Saturday, December 22, 2007

Eye On Malaysia 2007

Eye On Malaysia... memang ramai yang berminat nak pergi kan? saya pon teringin jugak sbb bukan semua dpt merasa naik ferris wheel yang berdiameter besar tu. Kebetulan semasa hantar adik ke UiTM Shah Alam utk kursus pendek, emak dan adik2 saya pun turut serta.. so selepas hantar adik tu kami terus ke KL (Tmn Keramat) utk menemukan ibu saya dengan ibu kawan baik saya semasa di UiTM dulu (yg melayan saya seperti ahli keluarga sendiri, terubat juga rindu bila tak dapat balik kg). Saya sekadar menunaikan janji yang dah terucap semasa kali terakhir menemui makcik. Alhamdulillah mak saya dpt berbual panjang dgn makcik.

Then kami buat keputusan utk ke Eye on Malaysia. Mak saya takut nak naik benda tu.. macam2 perkataan kalau yang diucapkan.. "kalau mak pengsan macam mana?" "Kalau mak tunggu kat bawah buleh?" disebabkan tak der sesiapa nak teman mak kat bawah, kami berjaya pujuk mak naik sekali EOM tu. memang tak bergerak badan dia masa duduk kat kerusi dalam gondola tu. bijik mata dia jer yang bergerak kiri dan kanan utk menikmati permandangan dari atas. :)


Then saya merancang utk ke sini lagi sebab adik saya yg di UiTM tu belum naik lagi EOM, kebetulan apabila tarikh yg kami rancang tu, Sue nak join jugak.. Kitorang breakfast kat KLSentral. Sempat jugak Kak Mona Jiwangan bergegas dari Sg Buluh ke KLSentral bersama abg Kamal utk amik Kuih Benderam yang order awal2 lagi :) Lepas siap makan kitorang mula menapak ke Monorel KLSentral. Kitorang turun kat Stesen Titiwangsa dan kemudian berjalan kaki sampai ke hospital tawakkal and then lintas jenjantas utk sampai ke Taman TAsik Titiwangsa.. perghhh berpeluh ketiak nak sampai situ..

Sampai2 jer orang dah ramai.. maklumlah ujung minggu, cuti sekolah pulak tu.. nasib baik aku ni penyabar orangnya ;) yeke sue? sementara nak sampai giliran naik gondola tu, berpuluh jugak gambar yg dpt aku snap. Satu gondola kami naik 5 orang. 2 orang tu nasib baik sama2 perempuan so berposing sakan la kitorang.. aku amik gambar hang, hang amik gambar aku.. masa mula2 masuk tu.. memang sakan amik gambar.. sat duduk sana sat duduk sini.. masuk 4th round kitorang dah senyap sikit dan mula menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi.

Habis agenda di EOM kami menapak semula ke Stesen LRT Titiwangsa utk amik STAR LRt ke Puduraya pulak.. masa on the way tu sempat pulak singgah di hospital tawakkal utk 'urusan peribadi'. Sampai kat puduraya tu terus la cari tiket x-wing nak balik kg. sekali tiket kat stesen LRT tu dah sold out.. so terpaksa menapak ke dalam Puduraya dan beli tiket di sana. nasib baik ada.. and then kitorang menapak lagi ke Stesen LRT Putra pulak utk pergi ke KLSentral. Lega dapat rehat kat foodcourt kat situ, makan2 sambil sembang2.. first time bersembang panjang dengan dengan Sue yang baru dua kali saya bertemu mata :) Masa balik, adik saya tumpang Sue sampai ke UiTM puncak alam (Thanks so much Sue, tak la aku risau sangat nak lepas adik naik Komuter sorang2).. sementara saya balik ke putrajaya dgn menaiki ERL.. pergh.. sehari suntuk naik turun tren tu.. semuanya saya naik dlm hari tu.. err kecuali KTM Komuter..

sure fine whatever
rinn

Eye On Malaysia 9-12-2007




Jalan-jalan sakan ke Eye On Malaysia dgn Adik & Sue :) thanks sbb sudi join.

Bowling Anjuran Alamorphosis-10Nov2007

Event ni adalah paling tak disangka dapat join.. selalunya weekend aku penuh dgn aktiviti dan kebetulan pagi2 hari tu aku dapat call cari Diana Lipis untuk sama-sama ke Berjaya Times Square nak jumpa rakan-rakan JU dan juga AFC yang akan berkumpul di sana. hmm rindu jugak kat Kak Sari, Izan, Nurul dan Suzi dari AFC yg jarang2 dpt bersua muka dgn mereka.

Seperti biasa, Diana picked me up kat KL Sentral, jalan agak sesak hari tu.. tapi kitorang tak terlewat kerana game belum bermula.. Akma FC hantar dua team, AFC & Konnichiwa. Heliza FC sakan betul sampai 5 team kalau tak silap.

Budak2 AF ramai gak.. tak susah utk mengajak mereka bergambar.. yang lama2 tu kelihatan mudah diajak bergambar tapi yang baru2 ni ada jugak yang nampak seperti jual mahal sedikit. Thanks Akma, Heliza, Fitri, Zila yg mesra2 belaka.

