Thursday, May 29, 2008

Kuala Lipis, Alamanda

Kuala Lipis dan Alamanda


Akhirnya aku berjaya memenuhi jemputan Diana utk berkunjung ke rumahnya kat Kuala Lipis. Entah berapa kali tertangguh dan nyaris2 jugak pemergian kali ni tertangguh.


Sepatutnya saya ke sana pada 16 Mei 2008, bas malam. Sebaik saja habis waktu kerja hari tu jumaat tu saya terus ke stesen bas pekeliling. Saya keluar agak lambat dari ofis sebab banyak kerja betul yg nak kena settle di saat2 akhir tu. Bila sampai kat pekeliling tiket2 ke Lipis semua dah habis, so saya beli lah tiket bas pertama ke Kuala Lipis keesokannya.. So saya balik la malam tu semula ke putrajaya. Tapi masa dalam tren saya tak perasan yang saya naik tren ke Ampang, bukannya Sri Petaling.. sedar2 jer dah sampai stesen Maluri.. haha.. mencicit lari kuar tren utk tukar tren dan berpatah balik ke chan sow lin.


Kat Chan Sow Lin tu lama juga la tunggu tren sbb tren yang sampai masa tu dah penuh padat sendat dat dat semua.. nak nyusup pun dah tak celuih. Dah sampai ke stesen ERL putrajaya, saya terpaksa ke opis utk amik kereta bagi memudahkan saya ke ERL station pagi2 esoknya.. letih jugak la badan biler sampai ke rumah.. sepanjang perjalanan tu saya baca buku Sentuhan Kasih by Halina Kamarudin.. tinggal beberapa helai saja utk dihabiskan bila sampai ke rumah malam tu.


Esok pagi saya bersiap2 awal macam nk pegi keja pulak. Masa kat pekeliling tu saya beli la karipap for breakfast di gerai yang betul2 depan tangga LRT. Hampeh. Dah la tak sedap.. karipap kentang macam perangat and ada xtra inti semut yg ada sayap tu.. aduih.. susah nak cari orang berniaga kuih yang buat kuih betul2 utk dijual. Setakat buat tak mementingkan kualiti macam tu, buat makan sendiri dah la. Mati selera makan saya pagi tu. Sepanjang perjalanan saya baca novel "Ada Cinta Di Hati" by Emma Maizura. Saya ingat nak bagi diana pinjam sbb dia ni peminat setia citer2 kisah cinta lepas kawin. Teringat betapa bersungguh2nya kitorang nak cari novel "Sentuhan Kasih by Halina Kamarudin" dulu.. nasib baik la dpt beli masa pesta buku PWTC yg lalu.


Saya sampai ke Lipis sebelum tengah hari. Kedai Diana terus beroperasi hingga jam 2ptg so sempat la dia bawa saya makan nasi ayam kat kedai di situ.. lapar lah sbb pagi tadi karipap saya tak tertelan.


Petang tu kat rumah diana, makan nasi lagi, mak dia dah siap hidang dah.. so jamah jer lah. SEronok tengok koleksi buku2 yg agak lama di rak Diana. sempat juga saya habiskan membaca beberapa buku nipis yang ada di situ. dan yang highly recomended by diana adalah Menumpang Kasih Mengharap Sayang. Memang best! Sempat juga saya capture gambar cover2 lama novel Jendela Hati, Kisah Kasih dan Jauh.


Malam tu Diana bawa saya makan kat luar. Hotel apa yer atas bukit tu? *garu pala* haha tak ingat, yg ingat kitorang makan sampai kenyang giler. tak sampai 10 jam saya di Lipis, dah 3 kali saya makan nasi! adeh abeh aar diet aku.. haha. apa2 pun makan2nya memang enak sekali.


Balik jer ke rumah diana malam tu aku dah ngantuk. Aku terlena awal jugak, tapi Diana bersemangat nak abiskan baca "Ada Cinta di Hati". Esoknya pagi2 buta gi teman diana beli sayur kat pasar.


Tengah hari tu Diana masak special haha.. aku blasah nasik lagi. sabo jer aku.


petang tu ronda2 sekitar lipis. Sian diana malam tu siap goreng keropok lekor tapi aku dah terlena. hehe.. ngantuk aar, makan kenyang, asyik nak melingkar saja lah.


Sekejap jer dah sampai ahad. Thanks so much diana for your hospitality, ada rezeki insyallah saya sampai lagi kat situ :)


Paling tak sangka, weekend baru2 ni saya dpt jumpa kak ima! Nanti jgn lupa singgah lagi tau kak ima, jgn la segan2 hehe nanti saya masak oat lagi utk kak ima. Sampai juga hajat nak menemukan kak ima dgn Sue dan Lynn. before ni tak jadi sbb kak ima tak jadi datang pesta buku hari tu.


Tak rancang langsung nak tengok wayang petang ahad lalu.. ada lynn ngan sue, jadi saja. dah bertahun aku duduk sini ni la baru pestaim tengok wayang kat alamanda. Kitorang tengok citer Indiana Jones. bergambar tak hengat dgn poster2 wayang. siap posing kat kerusi Narnia lagi ha.


sure fine whatever
rinn

Tuesday, May 27, 2008

Urana Exham

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kusyi Hirdan
Urana Exham by Kusyi Hirdan
Terbitan PTS Publications


Kali pertama saya baca kisah sains fiksyen dan fantasi berbahasa melayu. Saya memang peminat siri tv science fiction dan juga movie especially star wars.. aduh.. memang giler la dengan citer2 yg ada spaceships mcm starwars, battlestar galactica, farscape, semua tu. Dunia yang cuba diketengahkan oleh Kusyi Hirdan dalam "Urana Exham" juga mirip2 dunia seperti ini tetapi dunia itu mgkin bumi di tahun 4050. Konflik politik sedikit memeningkan saya tetapi senang pulak saya ingat bangsa di dunia itu spt Super, Olere, Madawi, Songkok dan ada juga Miri yang dari descriptionnya ada ala2 hobbit dari middle earth.


Kalau dilihat dari cover nya mungkin ramai yg meneka ini kisah sains fiksyen yang sesuai utk kanak2, tapi lepas baca tu saya dapati ni kisah orang dewasa dan ada kisah cinta juga antara dua watak utamanya iaitu Urana dan Exham.


Saya tiada masalah untuk memahami kisah ni (rasanya la!) bagaimanapun penceritaan sebegini membuat saya rasa kekok membacanya. rasa macam baca buku translate pun ada jugak.


Isu utama ialah isu pergolakan politik di dunia Oshab, perebutan kuasa. golongan minoriti spt songkok tertindas. Keadaan begini mengujudkan satu golongan pemberontak yg dikenali sbg Medex yg mahu keadilan bertapak di dunia Oshab. Urana seorg gadis Songkok yang diletakkan harapan tinggi utk membawa perubahan kepada kaumnya. Menjelang usia 20tahun ilmu kepahlawanannya sudah mencecah tahap 12 yang agak mustahil dicapai mana-mana manusia.


menarik juga cara utk mengenali siapa super, siapa olere, madawi atau songkok melalui nama mereka. kalau dari keturunan super, biasanya salah satu huruf dalam nama mereka akan ada huruf x, kalau olere pula nama mereka bermula dgn hurf 'u', madawi ada capital M di penghujung nama mereka manakala songkok pula bermula dgn Ki utk lelaki & Ka untuk perempuan.


Urana seorang songkok, so sepatutnya dia Olere tapi nama sebenarnya adalah Ka Urana dan dia sengaja didaftarkan sbg Olere demi menjayakan misi terbesar Songkok yang mengambil masa berpuluh tahun.


heronya pulak Exham (dari super).. dia ni, aduihla.. menjelang usia 30 tahun baru dia lulus tahap 6! haha.. tu pun mungkin sbb atuk dia yang campur tangan. Exham masih terkial-kial dgn kaki hidraulik robotiknya yg mahal sedangkan Urana dah steady dan mampu melompat hingga 10 meter sedangkan Exham kalau dpt lompat setinggi satu meter pun dah kira bagus.


Medex menemukan mereka dan Exham turut terlibat dalam perancangan itu. Mereka mahu menukar pucuk pimpinan secara halus. Exham mesti kawin dgn Urana. Datuk Exham yang dijangka akan mati bila2 masa tentu saja akan diambil alih oleh Exham dan nama Urana mungkin sudah cukup kuat utk menyatukan Olere dgn Super. so, mereka hanya perlu mengalahkan Madawi.


Ni kira citer kawin paksa jugak nih. Tapi rancangan mereka sedikit berubah apabila Exham tiba2 hilang dan Ki Monzo (pakcik Urana) muncul dgn perangai yang sedikit berubah. Sebenarnya Ki Monzo terbunuh dan Exham menjalani proses penukaran wajah sementara utk menyamar sebagai Ki Monzo. Semasa penyamaran itu dia mengenali Urana secara peribadi dan dia bahagia bila mengetahui Urana pun syok kat dia gak. Tetapi terlalu byk yang perlu mereka tempuhi, objektif mereka memerlukan pengorbanan yg amat besar.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Tahun 4050. Dunia Oshab bergolak. Tiga bangsa majoriti berebut kuasa. Bangsa-bangsa minoriti menjadi mangsa. Pemimpin yg didorong dendam & tamak haloba, dgn bala tentera separuh robot separuh manusia bersengketa sesama mereka.

Exham, cucu pemimpin bangsa majoriti Super dan Suryan M, abg pemimpin bangsa majoriti Madawi, berpaling tadah dan bersatu. Mereka membentuk persatuan pemberontak Medex, Kumpulan yg beroperasi secara haram demi menghapuskan kezaliman di dunia Oshab.

Urana, gadis dari kaum minoriti songkok, menyertai Medex. Di situ Urana bertemu Exham. Pertemuan itu sungguh bererti, namun pertemuan itu juga mencetus tragedi.


RM17.00
230 mukasurat

Bengkel Kemaskini Pindaan

Start:     Jun 4, '08 08:00a
End:     Jun 7, '08
Location:     Melaka
urusetia bengkel
Novel Pilihan: Duri by Fauziah Ashari

ditunda ke tarikh baru.

Ada Cinta Di Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Emma Maizura
Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.


Ni lah novel yang menjadi teman sepanjang perjalanan saya ke Kuala Lipis yang lalu. Memang tak rugi beli buku nih.. kisah cinta selepas kawin.. patut la laris semacam jer dan memang ramai yang merekemen kan buku ni. Sebaik saja saya abis baca buku ni, Diana tak buang masa, dia pun baca dan sekejap jer dah abis.. bangun pagi subuh2 tu dia tersengih sambil kata 5 bintang! apa 5 bintang subuh2 confuse jugak. haha.


and baru2 ni kak ima pun bersemangat jugak baca buku tu, aku taulah diorang ni taste memang sama. dan memang kak ima pun suka sangat2 citer nih, siap pinjam angkut bwk balik Kuantan lagi ha walaupun dah abis baca.

