengih), org tengok pun sejuk hati dalam tempat2 yang sesak tu. Kadang2 fans ni diorang tengok jugak penulis tu cemana, tersenyum mesra ker, garang ker, sebab lepas beli buku nanti mesti nak gi amik signature, lepas tu nak ajak tangkap gambar... sbb bila kita dekat2 situ, kiter akan dengar komen2 dari those yg melintas pi mai pi mai kat situ. "aku nak pegi amik sain tapi takut la tengok dia."

 

Hari Ahad pun pegi lagi. Ada janji ngan org lain pulak. tapi rasanya tak la seramai sabtu tu. BAnyak betul Alaf21 Release buku baru termasuk yg bulan APRIL DAN MEI! Siapa yg sempat beli masa pesta buku ni memang kira antara yg terawal di malaysia dapat novel2 tu. org lain terpaksa tunggu release date ;)

 

Akhirnya aku dpat beli t-shirt 9Nyawa, dah lama aku dok drool kat kelabram. :)

 

 



Friday, March 26, 2010

Novel Terbaru di Pasaran

Most of this books dah ada kat pesta buku :) kot2 la ada yg nak pegi book hunting esok! ;)

Matahari Cerah Lagi
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Idea
Harga : RM21.90


"hangat dan dingin bersatu di hati tatkala wajahmu melayari ruang mindaku"


Sinopsis :

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.


Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar
secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.


Adakah Suha terus nestapa?


Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?


Dan...


Mampukan Yem menggapai cintanya?


Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap
mendambakan cinta... Suha.


Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.


Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.


Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

------------------

Megalomania 3
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : CESB
Harga : RM21.90

"aku tetap bangkit berdiri walaupun tersungkur berkali-kali"

Telah aku tinggalkan memori bersamamu. Memori indah yang tidak akan berulang kesekian kalinya. Walaupun dibelit duka, diselit sembilu aku harus teruskan
hidup bersama dia. Cukuplah sampai di sini rindu ini. Namun, cahaya yang diharap apabila bersamanya hanyalah suram bak malam tanpa bintang. Aku tidak beerti
baginya, Abang Farhan…. Jika kau menderita di sana, aku terseksa di sini.


Diseksa zahir dan batin tanpa belas oleh dia kerana dendam yang tiada berkesudahan. Siapakah yang bersalah? Aku yang terpaksa memilih atau takdir yang
memisahkan kita, Abang Farhan? Sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir.


---------------
Aku Yang Terluka
Penulis : Wannie Nordin
Penerbit : CESB
Harga : RM39.90

"bagiku penantian itu bukan satu penyeksaan"


Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai... sesungguhnya aku adalah seseorang yang begitu bodoh untuk memahami dan
menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah... diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan.

---------------

Percaya ada cinta
Penulis: Ryana Adrina
Harga: RM18.00
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-513-2


Sinopsis: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya.
Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!


Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.


Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?

-----------
Segalanya Kuterima
Penulis : ROSA NUR IMANI
Harga :RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-22-8
Halaman : 528 hlm
Tarikh Terbit: 15 Mac 2010


Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidak pernah menyukai ataupun menyayangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar hanya kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zara mahupun Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul?


---------------
Seribu Rindu Untukmu
Penulis : SHAHRIAH ABDULLAH
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-27-3
~656 hlm
Tarikh Terbit: 31 Mac 2010


Sinopsis:
Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun
Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk
mengejar atau belajar apa itu erti cinta.


Dengan kecantikan yang dia miliki umpama diri seperti seorang 'Super Model' yang menjadi cemuhan dan cemburu dari rakan sekuliahnya. Maya terpinggir namun dia
masih ada teman sejati bernama Zura yang lincah genit dan menggoda.


Bermula dengan gurauan akhirnya Maya bersetuju menyahut cabaran Zura agar dia menulis kisah cinta tentang dirinya sendiri. Maya menyahut cabaran itu walaupun jauh di sudut hati bimbang dan risau sedangkan dirinya tidak pernah sekali pun bercinta dan tahu bagaimana rasanya bercinta.

------------

Castle Cinta Deaday
Penulis : INDAH HAIRANI
Harga : RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-24-2
Halaman :496

 

Sipnosis:

Sejak kecil Hidayah mengalami krisis menilai identiti. Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala.


Krisis kemelut berlanjutan hingga kepada soal hati dan perasaan. Imran Hadi seorang yang berkarisma, tenang dan berkaliber. Dia senang dengan lelaki ini. Raziq pula lelaki ego dan sombong hinggakan mereka sering bertelingkah. Namun jika Raziq tiada, Hidayah akan berasa rindu. Siapakah sebenarnya yang berada di
hati Hidayah?


------

Wednesday, March 24, 2010

Sudi Jadi Cintaku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Sudi Jadi Cintaku
Penulis: Marwati Wahab
a.k.a Aleya Aneesa
Terbitan : Fajar Pakeer
Mini Novela
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789833880997
119 mukasurat
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90


Kisah pendek yg manis. Bagi yg suka kisah jiwang, tentu akan tersenyum simpul bila baca kisah ini. Farihah ni berkawan baik dgn Harith. Tindakan abg kesayangan dia, Fahrin, memaksa dia berbaik dgn Hafsham dan mencadangkan agar mereka berkahwin membuatkan Farihah berani melamar Harith. Dia lebih rela berkahwin dgn Harith daripada Hafsham yg gatai semacam tu.


Harith terkejut dgn lamaran tu dan serta merta menolak. Tindakan itu telah menjatuhkan air muka Farihah yg bertindak mengelak dari bertemu dgn Harith selepas kejadian itu. Harith cuba mewujudkan situasi kemesraan mereka seperti sebelum lamaran itu disuarakan padanya tetapi Farihah sudah bukan Farihah yg dulu. Dia sudah betul2 malu utk berhadapan dgn Harith.


Farihah bersetuju utk mengenali Hafsham dgn lebih rapat demi utk menyenangkan hati abg kesayangannya. Tindakan itu pulak membuatkan Harith sedar yg dia sebenarnya cemburu kalau Farihah rapat dengan lelaki lain. Dia nak dapatkan FArihah balik dan nak terima lamaran Farihah tempoh hari, tapi nak lagi ker Farihah kat dia? Fahrin tersenyum gembira bila rancangan liciknya nampak berjaya :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yg tinggal utknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yg Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sygnya hanya sbg sahabat.


Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yg merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith sedar yg dia mahukan Farihah utk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!


Tapi Farihah... adakah masih mengharapkannya?



Bebunga Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hani Fazuha
Bebunga Kasih
Penulis: Hani Fazuha
isbn:9789831244623
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
502 mukasurat


"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yg sunyi"


Kisah ini membawa tema yg berat melalui watak utamanya, Dya. Perjalanan cerita yg ada tarikan tersendiri tetapi endingnya terasa agak mendadak untuk Zarif dan Dya. Tapi yg penting happy ending :) Dya layak mendapat kebahagiaan setelah segala derita yg ditempuhi sepanjang hidupnya.


Dya menjadi mangsa nafsu abgnya sejak berusia 10 tahun. Kepulangan abgnya dari luarnegara ketika dia berusia 15 tahun membuat dia terpaksa melalui perkara yg sama. Mendera perasaannya.


Zarif pulak budak kat sekolah yg sering menyakitkan hatinya. Ayahnya percaya dia bkn anak kandungnya dan percaya dia adalah anak yg dilahirkan setelah isterinya diperkosa perompak. Mungkin atas dasar itu Abg Ari menodainya byk kali sehingga nafsu menguasai akal, sampai dia ajak adik dia lari ke luar negara & berkahwin.


Kejadian dia menampar Zarif yg mulut celupar tu telah menyebabkan dia dibuang keluarga dan dihantar menetap dgn neneknya.


Peristiwa hitam dalam hidupnya tidak pula menjadikan dia takut utk didekati lelaki spt Syamir ketika di kolej. Malah lebih tegas mempertahankan diri berbanding apabila berdepan dgn Ari. Dgn Zarif lagi la, dia jadi macam singa garangnya.