Seronok dpt jumpa Kak Sari, Izan, Uty, Suh dan lain2 lagi lah hari tu.. and tak sangka tiba2 jer NAZ muncul buat pertama kali!! thanks Naz sudi datang dan beramah mesra dgn kitorang.. hope to see u again. Meriah jugak tengok ramai2 main bowling pakai baju raya. siap ngan songkok dan sampin tu. Tak sangka pulak ada jamuan raya.. makan free, sedap lak tu :) Kitorang tak stay lama kat situ.. tak tengok pun masa results diumumkan. Dapat jumpa kawan2 sekejap pon jaaaaaadilah. Lepas tu sempat pulak ikut Diana, Izan dan Ina pegi cari citer korea kat Kotaraya! haha.. sabar jer lah.

Bagi yang nak tengok clips akma main bowling, boleh tengok kat you tube, i've uploaded kat situ a few days ago.

again, thank you thank you thank you diana :) hope to see you again.. buku 5T5B akak dah beli 4u.. nanti jgn lupa datang ambil! a good excuse to meet again kan?? alahai.. bila la agaknya nak sampai Lipis ni...

sure fine whatever.
rinn

Thursday, December 20, 2007

Kopi Susu Sepatu Biru

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ruby Hazri
Kopi Susu Sepatu Biru by Ruby Hazri


Antara buku yang saya tak sabar2 nak menunggu tarikh jualannya awal Disember 2007. Nama Ruby Hazri sudah cukup untuk membuat saya suka dengan buku ini sebab saya amat tertarik dgn gaya penulisannya dalam "Percayalah..." masih ingat lagi kisah cinta di antara Atiqah dan Danial Wolfgang? *sighs*


Thanks kaksu sbb susah-susah aja dptkan buku dan tandatangan utk buku ini. Terbayang-bayang catatan tangan Kak Ruby yang dipetik dari isi buku ini yang patut dipegang sebagai motto hidup:
"orang yang paling kerap mendapat kesusahan adalah mereka yang memiliki lidah terlepas dan hati yang tertutup." (ahli sufi)


Novel ini berasal dari e-novel yang bertajuk "Mengapa Ada Rahsia?" oleh Ruby Hazri. dari citer jiwang sentimental dalam 'Percayalah...' Kak Ruby membawa pulak citer yang berbentuk romantik-komedi dalam karya terbarunya. Romantik-komedi memang saya suka... :) siap ada resepi laksa johor lagi ha di beberapa helaian terakhir novel ini.


Dah banyak kali saya baca sinopsis belakang buku ini yang tersiar di website Jemari Seni, sedikit sebanyak memberi background story mengenai medan perang yang wujud di antara Mat dan Emy. I kinda wish I know nothing semasa mula membaca buku ini sbb kalau dah ada spoiler tu dah kurang la sikit thrill semasa membaca. Ternyata masih banyak lagi yang menanti pembaca yang mengikuti novel ini.


i think ruby hazri ada sentuhan yg special utk menjadikan cerita biasa begitu special di mata saya.. seperti "percayalah..." jugak, saya baca citer tu tanpa expektasi yang tinggi and i end up liking it so much. same goes to KSSB ni. kak ruby knows how to make me jatuh sayang kat main characters and feel very close to them. cover buku ni, sekali tengok macam buku kisah budak2 lah pulak sebab wajah2 di cover tu mcm wajah budak lelaki dan budak pompuan. and kucing dlm pelukan budak pompuan tu mesti bobo kan? :)


Kisah ni tentang Mat dan kawan2 serta Emilia dan kawan2 yang saling berjiran tetapi sentiasa ada saja perkara yang mencetuskan peperangan di antara mereka. Sudah ada yang warning diorang, membenci biar berpada-pada, jangan lebih sebab benci boleh bertukar menjadi cinta..


bagi saya, paling kelakar part Emy pi makan ngan adik dia, dia terserempak ngan Mat ngan sorang makwe, beria dia nak ushar muka makwe tu sampai straw dikacau dalam pinggannya yg ada nasi dan lauk, and masa dia ngan Sofea gi rumah Zahim utk diperkenalkan dgn ibu bapa Zahim.. dia sakan dressing ngan kebaya merah sedangkan mak zahim pakai kaftan saja! haha.. lawak lawak. Hubungan antara Roslinda dan Emy memang tak disangka dan mengejutkan. Identiti MrLapok seolah-olah awal2 lagi sudah dapat diteka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!


Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!


Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....


Rumah No. 11

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.


Rumah No. 9

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.


Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:


* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi


Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.


Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?


Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.