Bukan kali pertama saya baca karya Emma Maizura, sebelum ni saya pernah baca kisah "Tiada Noktah Cinta" oleh penulis yg sama. Saya masih ingat lagi kisah Daniel dan Fitrah dalam kisah itu... ada jugak la sikit2 unsur kisah kawin paksa. Bagi saya kisah Tiada NOktah Cinta adalah lebih berat dan lebih sedih berbanding Ada Cinta Di Hati ni.


Kisah kembar macam ni memang dah penah baca sebelum ni seperti Kasih Antara Kita (Aleya Aneesa) dan Meniti Bahagia (Zihasra Aziz) dan memang ketiga-tiga buku ini mengalunkan kisah cinta selepas kawin atau kisah kawin paksa ni.. Setiap satunya mempunyai daya tarikan yang sendiri walaupun genre nya sama. Ada Cinta Di Hati ada identiti tersendiri dan memang takkan terkeliru dengan Kasih Antara Kita atau Meniti Bahagia. Saya tak pasti pulak kalau ada kisah2 lain mengenai kembar yg sebegini. Walau bagaimanapun, tetap wujud perasaan dejavu bila membaca kisah ini. Terutamanya bila dibandingkan dengan Meniti Bahagia. Tetapi part 'hati' tu memang mengikat Adreena dan Syukri selama-lamanya dan cukup membuktikan perasaan sebenar Syukri buat Adreena namun keraguan yg disuntik Adlyna membuatkan Adreena meragui cinta Syukri.


blurb belakang novel ini memang lebih dari cukup utk menarik perhatian peminat2 genre ini utk membelinya.


Hmm part derma hati tu memang tak disangka tapi saya hairan kenapa proses penyembuhan Syukri terlalu pantas berbanding Adreena. Dalam kes derma hati, penderma mungkin menghadapi komplikasi yang sama seperti penerima hati seperti jangkitan semua tu. tapi Syukri tu cepat betul sembuhnya!


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

RM 19.90
544 mukasurat

Jibam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ujang
Jibam by Ujang
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.


"Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti."


Antara novel yang paling banyak direkemenkan untuk dibaca. So sebaik saja nampak buku ni, memang saya tak fikir panjang, terus jer capai dan baca. Kisah yang menghibakan seorang anak yang kurang akal namun mencuit hati. Jengkelnya saya mengenangkan Jibam yang diusik dengan kata2 berbaur penghinaan hanya kerana keadaan dirinya yang tidak sempurna. Kisah ini sebenarnya sarat dan serius, cuma nature Jibam yang menimbulkan insiden-insiden yang melucukan. Pak Ngah Sudin lelaki yang amat kejam kerana sayangnya pada harta dan anak telah menjadikan dia tamak hingga sanggup menggunakan tangan sendiri untuk meragut nyawa orang yang tak jemu-jemu menabur budi padanya walaupun di saat-saat akhir kematiannya.


Budi itu tak pernah mencuit naluri kemanusiaan Pak Ngah Sudin. Keluarga Suman dizalimi dalam diam. Dia menjadi api dalam sekam. Kehadiran Jibam sentiasa membuat dia rasa terbakar dan kadang2 dia terasa seperti Jibam dihantar oleh Suman utk membalas dendam. Dia jadi gila biler Jibam yang pernah diketuk sehingga luka terbelah di kepalanya tiba2 kembali ke rumahnya sambil tersengih-sengih seolah-olah tiada apa yang berlaku! Pak Ngah Sudin dihantui kesilapan lalu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Airmata adalah teman yang tidak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.


RM11.90
186 mukasurat

Memori

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Liana Afiera Malik
Memori by Liana Afiera Malik
Terbitan Creative Enterprise


"Bawalah tali cinta ini bersamamu, lalu kau jalinkan ia bersama tali kasihmu."


Satu nama yg popular dalam dunia penulisan. Tapi ni lah kali pertama saya pegang karya Liana Afiera Malik. Mungkin ni antara karya2 awal beliau dalam dunia penulisan. Harap2 akan dapat membaca buku2nya yang lain selepas ini. Terlalu byk yg ingin disampaikan dalam novel setebal 136 muka surat ini tetapi tidak mengelirukan dan teratur.

Erma kehilangan Daniel ketika cinta sedang mekar. Dia amat-amat terkilan apabila satu2nya zuriat yang ditinggalkan bersamanya turut pergi menyambut panggilan Ilahi. Pertemuan dengan anak2 manis, Tanty dan Afiq menghiburkan hatinya yang lara. Sham menjadikan ingatannya pada Daniel makin mekar. dia bersyukur apabila datuk dan nenek Tanty dan Afiq mahu menemukan dia dengan bapa mereka yang secara kebetulannya ada Sham sendiri. Namun, rayuan cinta Zaki menimbulkan simpatinya dan hatinya terusik dgn kenangan lama. Simpatinya juga tumpah buat Tina, bekas isteri Sham. Ini memaksa Era memutuskan hubungan dengan Sham kerana Tina yang malang lebih memerlukan sham. Erma merasakan dia tidak layak untuk Zaki yang merupakan kekasih setia, sedangkan dia yang mengecewakan Zaki apabila berkahwin dengan Daniel. Zaki kecewa dan mati dalam kemalangan. Tina berusaha untuk memujuk Erma agar menerima Sham tapi dia menolak lalu membawa diri jauh dari dilema yang menyesakkan perasaannya. Dia pergi meninggalkan masa lampaunya sebagai memori. Tinggallah Sham, setia menanti kepulangan Erma yang diharapkan akan membawa pulang oleh2 cinta yang Erma jalin, anyam dan dakap.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaannya. dia membiaskan wajah Daniel sekali gus membunuh cintanya terhadap Zaki. dia meninggalkan shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih & suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada.

RM6.90
136 mukasurat

Mengejar Pelangi

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mazemie Maz
Mengejar Pelangi by Mazemie Maz
Terbitan Creative Enterprise


"apa gunanya mengaut ingatan pada org yg telah berpunya. aku sahaja yang terpikat sendiri dan menyimpan cintaku dalam diam..."


Kali kedua saya membaca karya penulis ini. Saya tak pasti kalau ada karya-karya Mazemie Maz yang lebih tebal. teringin jugak nak baca. setakat ni kedua2 bukunya yang saya baca nipis2 saja.


Kisah ini menceritakan perjalanan cinta-cinta kecundang seorang penulis muda yang bernama Rudie. Dari cerita ini dapat saya simpulkan yang Rudie ni hanya pandai bercinta dan berkasih tetapi tidak berfikir jauh untuk berusaha mengambil hati keluarga si gadis utk diperisterikan. Rasanya Rudie ni merasakan dia masih muda dan belum mahu berkahwin, tapi bercinta nak pulak. Semua gadis pilihannya ditunangkan lalu terpaksa beprisah. Saya rasa juga, Rudie ni jenis yang memilih yang cantik2 jer, putih2, berkulit licin jer. Azimah yang berjerawat nipis dibiar cintanya tak bersahut. Perjalanan hidupnya masih jauh dan dia mahu berhenti mengejar pelangi.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Umpama nakhoda yang hilang panduan, rudie mendambakan warna kasih yang Mira pancarkan. Lantaran, dikutip puin-puin cinta yg berserakan, menjadi satu hamparan pelangi yg indah.. Namun, sedang asyik memburu pelangi, rantai derita menggamit senja...

RM4.90
90 mukasurat

Keputusan Akhir

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hendan Yahaya
Keputusan Akhir by Hendan Yahaya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Antara cinta dan simpati, aku yang tersepit di tengah-tengah. aku tak tahu jalan mana yang harus aku ikuti, liku mana yang harus aku susuri..."


Satu lagi nama penulis yang sangat2 saya familiar. Kisah ini sangat sesuai diceritakan kurang 200 muka surat seperti ini dan jika dipanjang-panjangkan tentu jadi meleret. tapi saya tahu Hendan Yahaya memang ada karya yang lebih baik dari ini.

Penceritaan yang kemas dan pembacaan saya juga lancar dan tidak terhenti-henti. Mungkin sebab saya dah biasa baca karya Hendan Yahya, so saya seperti dapat menjangka yang Fiq akan mengorbankan cinta Zahari dan membina cinta buat Hisyam. Hisyam bukan pilihan tetapi kerana dia telah berubah untuk Fiq dan setia menunggu. Tapi watak Hisyam seperti tamak pulak sebab tak menghiraukan perasaan Fiq yang sedang berkasih dengan Zahari, seorang lelaki yang baik buat Fiq. Namun, keputusan Fiq lebih kepada untuk membalas budi keluarga Hisyam yang tak mungkin dapat dibalasnya hingga ke hujung nyawa.


Sinopsis belakang buku:

Di hadapannya tertebar jalan lurus yg indah. dia lalu menyusur hingga ke penghujung. Tiba di sana dia termangu keseorangan memikirkan liku mana yg lebih selamat. Dalam dilema ini dia harus bijak memilih antara warna-warna hidup berlapis ang memungkinkan sejuta pengertian.


RM6.90
180 mukasurat

Monday, May 26, 2008

Berakhirnya Mimpi

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Rozilah Jantan
Berakhirnya Mimpi by Siti Rozilah Jantan
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd


"Aku tak pernah menyayangi seorg perempuan seperti aku menyayangi Johana. Aku dah cuba lupakan dia tapi aku tak berdaya. Aku tahu dia sudah ada kekasih yg lebih kacak daripada aku, tapi hati aku ini masih degil."


Nama 'Siti Rozilah' di cover buku ni yang menarik perhatian saya utk mencapai buku ni. Ada dua kisah yang berjalan serentak dalam novel ini. Satu mimpi yang pernah menjadi realiti dan satu lagi ada realiti semasa. Kedua-duanya dilalui oleh Johana. Dia menjadi mangsa apabila misteri mimpinya terbongkar dan ia meragut nyawa lelaki yang menyintainya sepenuh jiwa. Lelaki yang dicintainya ada kaitan rapat dgn mimpi2nya semenjak sebuah manuskirp misteri singgah di tangannya. Fuad bukan saja mewarisi kekayaan dan gelaran keturunannya, tetapi juga sesuatu yang menakutkan. Penceritaan tidak pantas tapi tak puas baca.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Johana terperangkap dalam kehidupan masa lalu yang membingungkan. Kehadiran wanita misteri menyerahkan sebuah manuskrip, mengundang mimpi aneh dalam hidupnya. Lalu dicuba menyelesaikan kekusutan yang terdampar di Istana Pawana yg mampu membongkar segala misteri mimpinya itu.


RM6.90
155 mukasurat

Menumpang Kasih Mengharap Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Salami Simon
Menumpang Kasih Mengharap Sayang by Salami Simon.
Terbitan Marwilis Publisher


Ni antara novel yang saya baca semasa berada di Kuala Lipis. :) Best gak tengok2 koleksi novel Diana. Banyak novel2 lama dan ada juga yang cover asal yang dah susah nak dijumpai seperti cover asal Jendela hati, Jauh dan Kisah Kasih.