Ketika memasuki alam pekerjaan Dya mesra dgn bossnya, En. Nasri yg baik dan sentiasa sedia mendengar keluhan masalahnya. Tapi kemudian Dya kena serang ngan bini en. Nasri.


Perkenalan dgn Aunty Rina membuat dia terasa spt ada adik, tambah2 pula Haleena dan Haleeni tu manja (walaupun dah besar panjang). Dapat dihidu yg mereka cuba mengenenkannya dgn Abg diorang yg akan pulang dari Australia.


Ketika kuar dgn syamir dia terserempak abg iparnya Helmi yg mesra dgn seorg wanita. Syamir pulak berani memperkenalkan dia sbg bakal isteri. Helmi tu terus gi report kat bapa Dya sbb Helmi tu sepupu kepada isteri Syamir. Siapapun tak percayakan Dya bila dia menceritakan kecurangan Helmi. Dia dianggap cuba menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan org lain.


Perkara itu menyebabkan Dya diseret balik kampung dan dikurung. Dia pernah cuba melarikan diri, namun tertangkap dek Helmi. Banggala si Helmi tu citer kat pak mentua dia tentang ketangkasan dia menangkap Dya yg cuba lari dari kampung. Lepas dikurung semula tu Dya terus ditunangkan. KEbetulan pulak bakal ibu mertuanya adalah Aunty Rina.


Dya menghubungi tunangnya utk memujuk agar memutuskan pertunangan, tapi akhirnya dia yg jadi sakit hati sbb mamat tu tak nak, dia nak ikut cakap mak dia.


Pertemuan kali pertama dgn bakal suaminya di rumah Aunty Rina membuatkan Dya pitam sebab lelaki itu adalah Zarif! Budak setan yg suka menaikkan darahnya. Zarif pulak sangat seronok dengan bakal isteri yg cantik tapi garang pilihan ibunya. Malam tu Dya tidur ditemani mimpi ngeri sbb lagi 3 bulan dia bakal menjadi isteri Zarif. Sanggup dia balik kg dan minta pertunangan diputuskan tapi akhirnya dia yg dpt pelempang bapak dia. Abg Ari pulak makin cemburu kerana Dya akan menjadi milik lelaki lain. Akhirnya Dya berkahwin juga dengan Zarif. Zarif menganggap itu sebagai peluang utk dia menebus kesalahan lalu. Dya bimbang menunggu masa rahsia hitam hidupnya bakal terbongkar walaupun Abg Ari sudah berkahwin.


Bagi aku penerimaan Zarif di akhir cerita agak kurang believable kerana penerangan Dya agak terhad. Terlalu banyak yang boleh Zarif persoalkan tambah2 Dya mengandung angkara Ari. Mungkin Zarif terlalu rasa bersalah atas kenakalan masa lalu dan memang betul2 jatuh cinta pada Dya.


apa2pun, penulis ini masih membawa kisah kahwin paksa dalam karya keduanya ini. Kalau yang mencari karya pertama novelis ini, tajuknya adalah Mengukir Bahagia yang menarik perhatian ramai pembaca novel :) Semoga karya baru penulis ni akan terus memeriahkan lagi dunia novel malaysia.



sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Dya dinodai oleh abgnya dlm usia yg masih mentah. Namun dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sbg anak kandung.


Hidup Dya terus diselimuti mndung bila dia terluka lagi. En. Nasri yg dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. harapan yg disandarkan kepada syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.


Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yg pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!


Sebenarnya Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya segunung kebaikan yg Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.


Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?


Anjung Warisan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Salina Ibrahim
Anjung Warisan
Penulis: Salina Ibrahim
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2002
isbn: 983-893-477-1
RM15.90
289 mukasurat


"Benarkah tiap persoalan berakhir dengan jawapan."


Kisah seorg gadis muda, Hani, yg nekad mempertahankan warisan keturunannya. Dia rela terdampar di kawasan perkampungan walaupun dia dibesarkan dalam hiruk pikuk kota. Dia merasakan tanggungjawabnya utk menghidupkan Anjung Warisan tinggalan Raja Lastari.


Raja Lastari wanita cekal yg kecewa dengan ketamakan suami. Walau pertumpahan darah berlaku, dia tetap mempertahankan Anjung Warisan dari terlepas ke tangan pengkhianat. Semangat cekal itu seperti menyambung aliran dalam nadi Hani.


Memegang title guru telah membawanya kembali menghidupkan Anjung Warisan yg kian suram. Bersama Megat Zikri dia berazam memberi nafas baru pada Anjung Warisan yg dianggap sbg beban oleh ayahandanya.


Fadhli yg disangka tulang belakang syarikat ayahandanya rupanya membuat onar di dalam diam. Fadhli tu nampak macam ikhlas menunggu Hani membuka hati buatnya, namun respond Fadhli selepas cintanya ditolak oleh Hani membuatkan sisi gelapnya mula tersingkap. Baguih gak, ada la chance Megat Zikri ngorat. ;) Kalau tak, mesti dia frust tengok Hani bertunang ngan org lain.




sinopsis / blurb:


Kembali ke Ranah Siantan, menggamit rindu zaman kanak-kanak... Di sini ada nostalgia silam yang menuntut pengorbanan. Di celah-celah rindu yg terbiar... tiba-tiba antara kita hilang titik persamaan, dan jurang kian menjauh.


Bukan tidak lelah melayan perasaan bersalah... namun dia harus memikir ke hadapan, bukan menoleh ke belakang. Kerana yg berlalu, biarkanlah berlalu...


Soalnya Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nurul Syahida
Soalnya Hati
Penulis: Nurul Syahida
RM15.90
9789833669226
terbitan Buku Prima
339 mukasurat


Akhirnya dapat jugak buku ni :) tema persahabatan yg dibawa dalam kisah ini menarik. Watak utama, Zulaikha adalah seorg gadis yg pernah merampas kekasih sahabat baiknya. Sepanjang melungsuri kisah ini, kita akan lebih mengenali pekerti sebenar Zulaikha. Dia sebenarnya tertipu dgn kata-kata manis Faizal.


Semasa hampir2 bertunang dengan Nurain, Faizal meluahkan perasaannya pada sahabat baik Nurain, iaitu Zulaikha. Zulaikha menyangka perasaan Faizal ikhlas tetapi sebenarnya Faizal buat macam tu supaya dia tak jadi bertunang dan dia mahu Nurain yg memutuskan perhubungan mereka. Peristiwa itu telah menyebabkan Zulaikha kehilangan sahabat yg amat dikasihinya. Nurain terus berpindah mengikut keluarga.


Zulaikha meneruskan hidup dengan a new circle of friends. Salah satu kelas telah menemukan dia dengan Amar Sufian. Jejaka yg kompleks dan sentiasa mahu menyakitkan hati orang lain. Sufian suka membina suasana yg tegang bersama sesiapa juga, termasuklah partnernya, Zulaikha. Zulaikha pada mulanya sakit hati dengan Amar Sufian namun lama kelamaan dia berjaya membaca rentak Sufian dan mereka menjadi sahabat yang pelik tapi serasi.


Sufian sedar hanya Zulaikha yg dapat membaca sikapnya dan sebab itulah dia selesa bersahabat dgn Zul. Sukahati ja Sufian tu panggil dia Zul, tapi Zulaikha saja panggil sufian Su, sampai ramai org ingat Su tu pompuan.


Sufian cuba menarik perhatian bapanya dengan memblasah Faizal. Dia sebenarnya tak ada sebab nak blasah sapa2, so disebabkan Zul pernah menyuarakan keinginan utk memblasah Faizal, Sufian terus menjadikan impian itu kenyataan. Sufian dibuang universiti dan Zulaikha terkejut dgn hasrat Sufian utk ke Afganistan.