RM21.00
570 mukasurat

Wednesday, December 19, 2007

Bowling Alamorphosis di Berjaya Times Square




Antara artis yang join bowling pada 10 nov 07 yang lalu. seronok dapat jumpa rakan2 JU yang dah lama saya tak jumpa. thanks diana sbb sudi ajak saya :)

sure fine whatever
rinn

Pesta Buku Alaf 21-3Nov07

Kalau pesta buku macam ni memang saat yang ditunggu-tunggulah.. dapat jugak menjengah ke Alaf21. Mcm biasa, aku pegi ngan yam lah.. pagi-pagi lagi perjalanan kami sudah bermula.. naik bas turun bas, naik tren turun tren, naik teksi turun teksi. tak kisah lah.. janji bleh sampai sana.. pagi2 tu tak der lah nampak pulak mana2 penulis kat situ.. so kitorang borong buku sajalah.. ramai pulak yang sempat sms mintak tolong belikan buku macam2 tajuk.. ada jugak yg mintak belikan aja mana2 buku asalkan best.. bleh plak mcm tu.. kang nanti aku rasa best tapi orang yg baca rasa tak best.. susah la kalau terima order mcm tu.. nasib baik cuaca cerah hari tu so senang la ronda2.. masa nak balik tu tumpang teksi dgn salah seorang peminat novel.. alamak lupa pulak nak tanya nama! hehe..

hari tu sempat singgah PKNS, tempat aku selalu berkunjung dulu2 semasa bergelar student UiTM. Kenangan mengusik jiwa lah pulak. Balik tu kitorang naik bas jer depan PKNS tu.. n then sempat jugak singgah kota raya menjengah kedai2 yg jual citer korea sebelum bertolak balik ke putrajaya :)

 

 

Koqin Karemo

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Koqin Karemo by Samsiah Mohd Nor

Kisah cinta remaja STPM skolah. Pelik betul nama watak utama dalam
citer ni, 'koqin karemo'. Sikap dia pun pelik gak. Mak pak dia hantar
belajar skolah kat kg sebab kat bandar dia ni macam tak belajar.
Kehadirannya di sekolah baru menarik perhatian. Sikapnya memikat hati
beberapa pihak, dan turut juga mengundang rasa tk puas hati beberapa
pihak. Bila latar belakang keluarganya terbongkar, dia anak orang
kaya rupanya. Tetiba jer gadis yang amat membencinya (Julina) berubah
menjadi mesra. Koqin agak tersentuh dgn kehadiran gadis ini sebab
wajahnya seiras dengan x girlfrend dia. Rakan sekelasnya ARsila
menyimpan perasaan kat Koqin ni sehingga sanggup mempertahankan Koqin
bila dia dituduh melawan ketua pengawas. Persahabatan dgn ARsila dan
Ajak menjadikan Koqin lebih menitik beratkan pelajaran.

perhubungan Koqin dan Juliana dicemburui boipren Julina, merangkap
ketua pengawas yg memang dendam ngan koqin ni. Koqin kena blasah
teruk dan Julina pulak menjadi sangat caring kat koqin ni. Arsila
mula rasa cemburu. Koqin sudah mula memahami perasaan ARsila dan
hanya tersenyum dengan sikap Arsila yg resah, bila peperiksaan tamat
barulah koqin meluahkan perasaannya terhadap arsila.


Saya kurang suka dgn nama pendek yang diguna untuk Arsila, iaitu
Ars.. kalau in english, macam sensored jer bunyi nyer.. Wanita kat
cover tu siapa ye? tak nampak remaja seperti watak2 dalam citer ni
pon, takkan mak koqin kot :p :)

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Pada mulanya dia yakin, dia tidak akan betah hidup dalam keadaan yang
dianggapnya kolot dan merisikan di desa. Desa yang sepi dan kosong.
Namun ketenangan dan kedamaian yang ditemui akhirnya menjerat hati
dan perasaan cinta pada desa. Dan kini, dia terpaksa pula berperang
melawan perasaan yang begitu sukar untuk dimengertikan apabila
jiwanya mula terusik dengan dua hati gadis desa.

RM4.90
130 mukasurat

Selamat Tinggal Sayang...

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ma Lee Chuswan
Selamat Tinggal Sayang... by Ma Lee Chuswan

"Dalam soal hati... benarkan perempuan tidak pernah dewasa?"
-Daripada penulis 'Best Seller' Permata Hati

Saya tak fikir panjang masa mula2 nampak buku ni di rak buku dalam
MPH sebab memang ramai yang rekemen saya untuk baca buku ni.
kebetulan pulak bajet cukup so dapat lah beli.. sebaik saja abis
exam, buku nilah yang pertama saya capai setelah 2 minggu menahan
diri dari membaca novel2 sebab kena study la for exam.

Latar cerita seorang gadis 'the ugly duckling' yang bertukar
menjadi 'swan' disulami kisah cinta selepas kawin memang pasti akan
memikat hati pembaca-pembaca novel yang sukakan kisah cinta genre
seperti ni.. Bagi saya cinta di antara Puteri dan Hakim lebih kepada
tarikan seksual. tak terasa pulak cinta mereka berputik dari hati,
lebih kepada tarikan fizikal antara lelaki dan perempuan.

