Wednesday, April 30, 2008

Jemputan Majlis Kesyukuran

Start:     May 4, '08 3:00p
Location:     Fasa 12, Presint 9 Putrajaya
Hasmidar masuk rumah baru da... :) selamat membina keluarga bahagia.

Monday, April 28, 2008

Kalau Ada Jodoh

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Kalau Ada Jodoh by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions


Masa pegang buku ni teringat Bikash dok citer betapa best dan lawaknya citer nih. haaa kalau sapa dah lama tak baca citer romantik komedi memang sesuai lah sangat layan citer ni. heronya rambut panjang macam rocker tapi biler petik gitar, suaranya mengalunkan lagu 60-an! haha.. then dia suka naik skuter.. hehe teringat skuter merah menyala dgn gitar yang menghiasi ruang pameran KarnaDya semasa pesta buku yang lalu.


Masa baca permulaan cerita memang tak tergambar langsung unsur komedi citer ini. Marini melayari hidup sbg seorang isteri tetapi perasaannya terdera dgn sikap suami yang menurut kata ibunya dan kehendak isteri sendiri diketepikan. Ibu Faris sebenarnya dah ada calon isteri utk Faris tapi Faris pi kawin ngan Rini. Atas hasutan ibunya Faris menceraikan Rini sedangkan Rini pulang ke kampung setelah meninggalkan nota kpd suaminya kerana ibu Rini meninggal dunia. Ibu Rini pergi bersama kekecewaan dan ayahnya turut memulaukan dia kerana sudah lama tidak balik kampung.


Rini membawa diri dan menetap dgn kakak dan abg iparnya. haha abg ipar si Rini ni pun mcm biol. Kelakar jer melatah mengalahkan makcik2 sampai terjangkit kat Rini. Dah tu suka lagu Ahmad Jais pulak tu. Pertemuan dgn Abu Suffian menceriakan suasana cerita ini. Pyan yang mulanya kurang senang dgn Rini sudah mula syok kat janda muda tu dan mula menganyam impian utk memiliki wanita yang mak dia berkenan sangat2 ni. Tapi Ma (Pyan saja panggil Marini sbg Ma) sudah serik dgn lelaki. Dia menyalahkan Pyan kerana merosakkan persahabatan mereka dgn melafazkan kata cinta. Faris hadir semula dan merayu cintanya, tapi Marini sudah tak pasti dgn perasaan sendiri.

Secara keseluruhan citer ini menghiburkan, cuma saya kurang senang dgn sikap Marini. Dah tak nak kat Faris, jgn la layan.. kan orang tu dah salah faham. Dia yang dah teruk dikecewakan seolah-olah merelakan utk dilukakan sekali lagi dan tak sampai hati nak ignore Faris demi menjaga hati dan perasaan Faris. Sian kat Pyan. Part Marini send sms tu memang havoc la.. aku pun terkecut jantung. hehe sabar jer aku. Pyan merajuk sampai lari balik kampung.. haha.. terbalik, awek lak kena gi ngadap nenek pyan minta izin nak pujuk. haha.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.


Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian

RM19.90

Sunday, April 27, 2008

Biru Ungu Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Biru Ungu Cinta by Noor Suraya
Terbitan Creative


"Masihkah ada cinta bila kasih sayang kehilangan makna?"


sejak suka dgn penulisan kak noor suraya, memang tercari-cari novel ini, akhirnya dapat juga. :) Thanks Kaksu sudi sign *sengih sebulan*


Satu lagi kisah kehidupan seharian yang biasa kita atau kawan2 kita lalui namun kadang2 kita tak menduga perkara-perkara biasa ini berlaku dan membawa takdir berbeza kepada insan2 dlm novel ini.


mungkin kerana saya terlalu byk kali membaca karya2 kak noor suraya membuatkan saya dapat meneka Fattah yang Seera cintai takkan menjadi orang dikahwininya dan tekaan saya Kamal yg bakal memiliki Seera adalah tepat sekali :)