Mereka terpisah. Yusrizal muncul dalam hidup Zulaikha. Lelaki yg memilihnya bukan kerana kecantikan tetapi kerana kebijaksanaannya. Namun, alam pekerjaan menjadikan Yusrizal seorg yg sangat sibuk dan kerap menghampakan Zulaikha. Entah berapa kali mereka putus tapi kemudian kembali bersama.


Sufian muncul semula dan mereka mudah menjalin persahabatan semula. Sufian ditunangkan dengan pilihan keluarga dan Zulaikha terkejut dan gembira kerana tunangan Sufian adalah Nurain, sahabatnya dulu. Mereka kembali menjalin persahabatan tanpa dendam. Lagipun Faizal tupun dah kawin ngan org lain.


Persahabatan kali ini membawa perasaan lain pada Sufian. Dia tidak rasa seperti itu apabila bersama Nurain. Zul lebih memahami dirinya berbanding Nurain. Dia memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Zul. Situasi ini seperti meletakkan Zulaikha dalam zon yang sama seperti dulu, Faizal-Nurain dan kini dia jadi org ketiga pula di antara Sufian-Nurain. Sanggupkah dia mengulangi keputusan yang sama seperti dulu? Di suatu sudut, Yusrizal setia menanti, namun Zulaikha takkan la tak serik2 lagi dengan Yusrizal yg selalu mungkir janji sampai Sufian yg terpaksa rela menyamar ganti tempat dia semasa nak jumpa keluarga Zulaikha di hari raya.


Ending mereka adalah satu permulaan yg manis apabila mereka dipertemukan semula di tempat yang kali pertama segala-galanya bermula antara mereka.


Aku kurang puas hati dengan situasi Nurain-Zulaikha. Walaupun tiada sengketa antara mereka, tiada scene yg betul2 meleraikan persoalan di antara mereka.

sinopsis / blurb:


Sahabat umpama bintang di langit yg mampu bersinar menerangi kehidupan. Zulaikha dan Nurain adalah teman karib sejak dari sekolah rendah hingga menengah dan seterusnya memasuki universiti yang sama. Janji dan ikrar mereka sama, sentiasa bersama dan jujur seadanya.


Namun Zulaikha telah melakukan kesilapan besar dan meretakkan hubungan persahabatan yg telah terjalin. Faizal jejaka yg dicintai Nurain telah dirampas oleh Zulaikha dan kini dia telah kehilangan Nurain atas kecurangannya itu. Nurain telah berpindah ke universiti lain.


Kehadiran jejaka bernama Amar Sufian dlm hidup Zulaikha telah mengembalikan semangatnya yg hampir pudar walaupun sikap jejaka itu kurang disenangi. Sedikit demi sedikit mereka mula menjadi teman rapat yg memahami kekurangan masing2.


Tiba-tiba Amar Sufian menghilangkan diri dan sekali lagi Zulaikha dilanda kesepian. Puas sudah dia berusaha menjejaki jejaka itu tetapi gagal dikesan. Pertemuan Zulaikha dgn Mohd Yusrizal Rivera telah mengubah hidup Zulaikha kembali bersinar. Namun kehadiran Yusrizal tidak mampu merubah hati Zulaikha terhadap Amar Sufian.


Beberapa tahun berlalu, Amar Sufian muncul mencari cinta Zulaikha yg dirinduinya. Pada masa yg sama Nurain muncul kembali tanpa rasa dendam terhadap Zulaikha. Zulaikha berasa gembira dan berjanji tidak akan mengkhianati persahbatan lagi. Tetapi janji itu sekali lagi memaksa Zulaikha berkorban kasih.


Dapatkah Zulaikha menempuhinya? Bak kata bidalan Melayu, diluah mati emak, ditelan mati bapa. antara sahabat dan kekasih, Zulaikha dilema memilih antara dua.

Cinta Jati Klasik

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Cinta Jati Klasik
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Cetakan Pertama 2003
Terbitan Khalysa Publishing
RM29.90
9789834971424
823 mukasurat


Bagi tahap pembaca macam aku ni, kisah ini dalam kategori heavy dan penyampaian penulis pun dalam nada serius dan sesekali bersastera. Terasa seperti membaca naskhah 80-an dan bukannya tahun 2000. Memang berat, mungkin seberat novel yg setebal lebih 800 muka surat ni :)


Kisah Kasmira sebenarnya bermula sejak sebelum kelahirannya. Dia dari keluarga terbilang di kampung. Suatu kejadian mengaibkan dalam keluarga telah membuangkan ayahnya entah ke mana. Ibunya kecewa dgn keluarga yg tidak percayakan kebenaran, lalu membawa diri keluar dari rumah pusaka. Ibu yg diharap datang memujuk tidak muncul sehinggalah anaknya Kasmira, yg lahir tanpa pengetahuan suaminya, sudah besar panjang dan sudah bekerja.


Andak Basirah meneruskan hidup di rumah pusaka bersama ibu yg semakin tua, seolah-olah tiada apa yg berlaku dan Karimah (ibu Kasmira) yang bersalah kerana menjauhkan diri. Aku tak sangka rahsia itu terlalu aib dan semuanya berpunca dari Andak sendiri. Hipokritnya wanita itu. Segala kesalahan anak beranaknya dirahsiakan dan keburukan Karimah dan Kasmira digembar gemburkan. Anak2nya berbulan tak balik rumah, Kasmira yg selalu menjengah disuruh balik lagi kerap. Susah la jadi org yg selalu nampak salah orang lain saja. Patutla Karimah jadi keras hati sehingga tak pedulikan lagi ibu dan andak di rumah pusaka.


Taufik menjadi penawar duka Karimah apabila Taufik berkenankan Kasmira. Karimah sayangkan Taufik yg bakal menjadi menantunya. Namun ibu Taufik ada memendam perasaan dendam pada Karimah yg dikatakan merampas Kamal darinya. Taufik tersepit antara kehendak seorg ibu dan seorg kekasih. Lalu dia memilih kasih ibu dan Kasmira dilepaskan tanpa penerangan yg tepat.


Perpisahan itu menjadikan Kasmira lebih kuat dan nekad. Tawaran Pak Mus telah membawa dia ke Indonesia dan meluaskan perniagaan. Kalau dulu dia bekerja sepenuh masa dan berniaga barang2 kraf hutan secara sampingan, sekarang dia menambah perniagaan perabot pulak. Dia menyuburkan sumber rezeki sahabatnya Nordin, jejaka yg setia bekerja di kampung dan menjaga ibunya, Jarah dan juga menjengah2 ibu Kasmira. Urusan kerja itu kemudian menjadi urusan hati apabila dia semakin mengenali Zaroff.


Nordin memang sorg yg setia. Hatinya dari kecil sudah terpaut pada Noriah tetapi Noriah sudah bebas bergaul di kota. Anak tunang yg dikandung terpaksa diusung dgn rasa malu. Andak sendiri takmau terimanya. Apabila tunangnya datang utk bertanggungjawab, dia sudah tidak mahu menerima kerana tak terbayang hidupnya bersama lelaki yg sanggup memusnahkan masa depan seorg gadis. Lalu Noriah sendiri yg melamar Nordin. Nordin dan Jarah menerima dgn hati yg terbuka. Sepatutnya Jarah yg menolak menantu yg sudah ditebuk tupai tapi sebaliknya yg terjadi, Noriah ditolak ibu sendiri dan kini menumpang kasih ibu Nordin dan ibu saudaranya, Karimah yg selama ini dianggap mereng. Mesti termakan cerita ibunya, Andak Basirah tu.


Bukan tiada anak Andak yg baik. Razak tu sangat prihatin dan bapa yg penyayang. Namun isteri pilihan andak tu yang membuat onar sehingga bercerai berai. Dayuslah Razak kalau isteri curang tidak dilepaskan. Dpt husband mithali yg baik giler macam tu si Dilah tu boleh curang dengan lelaki lain, suami org pulak tu. Adusss.