Buku ni memang dah lama diana rekemen saya baca tapi tu la, cari tapi tak penahnya jumpa. Akhirnya dapat juga baca. Buku ni tak der lah tebal sangat, sekitar 150 muka surat sahaja tetapi isinya sangat padat, hebat dan sudah pastinya menyentuh hati. Kalau ini karya pertama Salami Simon, i'm really really impressed. Penyampaiannya amat mudah tetapi mendalam maksudnya dan sampai ke hati. Realiti kehidupan yang dialunkan dalam kisah terbitan tahun 1991 ini sangat hiba.


Perjalanan hidup dua anak yatim yg tidak pernah berpeluang mengenali ibu dan ayah mereka. Mereka terdera fizikal dan emosi. Sikap iri hati memburukkan lagi perjalanan hidup mereka. Memang luruh air mata menatap kisah ni.. tapi saya kena kontrol la sbb Diana ada.. kalau sorang memang aku dah uwaaa uwaaa dah.


Adil dan Siti adalah sepasang anak kembar yg kematian ibu dan kehilangan ayah. Nenek dan datuk mereka dipanggil bapa dan mak kerana itulah panggilan yang sering didengari. Mereka dikerah sbg anak tani. Saya tersentuh dgn kasih sayang Adil terhadap Siti yang sering pengsan2. Geramnya dgn cikgu Mahani yg perasan bagus tu dan suka menuduh tanpa usul periksa. Dia membawa fitnah ke pendengaran mak dan bapa sehingga teruk mereka kena dera dan beg2 buku Siti dibakar sbb dia dituduh jatuh hati pada guru kelasnya. Siti memg selalu ushar cikgu Ahmad tapi kerana wajah cikgu itu seiras dgn wajah bapa yg dirinduinya yang sering melawatnya dalam mimpi. malah cikgu tu seiras dgn Adil.


Adil kecewa kerana Siti tak dibenarkan ke sekolah lagi.. dia nekad mahu mendapatkan wang dan membelikan Siti beg dan buku2 baru. Dia terpaksa mencuri wang masjid utk memastikan itu berlaku, tetapi dia tertangkap. sudah lah diblasah di rumah, di sekolah pula dia dirotan di khalayak ramai oleh Cikgu Ahmad tanpa siasatan mendalam mengapa dia bertindak demikian. Adil pengsan hari tu.


Siti pulak memang dari awal cerita kelihatan seperti anak gadis yang lemah dan sering pitam. Mak sering menuduh dia sengaja buat2 sakit utk mengelak bekerja di ladang. Satu hari dia lena tak bangun2. Masa tu baru la kalut nak hantar dia ke hospital. Bayangan lambaian Siti di mimbar membuatkan Adil resah.


Geramnya biler dpt tau Cikgu Ahmad kawin ngan Cikgu Mahani.. aduih.. tak der calon lain ker.. tapi biler tau kisah seterusnya, barulah saya rasa memang padan pun cikgu Ahmad ngan cikgu Mahani tu. Masa Ckgu Ahmad dan cikgu Mahani melawat Siti di hospital, barulah tersingkap rahsia yang rupa2nya Cikgu Ahmad adalah bapa kandung Siti dan Adil, dialah lelaki yang bawak lari anak kesayangan datuk dan nenek kerana cinta yg membara. Nyawa Siti tak panjang.. aduih.. sedihnya masa Adil bawak bingka ubi tu.. Sebelum Siti menghembuskan nafas terakhir, dia sempat dimaklumkan mengenai Cikgu Ahmad. Siti pergi dgn tangannya erat dalam genggaman bapa kandung dan datuknya. Siannya Zaman, dah lama dia syok kat Siti. Kebencian mula tersemai di hati Adil.


"Namaku bukan Mohd Adil bin Ahmad. Namaku Mohd Adil bin Bapak."


Adil terpaksa mengikut Cikgu Ahmad dan Cikgu Mahani ke rumah mereka. Di sana, rahsia kelahirannya terbongkar dan menjadikan cikgu Ahmad lelaki yang paling hina di matanya, lebih hina dari dirinya yang digelar pencuri. dia menyesali pertemuan dgn Cikgu Ahmad, lelaki yang memulangkan tubuh kaku ibunya bersama sepasang anak kembar kepada datuk dan neneknya.


"terima kasih saya ucapkan kerana cikgu telah menderitakan hidup arwah emak saya dan sekali gus menjadikan saya sebagai pewaris segala penderitaan dan kesengsaraannya."


Kebenaran yang tersingkap membuatkan Adil terfikir, sampaikah doa2 dan bacaan surah al-Kahfi yang sering Siti sedekahkan buat arwah ibu sekiranya mereka adalah anak2 yang di luar ikatan perkahwinan.


sure fine whatever
rinn


Catatan belakang buku:


Salami binti Simon dilahirkan pada 16hb November 1968 di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor, Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangkasaan Dato' Maharaja Lela, Jeram. Di peringkat menengah pula, salami belajar di Sekolah Agama Menengah Rendah Jeram (hingga ke tingkatan 3) dan menyambungnya di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Klang.

Buat masa ini, Salami masih menuntut di tahun akhir Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam pengkhususan jabatan sejarah dan Pengajian Melayu.

Di dalam bidang penulisan, Salami merangkumi cerpen dan sajak. MENUMPANG KASIH MENGHARAP SAYANG merupakan novel pertama beliau.


RM6.50
150 mukasurat

Wednesday, May 21, 2008

Drama TV Tangisan Bulan Madu

Start:     May 20, '08 01:00a
End:     Aug 27, '08
Location:     RTM 2
Drama TV yg diangkat dari novel popular Samsiah Mohd Noor 'Tangisan Bulan Madu' setiap Selasa dan Rabu jam 9.00 malam di RTM2.


Penulis Skrip:
Maizurah Mohd Ederis
Samsiah Mohd Nor


Pengarah: Jamal Khan


Penerbit: JS Foo
Terbitan Asia Media Content


Pelakon:

Bogatt/Razlan - Ezany
Amira - Rita Rudaini
Tn. Amir - Dato' Jalaludin Hassan
Pn. Marina - Fadilah Maarof
Badariah - Liza Othman
Idayu - Zarynn Minn
Cindy - Eira Syazira
Mak Bedah - Arifah Damanhuri
Pak Samad - Rashid Jaafar
Umairah - Nordiana Dargasi
Dr. Bada - Norman Hakim
Wahid - Hafizzuddin
Hakim - Mahmud Ali Basha


Dibantu oleh:
Syafura - Rebecca Nur Islam
Saerah - Farah Puteri
Pak Sahak - Zain Yahya
Pak Man - Rahim Kidol
Datin Mariah - Kathy Azean
Sara - Marina Wellington
Udin - Eddyca Yusof
Mak Timah - Zainon Hashim
Intan - Rosma S
Cikgu Rita - Zarina Zainudin
Ajijah - Mazidah Othman
Cikgu Norman - Azhar JB
Johanna - Nurul Ain
Hindun - Delimawati


Pelakon kanak-kanak:
Adik Azhari Azizam
Adik Mas Ayrra


Lagu Tema: Pelangi Petang
Lagu ciptaan: Kassim Masdor
Lirik: Allahyarham Sudirnan Hj Arshad
Nyanyian: Sudirman Hj. Arshad
EMI Music


PELANGI PETANG

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Monday, May 19, 2008

Exam

Start:     May 21, '08 09:00a
Location:     Perbadanan Putrajaya
hari ni baru sempat cek online, tengok2 exam esok!!! wahuuu..

Friday, May 16, 2008

Teguh

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Teguh by Norhayati Berahim
Terbitan Creative Enterprise

"Kecewanya berbekalkan cekal dan tekad..."
"Hidup yg paling membahagiakan, dicintai Nina! bukan mencintai & suatu masa nanti Nina akan mengerti"

Hasil karya yang diterbitkan sejak 1996 masih lagi terjual di kedai2 buku. Saya beli buku ni masa pesta buku yang lalu. walaupun buku NB sudah lama di pasaran ia tak diletakkan di rak2 diskaun 50% seperti buku2 lain. 20% diskaun pun ok what :) Tak puasnya baca buku nipis2 karya NB, saya lebih suka bukunya yang tebal2.

Tiada yang berbelit-belit dan tidak perlu berteka teki bila membaca novel ini. ia diceritakan secara straight forward.

Mengisahkan Nina yang pernah putus cinta dgn Fikri yang memilih wanita lain yang dikatakan jauh lebih baik dari Nina. Tapi kenyataannya tiada siapa yang sebaik Nina. Dia cuba merayu kembali cinta Nina dan menyimpan cemburu terhadap hubungan mesra antara Nina dan Benedict. Persahabatan keluarga memaksa Nina menerima Fikri sebagai suami.

nama watak 'benedict' mengingatkan saya kepada hero NB dalam novel '...lewat musim itu' :)

sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Setelah kecewa cinta pertama, nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersyg. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukanlah menjadi idamannya kini tp apakah Nina akan terus diulitkekecewaan yg terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti? atau sekadar menambah kelukaan di hati yg tidak mungkin akan sembuh...

RM12.90
225 mukasurat

Thursday, May 15, 2008

Sekolah, Cikgu dan Aku

Terima kasih tak terhingga kepada semua insan bergelar guru. teristimewa buat guru-guru yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Antara nama2 hebat yang masih terpahat di ingatan aku adalah Cikgu Khairun (arwah - alfatihah), Teacher Ong, Cikgu Ghani, Sir Chelaiyah, cikgu Malakar, Cikgu Rosnita, Cikgu Lim Gaik Kuang, Cikgu Hannah, Cikgu Harun, cikgu Shaik Amar... err ramai lagi.. Sebagai seorang murid aku ni rasanya dalam kategori sederhana, cerdik tak cerdik, bengap tak bengap.


Sekolah2 yang pernah aku belajar; sekolah pertama yang aku jejak sbg murid sekolah adalah Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, then aku berpindah ke kampung halaman mak aku dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mahang selama setahun saja. Then masuk sekolah Menengah Mahang sehingga Tingkatan 3. Then dpt tawaran masuk Sekolah Menengah Sultan Badlishah di Kulim. Kebetulan pulak masa tu arwah ayah aku beli rumah di Kulim, so terus jer pindah ke kulim dan aku tak perlu duduk hostel. Lega! aku mana penah berenggang ngan mak. hehee.


Masa sekolah rendah aku penah kena rotan ngan cikgu disiplin. Berdesap rotan cikgu disiplin menghantam tangan kecik aku 3 kali berturut-turut. Kebas rasa tangan. Memang nak nangis tapi tahan sampai balik ke kelas. Balik rumah memang aku tak mengadu dgn mak atau ayah. nak mampus! nanti kena extra bonus. Silap2 penyangkut baju berdesap menghantam tengah belakang. Sebab mak ayah aku tau, cikgu takkan saja2 nak rotan aku kalau bukan sebab aku yang buat hal. Aku penah kena ligan dgn mak satu kampung sebab balik maghrib2. Main tak ingat dunia. Lain kan cara orang dulu2 mendidik dgn sekarang ni; sekarang, kalau cikgu jentik anak2 nanti cikgu tu yg kena jentik balik.