Seera melakukan perkara yg difikirkannya terbaik utk Fattah dgn menolak pinangannya setelah dia disahkan tidak boleh mengandung sampai bila2 (Seera merahsiakan perkara ini dari semua org termasuk kembarnya sendiri). Saya berpendapat tindakan Seera amat tepat sekali kerana Fattah adalah anak tunggal dan tanpa kehadiran cucu tentunya ibu bapa Fattah takkan gembira. Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian di hati ibu Fattah. Makin malap peluang Seera utk menjadi milik Fattah walaupun Fattah rela memperisterikan Seera dan berjanji tidak akan menduakannya walaupun mereka tidak akan dikurniakan cahaya mata. Namun tindakan ibu Fattah masuk meminang Dayang Mariana yg disangkakan pilihan hati Fattah menjadikan Seera lagi sekali mengundurkan diri. Bapa Seera sendiri sudah tidak mahu percaya lagi pada Fattah utk memperisterikan Seera. Hancur lebur impian mereka utk hidup bersama.


Kamal sudah lama menyimpan impian utk memiliki Seera tetapi sudah lama kena reject ngn Seera. Tindakannya menghulurkan budi yg tak terbalas kepada keluarga Seera menjadikan keluarga Seera dgn senang hati menerima pinangan ibu Kamal. Seera menceritakan segala kekurangannya kepada Kamal namun Kamal tak kisah, malah, ibu Kamal sendiri sudah berkenan sgt kat Seera tu. Sedihnya Seera kena kawin paksa tapi dia tak menyangka yg sebenarnya perkahwinan itu akan menyebabkan dia jatuh cinta dgn lebih hebat lagi kepada suaminya. Namun takdir Tuhan, siapa dpt menyanggahnya.. aduih.. sedihnya, sebelum baca buku ni saya baca Lili buat Najah.. endingnya mcm ni juga, huhu lagi la aku sedih.. Err Kaksu, Nazurah.. ada chance ker si Kamal terserempak dgn Tasha? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diamaku dpt rasakan cinta yg bersinar, cinta yg tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening... sedangkan ungu itu warna dukaku. Yg membeku di dalam hatiku, yg mengalir dlm jantungku dgn luka yang paling dalam, berdenyut nyilu... menjalar pilu menjulang lesu.

RM17.90
340 mukasurat

Lili Buat Najah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazurah Aishah
Lili buat Najah by Nazurah Aishah
Terbitan Jemari Seni Publishing


"Telah kau tunai seribu janji, satu kau mungkiri... Hidup bersamaku..."


Masa mula2 dengar tajuk and tengok kulit buku ni, i thought Najah tu nama pompuan.. hehe.. dulu masa aku mengajar kat skolah, ada sorang student pompuan aku tu nama dia Najah. Mungkin terpengaruh dgn tu lah aku dok ingat najah dlm buku ni pun pompuan tapi rupa2nya lelaki, Syahrun Najah namanya.


Nazurah Aishah menggunakan detik2 mesra Najah-Tasha sbg penarik utk membuat pembaca setia mengikut cerita ini. Sekali sekala kemunculan watak Farah dan ibu Najah menggoncang keharmonian rumah tangga Najah-Tasha menambahkan rencah emosi dalam cerita ini. Di awal2 ketibaan Najah dan Tasha ke Malaysia lagi sudah digambarkan mereka ini pasangan romantis yang saling menyinta. Tapi perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan demi menjaga hati ibu Najah yg sudah mempunyai calon menantu yang tak sesuai langsung utk anaknya. hehe.. macam kerap pulak saya terbaca kisah ibu yang dah ada calon menantu utk anaknya tapi anaknya dah ada pilihan sendiri dan calon menantu ibu tu biasa nyakitkan hati jer keja nya. macam mana la menantu mcm tu pulak yang diletakkan sbg pilihan berbanding dengan heroin cerita yang cantik molek comel lote.