Dee suatu masa dahulu adalah seorang gadis tomboy yang tak pedulikan
penampilan diri sbg wanita. Khabar sedih yang dibawakan kepada Hakim
membuat Hakim menangis sendu dalam dakapan Dee dan mereka terlanjur.
Kerana bimbang Dee akan mengandung, mereka bernikah, tetapi Dee malu
bila mendapati dirinya tidak mengandung lalu membawa diri. Beberapa
tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu dalam satu syarikat yang
sama, yg kini dimiliki Hakim. Dee yg kini dipanggil 'Puteri' jauh
berbeza dari Dee hingga Hakim langsung tidak mengenalinya. Manakala
bagi Puteri, Hakim tetap bertakhta di hatinya dan tak dapat mengawal
perasaan terhadap Hakim hingga mengganggu prestasi kerjanya. Sedikit
demi sedikit Hakim mula menyedari yang Dee adalah Puteri. Rasa cinta
yang amat mendalam kepada Hakim menjadikan Puteri berani dan
meluahkan perasaan kepada Hakim. Ntah la kenapa Hakim berat nak
menerima Puteri sedangkan Puteri tu isterinya dan memang sah2 dia nak
kat Puteri tu. Dia meletakkan syarat, sekiranya Puteri dapat menakluk
hatinya dalam masa 6 bulan, barulah dia akan menjadi milik Puteri
sepenuhnya. Rasanya Puteri amik masa 6 minit saja utk 'menakluki'
Hakim. Hakim serba salah kerana ugutan bapanya supaya dia berkahwin
dengan anak rakannya, kalau tidak masa depan adik kesayangannya pulak
akan menjadi taruhan sbb kalau bukan Hakim, adiknya pulak yg akan
dikahwinkan dgn anak lelaki rakannya tu yang terkenal dgn sikap buaya
daratnya.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...
cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian
puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng
zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu
kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang
kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur,
terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab
yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka
bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus
bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...

Rm20.90
440 mukasurat

Metamorfosis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Tomi Jefri
"Lumrah kehidupan perubahan ke arah kebaikan
perubahan ke arah kejahatan
ada imbuhan setimpal"

Bila tengok cover dan tajuk, saya ingat ker ni kisah cinta mendayu-dayu semata-mata... tapi banyak kisah tersembunyi di sebalik Metamorfosis. Tomi Jefri ada keistimewaan tersendiri mengalun kisah thriller dengan gaya bahasa yang tidak keterlaluan. Watak utamanya tetap gadis jelita yang menawan tetapi 'hard-to-get'.

Liza seorang gadis berkejaya yg menyimpan misteri besar dalam hidupnya. Dia hidup tanpa ayah dan ibu bersama dua adik yang disayangi. Jimi dan Joshua sama2 jatuh cinta pada Liza tetapi Harris terlebih dahulu menyintai Liza, tetapi cinta sejak zaman sekolah itu tidak membawa ke jinjang pelamin. Pertemuan semula dengan Liza membuat Jimi mahu merebut cinta Liza dan membawanya pergi jauh dari Malaysia, tetapi rupa2nya Jimi dihantar kepada Liza dengan satu agenda yang besar oleh isteri Thomas Koh. Bila Liza gagal dijerat, Jimi beralih
kepada adik liza, Aida. Kenaifan Aida membuat Jimi senang memerangkapnya. Tetapi Jimi tidak tahu yang bapa Aida dan Liza (yg telah lama menghilang) jauh lebih berkuasa dari orang yang mengupahnya. Saya pun mulanya tak sangka yang Thomas Koh adalah bapa kandung Liza, Aida dan Reza. Ingat ker dia amik berat pasal Liza dan Aida sbb diorang tu kan awek2 cun.

Liza rupa2nya masih setia pada Harris tetapi Harris pulak dah nak bertunang dengan orang lain. Joshua tu hampeh semacam jer.. nampak kakak (Liza), jatuh cinta ngan kakak, nampak adik (aida), jatuh cinta ngan adiknya pulak.. Nasib baik Reza tu lelaki. hehe.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Selepas metamorfosis...
Kepompong berubah rama-rama

Selepas metamorfosis...
Pemalu berubah penggoda
Gadis berubah wanita
Cinta berubah dosa

Selepas metamorfosis...
Bagaimana pula dengan cinta?

RM7.90
220 mukasurat

Awek Cun

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
"Satu dekad Satu Kisah"
"Berulang-ulang cetak, 18 ribu naskah terjual"

Salah satu sebab saya capai buku ni adalah kerana tak tebal sangat dan malam tu aku memang tak der benda nak buat.. aduih.. mana la aku tau ada hantu/roh dalam citer ni.. tak sampai separuh, aku tutup buku ni dan lampu bilik aku biar menyala sampai pagi. Esoknya baru lah aku abiskan baca buku nih.

Memang tak sangka langsung yg citer ni citer seram rupanya... Kisah remaja yang dihidangkan dalam buku ni memang mampu menarik pembaca2 remaja untuk menghayati citer ni.