Masa tingkatan 1-3 aku di sekolah menengah mahang. Seronok tukar uniform, pakai baju kurung dan bertudung lengkap. Masa sekolah rendah aku biasa pakai pinafoe and bila berpindah ke kampung mak, semua budak2 pandang aku semacam. Siap ustazah panggil kaunseling suruh pakai tudung dan baju kurung. Aku pakai baju kurung tapi kepala serkup dengan anak tudung putih jer. Tergelak aku bila teringat fesyen aku masa tu. Kadang2 tu kalau terlena dalam kelas, sedar2 jer tulang anak tudung tu dah berada di antara dua kening aku. Masa tu pelajaran aku merosot sikit. mungkin sebab suasana baru dan aku rasa tertekan dgn keadaan sekeliling. Kerap lah pulak aku kena cubit sana cubit sini sbb keputusan aku merosot berbanding dgn masa mula2 aku menjejakkan kaki ke sekolah tu. Nasib baik la setahun saja. Masuk jer sekolah menengah aku seronok sangat!


Pengalaman yg aku tak bleh lupa; aku disuruh buat lompat tinggi semasa latihan rumah sukan pada satu petang. Aku dah tak ingat tarikh, masa dan hari. Yang aku ingat selepas lompat palang tu aku tergolek jatuh dari tilam yang diguna utk menggolekkan diri tu dan menghempas padang rumput yang kering. Badan aku menghempap tangan kanan yang terlipat di bahagian perut aku and i swear i can still hear 'PRAAKKK!' Pada hari tersebut tulang tangan kanan aku patah dan bila aku duduk dan tengok tangan aku, memang aku terkedu sbb lengan aku kelihatan pendek dan tulang yang patah membentuk huruf v terbalik. Aku tak nangis pun.. mungkin sebab terlalu terkejut. cikgu2 yang ada di situ memang tekejut habis.. diorang pun pestaim tengok tangan yg mcm tu kot. aku tak ingat cikgu mana yg patahkan pembaris utk alas lengan aku selepas ditarik supaya straight balik.


Aku terus dibawa balik utk maklum kat famili. Cikgu tak bagi emak atau nenek aku ikut sbb nanti mesti aku jadi manja merengek semacam. Sedihnya aku tengok tok aku dah sambar tudung. dia kata tak pa tok ikut. aku dah stat nangih bila nampak dia. Sebab tu cikgu tak bagi ikut. Aku tak dibawa ke hospital sebab mengambil masa lebih sejam utk sampai ke Kulim. so, aku dibawa ke bomoh patah! Masa bomoh tu cek tangan aku dia kata tulang lengan tu ada dua dan yang patah cuma satu, so dia tak boleh betulkan tulang tu, unless... kedua-duanya patah. Aku tak berapa paham, tapi bila dia menekan tulang tangan aku sampai bunyi PRAKKK!! lg sekali baru la aku paham. aduih.. memang sakit tapi aku tak nangis sebab yang ada kat situ semuanya bukan saudara mara aku.. cuma cikgu2 dan bomoh tu. Lepas kedua2 tulang tu patah baru la dia mula urut dan betulkan kedudukan tulang tangan kanan aku. Dia pasang buluh halus2 yang diikat ketat2 kat tangan aku. Pestaim aku pakai anduh. dan malam tu memang aku tak boleh lena. Tangan dah mula membengkak, rasa kebas dah hilang tapi diganti dgn rasa sakit berdenyut yang menusuk-nusuk. Esok paginya tangan kanan aku besar berkilat macam sarung tangan boxing.


Aku ingat lagi masa arwah ayah bawak aku utk rawatan susulan dgn bomoh patah tu dia tekejut tengok tangan aku yang terbungkus lama tu dibuka ikatannya dan terserlah la tangan aku dah berkedut2 kedut, berbirat birat. Ayah aku kata "abih aar dah tak berjenih tangan kakna". haha.. masa tu aku takut, tapi la ni aku gelak jer sbb tangan aku kembali normal. 7 tahun pantang minum air kelapa.


Then lepas exam aku dpt masuk sekolah menengah sultan badlisah. SMSB tu kira sekolah budak2 cerdik la.. aku sebenarnya takut nak pi sekolah tu dan ada minta mak pujuk ayah bagi aku masuk sekolah lain. Tapi mak pun nak aku masuk sekolah tu. aku tak tau la macam mana bleh dapat offer ke situ. Aku amik science stream dan tentulah aku masuk kelas 4Sc4! haha.. kelas paling brutal. Memang kelas itu terkenal dgn murid2 yang selalu kena kelas tahanan, tak ketinggalan lah aku ni. huhu..


Masa di sini aku kenal rakan2 nakal tapi cerdik. Pestaim aku tengok cikgu lelaki merajuk dan keluar kelas kitorang sebelum masa tamat sbb tension. Ada jugak cikgu yang mengajar jugak sbb terpaksa, dan lebih selesa bercakap dgn dinding semasa mengajar. Aku pun terkejut biler result spm menunjukkan aku dapat pangkat 1 (walaupun agregatnyer agak besar nombornya.. haha ok aar masa trial result aku asyik2 lebih 30 jer.. huhu). Biar betul. Tak sangka ada jugak benda berilmu tersangkut dalam kepala otak aku. Sbb zaman tu aku memang suka tengok tv sampai tengah malam. Terima kasih kpd cikgu2 semua yang tabah mengajar. Aku tak amik tuisyen di luar sbb kami ni bukannya keluarga yg berduit sgt. Ayah aku sorang jer yang keja. Aku cuma minta kelas matematik tambahan (di saat2 akhir nak spm) dan arwah ayah tunaikan. Yang lain semua aku ikut kelas tambahan yg dibuat di sekolah.


Tulah serba sedikit warna warni kehidupan aku di zaman persekolahan. Banyak lagi sebenarnya kisah2 masa tu, tapi ada sesetengahnya aku lebih suka simpan sbg kenangan persendirian :)


Aku sempat juga merasa pengalaman menjadi guru bila aku jadi guru ganti selama hampir 2 tahun. Tak sangka aku akan dapat kawan2 di kalangan guru yang hebat2 belaka. Cikgu Dayah, Cikgu Siti Zubaidah, cikgu siti aminah, Cikgu Hamisiah, cikgu Marsita, cikgu Masitath, Cikgu Mazilah, Cikgu Parizah, Cikgu Rashidah, Cikgu Ruzaidah, Cikgu Zabariah, Cikgu Zaiton.. err ramai lagi. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan menjadi rakan2 yang baik hati :)


Again, SELAMAT HARI GURU buat semua guru.

credits to websites: mahanggemilang & mysmksb


sure fine whatever
rinn

Selagi Ada Dia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aisya Sofea
Selagi Ada Dia by Aisya Sofea
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"Biarpun jauh dipisah waktu, suara hatimu membisik bagai kau ada di sisi"


Sentuhan 'sweet' Aisya Sofea masih unggul. cuma mungkin jalan ceritanya menjadikan cerita ini kelihatan biasa, tapi seperti kebiasaan Aisya Sofea, penyampaiannya sangat membuai perasaan. Bagi yang membaca baru bermula dgn novel ini utk mengenali Aisya Sofea, sudah pasti akan mencari karya2nya yang sebelum ini.


Bukan senang nak mencari tema yang ada kelainan. Misteri siapa bakal suami Ari tidaklah terlalu terselindung kerana peranan lelaki itu sudah terserlah di dalam novel ini. Ariana-Idris menjadi couple sweet baru bagi peminat2 Aisya Sofea.


Haris tu memang betul2 menjengkelkan. Nak kata jahat, dia bukannya jahat cuma dia seorg lelaki yang tak berpendirian dan suka menabur janji yang belum tentu dia dapat tepati. Ari menjadi mangsa kebadigolannya walaupun dia benar2 menyintai Ari tetapi pendiriannya yg tak teguh itu menjadikan dia bukan pilihan.


Rasa seperti cepat pulak pendirian Kak Mal berubah dan bertindak baik pada Ari di hari perkahwinannya setelah bertahun memusuhi Ari yang mencuri hati Haris. Tak terasa transasi Kak Mal. Apa2pun perubahan Kak Mal menjadikan endingnya menggembirakan.


Serba sedikit tentang kisah ini:


Ari seorang yang disenangi sesiapa yg mengenalinya termasuk Haris, teman rapat kakaknya, Kak Mal. Ari tak tau yang selama ini dia berhubungan melalui telefon dgn Haris, apabila hatinya sudah terpaut barulah diketahui bahawa lelaki itu ada Haris. Haris menyatakan dia rapat dgn Malini sbg kawan tetapi Ari tahu yang Kak Mal menyimpan impian utk menjadi isteri Haris.

Haris hanya mampu berjanji akan meleraikan kekusutan tetapi satu habuk pun tak buat apa, membuatkan Ari meneruskan hasrat utk ke London menyambung pengajian tambah2 pula dirinya sudah dibenci kak mal dan ayahnya sendiri. Dia nekad utk melupakan pecinta pengecut seperti Haris yang langsung tak datang ke airport to say goodbye.

Setelah tamat belajar Ari bekerja selama setahun, sehinggalah satu hari dia menerima emel dari kakak iparnya, kak Lin menceritakan kemerosotan kesihatan ibu dan ayahnya. Ari pulang dgn hasrat mahu menjaga ibu dan ayahnya. Perjalanan pulang menemukan dia dgn Idris, seorang pendengar yang setia. Sebelum berpisah Idris sempat memberikan kadnya. Terletak pada tangan Ari utk menyambung persahabatan atau ignore saja.

Ayahnya dah macam tak betul, asyik menengking nengking saja kerjanya namun Ari tabahkan hati dan mengingatkan dirinya bahawa ayahnya sedang sakit, even ibunya sendiri dilayan seperti hamba. Kadang2 rasa mcm sengaja jer ayah dia nak menyakitkan hati Ari tapi dia memang betul2 tidak sihat. Idris dijadikan tempat meluah rasa dan Ari selesa dgn lelaki yang jauh lebih berusia dari dirinya.

Malini tidak dapat menahan amarah menyebabkan kepala Ari terluka. Lawatan ke Korea diharap dapat menenangkan jiwanya yg parah merapatkan lagi hubungannya dgn Idris sehingga melupakan Haris yang tak putus-putus menghubunginya utk menjalinkan semula kasih setelah tak jadi berkahwin dgn Malini. Ari sudah tidak bergantung harap pada Haris dan janji2nya yang manis tapi kosong.