Tasya keguguran anak pertama tu memang saya tak sangka langsung.. Yg masa dia pregnant 2nd time tu ingat ker senang2 jer mama Najah akan terima Tasya tapi peristiwa Tasya menyelamatkan mama yang menyebabkan mama jatuh sayang pada Tasya dan cucu2 yang sedang dikandungnya.


Lepas jumpa Nazurah Aishah masa pesta buku tu.. saya tak sangka dia kelakar juga ye? yer la muka serius ala cikgu disiplin gitu. hehe.. dialog2 jenaka yang diselitkan kelakar la.. tambah2 part mat bangla berbual dgn non indon kat tingkap dapur tu. hehe..


bagi yang suka kisah cintan cintun melantun lantun mesti enjoy baca interaksi Najah dan Tasha, tambah2 mereka terpaksa bercinta sembunyi2 sedangkan mereka bekerja di tempat yang sama.


di muka surat 163 seperti ada kekeliruan antara nama watak Abg Nazim dgn Abg Harriz. Rasanya masa tu TAsya bersembang dgn Abg harriz.


Cepat juga saya habiskan buku ni kerana pembacaan saya tidak terganggu langsung, kerana penceritaannya sangat lancar dan sentiasa ada terselit rangsangan utk kita meneruskan pembacaan bagi mengetahui apa yang bakal berlaku. Kelahiran Naufal dan Najwa jadi penyeri keluarga mereka namun ada yang terpaksa pergi dahulu.


Sue! betul ker ko demam lepas baca buku ni? haha! jiwang terlampau! sabo jer aku. Padah ke baca buku romantik semendang? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri… hidup bersamaku…

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!

Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya... Sebuah kisah yang mengesankan pada yg sedia berkongsi rasa.

RM21.00
530 muka surat

Wednesday, April 23, 2008

Bukan Terlarang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nur Hazma
Bukan Terlarang by Nur Hazma
Terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd


"Cinta bukanlah satu cagaran!"


Tebai betul kisah cinta lepas kawin hasil karya Nur Hazma nih. 800 lebih wo. Tengok tajuk jer dah bleh agak ni kisah kawin paksa. Buku ini baru saja diterbitkan sekitar 2007 tapi popularitinya agak mengkagumkan, terutama di kalangan peminat2 novel kisah cinta selepas kawin atau kawin paksa nih.. Biasanya lepas baca atau pinjam, diorang akan cuba mencari buku ini utk dibeli walaupun harganya lebih RM30.00


Bagi saya kisah ni buat saya tersiput-siput lah.. haha.. banyak betul 'blushing' scences.. rasanya perasaan yang sama masa saya baca kisah "Kasih Yang Suci" Meen Zulaikha tu.. sama jer standard gatalnya si Seth ngan ngan Imran tu. haha.. Kesian Elena ngan Maisara. dah ter cross over pulak.


Dari segi penyampaian cerita, Nur Hazma memang salah seorang penulis yang saya senang dgn gaya penulisan dan peyampaian ceritanya spt kisah "Dialah Di Hati" (tintarona) yg ala2 benci jadi cinta. Yang lain yang saya suka adalah "Dakapan Rindu" (Alaf21) yg menceritakan kisah kawan jadi kekasih.. dan kali ni pulak kisah cinta lepas kawin.. kira Nur Hazma mencuba genre2 biasa tetapi berbeza antara satu sama lain utk novel2nya. Novel dia yang lain saya belum berkesempatan utk membacanya.


Nur Hazma byk menceritakan luahan perasaan Imran dan Maisara antara satu sama lain.. masa diorang tak berapa baik tu.. saya suka la baca.. tapi lepas dah baik tu macam pagi petang siang malam ailebiu ailebiu lah.. kadang2 rasa macam berulang2, tapi apa2pun saya rasa itu antara sebab mengapa orang suka baca buku ni.. Masa mula2 tu Maisara berusaha memikat hati Imran dgn menjadi isteri yang baik.. Biler Imran pulak dah nak berbaik, Maisara pulak stat jual mahal.