Kehadiran Pak Mus utk merapatkan hubungan Zaroff dengan ibu Kasmirah telah membuka semula rahsia yg telah lama terpendam. Mustafa Kamal itulah Pak Mus dan dia jugalah Kamal. Bapa kepada Kasmira. Balasan Allah pada anak sulung Basirah telah menginsafkan dia. Merayu-rayu dia agar Karimah kembali ke rumah pusaka utk mengampunkan dosa Rahman. Tetapi Karimah tu terlalu degil, sedegil nenek, sedegil Kasmira, sedegil Noriah. Lalu tinggallah mereka dengan kedegilan masing2. Salah seorg dari mereka mesti membuang ego dan mengalah. Akhirnya Nenek Zaharah mengalah, Karimah dijejak dan rupa2nya Karimah masih menunggu ibunya itu datang memujuk, bukannya orang lain. Semudah itu segala2nya terlerai. Pertemuan Karimah dgn ibunya, nenek Zaharah tu memang sangat2 hiba dan menyentuh perasaan. Tangkap nangis beb.


Perkahwinan Zaroff dgn Kasmira memang membahagiakan. Majlis gilang gemilang mereka telah menyatukan sebuah keluarga yg hampir musnah. Lega aku bila Kasmira tak pilih Taufik walaupun mak dia sudah mintak maaf. Tapi cerita diorang selepas kahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata tu jadi derita lah pulak. adui... Walaupun cerita sudah ditutup, watak Kasmira masih berharap, so membuat aku rasa cerita ini belum ada akhirnya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Kasmira...

Dirinya terperangkap dalam lipatan sejarah silam dan permainan masa lampau. bukan dia yg bermain, malangnya dia yg terjerat. Justeru silam, masa depannya menjadi linglung. Mampukah dia mengembalikan kegemilangan yg pernah menjadi milik keluarga atau masa akan merubahnya?

Persinggahan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Norhisham Mustaffa
Persinggahan
Penulisan Norhisham Mustaffa
RM15.90
Terbitan Creative Enterprise
9789838935289
255 mukasurat


"Apakah dia layak disanjungi?"


Aku lebih senang meletakkan kisah ini dalam genre kisah kemasyarakatan. Penulis berjaya melayarkan kisah ini dengan penuh seni dan turut menyelit perlakuan2 masyarakat melayu. Adabnya, sopannya, manisnya, dan juga sisi gelap seperti sinisnya, dengkinya, nafsunya, sombongnya, aibnya.


Wanita bukanlah subjek utama kisah ini tetapi Penulis menggarapkan cerita ini dgn diselitkan watak2 wanita/gadis melayu seperti Maimun yg mesra, Sopiah yang pintar serta Leha yg menggoda. Kesemua mereka ada ciri-ciri gadis melayu yg wujud di sekitar kita, namun takdir mereka berbeza. Ketiga-tiga mereka ada hati pada Oslan. Oslan meletakkan hatinya pada Maimun, namun dia bukan pilihan keluarga Maimun. Sopiah pula lebih rela Oslan yg melamarnya supaya dia dapat meneruskan pelajaran yg dicintainya, tetapi dia terpaksa akur dgn keputusan bapanya. Leha pula bukanlah gadis liar, tetapi sifat manja semula jadinya membuat org kampung dan suaminya menganggap dia seorg penggoda. Suaminya, Wan Derauf selalu dilanda cemburu dan mendera isteri sendiri. Namun budi bicara Oslan telah merubah Wan Derauf dan mereka sekeluarga makin bahagia. Tak sangka betul Wan tu mati eksiden dan pihak2 yg dengki kat Oslan memerangkap dia bersama Leha. Namun sikap berani Oslan utk dibawa ke balai polis dan ada bukti2 yg boleh menunjukkan dia diperangkap membuat musuh2nya pulak kecut perut. Aku paling geram kat ustaz Karim tu lah... kalau perangai elok tak pa la jugak.


Semuanya gara-gara dia org baru di situ dan dia juga boleh bersilat seperti sorg guru persilatan yg aktif di situ. Oslan lebih merendah diri berbanding anak2 murid Awang Sahak yg selalu mendabik dada. Oslan berjaya jugak sedikit sebanyak menggertak mereka dgn mengatakan dia bersetuju utk masuk gelanggang silat sekiranya guru Awang Sahak yang bersilat dgn nya. Walaupun kedengaran angkuh tapi aku suka dengan kata2 terlajak dari Oslan tu.


Oslan berjaya menempuh gelanggang itu tanpa pertumpahan darah, eh, peluh pun tak dan tumpah apabila guru kpd Awang Sahak melihat bunga silat Oslan yg dia sangat familiar. Ala teringin la nak baca cemana Oslan cepuk Awang Sahak tu. biar pengsan anak2 murid dia yg angkuh tu. haha. macam dia kalahkan Jalil jebon hanya dengan rentak mengelak saja dah bleh buat jalil tersungkur.


Sebenarnya di kampung tu ramai yg senang dgn Oslan yg ikhlas mengajar di situ namun sikap org berpangkat kat kampung dan anak beranak dia yg turut angkuh tu yg mmbuatkan Oslan dipandang serong.


Paling tak sangka biler mak Oslan bekenan kat Leha! huhu.. mungkin sbb dia tak nak Oslan gi Terengganu utk kerja yg jauh lebih baik dan gaji mencecah RM2000 berbanding keje sekrg yg hanya RM700.00. Untung ar Oslan dpt bini kaya, baik hati dan seksi pulak tu. heh heh. plusss anak segera yg comel2 montel2 dua org.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:

Dia berkelana mencari harga diri dan menabur bakti pada org kampung halaman yg jarang sekali dikunjungi. Dia tidak pernah terfikir akan berhadapan dgn penentangan, kejian dan hasad dengki. dia juga tidak datang utk menjadi hero di kalangan penduduk Becah Samun... namun itulah yg terpaksa dihadapi dan ditangani. Dicemburui, dikeji dan dianiaya. Dia tidak diberikan pilihan. Dia cemburui, dikeji dan dianiaya. Dia tidak diberikan pilihan. Sama ada mahu atau tidak, dia harus bangun utk menghadapi segalanya ini, bukan utk diri sendiri tetapi juga maruah mereka yg berada di sekelilingnya.

Sinar Kasihmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mohd Hizam Hj. Ali
Sinar Kasihmu
Penulis: Mohd Hizam Hj. Ali
Cetakan Pertama 2001
Terbitan Creative enterprise
RM15.90
263 mukasurat


"Demi janji arwah ibumu, aku kau peralatkan"


Lembah Bayu sudah berada dalam genggaman Asyikin. Satu projek yg bakal melonjakkan syarikat kecilnya yg diusahakan bersama sahabat baiknya, Ikmal. Kehadiran Muzammil seperti memohon simpati kerana Lembah Bayu milik ibunya yg menyimpan kenangan sgt berharga dlm keluarganya. Asyikin hanyut dengan mainan emosi ciptaan Muzammil hingga Lembah Bayu terlepas dari genggaman. Terlepas ke tangan Muzammil, anak muda yg penuh dengan agenda.


Namun agendanya sedikit terganggu dgn kehadiran Asyikin yg menyentuh perasaannya. Dia tidak mahu terlibat dengan Asyikin tetapi apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain, dia jadi cemburu. Dia cuba mencuri hati Asyikin walaupun terpaksa menggunakan anak comelnya, Imran.


ASyikin tak dapat mengelak dari berfikir yg Muzammil cuba memainkan perasaannya dgn lamaran yg tak diduga. Dapatkah Asyikin menolak Muzammil sedangkan dia selalu rindukan Muzammil.


Ikmal ada kisah sendiri. Pada mulanya dia seperti ada hati degan Asyikin. Perkahwinan paksanya dgn Izlynn mulanya tidak diendahkan. Tetapi simpati pada Izlynn berubah sayang. Apa taknya dapat bini model yg lawa tu... dengar kata pulak. Izlynn sanggup tinggalkan kerjaya demi Ikmal. Dia rela mencari bidang lain yg lebih elok utk diceburi. Ikmal jatuh hati pada isteri sendiri. Ikmal pun risaukan keadaan Asyikin dgn Muzammil. Tapi apabila Muzammil sanggup menawarkan agar syarikatnya membantu menguruskan projak Lembah Bayu, Ikhmal spt berpihak pada Muzammil.