Ari keliru dgn cinta Idris, adakah semata-mata kerana dia seiras dgn arwah isterinya. Ari hanya mampu menangis apabila Malini dan Haris memutuskan hubungan dn ibunya mahu menerima lamaran Haris utk memperisterikan Ari. Ibunya mula mendesak dan Ari tak sampai hati utk melukakan hati ibunya yang sudah cukup terluka tambah2 lagi dia terserempak dgn Malini yang manja di samping Idris.

tiba2 jer ayahnya waras semula dan Ari terasa dia disayangi sebagai anak semula. Kata2 ayahnya menguatkan semangatnya utk menghadapi masa depan. Dia akur dgn pilihan keluarganya. Tiada kad jemputan, tiada majlis persandingan. Ari tak mahu semua itu. Namun saat2 akhir sebelum menyarung persalinan pernikahan dia mahu menghentikan semuanya membuatkan ibunya mcm nak pengsan. Dia di offer utk menatap dulu pilihan keluarganya sebelum pernikahan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Ppertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

RM19.90
512 mukasurat

Wednesday, May 14, 2008

Malam Gilang Gemilang Puspanita

12 Mei 2008 (Isnin)

Dah bertahun join puspanita, ni lah baru pestaim dapat join malam gemilang yang juga dikenali sbg ladies' night. ramai betul wanita2 anggun malam tu. Datin2 semua dressing gilang gemilang dgn tema Ungu dan Pink. Aku pun nasib2 jer ada baju pink & purple tu tersumbat dalam lemari. rasanya baru dua kali pakai baju tu, huhu.. aku ni kalau kaler pink2 ni memang silau sikit rasa, rasa cam bercahaya satu hari kalau pakai baju tu. Mak yang belikan so pakai jer la.. macam superman tu, dia pakai baju ketat dia tu sebab mak dia yang jahit. haha.. eh! apa kena mengena pulak aku ngan superman?!!

 

Tak sangka malam tu ada artis. pestaim la dpt jumpa Nasir Wahab, Noryn Aziz dan Sharifah Shahira. Sharifah Shahira sporting aar. Ramai gak wanita2 sporting malam tu, keras perut aku bergelak ketawa.. haha dah lama tak gelak mcm tu, sabar jer aku. Thanks Pn. Zawiyah sbb sudi include saya and tak sangka pulak Yam pun terlibat jugak malam tu! Terlibat dalam acara makan2 haha.. sama la kiter. Pentas mlm tu penuh lampu kelip2 dan bintang2.. macam pentas konsert kanak2 lah pulak.

 

sure fine whatever

rinn

Tuesday, May 13, 2008

Kursus Penulisan Anjuran Jendelaku Dot Com.

Start:     May 30, '08 08:00a
End:     Jun 29, '08
Location:     Desa Pandan.
Ada yang berminat dgn kursus penulisan? Ni ada mesej dari Kusyi Hirdan (Penulis Takdir Nor Aida dan Rantaian Cinta)

Assalamualaikum


Anda bercita-cita hendak menulis novel tetapi tidak tahu caranya, bagaimana mahu bermula?
Tidaklah susah sangat
Anda boleh melakukannya jika benar-benar berminat.
Jangan lepaskan peluang mendapat ilmu ini.

Kursus penulisan anjuran Jendelaku Dot Com.
Siapkan novel dalam masa 2 minggu saja.

Dapatkan petuanya dari novelis Kusyi Hirdan (http://www.jendelaku.com).

Daftar segera kerana tempat yang terhad.
Hubungi 016 274 6250

Yuran : RM80 sahaja
Kertas kerja dan makanan disediakan

Lokasi: Desa Pandan
Tarikh: setiap Sabtu & Ahad
Jadual: 10 pagi - 5 petang

Monday, May 12, 2008

Ternyata Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Ternyata Cinta by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Cinta kita yg sentiasa mekar tersemai di laman hati ini"

Saya lebih terhibur membaca Ternyata Cinta berbanding Senafas Rindu. Namun kisah ini agak jauh utk menandingi "Bicara hati" dan "Sepi Tanpa Cinta". Bagaimanapun saya suka dgn improvement Damya Hanna dalam menggarap watak2 utama dalam novel terbarunya. Tapi si Qasdina tu kuat betul berangan hingga boleh dikatakan tabiatnya itu menyebabkan dia kelihatan tidak 'reliable' dan kurang matang. Dgn dugaan hidup yang mendatang, Qasdina seperti tidak berubah atau terpengaruh dgn keadaan sekelilingnya, dia tetap dia namun segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar. Tapi tu la, tahap berangan dia tu tinggi betul segala macam2 tiang dia dah sondol, tiang bas dah, tiang tepi jalan pun dah. haha.. saya lebih selesa dgn unsur komedi yg diselitkan oleh Damya Hanna dalam novel ini berbanding dgn novel2nya yang lain.

Kisah ini tentang Qasdina yang sudah lama kehilangan ibu. Ayahnya mengalami masalah kewangan dan dia bekerja utk menampung perbelanjaan persekolahan 2 orang adiknya. Kelulusannya yang tiada kaitan dgn kerjanya menyebabkan dia tersadai melakukan kerja2 pembantu am. Walaupun sikap berangannya sangat terkenal di pejabatnya, entah kenapa boss kat tempat dia tu nak amik dia jadi penolong pengurus namun dibantah keras oleh Zariel. Zariel yang mulanya masuk dalam list 'lelaki idaman' Qasdina terus terkeluar dari senarai. Dia nak buru lelaki yang kaya, hensem dan romantis namun hatinya lebih terpaut kepada Iqram, lelaki yang kelihatan sederhana, caring dan romantis. Kebencian Qasdina kpd Zariel makin bertambah apabila kemalangan yang memusnahkan masa depan adiknya adalah berpunca dari kelalaian Zariel. MAcam tak ada pulak watak yang betul2 mencabar watak 'Qasdina', Jun tidak cukup 'jahat' dalam kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Pgalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita2 bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

RM19.90
535 mukasurat

Jumpa Mimah di KLIA

Start:     May 14, '08 1:00p
Location:     KLIA
sahabat lama! Ntah macam mana la rupa misi comel yang merantau ke Arab Saudi nih!

Sunday, May 11, 2008

Hari Memanjakan Ibu!

Hari Memanjakan Ibu!


Tak sangka dalam tergesa-gesa pun aku sempat balik minggu nih, biarlah minggu depan cuti wesak aku tak balik, minggu ni aku balik juga2 sebab nak spend time dgn mak sempena hari ibu :) Memandangkan tak amik cuti extra, monday (hari ni) pagi2 sampai dari kampung terus masuk opis.. tapi aku rasa segar bugar jer.


Aku sampai dalam lingkungan pukul 11 malam sebab sempat pulak naik bas 6 ptg dari puduraya. Selalunya miss aja bas tu. Sampai jer tengok mak dah melepek kat tempat tidur, penat kot, siangnya bergotong royong di pondok kecil kat kampung. Esoknya kami buat aktiviti menggoreng kuih benderam. Sakit pinggang wo 3 jam ngadap minyak panas. Selesai jer keja2 menggoreng kitorang terus bersiap2 utk ke Carrefour seberang jaya, bukan nak masuk Carrefour pun, sekadar nak mendapatkan food steamer idaman mak aku kat cosway di situ. sengih lebar dia.


Masa nak pegi tu aku ingat ker adik aku yang drive, sebab biasanya balik kg, kalau dia ada memang aku tak drive keta dia. Sebaik saja siap aku terus duduk kat seat belakang, menyandar sambil baca novel. Diorang kat dalam keta tu semua gelak.. aku heran la aper sal. Mak aku cakap kalau kakna dok blakang sapa nak bawak? takkan mak kot. Rupa2nya adik aku yg dok drive tu tak ikut. Aku ni bab drive round2 ni malerssssss sikit.. Ekcili sebelum gi carrefour tu kitorang singgah kat Fair Lady utk beli uniform family masa kenduri nanti.. Jubah hitam bunga merah. lepas ni kena korek2 la beg2 aku cari tudung merah hitam. Rasanya ada, tak yah la beli.


Kitorang makan tengah hari kat KFC di carrefour. Selesai jer terus balik dan singgah di rumah saudara mara kat kg ptg pauh, to' kun dan sekitar taman selasih untuk edar kad undangan perkahwinan adik aku. Dah lama tak meredah hutan belakang rumah makcik aku, bersilat jugak la ngan nyamuk2 nak mendapatkan seikat bunga kantan.


Esok pagi bermula satu sesi lagi menggoreng kuih benderam. Kitorang perlukan stok yang banyak utk edaran masa majlis akad nikah adik aku nanti. So buat sikit2 la.. biasanya satu adunan mengambil masa 3 jam lebih utk digoreng. Hari tu aku rasmikan lah food steamer baru, buat ayam kukus sedap nak mampus (seperti kata Pn. Juriah officer kat ofis aku).


Hujung minggu yang aku rasakan sangat pendek tapi melapangkan kepala otak aku walaupun banyak benda yang kena buat. Therapy minda jugak buat aku.

Happy mother's day kepada semua ibu di dunia. Kalau tiba masa hari jadi korang nanti (kalau dah lepas, tahun depan la), jangan lupa bagi hadiah istimewa buat ibu, kerana kalau tak disebabkan wanita tu, pada tarikh tersebut korang takkan dilahirkan. Peluk cium yang paling istimewa buat EMAK!. Thanks for everything mak! mmmmmmmmmmuah!!! :-*


sure fine whatever
rinn

Untukmu Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Untukmu Sayang by Marwati Wahab
Terbitan Fajar Pakeer


"Dendam itu melontarku ke jurang sepi, lalu membunuh bahagia yang bersemi."


Kali kedua saya membaca hasil karya Marwati Wahab, tapi bukan sekali dua saya baca karya Aleya Aneesa. Terdetik juga di hati saya, saya lebih suka penulisan 'Marwati Wahab' berbanding 'Aleya Aneesa' sedangkan kedua2 nama itu milik orang yg sama. Characters yg ditonjolkan amat memuaskan dan pasangan yang ditampilkan dalam kisah ini mempunyai chemistry yg kuat dan interaksi mereka sangat menghiburkan.


Pengenalan bab pertama kepada Dasi dan Hazim agak hambar dan biasa tapi kemunculan watak "Yana" membuatkan saya tersenyum lebar. Scene2 sedih yang disampaikan sangat mengesankan dan memang akan turut merasa hiba, berkongsi rasa dengan perasaan watak2 yang ditampilkan. Tapi bagi situasi kampung yg dipaparkan, batas2 hubungan antara Dasi-Farish sgt tidak terjaga. Tahu lah at one point Farish sgt yakin Dasi akan jadi miliknya, tapi tindakannya tu terlalu berani. Yana seperti cepat pulak insaf semasa di kampung tu sedangkan keangkuhan agak tinggi masa mula2 menjejakkan kaki ke sana. Percaya pulak famili Dasi utk membiarkan FArish memujuk Dasi dalam biliknya. Apa2pun saya memang terhibur dgn kisah ini dan buku ini ditutup dengan senyum simpul. :)


"Sekurang-kurangnya dia tahu Azamila dan Dasiera boleh duduk semangkuk"
ni petikan dari muka surat 391. Terfikir gak saya, Azamila ngan Dasiera duduk semangkuk? kalau mangkuk yg buleh duduk, yang kat dalam tandas ler.. takkan nak duduk semangkuk kot. hehe.