Situasi couple citer ni membuatkan saya teringat pada Hakimi dan Afrina dalam "Kuseru Kasihmu", walau bagaimanapun kedua2 kisah ini amat berbeza.


Kisah ini tentang Maisara yang bersahabat baik dgn Imran sejak di kampung lagi. Dia menaruh hati pada Imran sejak di bangku sekolah. Imran menganggap Maisara kawan baiknya, malah membawa Maisara ke kota utk bekerja dan tinggal serumah dgn Makwenya, Tina. Maisara memendam rasa kecewa namun tidak pernah cuba meruntuhkan hubungan cinta Imran dan Tina, malah dialah yg kadang2 menjadi pendamai antara mereka apabila bergaduh.


Keadaan menjadi haru biru bila ibu dan bapa Imran (yg masa tu pi ssinggah rumah Maisara) terserempak dgn Imran yang pakai kain batik dan T-shirt Maisara sbb tumpang mandi kerana ujan lebat. haha.. kantoi.. Kenapa pulak mak bapa imran singgah rumah Maisara, tak pi terus rumah Imran? tak kisah lah.. yang menjadikan Imran terpaksa berkahwin dgn Maisara adalah kerana Mak Imran memang dh berkenan sgt2 kat maisara dan menggunakan alasan ini utk mengahwinkan mereka dgn segera. Imran ni jenis tak boleh tengok mak dia menangis. Dia akan cuba membuat mak dia gembira. Dia membuat perjanjian dgn Maisara, bersaksikan Tina yg mereka akan bercerai dan dia akan kembali kepada Tina.


Tina tidak dapat menahan rasa curiga terhadap Imran dan maisara yg sudah tinggal sebumbung walaupun bilik berasingan. Tambah2 mak ayah Imran rajin betul berkunjung ke rumah Imran dan terpaksala diorang share bilik.


Maisara menjalankn tugas seorang suri rumah dgn baik walaupun Imran masih menganggapnya sekadar sahabat baik. Imran mula mengesyaki Maisara apabila seorg rakan sekampung membuka rahsia yg sara sudah lama jatuh cinta dgnnya. Imran menuduh yg Maisara sengaja memerangkap dia supaya dia terpisah dgn Tina. aduh.. byk la kalau nak citer.. utk nak tau kisah selanjutnya, baca la citer ni ;)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?


RM35.00
883 mukasurat

Tuesday, April 15, 2008

Kau Bukan Untukku

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Najwa Dania Daniel
Kau Bukan Untukku by Najwa Dania Daniel
Terbitan Nylea Publishing


"Kekasih... puas sudah aku bercumbu dengan bayang-bayangmu..."


Ni kisah cinta tak kenal usia. Rasanya saya blum pernah lagi baca kisah cinta antara watak utama sepasang kekasih yang beza umur mereka adalah 30 tahun. These days anything could happen lah. Kelemahan cerita ini bukan background story nya yang meletakkan hero berumur 50 tahun dgn heroin berumur 19 tahun tetapi cara penceritaan yang kurang matang. Penulis ini mempunyai idea yang tersusun tetapi penyampaiannya kadang2 tidak terkesan di hati. Saya tidak dapat turut merasa sedalam mana cinta Laila pada Is. Is juga tidak terserlah kematangannya walaupun di usia 50 tahun. Penulis lebih baik dalam mendeskripsikan watak Laila berbanding watak Is dan dalam citer ini sepatutnya watak Is lebih kukuh tetapi Is kelihatan lemah dan Haiqal tu alahai, apa nangis beb. hehe. Dgn hasil penulisan yang berterusan saya rasa penulis ini mampu menghasilkan sesuatu yang menarik di masa hadapan.


serba sedikit ttg kisah ini. Laila adalah pelajar STPM yg berminat dgn penulisan skrip. Kelas yg diikutinya menemukan dia dgn Prof. Dr Ismadi. Laila jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan mereka berlaku lagi apabila Laila masuk U dan Prof adalah pensyarahnya. Prof masih beristeri who later died of cancer. Dia cuba menahan diri dari mencintai Laila krn anaknya, Haiqal juga beminat dgn Laila tetapi Laila menyambut cintanya, bukan cinta Haiqal.