Ada beberapa mukasurat yg hilang memang sangat2 mengganggu pembacaan, hampir 10mukasurat pulak tu, dan ada pulak muka surat yg berulang cetakannya. pening pening.


Penceritaan yg biasa2 saja tapi penulis ada cerita yg menarik utk disampaikan tambah2 dengan membayangkan kisah dunia korporat yg serba elegan dan menarik. Walau bagaimanapun perasaan Muzammil diceritakan dgn tidak konsistent dan alasan menyembunyikan status diri dan arwah isteri yg telah meninggal tu seperti tak munasabah.


Apa2pun citer ni happy ending :)


sinopsis/blurb


Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yg bukan sedikit, dia membina angannya sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya. Persoalan demi persoalan hanya mampu disimpan. Mengutarakan bimbang persoalan membuahkan persoalan.

Nama Atas Kertas

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Nasron Sira Rahim
Nama Atas Kertas
Penulis: Nasron Sira Rahim
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
504 mukasurat
RM20.00
sabah/sarawak: RM23.00
9789675118296



Penjenayah dalam cerita ni memang jenis yg suka teka teki, cari perkataan tersembunyi, teka silang kata, malah sudoku!!! Ha hambik kau, jenuh nak solve puzzle utk cari klue dan menyelamat. buku ni yg ada page puzzle tu memang penuh ngan contengan pensel. KOnon2 nak solve jugak la.. haha. hampeh aku nih.


Bagi yg gemarkan puzzle cerita ni akan menjadi sangat interesting dan berkobar2 nak tau apa tindakan selanjutnya pembunuh siri misteri tu. Apa lagi puzzle yg bakal ditinggalkan? Bagi yg tak suka puzzle, baca jer sampai abis sbb jawapan puzzle diberikan di sepanjang cerita. hehe.


Sebenarnya bila baca cerita mcm ni, mengingatkan aku pada satu buku yg aku pernah baca dulu.Kisah jenis penyiasatan yg kita kena buat keputusan, and sampai kat satu bab ni kita kena buat pilihan decision kita a, b, atau c. Kalau pilih A, penamatnya di muka surat sekian2, kalau pilih B kena flip ke muka surat sekian2, kalau pilih C, lain pulak mukasuratnya. Letih tapi menarik! hehe mana ntah aku jumpa buku tu dan ke mana ntah buku tu dah hilang aku pon tak taw.


SEbenarnya kalau aku cerita banyak, kisah ni jadi tak misteri dah. Secara umumnya ni adalah kisah seorg pembunuh bersiri yg membunuh mangsanya dgn cara menikam leher mangsa dan selepas mangsa mati, kertas puzzle akan disumbatkan ke dalam mulut mangsa utk memberi klu kepada pihak polis. SEbenarnya klu itu menceritakan motif pembunuhannya, tapi nak solve tu masyallah aku memang tak tau lah, sebenarnya rasa macam tau, lepas tu abih jadi apa ntah, baik tak payah solve. haha serahkan kepada polis2 dlm novel ni utk solve kan.. tapi yg pastinya, kalau kita baca novel ni sampai habis, mudah saja kita selesaikan puzzle yg berada di belakang kulit novel nih :)


Bagi aku yg jarang baca citer penyiasatan ni, novel ini ada pendekatan tersendiri utk membawa kita sama-sama berfikir ketika watak2 dalam cerita ini sibuk mencari klu. Memang mendebarkan semasa Faiz dan teamnya mencari Hanim yg sudah tertimbus jauh di dalam tanah dan Hanim hanya akan selamat jika mereka berjaya mencari klu dan menyelesaikan puzzle dlm tempoh masa yg singkat. Peristiwa yg membuatkan Faiz mahu menjaga Hanim selagi hayat dikandung badan.


Jangan terkejut kalau pembunuh tu sebenarnya ada di sebelah anda sekarang. Memang tak sangka. Hanim dan FAiz pun tak pernah menyangka! Jeng jeng jeng...


sure fine whatever
rinn

Monday, March 22, 2010

Pesta Buku PWTC 2010 - Part1




Ni adalah antara gambar-gambar yg sempat aku snap semasa pesta buku yg sudah bermula dari 19hb yg lalu dan akan berakhir pada 28hb mac akan datang. sempat lagi kalau sapa nak gi next weekend.

 

Ti, tak sangka sangat dpt jumpa u :) org jauuuuuh.. thanks Wabbit sudi introduce. hehe. Sue, Rossa, thanks for joining me utk sesi 'tiada beban buku digalas' dan 'jalan2 sampai lengoh'.

 

aku tak ingat sangat nak citer aper sbb tengah mengantuk ni... minggu depan ada kengkawan nak jumpa lagi kat pwtc so may be turun sana.

 

Kak sofia, sorry x dpt reply ur pm sbb dari opis ni tak bleh open multiply.. uwaaaaaaaaa ni pun post thru emel saja. email me ok? rinn.jay.you@gmail.com

 

nanti biler free aku tambah lagi gambar2 penulis.

 

 



Thursday, March 18, 2010

Promo PWTC: Novel Terbaru Fajar Pakeer


Novel-novel ni bakal dijual di rak Fajar Pakeer sepanjang pesta buku nanti. Boleh ke website fajar pakeer utk tengok buku2 yg bakal terbit. Tak sempat la nak post sini :)

kalau gambar nampak kecik, click yer utk imej yg lebih besar. thank you.



Jadual Penulis Fajar Pakeer


ni jadual penulis fajar pakeer pulak.

boleh semak blogspot fajarpakeer untuk maklumat lanjut.

yang earlier post tadi tu sepatutnya jadual penulis KAKI NOVEL ahaha aku gi taip Jemari seni. dah banyak2 post ni aku pun dah pening biol semacam.

(click gambar utk imej yg lebih besar :)



Jadual Penulis Kaki Novel


Ni jadual penulis Kaki Novel yg diperoleh dari kakionline.blogspot

boleh ke blog tu utk maklumat lanjut.

 

 



Wednesday, March 17, 2010

Promo PWTC: Novel Baru Jemari Seni


click gambar utk imej yg lebih besar.
boleh terus ke website jemari seni utk maklumat lanjut ya?


Tajuk: Tiga Ceritera dalam Sebuah Damai...
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010.
Pesanan melalui pos hanya boleh dibuat mulai 1 April 2010.
Penulis: Saidatul Saffa, Noor Suraya & Syud

Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa
“Kamu orang mana?” “Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas. “Panas ke?” ‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang? Kemudian...Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya
“Terima kasih,” kata Piyan.“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.Piyan membaca catatan dia...
Sophan Sophian,Selamat memasak! ~ Syuhada
“Formalnya.”“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.Cinta rahsianya!

Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud
Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...jika ada awan yang meliputinya?tika remang oren menjengah setiap senja?Entahlah.... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

 
----------------
Versus
Penulis: Hlovate
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010. Pesanan melalui pos hanya boleh dibuat mulai 1 April 2010.

Bukan mudah untuk berubah...
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud
menghadap Tuhan...

I
“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”

“Huh?”“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.

You what?”

"No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.

Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni."

Enough of your tricks, AO.”

“Minn, I’m dead serious.”Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.

“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.

“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”

“Back. Off.”

Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.

“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”

Hujan masih belum berhenti.

Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!

--------------------
Tajuk: Yuda di Padang Maya
Penulis: Xarine
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/
RM23.00 (Sabah/Sarawak)

tiada manusia yang berseorangan ...
Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.

“Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.
Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?

 

Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?

Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE!
-=-------------------


Bidadari Hujan
Penulis: Noor Azzahra
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)
RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Kasihan itu salah satu cabang cinta!

I
Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II
Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?

Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang buat kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu!