Kisah ini tentang Dasiera yang sgt sayangkan Abgnya, Hazim. Namun apabila Hazim memperkenalkan Yana sbg bakal isterinya, membuatkan Dasiera mengimbau kenangan zaman persekolahan, permusuhan yang tidak berpenghujung dgn Yana. Ugutan Yana memaksa Dasiera meninggalkan abgnya lalu kembali ke kampung halaman ibunya. Tanpa disangka-sangka bakal membuka rahsia besar keluarganya.


Pertemuan dgn Farish membibitkan rasa kasih. Apabila dia sudah bersedia menyerahkan hatinya kpd Farish, Yana muncul lagi, dan kali ini Yana adalah adik kpd Farish. Dasiera tahu dia akan kehilangan kasih lagi sekali. Farish keliru dgn keputusan Dasiera dan dia akan membongkar misteri itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, "Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."

Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak tahu menghargai. Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Rm21.90
590 mukasurat

Saturday, May 10, 2008

Warna Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Meen Zulaikha
Warna Hati by Meen Zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Secerah mentari segemilang pelangi begitulah hangatnya hati kita yang bertaut"

Menarik. Saya suka citer Meen Zulaikha dlm novel ini. Terasa fresh penyampaiannya walaupun isu2 yang disampaikan spt pernah dibaca. Saya rasa puas hati apabila membaca novel ini berbanding Kasih Yang Suci. Kisah wanita yang berusia awal 30-an yg lambat bertemu jodoh, menjadi bahan umpatan orang kampung, kisah isteri yang terabai layanan suami yang merahsiakan kelemahan diri membuatkan isterinya berprasangka, seorang lelaki yang sukakan orang sejenis cuba mencari isteri utk menutup kelemahan diri, seorang suami yang menyanggupi diri utk menikahi wanita yang dipujanya tetapi tidak pernah dianggap sbg suami.. semua itu adalah antara kisah2 yang disulamkan dalam novel ini. kedengarannya seperti banyak perkara yang disumbatkan dalam satu novel setebal 500 muka surat ini, tetapi saya rasa meen zulaikha bijak meletakkan setiap isu ini secara tersusun dan tidak bertindan kisah antara satu sama lain.

Scene speed dating tu macam penah tengok dalam movie lah.. citer aper ye? tak ingat lah pulak. Masa tu Zara memilih dengan mata bukannya dengan hati. Agak predictible tapi penyampaian cerita ini menjadikan jalan cerita interesting! Menarik cara Harith cuba memikat Zara setelah mengetahui Zara minat baca novel. Dia memilih tajuk2 novel yang menyatakan perasaan hatinya, dua buku pertama yang dihadiahkan kepada Zara adalah "Aku Cinta Padamu" dan "Kau Kekasihku" :) sweet! masa berselisih faham dan Zara merajuk, dihadiahkan novel Sepi Tanpa Cinta, Ke Mana Hatimu dan Masihkah Ada Kasih. :)

Kisah ini tentang Zara Lisa yang masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah melangkau 30-an. Adiknya seorang sudah berkahwin dan seorang lagi sudah bertunang. Dia semakin tertekan dgn kata2 sinis orang2 kampung. Ibunya resah memikirkan anak kesayangannya. Zara cuba mencari cinta dgn menyertai speed dating. Erman yg hensem giler segera menarik perhatiannya, manakala Harith mudah mesra dgnnya. Harith cuba warning Zara tentang sikap Erman namun Zara terlalu menurutkan hati sehinggalah Erman cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia mula menjauhkan diri. Dia selesa bersahabat dgn Harith yg disangkanya pemandu peribadi seorang datin dan seorg datuk.

Zara adalah sesuatu yang tak disangka hadir dalam hidup Harith. Dia membiarkan Zara menganggap dia hanya seorang pemandu. Namun itu tidak menghalang Zara utk terus selesa bersama Harith. Zara dipaksa bertunang dgn Jefri, Zara terpaksa akur namun apabila mengetahui rahsia besar Jefri, Jefri terpaksa menghantar rombongan memutuskan pertunangan.

Menarik juga scene2 romantis yang diselitkan Meen Zulaikha dalam novel ini :)

sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:

suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri ter lerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...

500 mukasurat
RM19.90

Friday, May 9, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa: Terjun Ke?

Baru-baru ni ada terbaca dalam suratkhabar tentang seorang lelaki demam yang jatuh dari tingkat 16 (eh 16 ke? tak ingat plak). sebab apa dia terjun? Dia dikatakan seorang yg baik dan ceria. atau dia terlalu pening hingga terjatuh? ntah la, aku tak sure pulak kot2 ada berita susulan mengenai kes ni. Kat Putrajaya pun ada kes budak nak kuar rumah ikut balkoni, jatuh dari tingkat yg tinggi lah jugak.


apa yang menarik perhatian aku adalah kes2 ni mengingatkan aku pada diri aku sendiri lebih 10 tahun yang lalu.. huhu.. eh bukannya aku ni berniat nak terjun bangunan utk bunuh diri ker apa.. rasanya aku penah citer ni kat Yam sorang jer.. kat orang lain, even adik2 pun aku tak pernah citer. salah satu tindakan yang paling bo-alip-ngok yang pernah aku buat. huhu..


Masa tu aku tengah praktikal kat salah sebuah syarikat dalam bangunan PNB. Jadi pembantu setiausaha to one of the bigshots kat situ. (Yang pasti memang sah2 bukan aku nak terjun dari bangunan PNB yang tinggi tu.) Masa tu aku manala ada saudara mara terdekat kat area KL, so aku menumpang di rumah adik ipar sepupu aku di kuarters IPD PEtaling Jaya. Memang pagi2 buta dah kuar rumah dan dah malam baru balik.


and satu hari tu, masa kat ofis, aku tertinggai beg kat dalam bilik dan masa tu semua bilik dah dikunci. Dia ada pengawal yang akan kunci bilik2 selepas pukul 6. Aku round2 cari orangnya tak jumpa. Memang dah kosong tempat tu.. nasib baik la aku pakai blazer dan dalam poket aku tu ada cukup2 jer duit utk balik naik bas (duit lebih beli makan tengahari). Pestaim balik melenggang. Sampai jer kat rumah aku baru aku teringat, orang2 yg aku menumpang tu balik kampung dan kunci rumah ada dalam beg yang aku tertinggal kat opis. hah, mana aku nak pegi? Aku nak buat reverse charge call ke rumah mak angkat di Tmn Keramat, operator kata panggilan jarak dekat tak bleh. hampeh. aku takkan call balik kampung sbb tu akan membuat mak aku risau.


So aku teringat la, tempat ampai kain flat tu terbuka dan mungkin aku boleh masuk kot situ. Aku tak tau la kenapa kepala hotak aku tak proses yang rumah tu di tingkat 10! utk sampai ke tempat ampai tu aku kena berdiri di tubir dinding yang muat2 jer kaki, lintas tingkap dapur dan di depan tempat ampai tu dah tak der ruang untuk letak kaki, kena terus langkau ke dalam balkoni kecik tu.. hah nak mampos buat stunt macam tu dari tingkat 10. and guess what, I tried 3 times. nasib baik tak tergelincir ker, terlepas ker.. kalau tak aku dah bersepai lebih kurang 10 tahun yg lalu. Kalau la jadi camtu ntah2 orang ingat aku bunuh diri sbb frust. haha. (Jangan sekali-kali terfikirkan benda2 macam ni ye? tak kiralah semudah mana perkara itu kelihatan, silap sikit nyawa yang jadi taruhan.)


Lepas 3 cubaan tu aku panjat masuk semula ke kaki lima dan aku buang rasa malu yg menebal kat muka aku nih dan ketuk rumah sebelah mintak tumpang tidur sbb beg & kunci tertinggal kat opis. Baik betul lah diorang, esoknya aku terpaksa menebalkan muka lagi minta duit tambang.. aaaa.. kalau dah terpaksa.. aduih.. biler ingat balik rasa macam nak sepak diri sendiri.


by the way, lawa tak lukisan aku? haha.. free hand guna paint. dulu aku freelance amik upah taip soalan dan buat lukisan rajah utk paper exam atau ujian kat sekolah sebelum aku dapat kerja tetap. lukis radas, rajah, benda2 mcm tu la.. haha.. dah lama tak buat, keras tangan. hehe seronok pulak, lepas ni nak lukis apa ye? *garu pala*


sure fine whatever
rinn

Thursday, May 8, 2008

Kursus Pendaftaran

Start:     May 25, '08 2:00p
End:     May 28, '08
Location:     Melaka
Jadi urusetia lagi. Aku ni macam keja kat unit latihan lah pulak! huhu.

Happy Birthday Siti-Sitiku...

Dah lama betul tak makan kek blackforest.. aku ni bukanla giler makan kek atau coklat.. tapi sekali sekala jumpa tu memangla aku NGAP! jer. Kalau tak bersebab memang tak merasa kek la kat rumah aku nun. Kek kali ni buat sambutan hari jadi dua adik2ku Siti Aminah & Siti Nurfaizah.. diorg dua jer ada 'siti' kat depan nama.. aku tak der plak siti-siti nih.. haha.. kalau ada siti jadi la nama aku Siti Sarina. hehe..

Tahu tak coklat (terutamanya dark chocolate; bukan milk chocolate) boleh menukarkan mood seseorang menjadi lebih baik? Coklat juga dikatakan baik utk otak. flavonoids dlm coklat bertindak sbg anti-penuaan dan baik utk hati dan memori otak. Dark chocolate improves blood flow in the brain, sbb itulah ia dikatakan boleh improve memori.

"The good health news for chocolate aficionados and anti-aging health enthusiasts is wrapped in a bit of common sense caution. Cocoa is not fattening but chocolate can be fattening, and while small amounts of chocolate indulgence might be a very good thing, too much of a good thing will diminish any of the health benefit of chocolate." - hubpages.com

Sure fine whatever

Rinn

Air Mata Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rabiatul Adawiyah
Air Mata Cinta by Rabiatul Adawiyah
Terbitan Kaki Novel Enterprise


"Air mata... jgn tumpah lagi kerana aku tidak berdaya lagi menagih cinta."


Kasih utama yang diketengahkan dalam novel ini lebih kepada kekeluargaan. Tapi ada juga diselitkan kisah cinta Nabila dan juga pencarian cinta Fendi yang tak berpenghujung.