Mengisahkan Danial dan Danny, pasangan kembar yang seiras tapi tak ngam langsung antara satu sama lain. Danial tak se agresif Danny yg dah macam samseng. Suatu malam bapa mereka menyerahkan sebuah kotak turun temurun kepada Danial yg merupakan anak sulung lelaki dalam keluarganya. nanti bila Danial ada anak lelaki sulung, dia pulak kena serahkan kotak tu kepada anaknya. Dia diamanahkan supaya tidak membuka kotak itu walau apa pun yang terjadi. Tapi Danial tewas di tangan Danny yg tak bertanggung jawab dan terus mencungkil kotak tu dan terserlahlah rahsia dalam kotak tu, ada duit singapore yg ada gambar todak tu.

Danny ketawa berdekah dekah manakala Danial pulak berdebar-debar menunggu sumpahan keturunan yang bakal melanda dirinya sebab tidak menjaga amanah dgn baik.Danny tu siap ajak kawan dia Grr main spirit of the coin guna duit todak tu kat rumah mak we dia yg kebetulan masa tu balik kg. Memang macam2 roh yang datang, tapi ada satu roh ni bernama Niki yang enggan pulang bila disuruh. Yang menghairankan Danial, dia yang sedang mengendap aktiviti Danny dan Grr dapat melihat Niki dgn mata kasarnya.

Niki ada agenda tersendiri, dia memerlukan cinta suci Danial untuk kembali ke alam maya dan bapa Danial memegang rahsia terbesar mengenai misteri duit todak tu.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

"Kau nampak tak angin yang sedang bertiup tu?" Niki senyum melihat angin yang berbentuk dan bercorak itu. Ada yang nakal, dan ada yang baik. Angin juga mempunyai beberapa karektor. Niki gemar melihat telatah angin yang bermacam ragam tu...

Nampak angin? sumpah aku tak nampak. mana boleh nampak angin! Danial ternganga. Di mana aku saat ini? Adakah aku ni masih hidup ataupun sudah mati? Dia tak pasti...

RM8.90
140 muka surat

Tuesday, December 18, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa: Hantu Jamban

Salam buat semua pengunjung blog. Terima kasih kerana sudi bertanya khabar dan meluahkan rasa bimbang atas ketiadaan update dari saya selama kira2 sebulan. Ujung2 tahun ni sibuk menjadi-jadi pulak tambah2 selepas saya habis exam hari tu. Novel memang dah banyak saya baca, rasanya dah sepuluh, tapi satu pun belum sempat nak post review. harap2 nanti masa cuti raya haji, insyallah saya akan bercuti seminggu, dapatlah update blog dan review :)

14 Disember yang lalu tiba2 jer kenangan masa zaman skolah dulu berputar semula dalam kepala saya ni. Zaman2 tu tak der la apa2 yang happening sangat kat insan kerdil yg lahir dalam keluarga serba sederhana mcm saya ni. Kenangan masa darjah 1 memang antara yang paling aku ingati sebab masa tu la first time terpisah dari ketiak mak.

Hari pertama sekolah seronok la sbb dapat pakai baju baru kasut baru dan first time pakai stokin, baju kemeja tangan pendek dgn baju bersambung skirt di luar (pinafore). Mak sikat rambut aku siap bubuh Code 10 yg aruah ayah punya. pergh.. bekilat kepala aku. Haritu ayah hantar pi skolah naik moto dia la.. Aku memang suka ikut aruah ayah keluar, gi kedai, gi potong rambut. Dia potong rambut, aku pun potong rambut. rasanya sebab tu lah sampai sekarang ni aku selesa berambut pendek.

Masa mula2 masuk kelas tu hati aku memang berdebar debar lah. aku rasa kecik kemetot bila duduk kat kerusi meja kelas tu. rasanya kalau orang tengok aku dari depan kelas nampak bijik mata dengan suku bulatan kepala aku yang berkilat disapu code 10.

Masa darjah satu tu, saat yang paling mengerikan aku adalah bila terpaksa ke tandas. Tandas sekolah aku rasakan tempat yang paling menakutkan tambah2 lagi kalau terpaksa pi sorang2 (kalau sahabat karib aku Zalila Osman tak datang sekolah untuk temankan aku).

Pa-a-a-ada satu hari... aku memang terpaksa sangat2 pegi toilet. Dah cuba tahan tapi memang dah tak buleh dah... Lepas cakap "Please teacher may I go out" kat Sir Chelaiyah aku terus memecut ke toilet. Sampai jer kat pintu toilet, rasa seram seakan-akan merangkak dari pinggang menuju ke tengah belakang dan sampai ke tengkuk. Berdiri bulu roma. Aku heran, kenapa masa ni, dalam beratus murid2 kat sekolah tu, takkan aku sorang jer yg nak terkucil. Dengan langkah terpaksa aku letak kaki kiri melepasi pintu masuk tandas sambil mulut kumat-kamit baca doa masuk tandas (kan masa belajar dgn ustaz lafaz doa tu diucap dan masuk kaki kiri dulu). Abis jer doa tu aku seret kaki kanan masuk.