Promo PWTC: Buku Baru NBKara


"Cinta itu seperti masakan yang ada macam-macam rasa"


Resepi Hati
Penulis: Iejay Zakaria
Terbitan NBKara
RM21.50
522 mukasurat

ni blurb dari blogspot iejayzakaria :)


Ramai yang fikir cinta datang semula jadi. Cukup kalau kita mencintai seseorang dan orang itu mencintai kita. Ada pula orang rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya orang yang bercinta tidak kecewa.

Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi. Perlu diikuti dengan peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yang sering dicubanya.

Namun selepas berkahwin Adriana barus edar cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama. Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yang menciptanya. Tetapi cinta memerlukan dua orang yang berlainan jiwa dan rasa bekerjasama.

Pelbagai dugaan rumah tangga menyedarkan Adriana persamaan resipi masakan dan resipi rumah tangga hanyalah satu... iaitu kesabaran.

------------

 

 

ni blurb dari kak Suraya NB Kara. Thanks kak! Nanti saya gi serang booth. hehe.


 
Novel terbaru Norhayati Berahim ni boleh dapat di booth NB Kara di Pesta Buku Antarabangsa PWTC dari 19 Mac - 28 Mac ini.


LAYANG-LAYANG BERTALI KACA
Penulis Norhayati Berahim
RM29.90
922pages


"Sakit tangan digerit kaca, sakit lagi hati yang terluka"


Sinopsis/Blurb


Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati. Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah. Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran. Bagi Manja, bermain layang-layang adalah satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan... di situlah dia bertemu cinta sejati.

---------
Petikan dari blogspot norhayatiberahim:

Tidak tahu kenapa apabila mahu menggetus sampul surat tersebut, hatinya sedikit berdebar.
Lantas gerakan tangannya yang mahu menggetus kad itu, terhenti. Dirabanya kad tersebut. Kad apakah ini? Seperti keras sahaja?
“Takut saya nak bukanya.”
Dia merenung Adli yang berdiri di hadapannya.
“Kenapa?”
“Entahlah. Saya tak pernah menerima kad seperti ini. Ditulis tangan pulak tu. Mungkin bukan untuk saya tak?”
Sedikit teragak-agak Tengku Shariman. Adli ketawa kecil. Sudah nyata di sampul surat itu ditulis nama Tengku Shariman.
Adli menghulurkan tangannya. Tanpa meminta izin daripada Tengku Shariman, kad sudah bertukar tangan.
“Saya bukak, ya?”
Pertanyaan itu menyebabkan Tengku Shariman menganggukkan kepalanya. Dengan perlahan Adli sudah menggetus sampul surat tersebut dan menarik kad yang terkandung di dalamnya.
“Oh… Kad hari jadilah, Tengku…”
“Kad hari jadi?”
Berkerut dahi Tengku
Shariman mendengar ucapan yang keluar daripada pembantunya itu dan matanya pantas sahaja tertancap pada kad yang sedang dibuka oleh pembantunya itu.
“Hmm… Dari Manja ni…”
Adli meletakkan kad tersebut di hadapan Tengku Shariman. Orang kaya memang mudah risau dan takut tidak tentu fasal.
Agaknya Tengku Shariman berasakan ada racun di dalam kad tersebut untuk membunuhnya. Sebab itu dia takut untuk membukanya.
“Manja bagi saya kad hari jadi?”
Entah mengapa hati Tengku Shariman seperti ada perasaan yang sukar untuk diucapkan. Perasaan tidak percaya, sedih dan mahu menangis, berbaur menjadi satu.
“Hmm… Bukankah hari jadi Tengku dua hari lagi?”
Walau Tengku Shariman tidak pernah mahu mengingati hari jadinya, tetapi Adli selalu ingat. Tengku Shariman tahu, satu-satunya manusia yang sering mengucapkan selamat hari lahir kepadanya adalah pembantunya itu.

“The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”

Terbuka sahaja kad tersebut, Tengku Shariman sudah terbau wangi bunga mawar. Walau tidak kuat, tetapi masih sempat ditangkap hidungnya.
“Manja buat sendiri…”
Suara Tengku Shariman sedikit menggeletar. Ada rasa hiba yang membalun dadanya dan seperti tidak boleh disorok lagi.
Hatinya berulang kali membaca ayat-ayat yang ditulis tangan oleh Manja dengan hati separuh tidak percaya.
“The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”
Tanpa sedar, Tengku Shariman menyebut bait-bait kata yang berada di dalam kad tersebut.
“Manja yang bagi...”
Adli dapat mengesan perasaan tidak percaya Tengku Shariman itu.
“Cantik!”
Ada terselit perasaan bangga di sudut hati Tengku Shariman. Bangga seorang ayah yang mendapat kad hari jadi buatan tangan anaknya sendiri.
“Memang cantik, Tengku. Agaknya dia rindukan Tengku.”
“Mana dia tahu hari jadi saya?”
“Seorang anak pasti tahu hari jadi ibu
bapanya sendiri, Tengku.”
Balas Adli. Dia melihat mata Tengku Shariman berkaca. Kasihan lelaki ini… mempunyai segalanya tetapi kurang kasih sayang. Bagaimana tidak kurang kasih sayang kalau susah mahu mempamerkan kasih sayang… getus hati Adli.
“Cantik…”
Sekali lagi kata-kata itu keluar daripada mulut Tengku Shariman yang akhirnya tidak dapat menahan perasaan. Diletak kad tersebut di dadanya dan dipeluknya dengan rasa hiba yang kemudian menghasilkan sedikit tangisan.



Promo PWTC: Novel Baru Alaf


Hari ni aku akan jadi pengepos bersiri. haha. Yer la for those yang nak cari buku baru, boleh la ronda2 cari buku2 ni. Ni yg first aku post buku2 alaf dulu ya? Ada yg ada blurb dan ada yg belum ada blurb tapi dah boleh beli kat booth alaf21.

 

gambar tu boleh click utk tengok yg lebih besar. Kalau tengok baek punya boleh terus ke website Alaf 21 :)


Anugerah Cinta
Harga: RM 19.90
Halaman:512
Penulis:Nurmi Syakimi (penulis ni akan ada di booth alaf nanti, sila semak jadual penulis ya? )
ISBN: 978-983-124-510-1

 

Sinopsis:
NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.


Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.


Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.


Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!


---------------
Sanubari Pujaan
Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Afni Sari
ISBN: 978-983-124-496-8

 

Sinopsis

Perhatian yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.


Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi.


Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.


Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

 

-------------

Penulis ada mention di blognya yg  kuar masa pesta buku nanti :) Tahniah Lynn Dayana, semoga terus mewarnai dunia novel malaysia :)

 
Cinta Edisi Terhad
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
9789831245262
RM19.90
Sabah /Sarawak: RM22.90
Cetakan Pertama 2010


"Cintamu membawaku ke langit biru..."

sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu bata mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang namun mereka sedar, kaki mereka terantai di bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah hidup. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekal untuk masa hadapan yang sempurna.


Sebaliknya bagi Julia Hana, terperangkap di bawah timbunan batu bata menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri dari terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang malah setitis cinta… sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada hanya kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri malaikat Maut, dia merasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha. Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?