Badrul membahagikan kasihnya antara 2 wanita (Sapura & Nurul), lalu salah daripada wanita itu mengundurkan diri (Sapura) kerana kecewa tambah2 pulak Badrul tu membuat onar lah pulak, kena masuk jel 15 tahun. Dgn isteri kedua dia sudah mempunyai sorang anak lelaki (Fendi) dan di luar pengetahuannya, isteri pertamanya melahirkan seorang anak perempuan (nabila).

bila kita tengok jer situasi mcm ni mungkin tak perlu memerah otak sangat utk memikirkan ke mana hala tuju kisah ini... olahan cerita agak biasa dan sangat predictible namun penyampaiannya tidak berbelit-belit.

Nabila sudah ada pilihan hati. Fendi, bosnya mencintai nabila dalam diam. Keluarnya BAdrul dari penjara membuat Sapura membuka kisah bapa kandung Nabila kepada Nabila. Bila Nabila nak kawin, kenalah cari walinya. Rasa tak resolved citer ni biler tiada scene penamat antara Fendi dan Nabila setelah Nabila mengetahui yg Fendi sebenarnya abgnya.

Watak Masliza seperti kosong dan kelihatannya seperti tidak perlu. Tapi di suatu ketika kelihatannya Fendi lebih berminat kepada Masliza berbanding Farah.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Ku jejak kasih semalam,
mengharung rindu tidak tertahan.

Rintangan dan dugaan yg mendatang
ku harungi demi cinta dan kasih yg tidak berpenghujung.
Takdir yang datang kuiringi dengan doa,
penuh keinsafan.

Kesabaran ini kupertahankan demi kasih seorg anak.
Lalu aku kembali ke dunia realiti mencari kekuatan yg hilang.

Namun langkahku kaku kerana ku tahu
kau masih ada di situ.

RM18.00
395 muka surat

Wednesday, May 7, 2008

Menggamit Syurga Firdaus

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kamsiah Abu
Menggamit Syurga Firdaus by Kamsiah Abu
Terbitan Tintarona Publications Sdn. bhd

"kutemani tidurmu dengan rinduku, kurawat lukamu dgn cintaku."


hmm patutla citer ni jadi rebutan ramai dan kebanyakan blog review yang saya kunjungi memberi rating yang agak tinggi utk kisah ini. Kisah cinta selepas kawin! Memang menarik. macam kerap lah pulak saya baca kisah genre ini, sebelum ni saya baca 'bukan terlarang' juga terbitan tintarona. menarik juga kisahnya.. tapi 'Bukan Terlarang' lebih banyak 'blushing scenes' berbanding "Menggamit Syurga Firdaus" yang lebih bertapis penceritaannya.

Cerita ini tentang Tasya yg sudah menganyam mimpi melayari hidup bahagia dgn Zaimir tetapi cemburu butanya telah menyebabkan kematian Zaimir dan rasa bersalah itu terpahat dalam hatinya. Empat tahun berselang belum dapat mengikis Zaimir dari hatinya. Tasya akur menerima jodoh yang ditetapkan oleh ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan lagi hati mereka yang telah merawat luka hatinya. Mohd Firdaus menjadi insan misteri dalam hidup Tasya. Misteri terjawab apabila mendapati Firdaus dan Michael Tan yang sering mengusiknya adalah rupa2nya orang yang sama. Tasya terkilan dan cuba menangguhkan perkahwinan. firdaus setuju menangguhkan perkahwinan tetapi pernikahan tetap dijalankan pada hari yang telah dipersetujui. Tasya rasa seperti tertipu tetapi akur dgn kehendak orang tuanya.

Terlalu sukar mencari keburukan Firdaus kerana dia adalah lelaki yang baik buat Tasya. Kehadiran Iskandar yang mirip Zaimir menerbitkan kerinduan Tasya buat Zaimir. Tetapi rindunya buat Firdaus mekar tiap kali berjauhan. Iskandar cuba memancing perhatian Tasya dgn menggunakan nama Zaimir utk menggoncang rumah tangga Tasya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kaish yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.

natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebrg cinta lain. Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yg mampu menandingi. Tetapi haruskan dia menyisihkan setiap cinta yg hadir?

natasha bertambah keliru apabila jodohnya dgn Firdaus - lelaki yg tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lg Natasha menolaknya.

Delima hati yg resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dgn kehadiran lelaki yang persis Zaimir. Iskandar jejaka kacak yg sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang. sesekali natasha terbuai oleh kenangan silam yg sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dgn Iskandar.

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama natasha bertambah rencam apabila dia sering diujidgn pelbagai dugaan. Teka teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan... juga lawan! Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.

RM26.00
635 muka surat

Menanti Kasih

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norzailina Nordin
Menanti Kasih by Norzailina Nordin
Terbitan Alaf 21


"Biarlah aku di sini menanggung rindu hingga waktu terhenti"


Sebenarnya tak der niat pun nak bli buku ni, sebab tak tahu pun buku ni dah ada di pasaran masa pesta buku hari tu.. so latar belakang citer memang tak tahu langsung.. kebetulan pulak masa pegi cari Rose Harissa kat Booth Alaf, Kak Norzailina ada di sebelahnya. masa borak2 tu barulah perasan buku ni. Biler NN mention citer ni di Itali, saya terus teringat pada buku lama NN bertajuk Carissima. masa tulah baru saya tahu yang kisah ini dikembangkan dari kisah Carissima. Setelah membacanya, memang improved version of Carissima dan kisah ini disesuaikan dgn situasi sekarang ini.

Kalau Carissima bermula dgn Farhana dalam perjalanan ke Italy, kisah Menanti kasih pula bermula beberapa bulan sebelum Farhana ke Italy. Kalau dlm Carissima Farhana mcm single jer tapi dalam MK Farhana dah ada calon suami, Kamel dan sahabatnya Widya lebih dikenali sbg Widdy. terbalik pulak yer Farhana bertudung dan Widya tidak, kalau dlm Carissima, Farhana tak bertudung, Widya yg bertudung. Giovanni Conti, bekas pelumba kereta profesional, masih sama cuma nama Islamnya Ahmad Ridzafi dlm MK. Kalau dalam Carissima dulu nama dia Hafiz jer.. :) ok, enough with the comparison. Bagi yang gagal memiliki Carissima dulu, beli jer Menanti Kasih.

Bagi saya, MK lebih mendebarkan berbanding versi asalnya. SEgalanya terasa terlalu pantas dalam Carissima tetapi dalam MK kisah Farhana di Italy selama 2 minggu terasa saaaaaaaaangat lama. Dalam masa sesingkat itu Farhana jatuh cinta pada Gio dan secara tidak langsung terlibat dalam kancah mafia Itali. Hubungannya dgn Kamel adalah satu hubungan yang selamat dan dia tidak pernah merasa debaran cinta seperti ketika dia bersama Gio.

Perasaan yg sama masa saya baca Carissima dulu, masa Farhana di Italy, terasa macam baca buku yg diterjemahkan lah pulak dan sedikit mengganggu penghayatan cerita. Penceritaan semasa di Malaysia adalah lebih natural berbanding penceritaan ketika di Italy.

Bg yang dah membaca kisah ni, jgn lupa join kuiz yang Norzailina Nordin buat. tarikh tutupnya 31 Mei 2008. Hadiah voucher shopping yg lumayan gitu. Sila ke http://norzailina.blogspot.com untuk maklumat lanjut :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dlm pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya utk tempoh 2 minggu? Betapa taksubnya cinta 2 insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yg dianggap dusta belaka.

Namun, dalam kseronokan bercinta, ada insan merana. Kamel.... satu2nya lelaki yg pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? kasihan lelaki itu! cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kpd Farhana. Lelaki itu melamarnya dgn penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukan dia menerima lamaran itu kerana pada masa yg sama mengharapkan orang yg disayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya dia hidup dlm alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. yg mana satu pilihan hati? Dia hanya berserah kpd Yg Maha Esa dan menanti kasih jejaka yg sudi bertakhta di hatinya.

RM19.90
520 mukasurat

Tuesday, May 6, 2008

Masihkah Ada Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Daniella Daniel
Masihkah Ada Cinta by Daniella Daniel
Terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Andai mati punca perpisahan, biarlah hidup membawa erti yang nyata..."

banyak nyer cikgu cikgu dalam buku ni.. kebetulan pulak baca masa sambutan hari guru.. dlm ni ada cikgu yang baik, ada cikgu yang tak baik.

Watak Johar adalah seorg yg baik dan patuh kpd bapanya.. tapi tindakan dia menerima Lisa walaupun dia tahu Lisa tu seorg perempuan yg tidak baik membuat saya agak sukar memproses kebenaran ni.. kalau dilihat tahap hubungan antara Johar dgn bapanya, bapa Johar ni seorang yang sporting dn mempunyai hubungan yg baik dgn Johar, masakan Johar tidak mengadu langsung dgn bapanya tentang keburukan Lisa. Kalau keburukan Lisa tu dia dengar dari orang lain, mungkin jugak la Johar tak mengadu, tapi Johar telah melihat dgn mata kepalanya sendiri Lisa berkucupan dgn lelaki lain beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka.

Kalau niat Johar menikahi Lisa semata-mata memenuhi keinginan bapanya dan mahu menutup malu keluarga Lisa, mungkinlah kot, tapi baik pujuk keluarga Lisa menerima lelaki pilihan Lisa daripada terus saja menerima Lisa sbg isteri sedangkan Johar sendiri tidak berminat utk membimbing Lisa supaya tidak terus menjalin hubungan sulit dgn teman lelakinya.

kisah ini lebih menumpukan kepada perjalanan cinta Johar. Lisa cuba memikat Johar dgn menggunakan ilmu hitam menyebabkan Johar melengahkan hasrat meminang Reyna, gadis idamannya lalu hubungan itu terputus terus dan Johar membawa diri ke England setelah menceraikan Lisa. Di sana dia bertemu Indra. Mereka berkahwin tapi Indra dan baby mereka meninggal dunia. Lepas bertahun tahun di rantau orang Johar kembali dan Reyna masih setia menanti cintanya.

kisah Johar selepas ke England macam laju jer cara penceritaannya berbanding sebelum dia menceraikan Lisa.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Johar yang terjebak dalam perkahwinan paksa dgn gadis pilihan ayah terus-terusan dicengkam kegelisahan walaupun hati tatkala itu mencintai gadis lain yg telah berjaya menambat hatinya. Impian bersama gadis itu musnah apabila Lisa menuntut hak sbg isteri. Kesungguhan lisa utk menambat hati suaminya dgn cara kotor tetap tidak mampu menawan hati Johar. Takdir penentu segalanya lalu Lisa telah diceraikan.

Secara kebetulan Johar telah menyambung pelajarannya ke England dgn harapan akan pulang sesudah berjaya. Pertemuan dgn Indra pula telah mengubat hatinya yg luka. Namun kebahagiaan itu diragut oleh takdir Tuhan yg Esa. Johar kembali ke tanahair dgn hati yg hampa lagi manakala Reyna menanti kepulangan cintanya yg hilang di tengah jalan. Namun masihkah ada cinta di hati Johar?