Aku pi kat kubikel yang paling hampir dengan pintu keluar. Lepas dah settle urusan kat dalam jamban tu, hilang sikit ketakutan yang melanda awal2 tadi.. tapi keadaan terlalu senyap sunyi. Rasa seram tetap ada. Sebelum keluar tu aku terus tarik tali flush. Tiba2 jer bunyi air tu yang berderau keluar tu kedengaran seperti suara mengaum, rasa macam suara hantu menyergah aku. Aku terus menjerit dengan tak malunya.. dari tangga teratas jamban tu aku terus lompat keluar smpai tertempek kat dinding marmar yang sejuk. Aku baru perasan kat pintu masuk ada sorang budak pompuan tekejut agaknya tengok ada seketul lembaga terbang keluar dari jamban. Dia menjerit lagi kuat dari aku "Maaaaaaaaaaaaaaaaak hantuuuuuuuuuu" sambil lari balik ke kelas. huh tak pasai2 aku jadi hantu jamban.

sure fine whatever
Rinn

Sunday, December 2, 2007

Kuseru Namamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ilani Mysara
Kuseru Namamu by Ilani Mysara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


Sebuah Novel Klasik
"Pabila sinar menjadi sirna terbukalah mata hati menghadirkan dia di dalam diri"


sekali sekala membaca naskah novel purba memang sesuatu yang exciting. lagipun adventure2 yang ditempuh Dewi Sri Wali memang dahsyat. sekali sekala saya tergaru-garu kepala jugak memproses maksud tersirat.. al maklum la saya ni set2 minah blurr jugak kadang2 tu.


Di awal cerita kisah ini dialunkan oleh Pak Anjang Kadir kpd anak cucunya tapi di akhir citer ntah mana la pak anjang kadir dan cucu2nya pegi. Sepanjang pembacaan buku ni memang sekali sekala meremang jugak bulu roma saya. yer la masuk bab2 mistik tu seremmm jugak. Kronologi perjalanan Dewi Sri Wali yang mahu menghapuskan sumpah keturunannya memang teramat panjang sehingga menghabiskan seluruh usia remaja Puteri keramat itu.Yer la masa dia berangkat tu set2 umur sweet seventeen lah, biler dia kembali tengok2 anak menakan dia dah umur patploh tahun!


Dari negara langit dia turun merentas zaman, meniti kisah sebenar sumpahan kental keturunannya. Setiap perjalanannya dlm usaha mengumpul 7 helai rambut emas diiringi peristiwa2 mistik yg menuntut kebijaksanaan puteri terbilang itu.. amboi.. bahasa aku pun jadi skema tahap gaban tingkat 60 jer.


saya paling look forward to scene2 sedih, tapi tak der yang sedih sangat melainkan part yang melibatkan Siti Melor yang difitnah. bejurai2 air mato den. Selalunya kita baca citer pompuan yg kena rogol, ni terbalik pulak, lelaki yg jadi mangsa dlm pembunuhan bersiri ini.


siapa yg nak kawin dengan Dewi Sri Wali kena menjadi lelaki pilihannya dgn cara memisahkan tudung dari kepalanya.. sapa berani buat nak kena penendang buleh aar dgn Dewi garang ni. Namun di satu zaman wujud sorang putera yang disangka lawan yang mudah ditawannya, tapi putera ni panjang akal, dia menang dalam mengalah.


pastinya ni buah tangan istimewa dari Bonda. Terima kasih Ilani Mysara.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Apa ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tanggungjawab.


"Ini adalah cerita nenek moyang kamu. Tapi ingat, yang baik jadikan pedoman. Yang buruk buang jauh-jauh. Apa jua yang berlaku pada diri kita, jangan cepat mengikut hasutan. Padahnya hingga ke liang lahad. Setiap apa jua, mulakan dengan Bismillah."


Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang perjuangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi.


"Akan lahir satu keturunan di antara kamu. Seorang puteri bakal dikurniakan. Jagailah dia. Sesungguhnya ia ingin menebus satu nama yang tercemar. Tujuh sumpah akan dilaluinya. Airmata dan pengorbanan adalah syarat yang pasti ditempuhi. Setiap satu sumpah berakhir dengan sehelai rambut emas berjaya dicabut."


Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di atnara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya?


Bacalah demi sebuah nama yang suci.


RM19.90
520 muka surat.

Labyrinth

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Imaen
Labyrinth by Imaen
Terbitan Jemari Seni

kali kedua saya beli novel jemari seni secara pos :) memang special kali ni sbb dekat2 nak puasa masa tu. Mariah kirimkan novel ini bersama kad raya! siap ada nama kak noor suraya lagi tu.. lagi la sengih saya lebar. Setelah didesak (saya ulangi didesak oleh sue and rose) saya pon capai lah novel ni selepas abih baca ulangan Schubert's Serenade. Macam mana la saya boleh tak perasan ada autograf Imaen dalam buku tu. Thanks again Mariah! *sengih sampai Disember*