Saturday, March 13, 2010

Menarik di pesta buku nanti :)

kalau nak beli buku kat pts, download dan print kupon2 diskaun ni.
http://pts.com.my/pestabuku/download/kupon_PTS_PBAKL_2010.pdf


Jadual Penulis Alaf 21
Hani Fazuha 20 & 21 Mac
Wana AMani 20 & 21 Mac
Erin Zehana 28 Mac
Bikash 27 Mac
Elin Nadia 20, 21 & 27 Mac
Ayu Emelda 20, 21 & 27 Mac
Hasreeyati Ramli 26, 27 & 28 Mac
Liza Zahira 24, 27 & 28 Mac
Aleeya Aneesa 20, 21, 27 & 28 mac
Salina Ibrahim 20 & 21 Mac
Nurmi syakimi 19 & 24 Mac
Ilani Mysara 19, 20, 21, 22 & 23 Mac
Rozita Wahab 20 & 21 mac
Lynn Dayana 20, 21, 27 & 28Mac
Nuriz Aida 20 & 21 Mac
Ramli Awg Murshid 27 & 28 Mac
Anis Ayuni 18, 19, 20 , 21, 27 & 28mac
Norzailina Nordin 19, 20, 21, 23, 25, 27 & 28 Mac
Amy Janz 20 Mac 3ptg
Dr HM Tuah 23 & 24 Mac
Baharin Samah 20, 21, 26, 27 & 28 mac
Sri Diah 27 & 28mac


Jadual Penulis Jemari Seni


19 mac Pingu, Ruby Hazri, Imaen, Noor Azzahra,


20 Mac Rnysa, Noor Azzahra, Iman Xara, Adileah, syud, Nazawati, nazurah Aisyah, Xarine, Manjlara


21 Mac Noor Azzahra, Ruby Hazri, Rnysa, Noor Suraya, Adileah, Xarine, Nazurah Aishah, Syud


26 Mac Noor Suraya, Imaen


27 Pingu Toha, Adileah, Syud, Mazni Darwisya, Xarine, Noor Azzahra, Nazawati


28 Mac Iman Xara, Adileah, Noor Suraya, Mazni Darwisya, Imaen, Xarine, Syud


Buku Prima
Indah Hairani, Siti Rosmizah, Siti Nur Dhuha, Dyza Ainun , Nurul Syahida, Mia Khaidina


Kaki Novel
- akan mengadakan majlis pelancaran 2 novel terbarunya
2x5 (Areila Sahimi)
Hadirmu Takdirku (Alina Haizar)
Pada 20 Mac 21 tgahari di Dewan 2, Gerai D10

 

maklumat lanjut sila ke website penerbit2 ya?

Enigma

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Nasron Sira Rahim
Enigma
Penulis: Nasron Sira Rahim
Terbitan: Buku Prima
Cetakan pertama 2008
9789833669684
343 mukasurat
RM15.90


"Masa seperti berhenti. Seolah-olahnya semua hidupan rimba takut utk bersuara, jika bersuara mungkin mereka akan mati!"


Memang mendebarkan lah baca novel ni. Aku ni bukannya apa, kalau ada citer mistik2 ni memang meresap ke kalbu hingga meremang bulu roma, so bila menjelang tengah malam aku terus tutup buku ni, "sambung esok lah!" terus aku tarik selimut dan paksa diri tido. haha. Walaupun masa tu memang tengah kemuncak cerita... memang tengah terduduk elok ar masa baca tu... sekali dia kuar pontianak dok atas pokok terbang2 ala.... lomah mak cik nak baca. Tu yg aku postpone pagi tu... hehe


Nasron Sira Rahim memang ada cara tersendiri menyampaikan kisahnya. Mistik yg menyulam dalam ekspedisi ini kadang2 kelihatan seperti satu informasi rujukan yg benar dan boleh dijadikan panduan. Baris-baris ayatnya seperti fakta yg boleh dipegang.


Kisah ini tentang sekumpulan anak muda dalam sebuah ekspedisi ke Tasik Pedu. Hajat mereka gi jungle trekking menjadi penentu hidup mati diorang. Ahli2 kumpulan ni ada 7 org, Lokman (pemandu arah), Razif, Syukri, Zilla, Rina, Aisyah dan Suria. Malam pertama diorang bermalam di hutan itu sudah mengundang misteri yg mengerikan apabila Razif dijumpai mati dalam keadaan yg amat amat amat mengerikan. MEmang ramai org mati lah dalam citer nih.


Mereka terus membuat keputusan utk keluar dari hutan hari itu juga. Namun mereka tersesat (atau disesatkan!). Perjalanan mereka diperhatikan suatu makhluk mistik dari jauh. Selain makhluk tu, cik ponti pun ada jugak dok menyusup kot atas2 dahan pokok. Salah seorg ahli ekspedisi tu jenis ada saka, so dia boleh nampak la cik ponti dok mencangkung atas pokok, sampai kena histeria budak pompuan tu.


Bila Rina terpisah dari group aku ingat ka wasalam la makcik tu. Tapi rupa2nya dia yg paling selamat sekali kerana gunting dalam lipatan ada di kalangan ahli-ahli yg masih dalam satu kumpulan tu... fuh tak sangka betul!


Sepanjang ekspedisi melarikan diri tu, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah menarik di sebalik setiap watak yg terlibat dlm ekspedisi berdarah itu. SEtiap mereka boleh disyakki sbg berpotensi membunuh dan ada motif2 tersendiri. Pembunuh tu mungkin human kerana telefon Syuk (yg satu2nya berfungsi) telah hilang seolah2 sengaja memutuskan hubungan diorang dgn dunia luar. Takkanla cik ponti ngan makhluk hutan tu nak curi handphone selepas/bunuh orang yer tak?


Yg dalam group tu ada yg ada sejarah gila, ada yg mengidap masalah sleepwalking and pernah tertikam ibu sendiri ketika sleepwalking, ada jugak yg diburu saka keluarga, ada yg drug dealer, ada yg ada pakcik yg guna santau angin, aper lagi ek? ermm baca sendirilah. ;)


Tiada kisah cinta, penuh misteri dan temuilah ending yg sangat mengejutkan! Jeng jeng jeng...


ishhh entah brapa hari la aku akan terbayang2 cik ponti yg tak cantik tu.. aduih... ni yg aku segan nak baca buku2 mcm ni nih... edeh la... Aku memang suka gak la baca kisah2 mistik ni, dia nyer energy lain macam, tapi kalau aku takut nanti sapa yg susah? akuuuu jugak. Sbb tu la aku tak baca sangat. haha... nak wat camner memang dasar penakut. *tengok kiri, tengok kanan (tengok atas? tak payah la, sbb cik ponti dlm citer ni suka bertenggek atas pokok ngan uniform putih menggerbang dia tu)


sinopsis / blurb:


"Mungkin hutan ini ada 'benda' yg menjaganya macm yg saya cakapkan tadi?" celah Syukri sekaligus menyemarakkan lagi kebimbangan di jiwa semua ahli lain.


Adakah dia akan turut mati tidak berkubur di dalam hutan itu? Turut mati dibunuh makhluk yg entah apa?


Mereka terus tertanya-tanya mengenai persoalan itu. Selagi mereka tidak dapat keluar dari hutan berpuaka itu, selagi itulah mereka tidak terlepas daripada buruan makhluk yg masih tidak dikenal pasti itu. Makhluk yg masih tidak menonjolkan diri tetapi hanya mengintai dan memburu dalam kelalaian mereka.


Diburu makhluk yg kejam dan dahagakan nyawa mereka, dihantui dengan pelbagai perkara mistik dan keadaan diri yg semakin hilang kewarasan membuatkan episod di dalm hutan itu semakin azab buat mereka semua.


Kebingungan terus menyelubungi kumpulan ekspedisi itu dlm usaha memecahkan misteri identiti sebenar pembunuhan Razif. Adakah manusia spesis makhluk aneh yg memburu mereka atau makhluk halus yg mendiami belantara itu?


--------
Kita berpapasan dgn wajah-wajah asing setiap hari, seorg lelaki yg baru melintas, tidak kita ketahui asal-usul atau sejarah silamnya. Seorang wanita yg baru tersenyum kepada kita, siapa sangka dia mungkin seorg yg 'menakutkan'. Kata Zilla kpd saya, setiap kita ada rahsia silam tersendiri. Kata org2 lama pula, rambut sama hitam, hati siapa tahu. Siapa sangka seorg yg kelihatan baik, sebenarnya tersembunyi niat jahat dan hati yg busuk jauh di lubuk jiwanya. Seorg yg kelihatan jahat pula siapa sangka niat perlakuannya terlalu suci utk difahami. Inilah inspirasi novel ini, kisah mengenai rahsia-rahsia manusia yg tersembunyi di sebalik wajah yg kelihatan biasa.
~Nasron Sira Rahim~

Tuesday, March 9, 2010

Nak Bertemu Penulis2 KarnaDya?