Sinopsis belakang buku:


Terlalu sakit rasanya bila cinta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstui, kasihku. Terlalu pedih haiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya. Mencintaimu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia.

Cintamu terlalu indah mengisi kantung haiku ini, Is... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma. Datang dan pergi... tanpa aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir menemukan tetapi jodoh tlh memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih... biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu, kau tercipta bukan utkku...

RM20.90
442 mukasurat

Tentang... Dhiya

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Syud
Tentang... Dhiya by Syud
Terbitan Jemari Seni

resepi utama syud utk menarik pembaca adalah menggunakan elemen 'mencuit hati' dgn gaya penceritaan komedi ringan. Pendekatan sebegini biasanya akan menjadikan pembaca mudah mesra dgn watak yang diketengahkan. Saya memang suka dgn gaya santai begini dan kalau tengok review2 saya yang lain pun penceritaan begini memang merupakan kegemaran saya. ;) Bila kedukaan menimpa watak2 kesayangan kita, kita akan mudah merasa simpati dan hiba.


Penceritaan yang seimbang mengenai sepasang watak utama cerita ini. Saya tak terasa Syud berat sebelah dalam menceritakan perihal Lisa dan perihal Azril. Kedua-dua watak ini kita dapat kenali dengan seimbang dan Syud ada keistimewaan utk menyampaikannya dalam bentuk penulisan yang paling mudah dan membuatkan saya menyukai kelebihan dan kekurangan insan2 biasa seperti Lisa dan Azril. Kebiasaannya cerita2 yang kita baca tentunya akan cuba meraih simpati pembaca kepada watak utama wanita yang penuh emosi dan dibebani pengorbanan demi pengorbanan. Sekiranya itu berlaku dalam cerita ini, ia akan menjadikan kisah ini agak stereotype.


kisah love-hate relationship dan kawan jadi kekasih ni ntah sudah berapa kali dialunkan oleh pelbagai penulis. Alunan Syud ternyata ada sentuhan tersendiri dan menjadikan "Tentang...Dhiya" terhighlight di kalangan novel-novel genre ini di rak saya :)


Serba sedikit Tentang...Dhiya. Dhiya Nurlisa mempunyai latar belakang kehidupan yang penuh kesedihan. Mungkin itu menjadikan dia agak beku. Hanya orang2 tetentu dapat merasakan kemesraannya. Azril hadir lalu menambah rencah kisah hidup Lisa. Meletakkan dia dalam pelbagai situasi tak terduga, memberinya pengajaran yang tak akan dilupa. Mereka menyentuh emosi antara satu sama lain dalam keadaan yang mereka sendiri tidak menyangka.


Lepas grad masing2 membawa haluan masing. Mereka putus khabar berita selepas sebuah interaksi yang lebih kepada perdebatan hingga menyebabkan Azril hilang kawalan emosi lalu memarahi Lisa. Lisa pergi bersama rasa terkilan. Azril tinggal bersama penyesalan.


Tahun demi tahun berlalu dan garis takdir mereka bertemu kembali dalam situasi2 yang sentiasa meletakkan mereka di tempat yang sama. Tahun2 yang berlalu tidak memudarkan ingatan mereka antara satu sama lain. Emosi berkocak semula tapi siapa yang perlu melafazkannya?


sure fine whatever
rinn



Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.

Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:

Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sdgkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

SYUD ada gaya yg tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

RM21.00
545 mukasurat