Lepas baca buku ni saya rasa saya amat kerdil utk komen hasil karya penulis ini. luas betul pengetahuan Imaen, dari duniawi ke ukhrawi, dari Al-Quran ke hiburan. Membaca buku ini seolah menambah ilmiah, meniti sirah, merenung kehidupan, muhasabah diri. Teringat dulu masa baca Vandetta pun nilai2 begini diterapkan. Labyrinth lebih menarik (bagi saya) sbb ada kisah cinta tak terucap antara Dani dan Maira. Imaen bijak menyelitkan kisah ini menarik pembaca santai seperti saya utk mengikuti kisah Labyrinth dgn teliti. Bagi peminat thriller/adventure kisah ini pasti dalam senarai top 3 dan tidak rugi pembaca yg novel romantis utk mengikuti kisah cinta dani-maira dalam novel ini.

key story dia tentang pembunuhan bersiri yg dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yg saya rasa berbintang gemini dan mungkin ada keturunan Gollum (dari Lord of the rings) haha. ni jenis cakap sorang tapi macam menyembang dua orang. Namun pembunuh ini berseni orangnya, pandai menari, melibas pedang, bersajak dan bijak menempatkan diri di kalangan orang yg memburunya.

Kes ini menemukan Dani dgn Kamal dan Hanani, detektif homosid yg terlibat dalam kes ini. Perwatakan Dani amat kontra dgn Kamal mahupun Hanani namun terikat juga persahabatan erat antara Kamal dan Dani. Tempias keluhuran agama Islam dalam Dani melekat juga pada Kamal yg sudah lupa tempat sujud.

Kisah Dani-Maira sudah lama bermula di hati masing2 yg langsung tidak diluahkan oleh kata2. Saat langkah pertama sudah diatur oleh Dani, mak dia pulak sibuk nak jodohkan dia dgn orang lain. Maira menanggung rindu kali kedua apabila Dani balik kg. pestaim dulu masa Dani pi belajar kat oversea. Dani dan Maira serba salah dgn perasaan sendiri, kalau dibiarkan diri hanyut takut nanti membawa maksiat pulak. Bashir pulak makin berani meluahkan perasaan kpd Maira walaupun ditolak mentah2. Hati Maira sudah nekad akan menunggu Dani tapi Bashir pun nekad jugak. Sian Dani sampai decide nak balik kampung tanam jagung sbb frust dgn Maira, tapi satu sms membuat senyum Dani melebar.

Kamal-Hanani-Natasya ada konflik tersendiri. Ingat ker Kamal nak lepaskan Natasya, I'm so glad they're back together and Hanani tak mati masa bertugas.

Tersenyum saya melihat nama Aqmar Aziz melintas di depan mata. Aqmar Aziz yg terpaksa melepaskan Nuur Khalida untuk bersama Tengku Dara. Nampaknya Labyrinth, Nyanyian Tanjung Sepi, Surat Ungu Untuk Nuha, Tanah Andriyana, semua dalam satu universe yg sama :) hmm terlintas jugak nama Dr Farhana, adakah Farhana yg sama dalam 'Rindunya Kian Membara'? aduih.. nampak sangat aku ni dah makin obses dgn karya kak noor suraya.

Thank you Imaen.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan berbersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai... dan maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

Sebuah lagi karya romantis-thriller daripada IMAEN, selepas Vendetta(Gurindam Jiwa)

RM18.00
430 muka surat

5 Tahun 5 Bulan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hlovate
5 Tahun 5 Bulan by Hlovate
Terbitan Jemari Seni


Rasanya dah lama peram buku ni. Karya Hlovate yang pertama saya baca adalah Schubert's Serenade, walaupun 5T5B karya pertamanya tapi masa tu dah berkobar kobar nak baca kompilasi cerita2 "gurindam jiwa". I can't help making comparison lah bila dah baca dua karya penulis yang sama. Bagi saya isi cerita 5T5B tak der apa sangat, cuma cerita ini diselamatkan dari kebosanan oleh gaya bahasa Hlovate yang sangat santai dan bisa membuat pembaca tersenyum, tergelak. Saya pun selalu senyum sepanjang baca buku ni. Kalau ditapis dari segi isi ceritanya, banyak love story yang macam ni. Yg paling saya suka adalah ending citer ni, i can read part IV of the book berulang kali dan senyum jiwang. suka la!


BAgi saya Schubert's Serenade lebih menarik. Sebaik saja abis baca buku 5T5B saya terus capai "gurindam jiwa" dan baca schubert's serenade lagi sekali. Mungkin sebab saya ada ternampak nama Ju'a dalam 5T5B ni. Ju'a tu sepupu Johanna rupanya. Memang saya pasti saya lebih suka SS. SS buat saya senyum, ketawa, hiba, menangis. 5T5B tak der pulak buat saya rasa macam tu. Apa2 pun Hlovate berjaya meletakkan dirinya dalam kategorinya tersendiri dengan penggunaan bahasa, peribahasa yang moden, creative dan innovative, byk betul analogi, terminologi, perumpamaan yang buat kepala hotak kita ni rasa segar. Terima kasih Hlovate.


serba sedikit tentang 5T5B. Mengisahkan Johanna yang bekerja sbg orang gaji sementara menunggu peluang ke luar negara. Sepanjang karier sementaranya itu dia mengenali along sekeluarga. Along sudah mula menaruh hati buat Ana tapi selalu suka sakat Ana, membuatkan Ana rasa lemas. Pemergian Ana ke Universiti Aberdeen mengajar mereka erti rindu tetapi perasaan masih terpendam. Along tercabar dgn kehadiran Jebat dalam hidup Ana. apa2pun ibu bapa Johanna mesti tersenyum bangga dengan kepulangan Ana bersama 3 sijil instead of one. Sijil degree, sijil nikah dan sijil beranak Amir. :)


sure fine whatever
Rinn




Sinopsis belakang buku


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kitorang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?


Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys are stupid, some men too.


Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.


520 muka surat
RM20.00

Moga Kau Mengerti

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"tak bisa kulupa dirimu tiap kali simpulan memori terurai kembali"

perghh sarat perasaan saya lepas baca buku ni. latar belakang buku ni memang saya dah tau sedikit sbb yam dah baca. saya elak baca sinopsis so saya agak tertanya-tanya siapakah bakal suami Adeena yang kejam tu, Dr Adib ker Kamali. At one point macam confirm jer Dr Adib tapi Kamali rupanya.. fuh tak sangka sungguh. Ngeri jugak mengenangkan ada lelaki yang mcm ni dalam dunia ni. Gangguan emosi yang membawa kepada naluri yang sangat-sangat kejam. kira macam turn jadi incredible hulk la, alter ego yang disembunyikan akhirnya terserlah. mesej sarat yang diselitkan dalam buku ini menjadikan keseluruhan cerita ada kelainan. Bagi saya Epilog Cinta juga sarat tapi kisah cintanya kurang mendayu-dayu macam "Moga Kau Mengerti" .

Kisah cinta yg membuai perasaan yg tiba2 dicarik-carik oleh orang yg paling diharapkan memang lah menyedihkan. Memang sarat rasa kasihan pada Adeena ni, cuma sikap berdiam diri dia menjadikan saya geram. Perasaan geram tu melebihi perasaan simpati, mungkin sebab tu saya tak sedih sangat. Setiap kali ada saja kealpaan Adeena dlm mematuhi arahan Kamali mesti terkeluar perkataan "hah mampus!" dari mulut saya.

Part yang betul2 menjadikan saya sedih sampai nak nangis adalah setelah Adeena masuk hospital lepas kena hentam teruk dgn Kamali. Kunjungan keluarga dan kawan2nya dan cara penceritaan keadaan Adeena masa tu memang menjadikan saya pilu. Penghujung cerita yg mampu membuat pembaca melepaskan nafas lega (saya la tu). Kehadiran Dr Adib yg merawat luka fizikal dan rohani Adeena menjadikan cerita ini lengkap di mata saya. Thank you Lily Haslina Nasir. Tahniah atas pendedahan realiti yang jarang2 ada orang nak ambil tahu, especialy makluk2 macam saya ni la.. buat hal sendiri saja.

Saya suka salabiah, kaya dengan madah2 cinta yang menarik :) sampai at one point saya tertanya tanya, mana salabiah ni? di manakah terselitnya babak antara Salabiah/Adeena di awal cerita sebab selepas Adeena kawin, Salabiah hanya muncul ketika Adeena dimasukkan ke hospital.

Singkaplah realiti sebenar kehidupan segelintir insan di dunia ini melalui "Moga Kau Mengerti".

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku dan di Website Alaf21:

NOVEL beliau bertajuk 'Moga Kau Mengerti' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

RM 19.90
544 mukasurat

Riana

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Riana by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.



"Riana tersenyum melihat tabir biru yang melambai-lambai disapa angin petang. Tabir yang selama ini menyimpan seribu rahsia cinta yang terpendam"



Nasib baik tak beli lagi buku ni, rupa2nya my sis dah penah beli masa dia skolah2 dulu. tapi dah lusuh benar buku ni hehe. takpa.. masih buleh dibaca. nipisnya buku ni, tak sampai 120 muka surat. tak puas baca, sekejap jer dah abis citernyer. cinta watak2 utama baru nak berputik, dah abis citer. The ending is a new beginning.



Mengisahkan seorg gadis si manis 17 yang sudah lama jatuh hati diam2 dengan abg sepupunya, Ronnie. Ronnie menganggapnya seperti adik tetapi layanan Riana menyentuh hati Ronnie yang sudah mempunyai kekasih hati. tapi kekasih hatinya tu kuat benor merajuknya. Ronnie terlintas membuat perbandingan di antara Amalia yang jauh lebih matang dari Riana dari segi umur tetapi kerenahnya seperti budak2, manakala Riana pula seorang yg matang dgn caranya yg tersendiri dan penyabar walaupun masih bergelut dgn SPM.



sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:



Menangguk api cinta di birai pelangi, adalah sama indahnya dengan mencintai Ronnie. Riana telah gugurkan sayap cintanya ke dalam sangkar hati Ronnie. Tetapi sayang, kerana di dalam sangkar itu sudah ada kuntuman lain yang lebih dulu hadir. Riana tidak peduli tetap bertekad untuk menyambar cinta Ronnie yang sudah pun berputik.



115 muka surat