RM10.90
310 mukasurat

Fantasia Romantika

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rio Hermawan

Alaf 21 Sdn. Bhd

"Sejak bila dirimu datang bertandang ke lubuk hatiku?"

Aku keliru lah.. haha.. mcm tercari-cari apa fokus citer ni? hmm ArdMad? buku macam catatan atau coretan ArdMad dalam buku hariannya. Bahasanya seperti tidak tersusun tetapi ideanya ada. Mungkin buku menumpukan cerita tentang kehebatan insan biasa seperti ArdMad.

Dia bercita-cita tinggi, amat tinggi, nak jadi businessman tapi selalu dtg kerja lewat. Namun hubungan baik dgn bossnya menjadikan dia pilihan utk dinaikkan pangkat dari pengurus (????). ArdMad menyelamatkan hubungan cinta bossnya dan juga menemukan tunangan makwe boss dia dengan cinta hatinya yg telah lama terpisah. Panjang betul catatan pada dinding gua tu. ArdMad dan Senorita, tak 'nampak' pulak perasaan cinta antara mereka, cuma ArdMad tu biasala, termiang lebih pulak biler bersama Ita. Bagi saya, kalau nak habiskan buku ni.. kena mempunyai tahap kesabaran dan keinginan membaca yang tinggi, kalau tak, belum tentu anda boleh habiskan. PHewww! eh.. saya baca habis tau! hehe.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

ArdMad, impiannya ibarat angan-angan Mat Jenin. Dengan kapcai buruk yang selalu meragam, ArdMad sering datang kerja lambat. Namun, di sebalik kekalutannya, ArdMad seorang pekerja yang jujur. Semua tugas dilakukan tanpa berkira. Dari seorang pekerja am, dia dilantik sebagai pengurus sebuah stesen minyak. 'Eh, datang lambat pun dapat naik pangkat?' Dia sendiri kurang percaya, apa lagi kawan-kawan yang lain. Tapi itulah rezeki namanya!

Sejak jadi pengurus, ArdMad makin sibuk. Senorita teman wanitanya yang comel, solid dan putih melepak meleleh air mata bila dating terpaksa cancelled. Namun sikap Ardmad yang pandai memujuk menjadikan gadis itu rindu serindunya. Tapi yang musykilnya, benarkah ArdMad cintakan Senorita?

Inilah persoalan yang menendang-nendang fikiran Senorita. ArdMad yang selamba selalu kata suka padanya tapi jadi kelu bila ditanya, 'kapan mahu masuk meminang?' Bukannya dia tak sudi. Tapi cita-citanya untuk menjadi seorang 'boss' belum kesampaian.

'Sayang, kita kahwin bulan 12, tapi... lima tahun lagi boleh?' Itulah janji manis ArdMad. Dan Senorita terpaksa memujuk hatinya sendiri.

RM 12.00
305 mukasurat

Seribu Kali Sayang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Mengapa kuteringat bila cuba melupa, kumenangis bila cuba tertawa"

Semasa berbual dgn kak ima di telefon, dia ada menyebut tentang kisah ini dan saya tak fikir panjang dan terus memulakan baca buku ni sebaik saja buku Sara Kirana saya selesaikan. Penceritaan di awal kisah ini agak slow dan belum terasa rentak Anis Ayuni di dalamnya.. melepasi bab kelima baru lah saya menemui rhythm yg saya cari dan saya menghabiskan bacaan tanpa berhenti. Bagi saya kisah ini jauh lebih menarik dari Suara Hati dan Kau Kekasihku, sama menarik seperti Yg Terindah dan Bayangan Rindu tetapi tak boleh lawan hebatnya kisah Manisnya Cinta dan Gemersik Kalbu. Bagaimana pun sentuhan Anis Ayuni ini bagi saya tidak menghampakan peminat-peminatnya. Cerita 'sweet' yang dilakarkan memang menjadi.

Abby dibenci kakaknya kerana sebaik saja dia lahir, bapa mereka pergi meninggalkan ibu mereka. Menginjak usia dewasa, tiada perubahan berlaku dlm perhubungan mereka. Abby menuntut di Padang Indonesia, kepulangannya menemukan dia dgn Abg Faiz, kawan kakaknya. Disangkakan Abg Faiz berkenan dgn kakaknya tetapi rupa2nya dia selalu datang utk menjengah Abby. Pinangan Abg Faiz meletakkan Abby dalam dilema.

Rahsia perpisahan ibu dan bapa Abby tersingkap apabila Pak Mus muncul dan menyatakan ayahnya masih ada utk mewalikan pernikahannya. Konflik dgn Kak Lisa juga terlerai apabila Abby sanggup meletakkan diri dlm bahaya demi menyelamatkan nyawa darah dagingnya, tapi kemunculan 'Sham' di antara dia dan abg Faiz menyebabkan Abby dibakar cemburu, walaupun pengikat kasih mereka, Aliya, telah lahir ke dunia.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditingga ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu, hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kaklisa yg dialah punca penceraian ibu dan bapa mereka, sgt membebankan jiwa. kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehdiran Syd Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yg terbaik utk kakaknya. Sikapnya y g bertanggungjwb melindung sesekali membuat kan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakna boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yg disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yg salah kerana bercinta dgn kakak, mengapa pula yg dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak hatinya tak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

RM19.90
535 mukasurat

Norly's Lamin

http://amerou.blogspot.com/
a fellow jiwangan. Raikan Cinta. Kuch Kuch Hota Hai. ;)

Me and mine only...

http://cekputeh.blogspot.com/
A fellow jiwangan. Raikan cinta. Kuch Kuch Hota Hai. :)

Monday, May 5, 2008

Popular Bookfest 2008

Start:     May 24, '08 01:00a
End:     Jun 1, '08
Location:     KLCC
Popular Bookfest 2008 anjuran Popular. Pesta buku ini bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 24 Mei 2008 sehingga 1 Jun 2008 dari jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam.

Koleksi Buku Ainil

http://koleksibukuainil.blogspot.com/
blog review buku :)

Sunday, May 4, 2008

Sara Kirana

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Sara Kirana by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima


Setelah membaca Qaseh Qaisy, nama Ramlah RAshid di kulit buku sudah lebih dari cukup utk menarik perhatian saya memulakan bacaan Sara Kirana. Byk juga saya menerima request utk review buku ni.. ni yang berkobar kobar nak baca nih. Kalau tengok cover yang ada bunga2 sakura yg mengelilingi binaan yg kelihatannya seperti di Jepun, saya ingat ker ni kisah cinta orang malaysia dgn orang jepun.. rupa2nya tak kena langsung! sipi pun tarak! hehe. Saya tak ada masalah utk menghayati penulisan Ramlah Rashid kerana dia memang faham dgn kehendak pembaca dan bijak mengalunkan bahasa mengikut selera pembaca santai.


Bagi saya, latar cerita ini menarik. Rasanya saya blum pernah lagi membaca novel berkisarkan kisah seorang novelis yg baru menapak ke alam penulisan dan menempuhi dugaan2 yg mungkin biasa bagi penulis2 tapi agak baru bagi pembaca yang macam saya yang tak tahu langsung selok belok penulis dan dunia penulisan. Ada juga diselitkan tip2 penulisan yang patut dijadikan azimat penulis yang serius mahu menulis novel sendiri.


Kisah ini berkisarkan Sara yang sudah berkahwin dgn Zulfakar. Hidupnya sebelum berumah tangga amat memilukan. Dia jadi mangsa deraan emosi dan fizikal ibu tirinya. Dia telah dijual kepada sebuah keluarga yang kaya raya. Disebabkan wajahnya seiras wajah anak mereka yang baru meninggal dunia, Pn. Zulaikha dan Hj Salam mengahwin kan dia dgn anak sulung mereka, Zulfakar. Sbg isteri, Sara amat mengagungkan Zulfakar. Ntah la pompuan yg macam mana lagi Zul tu nak, baginya Sara membosankan dan Elly, kekasih lamanya jauh lebih baik dari Sara. Setelah Elly meminta cerai dari suaminya, Zul turut menceraikan Sara walaupun simpati dan kasihannya menggunung buat Sara yang naif dan kini berstatus janda. Dia mengahwini Elly dan Sara membawa haluan sendiri.


Zahrin, adik Zulfakar masih menuntut (salah satu sebab mengapa dia bukan calon terbaik utk memperisterikan Sara masa Pn Zulaikha dan Hj Salam mahu Sara menjadi menantu mereka) sudah lama jatuh hati pd Sara. Namun belum sempat kasih dijalin, dia ke luar negara utk menyambung pelajaran. Sara membina semangat dan meneruskan hasratnya utk berkarya tapi karyanya diciplak oleh penulis yg bernama besar. Dugaan besar buatnya yang baru menjejak anak tangga pertama dlm bidang penulisan.


Kepulangan Zahrin meletakkan Sara yg sudah terkenal sbg 'Sara Kirana' dalam situasi dilema. Sayangnya ada pada Zahrin tetapi bagaimana dgn kedudukannya dalam keluarga mereka apabila kembali sbg menantu anak kedua keluarga itu. Hj Salam dan Pn. Zulaikha sudah nampak konflik yg bakal timbul tapi Zahrin siap melancarkan mogok ala2 mogok lapar gitu kalau keinginannya tidak dipenuhi. Maka Sara disunting buat kali kedua utk anak mereka yg kedua pula. Citer salin tikar lah pulak tapi kali ni bukan perempuan, lelaki lah pulak.


Konflik hidup Sara bergolak lagi. Zulfakar makin sedar kecantikan sebenar seorang isteri bukan sekadar fizikal dan pendidikannya. Dia tidak dapat mengelakkan diri dari menjeling adik iparnya yg kelihatan jauh lebih bahagia dgn suami barunya. Saya benci Zahrin masa ni.. eee cemburu nya Ya Rabbi.. Dia marahkan Zulfakar tapi tempiasnya pada Sara. eee geram. mulanya saya sudah suka sgt Zahrin yang melayan Sara dgn baik tapi tu la.. cemburu buta, peh tu takmo dengar cakap orang, cakap orang yg tak betul nak pulak dia dengar. Kesian la kat Sara. uish.. panjang lah pulak saya reveal citer ni.. sebenarnya byk konflik menarik yg dipaparkan dalam buku yg sekitar 400 mukasurat ni.. memang tak terasa masa berlalu bila membaca nya :) terima kasih Ramlah RAshid.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorg isteri yg taat & patuh kpd suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yg kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumahtangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dgn caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sbg seorang isteri.


Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yg boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba2 Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sbg Sara Kirana, seorg penulis novel yg disegani.


Dlm meniti hari2 yg mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendpt tentangan dari bekas mentua Maisarah, Pn Zulaikha dan Hj Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu.


Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dgn Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu kan abangnya. Malang tidak berbau, tiba2 Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.


Apakah yang terjadi kpd Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?


RM17.90
440 mukasurat