Popular Bookstore mengadakan sesi bertemu Penulis2 KarnaDya di lokasi2 berikut:

Sesiapa yg ada ksempatan dan kelapangan, jangan lupa rebut peluang ni ya?

 

 

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Aina Emir & Mimie Afinie

Tarikh: 12 Mac 2010 (Jumaat)

Masa: 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat: 2nd Concourse Area, Berjaya MegaMall Kuantan, Pahang.

 

---------------------- 

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Dalila Sabri & Alfi Mohd

Tarikh: 13 Mac 2010 (Sabtu)

Masa: 4.00 pm – 5.30 pm

Tempat: Concourse Area, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban

 

---------------

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Hasif Hamsyari & Balqis MZ


Tarikh: 14 Mac 2010 (Ahad)

Masa: 2.00 pm – 3.30 pm

Tempat: Concourse Area, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban 
 



Sunday, March 7, 2010

Sepupuku Suamiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Allyna
Sepupuku Suamiku
Penulis: Lynn Allyna
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama: 2010
9789675067389
RM19.00
Sabah /Sarawak: RM22.00


"Larilah hingga ke hujung dunia, berenanglah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga ke langit ke tujuh. Kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua"


Tajuknya saja menunjukkan kisah ini seperti sangat santai dan covernya membuat kita menyangka ini kisah romantik komedi dari mula sampai habis. Well, never judge a book by its cover ya. Kisah ini memang mempunyai gaya santai yg membuai perasaan di awal2 cerita. Tambah2 di saat Nana berangan nak kawin dn sepupunya Hisyam yg sudah menjadi tunangan orang. Memang gatai nak menikah dah si Nana tu. hehe.


Tetapi dalam rentak santai itu, penulis membawa kita ke penceritaan yg lebih serius dan berat apabila badai mula melanda rumahtangga Hisyam dan Nana. Diorang memang tengah cintan cintun habis, sekali ada la dua badigol datang mengganggu. Johan tu mulanya kelihatan lebih psyco tambah2 dengan pengalaman masa kecilnya yg sering melihat ibunya didera hingga dia sendiri menghentak kepala ayahnya supaya ibunya dpt diselamatkan. Tapi rupa2nya si Hani tu lagi dahsyat. Dia sanggup merancang perangkap utk mendapatkan Hisyam. eh, baik aku citer dari mula kan?


Citer dia camni... Nana ni sebenarnya dah lama jatuh hati dgn sepupunya, Abg Hisyam dia yg hensem tu, doktor pulak tu. Sejak umur doblas tahun memang dia syok dah kat Hisyam (skrg umur dia 22). Skali tu dia dpt news yg Hisyam akan bertunang dgn pilihan hati. Memang frust menonggeng sorang2 la minah tu bila first love dia bakal jadi milik orang. Dia tak dpt membayangkan idup dia tanpa Abg Hisyam di sisi.


Then satu hari tu Hisyam ngan Maklong dtg ke rumahnya. Lepas diorang balik, dia diberitahu yg tunang Hisyam dah lari sedangkan pernikahan mereka lagi dua minggu saja. Demi menjaga nama baik keluarga, Mak Long minta Nana menggantikan tempat Hani dan Hisyam sudah menyatakan persetujuan. Wah! Ingat ker nak bagi jadi pengapit, tapi lebih baik dari itu dia ditawarkan menggantikan tempat pengantin perempuan! dalam teruja tu dia terfikir jugak, belajar pun tak abis lagi dah tergedik2 nak kawin. Tapi kang kalau dia menolak, mak long dia gi offer kat pompuan lain, lagi la dia frust. So, apa lagi.. cekau!!! So dapat la suami idaman kalbu malbu dia tu.


Hisyam memang seorang lelaki yg bertanggungjawab. Dengan sabar dia melayan kerenah Nana yg manja. Seluruh perasaan cintanya dicurahkan buat Nana. Mereka tidak mengambil masa yg lama utk saling memahami dan saling jatuh cinta. Kepulangan dari bulan madu di Bali menemukan Hisyam dgn Hani yg sudah ditinggalkan kekasih hati. Padan muka kena tipu. Hani jatuh cinta sekali lagi dgn Hisyam dan cuba menggodanya semula tapi tak jalan. Hisyam sudah ada cinta baru. Tambah2 isterinya yg muda remaja tu tengah mengandungkan anak pertama diorang.


Yang aku perasan, Nana ni dialog dia selalu ada double. Apa yg dilafazkan secara zahir tak sama dgn apa yg tersirat dalam mindanya. Tapi kadang2 dia sangat berterus terang.


Masa Nana gi report duty kat sekolah tu kelakar lah. Bersemangat betul dia nak mengajar. Masa 1st day tu, Pukul 6.30 pagi dia dah terpacak kat skolah tu. sapa pun tak sampai lagi. haha.


Bahagia mereka memang dicemburui Johan & Hani. Johan tu kawan kolej Nana. Dia dah lama syok kat Nana tapi Nana tak layan. Dia tak pernah putus asa nak ngorat Nana walaupun Nana dah kaiwn. Johan tu perwatakan dia kadang2 macam the male version of Hani. Tapi as the story goes, Hani tu memang dah mencapai tahap psyco ngilai sorang2. Dia sanggup menggelapkan wang syarikat utk mengupah orang memerangkap Hisyam malah utk membunuh Nana!


Hani tu berjaya perangkap Hisyam supaya ditangkap basah dgn dia. Hisyam tu mudah sgt percaya yg Hani tu sedang dlm kesakitan. Naper la dia gi sorang2. Bawak la ambulans skali. aduih... Sepatutnya kes dia ngan Hani tu selesai dgn mudah. Dia boleh prove apa yg dia sebenarnya dihentak di kepala smpai pengsan dan diperangkap. Benda2 tu boleh dibuktikan melalui medical report. Dia kan doktor? Malah pengakuan Hani tu pregnant pun dia boleh sahkan sendiri atau pun guna access dan kelebihan sbg doktor utk mendapatkan bukti saintifik. Part ni memang aku rasa agak kurang logik dalam cerita ni. Part2 lain tu aku sangat suka, tapi part ni memang rasa mcm mengganggu sedikit cerita ini. Lagi la geram bila Hisyam terpaksa berkahwin dgn Hani dan menceraikan Nana yg masa tu sudah keguguran. Hisyam seperti terbodoh. Mak dan ayah dia sendiri tak percayakan dia. Hani tu memang pura2 pregnant, dia bubuh belon apa ntah bawah baju dia bagi nampak buncit. Hisyam tak pernah melayan dia sebagai isteri.


Aku suka dengan cara penulis menggarap cerita Hani dan Johan. Tapi Hani mendapat tumpuan lebih penulis ini. Mula2 tu ingat Johan tu la yg paling jahat, tapi rupa2nya Hani lagi menang. Johan tu insaf jugak akhirnya kerana lepas bercerai pun Nana tak nak terima dia.


Hani kantoi dgn Hisyam semasa menguruskan pembayaran pada seorg pembunuh upahan dan Hisyam menjatuhkan talak 3. Hani ditahan di airport semasa cuba melarikan diri ke luar negara. Tapi pembunuh upahan masih di luar sana mencari Nana... Jeng jeng jeng...



sinopsis/blurb:


Siapa kata kahwin dgn sepupu sendiri tidak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing & kucing pun boleh hidup bersama. nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yg disemai semakin hari semakin segar mewangi.


Si Kekasih dtg menuntut janji. Nana tak dpt bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.


Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya pada si isteri.


Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tidak dpt disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makiin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.


Johan juga begitu, dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.


"Abg, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat org tu. Nana harap abg mengerti."


Mampukah mereka menepis segala rintangan yg mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yg diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.


Andai kau tercipta utkku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.